Showing posts with label dialog anak. Show all posts
Showing posts with label dialog anak. Show all posts

Tuesday, January 8, 2019

Tapak sulaiman

Masa kami mandi manda di Pantai Cenang, Langkawi, anak2 duk kutip tapak Sulaiman.
Kat pantai Terengganu, jarang jumpa tapak sulaiman ni.

Anak-anak panggil "Star Fish".

Jadi saya beritahu nama melayu Star Fish ni ialah tapak Sulaiman.

A: Ummi, banyak lah Star Fish kat pantai ni.
U: A ah, betul lah.. Tapi org panggil star fish ni tapak Sulaiman.
A: Tapak apa, ummi?
U: Tapak SULAIMAN..
A: Oooo, tapak sulaiman. Sulaiman tu sapa ummi? Kenapa tapak kaki dia bentuk mcm ni?

Krik... krik...
Terkedu ummi nak bagi jawapan.

Saturday, January 17, 2015

Snowman comot

Kejadian hari Rabu lepas...

Balik dari sekolah, kedengaran Danish menangis teresak esak.
Dalam hati saya mula meneka apa yang tak kena.
Tak lama kemudian, kedengaran pintu bilik study saya diketuk.
Bila pintu dibuka, Danish mula mengadu dalam suara esakan, "Ummi, adik nak main snow. Adik nak buat snowman. Tapi, ummi.... tapi ummiiiii..... abah tak bagi."
Diikuti tangisan yang makin kuat.
Alahai, kesian pula kat Danish.
Saya cuba memujuk, "Iya lah, abah nak pegi keje. Sebab tu abah tak bagi main."
Tiba2 Danish menangis lebih kuat.
Hah, sudah.... nampak beria benar dia nak main snow.

Ok lah, adik turun makan dulu.
Lepas adik makan kita pergi main kat park...
Pujuk saya kemudiannya.
Terpaksa tinggalkan dulu kerja yang dah beberapa hari belum jumpa jalan penyelesaian.
"Mana tahu kot2 lepas main snow tetiba datang idea", detik saya dalam hati.
Haruslah positif demi memenuhi permintaan anak yang bukan selalu.

Seperti dijanjikan, lepas tu kami ke park yang berdekatan.
Jam baru 4.30pm tapi dah mula gelap (sbb maghrib 4.07 pm).
Mula-mula saya cuma memerhatikan mereka dari jauh.
Tiga-tiga senang seronok main snowball fight...
Mana boleh tgk dari jauh. 
Akhirnya saya join mereka. 
Memang best main snow fight :)

Aisyah dengan snowballnya yang putih bersih....
Danish pula mula menggolek bola salji utk buat snowman...
Tengok lah betapa tekunnya mereka golek bola salji...
Disebabkan snow tak lebat mana, hasilnya ...
Snowman yang comot sebab bercampur dengan tanah...

Walaupun rupa snowman yang agak menggerunkan, bukan main sayang lagi budak2 ni dengan snowman mereka.
Ikutkan hati nak bawa balik rumah, tapi mana lah larat nak angkut ketulan2 salji yang besar tu.
Jadi terpaksa tinggalkan jer snowman tu kat park sorang2.
Yang tak tahan tu, mereka siap pesan kat snowman, "Good bye snowman. Take care. We will miss you!"....
Hahaha, bukan main lagi bagi pesanan kat snowman.

Thursday, January 23, 2014

Suka sembang

Anak saya yang dua orang tu, Irfan dan Aisyah suka sangat bersembang sesama mereka. Kadang2 masa sarapan, bukan main lagi bersembang mereka berdua hingga saya tegur suruh cepat2 habiskan makanan tu.

Saya jarang dapat pasang telinga apa yang mereka sembangkan. Kalut siapkan bekal utk mereka ke sekolah. Tapi pagi tadi, lepas makan dan bersiap nak ke sekolah pun, cerita budak berdua ni tak habis-habis lagi. Sambil bersiap pakai kasut dan winter coat, masih lagi bersembang.

Tapi kali ni saya pasang telinga sambil pakaikan kasut dan coat utk Danish.

Irfan: Kakak, did you still remember what is my dream? I mean not what I'm dreaming when sleep, but what I want to be.
Aisyah: Erm not.
Irfan: Ok, I'll give you a clue then. It start with "S".
Aisyah: Owh, I remember. You want to be a scientist.
Irfan: Yup, correct. Then what else? It also start with "S".

Bila kakak diam jer, Irfan sambung...
Irfan: Ok, I give you another clue. I want to help people.
Aisyah: Yeah, you want to be a superhero.
Irfan: Yes, true. And one more dream also start with "S".
Aisyah: What else? I don't know.
Irfan: This is a tricky one. It is about my hobby.
Aisyah: "S" and your hobby?
Irfan: Yeah, you know. I want to be a super player in sport. I want to be the best player ever...

Gitu la lebih kurang...

Ha, bukan cakap2 kosong aje rupanya. Bukan juga gossip artis. Tapi lebih kepada imaginasi mereka utk masa depan walaupun super hero tu mcm tak berapa realistic. Macam-macam la budak-budak berdua ni.

Best buddy :)

NuKilaN:
 

Friday, June 21, 2013

Mempelam = PAUH

Hari ni bawa ni jer untuk alas perut di pejabat.

Masa makan, teringat kat perbualan dengan anak-anak masa saya sedang kupas buah ni.

Aisyah: Ummi nak makan buat apa tu.
Ummi: Mango.... (kononnya nak speaking..)
Irfan: No, that's not mango. Itu "pelam" la.

Aisyah yang tak puas hati, terus datang dekat.
Aisyah: Abe, you're trying to trick me. Tu bukan "pelam", buah PAUH la.

Mesti dalam kepala Aisyah, dia ingat "pelam" tu buah ni....
sumber google...

Hahahhaha, apa apa ajelah anak-anak. Pelam ke, PAUH ke, Mango ke, semua sama jer, tak perlu nak gaduh-gaduh :)

Nota ummi,
Teringat satu teka teki, kenapa buah mempelam takde di Kelantan?

NuKilaN:
 

Wednesday, February 20, 2013

Belajar skill kehidupan

Lagi perkongsian dari facebook...

Di peringkat toddler, anak selalunya suka meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa misalnya kalau ibu menyapu sampah, anak juga ingin menyapu sampah, jika ibu sedang melipat kain, anak juga ingin melipat kain. Sebaiknya kita tidak menghalang keinginan itu sebaliknya memberi peluang kepada mereka sambil memastikan keselamatan mereka. Jika kita sentiasa menghalang, jangan pulak kita mengeluh apabila anak meningkat remaja, mereka tidak berminat untuk melakukan kerja-kerja seperti itu. Berilah mereka peluang untuk mempelajari skill kehidupan ketika mereka masih berminat ....

Nota ummi,
Sangat setuju terutama toddler sebaya Danish.
Semua benda yang orang sekeliling buat, dia pun nak buat sama.

Abang main game, dia pun nak main game.
Abang main skipping rope dengan kakak, dia pun nak join sama.
Abah masukkan kain dalam mesin basuh, Danish pun tolong sama.
Kakak main masak-masak kat dapur dengan ummi, dia pun nak main masak sama.
Kakak baca buku, dia pun nak baca buku sama.
Abang main hula hoop, dia pun ber 'hula hoop' sama.
Abang melukis, adik pun melukis sama.
Ummi lipat kain, dia pun nak lipat kain sama.
Kakak basuh pinggan, dia pun nak basuh pinggan sama.
Kakak dan abang gosok gigi, dia pun nak gosok gigi sama.
Dengan kata lain, semua yang ummi, abah, abang, dan kakak buat, Danish akan cuba ikut.

Kakak pernah kata dekat adik, "Adik ni macam parrot la". Saya pun pelik dan confirmkan dengan kakak, "Kenapa panggil adik parrot?". Kakak jawab, "Yea la, semua yg kakak buat, adik ikut!". Hehehe, rasa macam comel jer bila Aisyah jawab mcm tu. Ingatkan parrot cuma pandai ajuk orang cakap, rupanya parrot Aisyah boleh ajuk apa yg orang lain buat juga :)

Bagi saya, selagi boleh layan dan tidak merbahayakan saya akan layankan ajer keinginan Danish. Biar dia belajar skill kehidupan sedari kecil :)

NuKilaN:
 

Tuesday, January 22, 2013

Snowman

Bila dah salji menebal, aktiviti wajib bagi Irfan buat snowman. 
Ni yang Irfan buat semalam...

Mula-mula dia buat daddy snowman
Lepas tu buat baby snowman pula
Irfan posing dgn snowman-snowmannya

Masa nak buat hidung, saya sengaja menguji Irfan dengan pertanyaan macam berikut:

Ummi: Eh, cantik la orang tu buat snowman. Dia letak carrot buat hidung.
Irfan: Kita guna ranting aje la buat hidung.
Ummi: Kita pun ada carrot. Nanti ummi ambilkan dalam fridge.
Irfan: Kan ummi kata tak baik buat main makanan. Guna ranting pun dah cantik.

Alhamdulillah, Irfan mudah ingat apa yang saya pesan. Selalu saya ingatkan, makanan mana boleh dijadikan mainan. Berdosa buat membazir makanan. Harapnya dia selalu ingat pesanan saya ni sampai bila-bila :)

NuKilaN:
 

Friday, January 4, 2013

hari lahir

Malam semalam, semua anak-anak tidur lewat. Saja benarkan mereka tidur lewat sebab sekolah masih belum mula. Bila sekolah dah mula, mmg kena selalu kerah supaya masuk tidur awal. Minggu depan (7 Jan), sekolah akan dibuka utk term Spring I.

Entah macam mana, saya terkeluar perbualan macam ni..

Ummi: Eh, bulan depan birthday Danish la. Adik dah masuk tiga tahun.
Kakak: Best nyer birthday adik... lepas birthday adik, birthday sape pulak?
Ummi: Lepas tu birthday abang, Lepas birthday abang, baru birthday kakak.
Kakak: Ala, lambatnya birthday kakak. Boleh tak tahun ni kita tukar. Birthday kakak dulu, baru birthday abang?
Ummi: Eh, mana boleh suka-suka tukar macam tu. Kena ikut turn la.

Apa-apa aje la Aisyah ni.. suka sgt sambut birthday hingga terfikir nak tukar biar giliran dia dulu...
Ummi sampai ke pagi ni senyum bila teringat perbualan dgn Aisyah semalam :)

Aksi Aisyah back in 2011
Self captured by herself!

NuKilaN:
 

Friday, December 7, 2012

Tummy eggs?

Suatu malam sebelum tidur...

Irfan: Ummi, tummy eggs tu apa?
Ummi: Tummy eggs?? (sambil dalam kepala duk fikir, apa la kaitan perut dgn telur)
Irfan: Iya, tummy eggs... TUMMY EGGS (dalam nada yang dah tak sabar nak tahu)
Ummi: Eggs atau eight?
Irfan: Eggs la... Tadi ada kawan abang kata kat cikgu dia TUMMY EGGS sambil tunjuk kat perut.... Dia makan banyak sangat telur ke hingga sakit perut?

Hahahaha, saya masa tu memang dah nak gelak. Tapi cuba control dan jelaskan....

Ummi: Ooooo, tu tummy ache, bukan tummy eggs. Tummy ache tu maksudnya sakit perut.... Lain kali, kalau abang sakit perut kena cakap tummy ache kat cikgu.
Irfan: Abang pun pelik, takkan telur byk dlm perut dia. Rupanya sakit perut.

Muka 'pelik' si Irfan

Sekarang musim cirit birit (diarrhea) + muntah di sekolah
Ia dikenali sebagai winter vomiting disease
Ramai juga rakan sekelas Aisyah yang telah dijangkiti 
Harapnya anak-anak tak terkena jangkitan, amin!

NuKilaN:
 

Thursday, November 1, 2012

Berebut tempat

Suatu petang, Irfan dan si abah berebut tempat tidur. Masing-masing cuba berbahas kenapa mereka perlu tidur tempat tu. Saya nak tergelak dengan cara Irfan mempertahankan tempatnya. Lebih kurang mcm ni la perbualan mereka...

Irfan: Abang tidur dulu, so tempat ni abang punya la.
Abah: Mana boleh, tu tempat abah. Abah la kena tidur di situ.
Irfan: Ok, kalau abah nak juga tidur kat sini... abah kena jawab soalan abang dulu.

Nak tahu tak apa soalan Irfan tu. Dia tanya, "How the volcano erupted?". Hahaha, sah-sah si abah terdiam mendengar soalan si anak. Pandai betul dia menguji minda si abah. So, tempat tu kekal di tangan si anak. God job, Irfan!

Semester ni Irfan belajar tentang volcano. Selalu lukis gambar volcano dan tulis cerita tentang volcano. Macam mana volcano terjadi, apa yang dibebaskan oleh volcano, negara mana yang mempunyai volcano aktif dan mcm2 lagi la yang dia selalu cerita. Dia juga boleh luangkan masa depan komputer menonton Youtube berkaitan volcano.


Salah satu gambar volcano yg Irfan lukis

Rasa kagum pun ada dengan sistem pembelajaran kat sini. Baru 7 tahun, tapi dah belajar macam-macam :)

NuKilaN:
 

Monday, August 13, 2012

hebat nyer...

Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita pasal anak-anak tolong buat pavlova. Semasa saya memukul pukul putih telur untuk dijadikan meringue, Irfan berkata..

Irfan: Eh, pandai la ummi buat magik. Tadi telur cair, lepas tu ummi pukul jadi mcm kapas.

Ummi: Ummi ikut resepi jer. Bila pukul putih telur, memang dia akan kembang dan jadi mcm kapas.

Irfan: Kalau mcm tu, hebat la orang yang cipta kapas telur ni. Dia hebat, kan? Mcm mana dia boleh fikir bila pukul putih telur dia akan jadi kapas?


Hahaha, saya pun tak tahu mcm mana nak jawab soalan Irfan. Tinggi betul perasan ingin tahu dia. Mommies ada jawapan tak utk soalan Irfan ni?

NuKilaN:
 

Saturday, July 21, 2012

Nak adik?

Hari ni nak kongsi dialog kami pagi tadi....

Danish memang dah pajak saya untuk dia seorang. Hanya dia boleh peluk dan cium umminya. Orang lain (abang, kakak atau abah) tidak dibenarkan sama sekali dekat dengan umminya. Bila Irfan cuba juga peluk umminya dan dimarahi Danish, terjadilah dialog ni...

Irfan: Ummi dah tak sayang abang ke? Nak peluk ummi pun tak boleh.
Ummi: Mestilah sayang. Abang kena la mengalah dengan adik. Hari tu Abang jugak yang mintak adik.

Kemudian saya cuba menguji Irfan....
Ummi: Agak-agak, Abang nak adik lagi ke? Nanti kena kongsi ummi dengan ramai adik...
Sedang Irfan fikir jawapan, Aisyah menyampuk...
Aisyah: Kakak la tak de adik lagi. Tu adik Abang.

Kemudian Abah pula menyampuk...
Abah: Tu adik kakak jugak la. Bukan adik abang seorang.
Aisyah: Tak, tu adik abang. Adik boy adik abang la. Kalau adik girl baru adik kakak...
Abah: Jadi kakak nak adik lagi la?
Aisyah: Yea la... Kakak nak baby girl. Boleh la ummi.... bagi sorang lagi adik utk kakak.

Saya dah malas nak layan. Soalan yang memerangkap diri sendiri pulak!

Cukup la dgn adik ni dulu buat masa ni...
Tu pun saya kesian tengok danish dah mcm kurang kasih sayang jer...
Especially bila ummi sibuk kejar dateline dari supervisor, huhuhu

NuKilaN:
 

Sunday, June 3, 2012

cakap melayu

Nak kongsi dialog saya dan Irfan pada suatu petang yang indah:

Irfan: Ummi tahu tak, cikgu abang pun pandai cakap melayu?
Ummi: Iye, (dengen penuh eksaited)... cikgu abang cakap apa?
Irfan: Tadi belajar tentang transport, then the teacher said "bicycle" bila dia tunjuk gambar basikal. Terkejut abang sebab cikgu boleh cakap melayu.

Walaupun masa tu saya dah nak gelak guling-guling, tapi cuba control sebaik mungkin sambil terangkan:

Ummi: OOoo, sebenarnya sebutan basikal tu jer yang sama. Melayu sebut basikal, English pulak sebut bicycle. Mungkin perkataan basikal tu pun kita amik dari bahasa Inggeris.
Irfan: OOooo, ingatkan tadi cikgu pandai cakap melayu.

Sekian.

NuKilaN:
 

Saturday, May 26, 2012

Gigi jadi duit?

Sambung lagi kisah irfan cabut gigi dari entry ni.

Beria Irfan minta nak simpan gigi yang dicabut. Saya tanya, nak buat apa dengan gigi tu? Irfan cakap nak letak bawah bantal. Nanti bangun pagi esok gigi tu akan jadi duit. Saya cuma senyum jer. Mengiayakan tidak, menidakkan pun tidak. Saya cuma layankan saja.

Si kakak juga mengiyakan sama.. Ni mesti terpengaruh dengan tooth fairy. Bila tidur sebelah malam, pari-pari akan datang untk memberikan duit bila letak gigi di bawah bantal.

Gambar::Gigi letak bawah bantal, tapi tuan gigi takde pula tak tidur atas bantal :)


Keesokan hari, Irfan bersiap seperti biasa untuk ke sekolah. Sebelum keluar rumah, dia baru teringat tentang giginya. Disebabkan dah lewat nak ke sekolah, Irfan mengangguhkan dulu hasratnya. Balik ajer dari sekolah, cepat2 check naik atas dan check bewah bantal. Tercalit sedikit kesedihan di wajahnya kerana gigi tetap gigi. Tiada duit yang muncul.

Saya pun terangkan, pari-pari tu memang tak wujud. Biasanya mak ayah dalam cerita tu yang letak duit. Nak bagi ganjaran pada budak2 yang berani cabut gigi. Saya tanya si abah, kenapa tak letak duit bawah bantal? Abah kata, tak nak beri kepercayaan karut kat budak2... a ah, iye jugak...  jawab saya dalam hati sambil mengangguk setuju.

NuKilaN:
 

Thursday, February 9, 2012

malam panjang

Hari ni nak share soalan Irfan yang ditujukan khas kepada saya kelmarin. Bunyi soalan tu lebih kurang macam ni...

Irfan tanya...
Ummi, kenapa kalau kat Malaysia ummi pergi kerja pagi, balik kerja petang. Tapi kat negara org putih ni, ummi pergi kerja pagi tapi balik bila malam?

Terkedu saya dengar soalan mcm ni dari anak yang berumur tujuh tahun. Tapi saya cuba terangkan sebaik mungkin.

Jawapan saya...
Sebab kat negara orang putih ni, malam dia panjang. Sekarang kan musim sejuk, jadi siang jadi singkat dan malam panjang. Kalau abang tengok jam, sekarang kan baru pukul 6 petang, tapi dah mcm malam. Kalau kat Malaysia, pukul 6 abang masih boleh main kat luar, kan?

Then Irfan kata, "OOOooooo, mcm tu.". Entah dia faham atau tidak dengan penjelasan saya. Harapnya Irfan boleh faham.


NuKilaN:
 

Wednesday, December 21, 2011

ada baby

Setiap kali lepas makan malam, saya akan lepak depan TV bersama anak-anak. Biasanya, rancangan kegemaran kami adalah Master Chef Malaysia (MCM). Selesai layan MCM, kami semua akan terus tidur. Danish tak sempat habis MCM pun dah lelap atas pangkuan :)

Akhir-akhir ni, Irfan dan Aisyah selalu usap perut saya semasa menonton TV selepas makan. Disebabkan ke'boroi'an perut umminya yang semakin menjadi-jadi, maka terjadilah perbualan ini.

Irfan: Kakak, cuba tengok perut ummi. abang rasa ada baby la.
(sambil tangannya menyentuh perut saya).
Aisyah: A ah la, baby dah nak keluar sebab perut ummi dah besar.
(saya memang dah cuak time tu sebab kakak pun memberi respon yang sama)
(Irfan terus letakkan telinga kat perut umminya.)
Irfan: Cuba kakak letak telinga macam ni, boleh dengar bunyi baby.
(Kakak pun melayan si abang dan mengikut perlakuan si abang.)
Aisyah: betul la, kakak boleh dengar ada baby kat dalam. Baby cakap.. aa... aa..
(Tu dia... aisyah siap imagine yg baby tu dah boleh bercakap lagi)
Aisyah: Ummi, bila baby ni nak keluar?

Saya yang dari tadi diam terus bersuara...
Ummi: Mana ada baby kat dalam, perut ummi besar sebab ummi makan banyak. Tadi kan baru jer lepas makan.
Aisyah; Oooo, jadi tak de baby la dalam perut ummi?
Ummi: Tak de.

Hahaha, kesian kat Irfan dan Aisyah. Teringin sangat nak ada baby sebab danish dah besar. Ummi pun teringin sangat nak ada baby.

Rindu saat mengandung dan menyusu anak yang masih kecil.
Rindu suasana semua orang ambil berat bila menyedari yang kita sedang mengandung.
Rindu untuk pakai baju mengandung walaupun tidak lagi kelihatan cantik semasa menggayakannya.
Rindu nak berpantang walaupun tak dapat makan makanan yang sedap.
Rindu untuk melahirkan bayi secomel ini....
Rindu untuk mendakap bayi sekecil ini di dalam labour room....

Tapi ummi kena rehat dulu untuk dua atau tiga tahun ni. Sebabnya ...... (boleh rujuk kat sini)
Memang kena pilih salah satu untuk capai yang terbaik. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan yer :)


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails