Dia ada kawan berbulu mata lentik.tak macam bulu mata dia.pendek.lurus.dia tengok mata kawan dia bulat bulat.tapi bukan bulat melampau sampai nak terkeluar biji mata.bulat elok elok.tak rasa takut bila tengok.
Dia ada dengar yang orang berbulu mata lentik ni rambutnya kerinting.tapi bukan ke rambut ikal mayang yang disebut orang selepas alis yang lentik?
Rambut kawan dia yang berbulu mata lentik tu lurus.macam galah.kalau main jalin jalin rambut semalaman pun belum tentu jadi kerinting.
Hairan sebab dia ingatkan orang berbulu mata lentik tu rambut wajib kerinting.rupanya tidak.
Suatu hari, ketika dia terkalut kalut mahu pinjam pen, dan kawan dia yang berbulu mata lentik tu pun terkalut kalut gali beg cari pen sampai terpelanting tuala wanita, terpelanting sama adalah sebuah alat pelik iaitu PENGEPIT BULU MATA.
Pecah rahsia T_T
Friday, May 9, 2014
kawan berbulu mata lentik
Posted by puding roti at 12:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mana lu pigi? Mesti jg baby ni :p
I guess I miss ur stories ;)
coreng. ah memang rindu berkubang di sini. tapi ya. sibuk jaga anak2. buku dikoyak. telefon pun pecah hihi
Post a Comment