Followers

Monday, January 24, 2011

TAUJIHAD DARI KISAH-KISAH PERJUANGAN SILAM

- ULASAN DARI KISAH-KISAH PEJUANG ISLAM ZAMAN RASULULLAH HINGGA ZAMAN KONTEMPORORI...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Segala puji bagi Allah yang memberikan kita semua dengan nikmat Iman dan Islam. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan dengan hidayah serta keampunan dari Allah Azza Wa Jalla.

Mengkaji kisah-kisah para daie memberikan kita satu tazkirah bahawa menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendakwah bukanlah satu tugas yang mudah. Baik melalui peribadi Rasulullah s.a.w. sebagai contoh tauladan terbaik untuk umat manusia sehinggalah kisah-kisah perjuangan dakwah zaman sahabat, tabi'ex serta golongan da'ie kontemporori. Semuanya mempunyai jalan cerita yang sama disebalik skrip yang berbeza. Cacian, herdikan, penghinaan, penganiayaan sehingga ke tahap mahu dibunuh. Itu semua adalah asam garam dalam perjuangan menyebarkan risalah dakwah Islamiyyah.

Rasulullah dicaci, dimaki, dilabel pemecah-belah masyarakat bahkan sampai mahu dibunuh oleh musuh-musuh Islam manakala sahabat seperti Bilal Bin Rabah diseksa dengan cara yang amat kejam dari sudut kemanusiaan. Golongan tabi'e dan kontemporori juga turut memahat nama-nama pejuang Islam yang bersusah payah dalam menyebarkan risalah dakwah. Misalnya Syeikh Ahmad Yassin di Palestin dan As-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir.

Kisah-kisah yang dipaparkan dalam pelbagai kitab-kitab sirah ini seharusnya mampu mengejutkan kita dari lamunan. Pendakwah Islam hari ini perlu bangkit dan keluar daripada zon selesa. Persoalan demi persoalan perlu diajukan pada iman kita. Apakah cacian pertama kita kerana menegakkan Islam? Bilakah makian pertama kita kerana menyebarkan Islam? Pernahkah kita dilabel pemecah-belah masyarakat kerana mengajak manusia kepada agama Allah? Pernahkah kita merasa sulit kerana urusan agama Allah? 

Jika tidak itu bermakna kita masih berada di dalam zon selesa. Menikmati kesenangan hasil nikmat kurniaan Allah tanpa berusaha memerah keringat untuk gerak kerja Islam sedang Rasulullah s.a.w. hampir dibunuh kerana menyebarkan risalah dakwah.Maka, tinggal satu persoalan yang tinggal. Adakahlayak kita digelar da'ie jika realitinya kita masih berada di dalam zon selesa?

Kesimpulannya, pendakwah Islam hari ini perlu mengambil pengiktibaran daripada kisah-kisah perjuangan golongan terdahulu sebagai suatu taujihad dalam meningkatkan kualiti diri sebagai seorang da'ie. Kita perlu mula melangkah keluar dari zon selesa dan kembali kepada hakikat sebenar dunia dakwah Islamiyyah yang penuh pancaroba dan liku-liku perjuangan yang semestinya memerlukan kepada keutuhan iman dalam diri para da'ie.


Wednesday, January 12, 2011

2011 - TAHUN KEBANGKITAN MAHASISWA?

"Beri aku 10 orang PEMUDA, nescaya akan aku gegarkan dunia ini." Itulah bait kata yang keluar dari lisan Mantan Presiden Indonesia, Presiden Soekarno. Cukup bermakna dan menonjolkan PEMUDA sebagai lambang kekuatan ummah.

Maka, tidak hairanlah lebih 1400 tahun yang lalu Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesan melalui sabda Baginda SAW;

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesungguhnya Allah telah mengutuskanku dengan agama yang lurus lagi tolenransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedangkan orang-orang tua menyanggahiku."

Kurang dua minggu yang lalu, tahun 2010 meninggalkan kita semua untuk memberi ruang kepada angka 2011. Dan mahasiswa yang di dalam tubuhnya mengalir darah orang muda bangkit dan menyambut kedatangan tahun baru dengan satu Himpunan yang pada hemat saya berjaya menaikkan semangat mahasiswwa se-Malaysia menuju ke arah pembentukan golongan MAHASISWA MATANG dan BERMARUAH.

Motif utama adalah untuk mengeluarkan golongan mahasiswa dari pemikiran MAHASISWA LESU yang hanya melihat dunia mahasiswa terhad kepada bilik kuliah, pen, buku dan perkara seumpama itu. Mahasiswa menjadi insan bisu apabila berdepan masalah-masalah tertentu yang memerlukan mereka bersuara. Menuntut penjelasan dan hak mereka sebagai insan bergelar mahasiswa.

Momentum daripada himpunan membangkitkan kesedaran mahasiswa di peringkat nasional awal tahun lalu telah membawa kepada satu perubahan besar kepada mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah. Atas kalimah "student power", siswa-siswi Insaniah telah turun berhimpun dalam Himpunan Mega Mahasiswa Insaniah pada tarikh keramat 11.1.11.

Asbabnya jelas, untuk menyampaikan suara hati mahasiswa Insaniah kepada barisan pentadbir untuk proses penambahbaikkan yang pada akhirnya membawa kepada situasi menang-menang. Secara kasarnya, himpunan tersebut berjaya mengumpulkan suara mahasiswa Insaniah dan mencapai tujuan himpunan.



Sekiranya dahulu suara ketidakpuasan hati mahasiswa hanya merungut di ceruk bilik asrama, atau di kaki lima dewan kuliah, kini mahasiswa mula melihat dan menyedari siapa diri mereka. Mereka mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah. Mereka sudah meningkat setapak lagi dalam proses hidup mereka.

Walaupun mereka hanya menyuarakan isu-isu kampus namun secara positifnya ia adalah satu langkah yang tepat dalam memperkasakan mahasiswa dalam isu-isu nasional seperti mahasiswa sekitar 80-an lalu yang memperjuangkan isu kemiskinan di Baling.

Mahasiswa bermula dengan langkah kanan di tahun baru ini. InsyaAllah, tahun 2011 akan menjadi tahun kebangkitan mahasiswa di Malaysia. Salam Perjuangan..! 

Saturday, January 8, 2011

PINGGAN KOSONG SATU, CAWAN KOSONG SATU

"Tidaklah layak digelar pemimpin seseorang itu sekiranya dia mampu memesan makanan mahal-mahal di kedai-kedai sedang rakyat bawahannya hanya mampu pesan "PINGGAN KOSONG SATU, CAWAN KOSONG SATU". - Nurhafizul Badrul Hisham

Taqwim 2010 telah melabuhkan tirainya. Bermula tahun baru 2011 dengan setiap dari rakyat Malaysia memasang azam yang semestinya menginginkan sesuatu yang lebih baik pada tahun ini. Malangnya, saban tahun rakyat dipaparkan dengan adegan yang kurang menyenangkan hati. Apa lagi kalau bukan isu KENAIKKAN HARGA!

Tidak dapat dinafikan isu kenaikkan harga barang-barang keperluan harian pada hari ini umpama sudah menjadi badi kepada masyarakat negara ini. Natijahnya, negara hari ini memperlihatkan keadaan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dari situ bermulalah rantaian masalah-masalah lain seperti peningkatan jenayah, sosial dan sebagainya.

Peningkatan harga minyak petrol baru-baru ini menambahkan lagi tekanan tersebut di awal tahun baru ini. Dan tatkala ini rakyat sudah melihat samar-samar kemungkinan harga minyak masak juga akan dinaikkan berikutan krisis minyak masak yang berlaku. Seperti satu kebetulan, kitaran jalan cerita ini berlaku setiap tahun yang akhirnya membawa kepada kenaikkan harga. Cuma objek dan barangnya sahaja berbeza.

Persoalannya, benarkah peningkatan harga ini benar-benar tidak dapat dibendung lagi? Benarkah masyarakat di negara ini perlu menerima hakikat bahawa yang ada di hujung jalan dalam isu ini adalah jalan mati? Jalan buntu.
Saya teringin berkongsi akan suatu kisah tentang seorang khilafah Islam terkemuka, Khalifah Umar Abdul Aziz. Kehebatannya saya pasti ramai yang sudah mengetahui malah keperibadian beliau dikagumi oleh masyarakat bukan Islam dunia.

Menyingkap sejarah pemerintahan beliau, dapatlah dirumuskan bahawa kunci kepada kejayaan cemerlang pentadbiran beliau adalah Islam yang sejati. Dalam tempoh pemerintahannya yang singkat, beliau berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat sehingga ke tahap menimbulkan kesukaran untuk mencari sang fakir yang layak menerima zakat. Begitulah kehebatannya.
Pernah dikisahkan pada suatu hari khalifah Umar Abdul Aziz sedang menulis surat yang berkaitan urusan kerajaan maka digunakan pelita kerajaan ketika menulis surat itu. Tiba-tiba datang anaknya untuk berjumpa beliau. Lalu beliau bertanya kepada anaknya adakah kedatangannya ini atas urusan rasmi kerajaan atau urusan peribadi? Maka kata anaknya atas urusan peribadi. Kemudian Khalifah Umar memadam pelita kerajaan lalu membuka pelita miliknya sendiri lalu merekapun berurusan.

Kisah ini bukan sekadar menunjukkan kepada kita betapa kayanya keperibadian khalifah Islam ini. Bahkan kisah ini memberi kita satu kesedaran bahawa Islam memandang kepimpinan itu sebagai suatu amanah yang berat untuk dipikul. Ia bukan satu kemegahan, kebangga atau kelebihan sebaliknya amanah yang akan dipertanggungjawabkan Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Kembali kepada permasalahan kenaikkan harga, sudah sampai masanya untuk masyarakat di negara ini dan masyarakat dunia untuk kembali kepada pemerintahan berteraskan Islam yang syumul. Semua perlu sedar bahawa pemerintahan yang tunduk kepada Allah adalah pemerintahan yang mampu membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat.

Pemerintah hari ini banyak menggunakan amanah yang diberi sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi. Tidak pelik sekiranya rakyat sesuatu negara itu jatuh miskin. Namun menjadi sesuatu kepelikan yang luar biasa apabila rakyat terus mengalami tekanan kewangan sedar penguasa tidur bersama wang didakapan. Pendek kata, rakyat miskin terus miskin, pembesar kaya terus kaya.

Cuba bezakan gaji pembesar dan rakyat marhein. Jurangnya cukup besar bahkan golongan pembesar terus disuap dengan pelbagai kemudahan eksklusif atas nama yang pelbagai. Lebih teruk dari itu, pemerintahan yang kufur kepada Allah akan menjadikan rasuah, riba, penyelewengan dan pembaziran sebagai amalan harian mereka.

Lihat sahaja hakikat pada hari ini. Apabila melibatkan golongan pembesar akan tampak jelas pelbagai pembaziran akan berlaku. Contohnya, pelbagai gedung-gedung mewah bernilai jutaan ringgit dibina semata-mata untuk ditonton orang sedang rakyat terus roboh dengan pembinaan gedung berjuta ringgit yang tidak ada manfaatnya untuk rakyat. 

Namun atas nama pembangunan ia dilaksanakan sedangkan kita terlupa untuk membangunkan modal insan rakyat dari segenap aspek termasuk ekonominya. Masalah seumpama ini menjadi lebih parah dengan isu penyelewengan, riba dan rasuah.

Kesimpulannya, dunia hari ini memerlukan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz. Patuh dan taat pada Allah sehingga tidak tergamak dirinya untuk mengkhianati amanah walau dengan nilai satu sen. Khazanah negara diurus dan dipulangkan semula kepada rakyat. Dan amat tidak bertanggungjawablah dia jika rakyat menderita kesusahan sedang penguasa hidup bersenang-lenang. Akhirnya saya ulangi semula kata-kata saya di awal tadi.

"Tidaklah layak digelar pemimpin seseorang itu sekiranya dia mampu memesan makanan mahal-mahal di kedai-kedai sedang rakyat bawahannya hanya mampu pesan "PINGGAN KOSONG SATU, CAWAN KOSONG SATU".

Monday, January 3, 2011

KONSPIRASI DUNIA - DI MANA KITA DALAM CARTA MEREKA

Setelah sekian lama tidak menulis, Alhamdulillah hari ini Allah mempermudahkan segala urusan untuk saya berkongsi sedikit ilmu dan pendapat di ruangan ini. Masih dalam ruang lingkup perbincangan mengenai konspirasi dunia yang saya nyatakan secara jelas di sini diketuai oleh puak yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menjahanamkan Islam.

Tajuk hari ini di mana kita dalam carta mereka. Dan jawabnya ada pada carta di bawah. Lihat dan teliti hakikat kedudukan kita dalam harta merka.

KITA DIJADIKAN HAMBA ABDI

Dalam artikel yang lepas, saya ada mengatakan mengenai tiga kunci utama yahudi menguasai kita. Pertama, menimbulkan rasa kurang senang di dalam hati masyarakat dunia dengan beban hutang, masalah sosial dan kecelaruan yang pelbagai dalam hati manusia. 

Kedua, diwujudkan hiburan supaya manusia gagal melihat Islam sebagai sebuah rahmat dan penyelesaian kepada semua permasalahan mereka. Manusia sibuk berhibur dan terus lagha dengan mainan tajaan yahudi ini.

Ketiga, memberi harapan yang akan tinggal harapan sahaja. Mereka datang kononnya dengan penyelesaian kepada semua masalah yang mereka sendiri cipta untuk masyarakat dunia namun semua itu adalah harapan dusta untuk memastikan manusia terus menjadi hamba kepada mereka.

Dan wujudlah carta seperti yang di atas. Kita menjadi hamba kepada satu konspirasi yang dicipta oleh yahudi untuk menyambut kedatangan Dajal. InsyaAllah artikel akan datang saya akan cuba berhujah dengan dalil-dalil yang lebih meyakinkan iaitu Al-Quran dan As Sunnah. InsyaAllah. Wallahua'lam.