Showing posts with label Vid. Show all posts
Showing posts with label Vid. Show all posts

Seronok Ka? Adele

Sejuk

Setelah aku imbas di fikiran ku, baru aku sedar sudah hampir sebulan aku kesejukan. Kesejukan ketika tidur walaupun sudah berselimut. Kesejukan ketika mandi pagi sampai rasa malas mau mandi pagi. Kesejukan dalam pejabat, ni penghawa dingin punya pasal. Pandai sejuk sendiri. Sampai mau menaip pun susah.

Ini bukan cerita pasal kesejukan aku saja, tapi kesejukan semua. Bos aku pun cakap sejuk. Mungkin salah satu puncanya ialah hujan terus-terus tanpa henti. Alam sekitar kita sudah berubah. Sudah sukar untuk di duga.

Mungkin salah kita juga. Patut menjaga alam sekitar. Tapi kita mencemarkannya lagi. Sepatutnya bulan febuari ni bulan panas tapi sekarang masih lagi hujan. Apalah nasib.

Mari kita sokong ini-----> wwf.org.my


Lagu ni tiada kaitan dengan alam sekitar. Tapi berkaitan dengan kehidupan.


Tan Sri P. Ramlee - Bintang Yang Hilang



Kamu tengok lah video ni. Kamu akan faham kesengsaraan beliau. Bagaimana beliau memperjuangkan industri seni kita demi masa depan. Kepada pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit, faham-fahamlah. Jangan bikin filem untuk mengaut keuntungan tapi seni di lupakan.

Shaolin VS Witch

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton 2 filem luar negara. Jadi aku bandingkan kedua-dua filem ini. Filem pertama adalah filem 'season of the Witch'. Buatan barat la ni kalau sudah pelakon pun brother Nicholas Cage. Cerita ni memang nampak karut sikit tapi cerita ni banyak juga berkaitan agama. Cerita yang berkaitan dengan perang salib dan pemerintahan gereja yang di tentang oleh rakyat.

Cerita kedua adalah Shaolin. Cerita cina. Cerita pemerintahan di negara China suatu masa dahulu. Ni sangat best dengan effect dorang. Tambah pula cenimatic tone yang mereka gunakan membuatkan aku kagum dengan pembikin filem asia. Kalau nak cakap jalan cerita aku rasa cerita Shaolin ni lagi baik daripada cerita 'Season of the witch'.

4.5 bintang untuk Shaolin.

Kualiti! Ini Baru Kualiti.



Ni baru video yang berkualiti. Nampak sangat kualiti yang sangat kreatif. I like...

So Sweet (Buat gaya awek-awek sikit)

Serius sweet pulak dorang bedua ni. Cewah.




"Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu"

Harap-harap 'nya' aku faham. Hahahahahaha

Awan Nano

Memang patut Hafiz AF7 dapat vokal terbaik pada AJL ni. Lebih-lebih lagi kalau dengar lagu ni. Lagu "awan nano".




"Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu"


Sungguh menarik lirik. Dan lebih superb adalah video ni. Memang ada style orang bilang.

When I Need You.......



Lagu ni memang dalam dan di khas kan kepada "nya" aku....

Bukan rayuan Gombal Dong.




~~~~Selamanya hanya diri mu...!!!!!

P/S: Memang Layan suara budak ni.

Shuffle Milik Dua Orang Ni

Layan kan saja kes boring bro dua orang ni.

Musik

Banyak musik yang aku suka. Antaranya adalah musik yag dimainkan oleh band-band yang memperjuangkan ideologi-ideologi tersendiri. Kebebasan besuara. Ya kebebasan besuara. Hak asasi. Ya hak asasi. Dengarkan lah.

Tiba-tiba aku mau buat band main lagu-lagu macam ni. Best!!!!!!!!!!!


POINTING FINGER!!!!!

Mesti Potong.....

Aku tengok filem pendek ni lucu sangat hebat. Hahahahahaha. Mesti potong kalau nak buka akaun kat bank islam..




Himpunan filem-filem pendek dari penerbit malaysia termasuk yang telah pergi. Sila klik sini.

Baru True...

Dengar lagu indonesia sambil hisap rokok gudang garam. Baru pekerja kontrak sejati.

Inilah Gaban Kawan-kawan




'Nya' aku tanya macam mana rupa bentuk Gaban. Puas aku terangkan. Ni semua pasal radio lah pandai-pandai memutarkan lagu gaban.

P/S: Punya hebat gaban ni aku rasa.

Gila Comel Yang Baju Putih Itu




Comel macam 'nya' aku.