Showing posts with label hehe. Show all posts
Showing posts with label hehe. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

Wahai Aku Masa Hadapan

Dengarlah aku di masa hadapan.
Saat aku sedang menulis ini, hatiku rasa bahagia. Bahagia dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Secara spesifiknya, nikmat jalan dakwah dan tarbiyah yang Allah berikan ini. Walau pun, berkali jugalah terasa ingin mengundur diri sebab rasa tidak layak, rasa rendah diri dan pelbagai rasa negatif. Namun, dengan izin Allah, saat ini aku masih lagi dalam gerabak tarbiyah ini.

Oleh itu, walau apa pun terjadi di masa hadapan, jangan pernah tinggalkan apa jua wasail tarbiyah ye. Walau saat itu rasa keterpaksaan itu menyelubungi diri sepenuhnya, hadirkanlah diri. Pintalah pada Allah agar keikhlasan dan kesabaran diberikan pada setiap masa.

Dan, percayalah. Kau pernah melalui perkara seperti itu saat ini, dan aku pasti kau pasti boleh menempuhnya di masa hadapan juga. Pintalah kekuatan dari Allah melalui solat malam dan tilawah Quran. Tetaplah berpegang padaanya walau saat itu kau sibuk menguruskan rumahtangga dan tuntutan pekerjaan, malah hak-hak kepada dakwah.

Kerana, dulu, dengan solat malam itulah yang membahagiakan kau sepanjang hari. Itu juga membahagiakan orang lain juga tau.

Jangan lupa juga, luahkan rasa kasih sayang kau tu kepada orang yang disayangi. Ucapkannya. Aku baru buat tadi, selepas solat dan serius, aku rasa bertambah bahagia! Ini penting kerana dalam perjalanan menuju syurga Ilahi, kita perlukan support system yang kuat dan kukuh. Semestinya, sahabat dan keluarga di sekelilinglah yang membentuknya. Doakan mereka dalam doamu ya, Najla!

Aku tidak tahu bagaimana ingin digambarkan rasa bahagia ini. Aku introvert. Pendam. Aku juga generasi yang sudah tidak mampu memberi gambaran terhadap sesuatu.

Yang penting, sabar ye Najla. Istighfar dalam setiap keterpaksaan. Mohon agar Allah redha.

Dan,
jangan lagi melihat keburukan pada diri orang lain. Lihatlah kecantikan dirinya dan akhlaknya. InsyaAllah, kau pasti akan tergoda dan jatuh cinta!

Najla 2014.