Showing posts with label Islamic. Show all posts
I Know Who U R.....
Kau Aku Kita Berbeza
My Supporters
Facebook Supporters
Syaaban persiapan tempuh Ramadan
Monday, August 10, 2009
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Rejab. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. (at-Taubah : 36).
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.
Abu Bakrah menceritakan bahawa Nabi SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Bulan dalam bahasa Arab disebut Al-Syahru yang bermaksud zaman atau masa iaitu merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan dirasmikan penggunaan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah:
Muharram erti diharamkan, kerana ia adalah bulan pertama daripada empat bulan yang diharamkan berperang dalam Islam.
Safar pula ertinya kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.
Rabiulawal dan Akhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.
Jumada Ula dan Jumada Akhir erti Jumada itu ialah membeku di mana waktu ini biasanya berlaku musim sejuk yang menyebabkan air membeku. Asal perkataan Jumada ialah ‘Jamada’ yakni membeku.
Rejab pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka mengadakan gencatan senjata di bulan ini sebagai memuliakannya.
Syaaban bererti pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar pada bulan setelah duduk lama di rumah pada bulan Rejab. Mereka juga keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadan bererti panas, kerana kebiasaannya pada waktu dahulu pada bulan ini berlaku cuaca panas.
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan.
Zulkaedah merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah pula dikaitkan dengan kebiasaan kaum Arab ke Kaabah menunaikan haji pada bulan ini.
Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Termasuklah juga dengan bulan Syaaban.
Ketibaan bulan Syaaban seharusnya disambut dengan azam dan komitmen untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan dan kebajikan. Sebabnya hidup seorang muslim hendaklah sentiasa berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Sebagai Muslim sewajarnya kita mengetahui apakah kelebihan bulan Syaaban agar ketibaannya dapat dihayati dengan sebaiknya.
Memanfaatkannya
Keistimewaan ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana Islam sangat mementingkan soal masa. Di mana ada saat-saat tertentu yang mempunyai fadilat yang khusus dan jika tidak diambil kesempatan untuk memanfaatkannya akan berlalu begitu sahaja serta tiada peluang lagi untuk dikembalikan.
Menyentuh tentang kelebihan bulan Syaaban terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan tentangnya.
Antaranya: Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Abu Salamah r.a. pula berkata: Aku pernah bertanya Aisyah r.a. tentang puasa Rasulullah s.a.w. lalu dijawab: Bahawa Nabi berpuasa sehingga kami berkata memang ia berpuasa dan ia berbuka sehingga kami berkata memang ia berbuka, dan aku tidak pernah melihatnya berpuasa lebih banyak daripada bulan Syaaban, ia pernah berpuasa sebulan pada bulan Syaaban dan pernah juga ia berpuasa sedikit pada bulan Syaaban. (riwayat Muslim).
Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan. (riwayat Tirmidzi).
Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahawa bulan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW berpuasa ialah bulan Syaaban kemudian disambung ke bulan Ramadan. (riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Bagi mereka yang ingin berpuasa di bulan Syaaban sebaiknya dimulakan dari awal bulan Syaaban. Ini kerana terdapat larangan berpuasa dihujung Syaaban bagi mereka yang tidak pernah berpuasa di awalnya.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila sudah tinggal separuh dari bulan Syaaban maka janganlah kamu berpuasa.
Berdasarkan hadis ini para ulama menyatakan adalah ditegah jika seseorang berpuasa di hujung Syaaban kerana ingin menyambungnya terus dengan puasa di bulan Ramadan.
Berkenaan dengan hikmah atau rahsia menunaikan ibadah di bulan Syaaban, terdapat hadis-hadis sahih yang menceritakannya.
Antaranya:
Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sebulan seperti mana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Jawab Nabi SAW: Itulah bulan di mana manusia mengabaikannya iaitu bulan antara Rejab dan Ramadan (Syaaban). Ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat kepada Tuhan sekelian alam dan aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
(riwayat Nasai dan Ahmad) Abu Musa al-Asyaari pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah melihat (amalan hamba-hamba-Nya) pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan dosa semua makhluk-Nya (hamba-Nya) kecuali syirik dan orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya).
(riwayat Ibnu Majah) Abdullah bin Amru juga pernah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Allah melihat kepada makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu diampunkan hambanya kecuali dua iaitu orang yang memutuskan silaturahim (tidak bertegur dengan saudaranya) dan pembunuh. (riwayat Imam Ahmad)
Demikianlah beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dan pertengahan bulan Syaaban atau Nisfu Syaaban sebagai pintu masuk kepada ketibaan bulan yang lebih istimewa iaitu Ramadan.
Pelaksanaan ibadah bulan Syaaban adalah satu kebebasan kepada umat Islam tanpa dikhususkan kepada amalan-amalan tertentu atau dengan cara yang tertentu kecuali nas yang menggalakkan berpuasa sunat.
Oleh itu, di samping ibadah puasa, bolehlah juga dilakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, berzikir, qiamullail dan sebagainya.
Di samping itu, elok juga di bulan Syaaban ini kita membuat persiapan menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadan. Pada kebiasaannya umat Islam menghias rumah dan membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebaliknya persiapan Ramadan tidak diambil berat. Sedangkan hari raya cuma sehari, puasa Ramadan pula sebulan lamanya.
Sebaiknya bulan Syaaban dibuat persediaan bagi menempuh Ramadan. Persiapan sama ada dari sudut ruhiah yakni dengan membiasakan diri dengan puasa dan ibadah lain di samping persiapan fizikal seperti menghias rumah, menyediakan pakaian baru dan mengadakan ruang khusus untuk beribadat di rumah.
Bulan Syaaban juga elok dijadikan saat untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah dan berdoa agar dikurniakan sifat istiqamah serta kesihatan supaya dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadan yang bakal tiba.
Posted in Islamic, pedoman by CempakaBiru | 1 comments
Email this postFitnah terhadap wanita muslimah
Saturday, May 2, 2009
Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"
Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' d Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.
Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu lankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Posted in Islamic, pedoman by CempakaBiru | 0 comments
Email this postMIMPI SEORANG GADIS
Untuk Renungan Bersama..... Bismillahirrahmanirrahim....
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi - TV3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya.
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja..
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.
"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.......SEBARKANLAH .......
WASSALAM!!!. .......
Posted in Islamic, pedoman by CempakaBiru | 0 comments
Email this postBerzina Dengan Ikhlas...???
Sunday, April 19, 2009
Semoga menjadi panduan
Soalan
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu
surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu
ialah:
Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang
wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah
sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri
saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya
mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi
oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah
pandangan dan nasihat tuan.
Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas yang dihormati.
Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara
dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu
jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah
krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar
Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the
Roman Empire telah menulis bahawa:
Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup
bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di
ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi
bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)
Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang
penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita
menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni,
selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah
indahnya firman Allah yang bermaksud:
Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu!
(Surah Al-Baqarah ayat 223)
Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada
konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari
Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam
bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means
ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah,
menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua
adalah halal bagi Machiavelli.
Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini
apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di
mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM.
Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk
mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang:
Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat.
Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!
(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur kerananya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)
Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Posted in Islamic, Renungan by CempakaBiru | 2 comments
Email this postWanita
Saturday, April 18, 2009
Wanita
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah! ... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. ..Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok.. .Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. .. Tapi binalah kepimpinan.. .Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Posted in Islamic by CempakaBiru | 0 comments
Email this postSIFAT 20
SIFAT 20
1-WUJUD
Ada.Wajid Tuhan ada,Mustahil Tuhan tidak ada
bukti Tuhan itu ada ialah alam keseluruhan ini.
Kalau Tuhan yang menjadikan alam ini ada tentulah
boleh menjadikan tidak ada.
2-QIDAM
Tuhan sifat qidam iaitu tiada permulaan adaNya.
Musrahil ada permulaan adaNya kerana kalau ada
permulaan adaNya maka samalah ia dengan makhluk.
Kalau ia sama dengan makhluk maka ia bukan Tuhan
3-BAQA
Tuhan bersifat baqa ialah kekal selama-lamanya
mustahil ia akan lenyap.Tuhan tidak mungkin habis.
Kalau habismaka siapakah yang menjadi Tuhan sesudahNya?
Tuhan kekal buat selama-lamanya dan ia akan mengekalkan
pula syuga dan neraka bersama penghuni-penghununya.
4-MUKHALAFATUHU TA'ALA HAWADIS
Tuhan bersifat mukhalafathu Ta'ala Lil Hawadis
erti-nya Tuhan berlainan dengan sekalian makhluk
mustahil ia serupa dengan makhlukNya.
5-QIYAMUHU BINAFSIH
Tuhan adalah berdiri sendiri tidak memerlukan
pertolongan orang lain.Kalau memerlukan pertolongan
orang lain maka Tuhan adalah lemah tidak sempurna dan
tidak berhak menjadi Tuhan
6-WAHDANIAH
Tuhan bersifat Wahdaniah ertinya Tuhan Allah Maha Esa.
Mustahil ia berlebihan(banyak).Kalau ia banyak tentu
timbul perselisihan atau perbezaan faham antara mereka
dan akan binasalah alam ini kerana yang satu menbawa ke
hilir dan yang lain menbawa ke hulu.
7-QUDRAT
Tuhan bersifat Qudrat ertinya, mustahil ia lemah(daif).
Kalau ia lemah tentu makhlukNya tidak akan terjadi dan
kalau lemah maka itu bukan Tuhan.
8-IRADAH
Tuhan bersifat Iradah ertinya sesuatu menurut kehendakNya
mustahil ia tidak menurut kehendakNya dan mustahil ia
dipaksa oleh kekuatan lain.Maka Ia bukan lagi Tuhan
kerana ia suatu yang lemah.
9-ILMU
Tuhan besifat Ilmu ertinya berpengetahuan.Tuhan tahu
seluruhnya yang telah dijadikanNya dan tahu yang akan
dijadikanNya mustahil Ia tidak tahu kalau Ia tidak
tahu tentulah Ia tidak dapat mengatur alam ini.
10-HAYAT
Tuhan bersifat dengan Hayat ertinya Hidup.Mustahil Ia
mati kalau Ia mati nescaya akan binasalah alam ini kerana
tiada yang mengemmudikanNya lagi.
11-SAMA'
Tuhan itu bersifat sama ertinya mendengar,mustahil adalah
sifat kekurangan,tidak masuk akal kalau Tuhan menpunyai
sifat kekurangan
12-BASHAR
Tuhan bersifat Bashar ertinya Melihat,mustahil Ia buta.
Buta ialah sifat kekurangan.Kalau Ia buta tentu kacau
bilau segala macam urusan-Nya
13-KALAM
Tuhan bersifat Kalam ertinya berkata-kata.Mustahil
Ia bisu.Kalau Tuhan bisu mustahil Iadapat memerintah
dengan baik.Tuhan menpunyai sifat berkata-kata.
Sifat-sifat ini termasuk sifat Kalam adalah sifat-sifat
Qadim yang bediri atas zat qadim iaitu ZatTuhan
14-KAUNUHU QADIRAN
Tuhan bersifat Kaunuhu Qadiran ertinya selalu
dalam keadaan berkuasa.Mustahil Ia dalam keadaan
lemah.Oleh kerana Tuhan menpunyai sifat Qudrat
maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkuasa.
Tidak pernah berhenti sekelip mata pun.
15-KAUNUHU MURIDAN
Tuhan bersifat dengan Kaunuhu Muridan ertinya dalam keadaan
mengehendaki.Mustahil Ia dalam keadaan tidak berkehendak.
16-KAUNUHU 'AALIMAN
Tuhan bersifat dengan Kaunuhu 'Aaliman ertinya tetap
selalu dalam keadaan mengetahui.Mustahil Ia dalam keadaan
tidak mengetahuinya.
17-KAUNUHU HAYYAN
Tuhan bersifat Kaunuhu Hayyan ertinya Tuhan tetap
selalu dalam keadaan hidup.Mustahil Ia dalam keadaan
mati.Oleh sebab Tuhan mempunyai sifat Hayat maka Ia
selalu dalam keadaan hidup.
18-KAUNUHU SAMI'AN
Tuhan tetap selalu dalam kedaan mendengar.Mustahil
Ia dalam keadaan tuli.Oleh kerana Tuhan
mempunyai sifat Sami'an maka Ia selalu dalam
keadaan mendengar.
19-KAUNUHU BASHIRAN
Tuhan tetap selalu dalam Keadaan melihat.Mustahil
Ia dalam keadaan buta kerana Tuhan mempunyai sifat
Bashar maka Ia selalu dalam keadaan melihat.
20-KAUNUHU MUTAKALLIMAN
Tuhan bersifat Kaunuhu Mutakalimam ertinya Tuhan
tetap selalu dalam keadaan berkata-kata.Mustahil
Ia bisu.Oleh kerana Ia menpunyai sifat Kalam,Maka
Ia tetap selalu dalam keadaan berkata-kata.
Posted in Islamic by CempakaBiru | 0 comments
Email this post
Subscribe to:
Posts (Atom)