Wednesday, May 28, 2014

'Abasa' dan Kita

Ayuh, kita teladani surah Abasa di dalam al-Quran yang mulia.

Namun, ah! Sudah sekian kali kita tilawah dan tadabbur surah ini. Common! Selalu saja dengar saat tazkirah, saat halaqah, saat konferens riang. Nama Abdullah bin Ummi Makhtum juga mampu kita kaitan dengan surah ini. Pengajaran utama, kata kita, ialah teguran Allah Yang Maha Esa kepada Nabi Muhammad, al-Amin. Kerana, Rasulullah lebih mementingkan para pembesar kafir Quraisy daripada si buta, Abdullah bin Ummi Makhtum.

Tidaklah dinamakan manusia andai dia mampu menstabilkan tahap iman di tingkatan yang teratas. Hadirlah tazkirah ini sebagai pengingat kembali manusia yang lupa, alpa dan leka. Lupa dengan sirah yang agung. Alpa dengan keindahan dunia. Leka dengan perkara-perkara yang tidak meningkatkan iman.

Kondisi dakwah Rasulullah yang belum lagi stabil, ancaman musuh-musuh Islam, dan pengikut al-haq cuma sedikit saja bilangannya, menyebabkan para pembesar Quraisy lebih diutamakan oleh Rasulullah. Baginda berpendapat, jika para pembesar itu dapat di pengaruhi dengan al-haq, pastilah, yakinlah, Islam itu akan bersinar dengan gemilangnya di lembah itu!

Lantas, si buta, yang takut kepada Allah, yang rendah nilai dirinya di mata masyarakat, diketepikan oleh Rasulullah. Maka, turunlah surah ini sebagai teguran kepada Rasulullah.

Abdullah bin Ummi Makhtum, insan yang berusaha, bersusah payah menemui Rasulullah dengan rasa takut kepada Allah (wa amma man ja aka yas'a, wa huwa yakhsya [8,9]). Ini menjadi bukti, untuk menggapai hidayah Allah, haruslah bersusah payah berusaha mencari dan mendapatkannya. Hadirkan rasa takut kepada Allah di dalam hati, agar tidak terlintas untuk menduakan Allah Yang Esa.

Sebagaimana datangnya teguran ini buat Rasulullah, tegurlah diri ini andai langkah ku salah, andai tutur ku menyakitkan. Sebagaimana bentuk teguran ini buat Rasulullah, tegurlah diri ini dengan bahasa yang tepat, penuh dengan hikmah. Tegur dengan hikmah bukanlah maknanya menggunakan ayat yang lembut sahaja, tapi penggunaan ayat yang bersesuaian dengan ciri dan sikap diri ini.

Juga, sebagai hamba Allah, sebagai insan yang menggunung dosanya, terimalah teguran dengan hati yang terbuka, kata lainnya, berlapang dada. Pastilah akan terluka, itu sudah pasti. Namun, redha Allah, syurga Allah, lebih besar nilainya daripada rasa-rasa picisan ini. Janganlah dirasakan teguran itu satu bentuk penghinaan dan merendahkan.

Satu ungkapan indah daripada Umar bin Khattab r.a., "Semoga Allah s.w.t merahmati seseorang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku."

Surah ini mengajar kita untuk berusaha mencari hidayah Allah, takut kepada Allah, menegur dengan berhikmah dan berlapang dada dalam berurusan dengan manusia.

Seolah-olahnya, tulisan ini menegur aku.

Saturday, March 22, 2014

Wahai Aku Masa Hadapan

Dengarlah aku di masa hadapan.
Saat aku sedang menulis ini, hatiku rasa bahagia. Bahagia dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Secara spesifiknya, nikmat jalan dakwah dan tarbiyah yang Allah berikan ini. Walau pun, berkali jugalah terasa ingin mengundur diri sebab rasa tidak layak, rasa rendah diri dan pelbagai rasa negatif. Namun, dengan izin Allah, saat ini aku masih lagi dalam gerabak tarbiyah ini.

Oleh itu, walau apa pun terjadi di masa hadapan, jangan pernah tinggalkan apa jua wasail tarbiyah ye. Walau saat itu rasa keterpaksaan itu menyelubungi diri sepenuhnya, hadirkanlah diri. Pintalah pada Allah agar keikhlasan dan kesabaran diberikan pada setiap masa.

Dan, percayalah. Kau pernah melalui perkara seperti itu saat ini, dan aku pasti kau pasti boleh menempuhnya di masa hadapan juga. Pintalah kekuatan dari Allah melalui solat malam dan tilawah Quran. Tetaplah berpegang padaanya walau saat itu kau sibuk menguruskan rumahtangga dan tuntutan pekerjaan, malah hak-hak kepada dakwah.

Kerana, dulu, dengan solat malam itulah yang membahagiakan kau sepanjang hari. Itu juga membahagiakan orang lain juga tau.

Jangan lupa juga, luahkan rasa kasih sayang kau tu kepada orang yang disayangi. Ucapkannya. Aku baru buat tadi, selepas solat dan serius, aku rasa bertambah bahagia! Ini penting kerana dalam perjalanan menuju syurga Ilahi, kita perlukan support system yang kuat dan kukuh. Semestinya, sahabat dan keluarga di sekelilinglah yang membentuknya. Doakan mereka dalam doamu ya, Najla!

Aku tidak tahu bagaimana ingin digambarkan rasa bahagia ini. Aku introvert. Pendam. Aku juga generasi yang sudah tidak mampu memberi gambaran terhadap sesuatu.

Yang penting, sabar ye Najla. Istighfar dalam setiap keterpaksaan. Mohon agar Allah redha.

Dan,
jangan lagi melihat keburukan pada diri orang lain. Lihatlah kecantikan dirinya dan akhlaknya. InsyaAllah, kau pasti akan tergoda dan jatuh cinta!

Najla 2014.

Sunday, November 24, 2013

Kawan yang dibenci.

"Aku geram dengan minah tu!"

"Kenapa? Dia buat apa kat kau?"

"Aku geram dia tak rasa bersalah langsung tak datang meeting semalam, dahlah tak minta maaf langsung. Aku geram!"

"Hurmmm"

"Aku tak faham kenapa dia langsung tak rasa bersalah. Dia memang tak pernah buat silap ke?"

"Sabarlah, memang perangai dia macam tu kot."

"Aku dah lama sabar, dah berabad aku kawan dengan dia. Tapi yang ni aku tak dapat terima."

"Terima je lah perangai dan sikapnya yang begitu. Berlapang dada sahabat."

"Erm, cakap memang la senang. Takkan nak biarkan je perangai dia camtu. Then, aku kena face perangai dia yang camtu for coming semester lagi?"

"Sebab tu dalam persahabatan ada itsar."

Berlapang dada dan itsar. Payah, susah tapi, moga Allah redha dengan kita yang berusaha. Moga Allah redha kita masuk syurga-Nya dan bertemu dengan-Nya.

Monday, June 24, 2013

Epic!

"Ruqayyah, kau nak ke mana?"

"Aku nak pergi. Masa untuk aku pergi telah tiba. Aku harus pergi. Kau kena praktikkan apa yang pernah kita pelajari bersama"

"Tapi, tapi aku lemah tanpa kau. Aku sunyi."

"Mujahidah, jangan lupa, aku cuma tunggangan untuk kau menuju kampung abadi. Pinta kekuatan pada Yang Maha Esa."

"Macam mana aku nak hidup tanpa kau?"

"Layarkan kenangan kita bersama dalam kotak mindamu. Hidupkan cita-cita kita dalam setiap langkahmu."

"Pleaselah! Aku sayang kau sangat-sangat!"

"Cintailah aku jangan lebih dari cintamu pada yang kekal abadi, Mujahidah!"

"Aku takut. Aku takut aku jatuh." Titik-titk air mata menitis laju.

"Di mana kau berada, di situ lapangan dakwahmu. Lupakah engkau, dakwah pertama Rasulullah kepada ahli keluarganya? Mujahidah, aku akan tetap berlalu pergi. Selepas aku, akan ada yang datang mengganti. Pada saat begini, bertindaklah dengan iman di dada, walau aku tiada, perjuangan kau tidak boleh mati sebagaimana Palestin tidak boleh mati!"

Sesungguhnya solatku,
ibadahku,
hidupku,
dan matiku,
hanya untuk Allah.

-Najla-