Gagasan untuk menyiarkan karya pelukis pada halaman majalah sastera (menerusi sketsa) sudah lama Tongkat* dan aku timbulkan semasa kami di kota New York lagi pada tahun 1970. Jadi, apabila Dewan Sastera mulai dicetak, aku dan dua tiga orang teman terus saja diberi tugas (bagi pihak pengarang) untuk memilih dan mengumpulkan hasil seni lakaran/grafik sebanyak mungkin daripada kalangan pelukis, mahupun pelajar seni lukis tanah air.
Mengumpulkan karya tersebut kerja mudah dan bayaran honorariumnya bisa diatur. Bagaimana kalau karya asli pelukis tertentu itu (entah bagaimana) hilang? Siapa yang akan bertanggungjawab? Tetapi pertemuanku dengan pihak sidang pengarang Dewan Sastera kelmarin, sebenarnya menyentuh sesuatu yang lebih penting.
Aku meletakkan syarat. Jangan lagi menganggap lakaran/sketsa itu sebagai ilustrasi/penghias/pemanis/penempel ruang kosong semata-mata! Sudah sampai masanya kita mengangkat dan menghargainya sebagai hasil karya seni lukis jua. Berikan satu muka penuh untuk sekeping sketsa, misalnya.
* Usman Awang
-CATATAN, halaman 273.
Sebarang pendapat? Sila kemukakannya di ruang komen.