I Know Who U R.....

Kau Aku Kita Berbeza

My Supporters

Facebook Supporters

Disebalik mimpi......

Thursday, December 16, 2010

Sehari dua ni saye asyik mimpi jew. Tapi cuma dua mimpi ni je yg begitu menarik perhatian saye n buat saye termenung panjang ketika terjaga dari tidur....

1) Saye kenal dgn seorang lelaki yg dah berumahtangga. Dia ni dulu sama tempat keje ngn saye. X tau kat mana silapnya, dia mcm x suka saye je. Ada je yg x kena n nk cri pasal ngn saye. Then ckp saye ni sombong la... apa lah... Mcm2 lah.... Satu malam tu saye mimpi dia dtg jumpa saye bersama wife dia nangis2 naik BMW warna biru gelap. Betul saye x sangka boleh mimpi dia sedangkan saye x pernah pk dia pun selama ni. Rupanya dia merayu minta bantuan saye. Saye x pasti bantuan yg mcm mana dia nak sb mimpi tu x cerita lak. Huhuhu... Saye bg they all tumpang kat umah saye kejap sementara saye keluar cari barang. Tapi.... Sedihnya ada org dh pancitkan 4 tayar kereta saye. Saye termenung kat tepi jalan tgk kereta saye. Setakat tu je mimpi tu berlalu. Selanjutnya saye xtau apa berlaku....

2) Saye mimpi ada org tua bg saye 2 pasang baju 2 warna. Hitam n putih. mulanya saye pakai kain putih, baju hitam n selendang mix hitam putih. Tapi saye menung lama depan cermin n nampak diri saye pelik sgt. Saye tukar kain mix hitam putih, baju putih n selendang putih. Tapi baju tu cantik sgt. Saye x dpt bayangkan mcm mana baju tu. Kalah org nk g nikah. Design selendang n kerawang baju tu betul memikat hati saye. Saye nk ambil gambar sama2 mak saye n anak saudara saye. Saye kat tgh2. Adik saye yg tlg snap pic. Tapi malangnya semua foto tu blur. Xde satu pun yg ok..... Kenapa? Ishh.... betul2 buat saye termenung. Betul2 mlm jumaat saye dpt mimpi ni. Malam tadi la.... Hurmm.... Saye masih mencari apa yang tersirat.

Memang betul mimpi tu mainan tidur n gangguan syaitan. tapi dalam kita x sedar dari mimpi kita dapat satu petunjuk yg kdg2 kita abaikan. Saye pernah laluinya. Saye abaikan mimpi tu sb saye anggap tu semua khayalan. Tp selepas 3 bulan lebih kurang, apa yg saye mimpi tu benar2 berlaku... Ajaib.... Atau itu hanya kebetulan. X baik kita terlalu percaya mimpi. Tp kadang2 kita ingin mencari apa yang tersirat......

Mungkin pembaca mampu beri saye satu jawapan pasti.......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Tenangkan Hatimu.....

Saturday, August 1, 2009


Ketahuilah bahawa....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


9 Sebab Hati Tidak Bahagia



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak....lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh...)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. Tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin IA tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah Kita akan dibantu Allah Dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai Kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Gadis melampau menerima padah

Friday, July 17, 2009

Sekadar renungan.............

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki....."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.... rugila. .. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
2. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. .....

Kajian....ALLAH je mengetahui.. ....
Assalamualaikum ......

Mesti korang terkejutkan. .neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun..... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066......

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun....
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam....

Wallahua'lam. ..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Apa Jawapan Anda??????

Tuesday, July 7, 2009

Think about it...

Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:

"Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat.
Saat itu juga Anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian bas itu, Anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:

* seorang nenek tua yang sakit
* seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya
* seseorang yang selama ini menjadi idaman hati Anda

Anda hanya boleh mengajak satu orang untuk membonceng Anda. Siapakah yang akan Anda ajak? Dan, jelaskan jawaban Anda mengapa Anda melakukan itu!"

Sebelum Anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan:

- Seharusnya Anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lainnya masih sangat muda dan harapan hidup ke depannya masih panjang.

- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup Anda. Inilah saat yang tepat untuk membalas budi kepadanya. Tapi, kalau difikir, kalau sekadar membalas budi, waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan mendapatkan kesempatan itu lagi.

- Mendapatkan idaman hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini Anda tidak ambil peluang, mungkin Anda tidak akan ketemu dia lagi. Dan, impian Anda akan kandas selamanya.

Jadi yang mana yang Anda pilih?

Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawabannya, hanya menulis dengan singkat:

"Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada sang doktor dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan sang idaman hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami."

Ya, jawaban di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi, kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?

Terkadang ..., dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskan semua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapatkan sesuatu yang jauh lebih besar.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Bertemu jodoh di internet

Sunday, May 31, 2009



"Jodoh ada di mana - mana", melalui internet juga individu boleh mendapat pasangan.Bukan sekadar teman di kala sunyi malah teman sehidup semati. Sehingga kini MIRC, Yahoo Messager, Friendster, My Space dan Tagged adalah antara ribuan ruang siber untuk berkomunikasi, berkenalan serta bertukar pandapat. Namun ada juga yang memilih ruangan ini untuk mencari jodoh.

Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata. Mungkin ramai yang kurang percaya jodoh menerusi internet ini, tetapi masih ada yang berpendapat internet adalah satu daripada cara seseorang bertemu jodoh.

Pensyarah di Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Baru, Mohd Zamri Mohd Zainuldin
yang ditanya mengenai kesahihan jodoh di internet, berkata ia adalah satu cara untuk berhubung pada zaman moden ini, berbanding sebelum ini hanya gunakan surat dan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi.

"Islam tidak melarang kita menggunakan teknologi dalam mengeratkan hubungan silaturahim, namun perlu mengelakkan percintaan itu daripada menghampiri zina".

"Mencari jodoh menerusi internet juga tidak salah, tetapi untuk mencari yang jujur
agak sukar. Jadi untuk mancari pasangan hidup kita perlu berjumpa untuk mengenali secara realiti kerana kita akan hidup bersama bukan untuk sehari dua".

"Seperti cerita pada zaman Rasulullah, seorang sahabat hanya bertawakal untuk berkahwin tanpa mahu melihat dahulu pasangannya, namun pada keesokan harinya, sahabat itu berjumpa Rasulullah lalu menyatakan rasa kesalnya tidak melihat pasangan itu terlebih dahulu kerana isterinya seorang yang pendek dan hitam,"katanya.

Justeru, apabila menyentuh soal jodoh, katanya seseorang itu perlu berhati-hati dan mencari pasangan bukan sekadar rupa tetapi yang lebih penting pegangan agamanya supaya rumah tangga aman dan bahagia.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Cinta Terlarang

Saturday, May 16, 2009

Ayahku kekasihku

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.

Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.

Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu.

Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.
Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.

Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun.

Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.

Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta... Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di rumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.

Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Berzina Dengan Ikhlas...???

Sunday, April 19, 2009

Semoga menjadi panduan

Soalan
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu
surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu
ialah:

Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang
wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah
sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri
saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya
mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi
oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah
pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati.
Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara
dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu
jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah
krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar
Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the
Roman Empire telah menulis bahawa:
Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup
bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di
ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi
bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang
penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita
menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni,
selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah
indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu!
(Surah Al-Baqarah ayat 223)

Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada
konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari
Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam
bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means
ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah,
menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua
adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini
apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di
mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM.
Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk
mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang:
Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat.

Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!
(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.

Kota Pompei hancur kerananya.

Empayar Rom juga hancur kerananya.

Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Visitor Referrer

 

Design by CempakaBiru