Pagi itu si miskin bangun dari tilam yang agak lusuh sebab hendak mengikuti tuntutan dunia. Sebelum bangun secara terus atau dalam erti kata lain berdiri, si miskin hanya duduk sementara. Di hadapannya ada secawan teh yang entah bila punya teh entah. Renungannya tajam dan lama.
Kemudian si miskin merenung 'seluar tinju' yang selalu di bawanya tidur pun agak lusuh. Pun renungannya sangat tajam dan hatinya bebisik ghairah "bila entah aku nak tukar 'seluar tinju' aku ni?". Tanpa berlengah dia pun bangun dan mengambil tuala yang ter'hanger' di jeriji besi berdekatan dengan tingkap bilik itu. Di renungnya pula tuala itu, kali ini agak lama juga la. Hati si miskin sekali lagi berkata "Nanti aku tukar tuala hijau muda yang usang ini dengan yang baru. Sekalian dengan 'seluar tinju' aku ni".
Dengan fikiran yang agak sesak dan masih lagi di bayangi dengan mimpi yang tak sedap mana pun. Balik-balik mimpi raksasa. Balik-balik mimpi raksasa. Begitu la mimpi yang tidak seberapa itu. Di capainya ubat gigi dan berus giginya serentak. Di renungnya ubat giginya yang kecil lagi leper itu. "eh.. Ada lagi ke ubat gigi aku ni?" di picitnya sekuat mungkin bagi mengeluarkan sisa-sisa ubat giginya itu. Keluar sedikit ke berus giginya. Kemudian di basahinya berus gigi serta ubat gigi itu. Dengan selamba ubat giginya itu terjatuh mengikuti air yang mengalir dari paip itu. Di renungnya pada ubat gigi yang jatuh itu. "......". Hatinya langsung tidak berkata-kata. Di berusnya sahaja dengan redha giginya tanpa ubat gigi. Memang sangat gembira rasanya.
Kemudian dia melihat pada bahagian sabun. Langsung tiada sabun. Lama renungannya. "memang ketara sungguh aku ni miskin"
Begitulah renungan si miskin. Jadi renung-renungkan lah.
Masa. Saat. Minit. Jam.
Masa. Saat. Minit. Jam.
Semua beharga jika dibandingkan dengan Emas.
Masa. Saat. Minit. Jam.
Semua meninggalkan yang silam, menjelmakan yang sekarang.
Masa. Saat. Minit. Jam.
Semua berlalu tanpa memperdulikan aku dan kamu.
Masa. Saat. Minit. Jam.
Semua menentukan segalanya.

Labels:
Permainan Puisi
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Tekanan Bekerja?
Anda tekanan dalam pekerjaan anda? Mesti ada penyelesaiannya. Sebagai contoh lihat gambar di bawah:-
Ni akibat aku tekanan dengan kerja aku. Dengan bos aku. Dengan kawan sekerja aku. Perangai mereka sangat cibai. Akhirnya aku lepak dengan bapak-bapak indonesia pekerja aku dan meminjam basikal. Lalu aku meronda site menggunakan basikal diatas. Syurga beb!!!!
Labels:
Diari Seorang Pekerja Kontrak
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Kata Hati Episod Sekarang
Situasi: Telefon langsung tidak di endahkan. Telefon banyak kali pun sama.
Kata hati: Ala... Tidur tu. Rileklah. Telefon je nanti atau try friend finder.
Kata hati: Ala... Tidur tu. Rileklah. Telefon je nanti atau try friend finder.
Labels:
Jiwa emo cinta
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Demo
Ini bukanlah berkenaan dengan kaset demo mana-mana kumpulan pancaragam indie, tapi adalah berkaitan dengan aktiviti demostrasi yang di amalkan oleh rakyat negara-negara demokrasi seperti yang terjadi pada 1 ogos lalu.
Untuk definisi yang tepat tentang demokrasi aku dah sediakan satu link untuk korang baca dan fahami. Korang klik je bahagian ni.
Manakala definisi demostrasi pula ialah rusuhan, perarakan secara aman ataupun tidak aman.
Bagi aku aman ke tidak aman ke sama sahaja. Yang penting ada kawalan pihak berkuasa. Bila betukar ganas pihak berkuasa hendaklah bertugas. Tapi kalau aman, pihak berkuasa kena mengiringi demostrasi itu. Bukan terus-terusan simbah air ke, lontar bom asap ke. Kenalah tengok keadaan.
Bagi yang berdemo pula, janganlah sampai merosakan harta benda awam dan peribadi. Kedai dan pondok-pondok telefon tidak bersalah. Benda-benda ni hanya duduk diam di tempat yang sepatutnya. Tapi ini tidak tetap juga hendak di rosakkan. Mana tidaknya orang yang berkecuali merasa benci kepada pendemo-pendemo sekalian. Sekali gus membenci pihak-pihak berkuasa sebab pihak berkuasa tidak menjalankan tugas.
Secara peribadinya aku memang suka berdemostrasi. Mungkin atas sebab aku ni pun ada jiwa anarki yang aku pelajari semasa aku sekolah dulu. Jiwa-jiwa pembangkang. Tapi aku malas hendak lebih-lebih atas sebab aku takut hendak memperjuangkan benda yang aku tak mampu nak capai. Macam pembangkang kita sekarang ni. Bukan aku nak cakap apa. Bukan aku nak kutuk pembangkang. Cuma ini realiti. Aku rakyat biasa yang bisa memerhatikan semua itu. Yang bisa merasa semua itu.
Dalam sistem pemerintahan demokrasi ada satu yang aku suka iaitu
Tapi kalau kita betul-betul adalah negara yang demokrasi, cuba kita lihat rakyat-rakyat kita. Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan. Dan kalau kamu semua berani cuba kamu tanyakan orang di sebelah kamu ketika kamu sedang tunggu bas ke tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. Adakah mereka tahu? Dan adakah kerajaan kita betul-betul bertanggungjawab untuk memberikan pengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik kepada rakyat Malaysia?
Tepuk dada tanya selera.
P/S: Entri ini di ilhamkan ketika aku menaiki teksi dari kg. pandan ke bukit bintang. Pencetus idea adalah pakcik pemandu teksi itu sendiri. Terima kasih pakcik.

"Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik"
Tapi kalau kita betul-betul adalah negara yang demokrasi, cuba kita lihat rakyat-rakyat kita. Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan. Dan kalau kamu semua berani cuba kamu tanyakan orang di sebelah kamu ketika kamu sedang tunggu bas ke tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. Adakah mereka tahu? Dan adakah kerajaan kita betul-betul bertanggungjawab untuk memberikan pengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik kepada rakyat Malaysia?
Tepuk dada tanya selera.
P/S: Entri ini di ilhamkan ketika aku menaiki teksi dari kg. pandan ke bukit bintang. Pencetus idea adalah pakcik pemandu teksi itu sendiri. Terima kasih pakcik.
Labels:
Teguran rasmi
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Peliharaan
Aku sekarang kurang di endahkan. Jadi aku mengambil inisiatif baru dengan memelihara hamster. Ni pun kawan aku bagi aku. Sekarang aku betambah sibuk dengan binatang peliharaan (sibuk la sangat).
Kenapa aku cakap aku kurang di endahkan? Sebab 'nya' aku sedang sibuk dengan curi sayur-mayur di dalam facebook tu. Memang aku rasa nak delete facebook. Siapa tah ajar 'nya' aku main benda-benda macam tu.

Diari Seorang Pekerja Kontrak,
Jiwa emo cinta
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Jatuh
Jatuh. Itu yang ada sekarang. Memang kalau hidup perlu merasa kesorangan, kesepian, kesakitan. Dunia tidak akan menemani anda setiap masa mahupun diri ku ini. Rasa jatuh ini yang amat aku bencikan. Dari dulu sampai sekarang. Semua manusia tidak akan lari dari kejatuhan ini. Semua manusia akan cuba bangkit dan ada yang berulang kali jatuh dan bangkit. Jatuh dan bangkit. Hasil. Tetap sama. Tetap berada pada asas yang sama ketika mula-mula jatuh dahulu.
Labels:
Jiwa emo cinta
Hasil titik peluh
Pekerja Kontrak
Subscribe to:
Posts (Atom)