Showing posts with label pengalaman beli rumah lelong. Show all posts
Showing posts with label pengalaman beli rumah lelong. Show all posts

Rumah Lelong di Puchong Naik Sehingga 110%! Auction di CIMB Property Mart 12 Dec 2015

Posted by shidasanmil at Monday, December 14, 2015 0 new comments
Puchong most wanted! Aku saje nak try Penaga Mas Puchong hari Saptu lepas.

Memang aku dah duga harga akan naik tapi tak sangka mak naik sampai macam tu.

Ok lah reserve price rumah tu RM 68,900 dan sell price naik ke RM 144,000!
Market value around RM 170 ke RM 200 psf
Aku back off je. Bukan rezeki aku. Untuk kawasan yang wanted agak sukar untuk dapat harga yang menarik dari lelong. Mesti sampai market value punya. Market value rumah ni around RM160,000 ++ based on brickz.my

Still below market value. Good buy. Tahniah pada yang menang. Just aku ada target sendiri yang aku pegang untuk unit ini dengan 30% deposit untuk rumah ketiga lagi. So I just let it gooo. Let it goooo ;P

Kalau ada yang nak jual area Puchong most wanted dengan harga yang best boleh roger saya. Kalau ada rezeki nak juga satu unit di Puchong.

Penaga Mas memang menarik

Size rumah 780sf agak besar

Lokasi yang best
Untuk yang nak beli rumah lelong tapi tiada pengalaman boleh contact kami. Kami boleh guide dari mula sampai habis. Kalau tiada masa untuk pergi bid rumah lelong kami boleh bantu anda dengan fee kawan-kawan itu pun kalau menang bid. Kalau tidak percuma sahaja ;)

Kami tunggu response anda.

0102314997
pacicoss@gmail.com

3 Pengajaran Termahal Dari Rumah Lelong yang Semua Orang Taknak Rasa

Posted by shidasanmil at Monday, October 19, 2015 3 new comments
Rumah lelong kalau kena caranya memang boleh buat duit. 

Kalau tak kena cara boleh migrain nampuloh hari nampuloh malam. Macam apa yang aku lalui satu ketika dulu. Menangis kat bucu katil sambil makan pop corn ;D

Di kiri side bar blog ni ada aku sediakan link "Kawan usahawan terbaik" ramai blogger-blogger hartanah yang share ilmu mereka. Sila klik ok.

Aku share ni supaya orang lain tak merasai pengajaran "manis" macam yang aku rasa sebab aku tau semua orang pun memang taknak rasa dan janganlah mandai-mandai nak rasa biarlah kalau boleh aku sorang jer yang rasa. 

Pengalaman aku beli rumah lelong kali kedua banyak mengajar aku supaya lebih celik kira-kira. 

Dan 3 perkara ni memang aku terlepas pandang: 

1- Tak celik Market Value

Untuk orang muda (ehems) macam aku haruslah memerlukan loan untuk membeli rumah. Disebabkan proses membeli rumah lelong ada "had masa" untuk membuat bayaran penuh yang selalunya 120 hari. Adalah disarankan untuk mengambil loan dengan bank yang sama untuk mudahkan proses. 

Perlu ingat setiap bank ada valuer sendiri dan setiap valuer menilai unit dengan harga yang berbeza.

Jadi ambil tahu berapa market value unit yang anda nak bid dengan bank berkenaan. Ini penting untuk point no 3.

2- Ikut perasaan

Kalau dalam hati korang terdetik "aku kena dapatkan unit ini" Aku nasihatkan silalah hire agent untuk bid untuk anda atau anda tidak pergi membida. Ha ha

 Jika tidak yang nahas poket anda sendiri. 

Rindu nak membida lagi. Ada rezeki masuk lagi nanti insyaAllah.

3- Tak set maksimum target price dan follow

Maksimum target price ni bukan suka-suka nak letak. Kita kena kira. Lepas kira kena install dalam minda ini sahaja nilai untuk unit Si fulan. Lebih dari ini Si fulan tidak bernilai lagi. He he

Macam mana nak set maksimum target price supaya masih rasa untung? Berapa breakeven value?

Yang cantik setkan 90% dari Market Value. Kurang lagi bagus ^_^
Sila jangan ikut 3 pengajaran ni kalau korang taknak rasa apa yang aku rasa. Sengsara seketika tapi masih manis sebab kan aku makan pop corn tadi ;P

Sekian. 

;D
Stylo mamat ni datang auction ^___^
 

cinet Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea