Showing posts with label MELILEA. Show all posts
Showing posts with label MELILEA. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Nak SLIM boleh saje

Petang tadi lepas waktu kerja,
ada  mini gathering dengan geng Happy Life Project.

Apa kebende la Happy Life Project ni agaknya yea?
Nak tahu? curious kan? kihkih...

ianya adalah kawan kawan yang nak hidup serba serbi HAPPY, happy untuk diri sendiri, happy untuk kawan kawan, happy untuk kawan baru...bagus sangat.
Dah jadi resam dalam hidup ni kan...
Nak jadi pelajar cemerlang, kena la berdiskuss dengan pelajar cemerlang
Nak jadi doktor, kena la banyak bercampur dengan ilmuwan kedoktoran.
Nak jadi ustaz, kenala dengar ceramah ustaz Idrus selalu selalu
Nak Happy kena la berkawan dengan orang orang yang happy.
Nak slim & sehat, kena la korek rahsia kecantekkan, slim dan maintain sihat dari orang yang sihat kan.

Bagi kak lola,
kak lola memang belajar setiap perkara baru dalam kehidupan hanya dari yang PAKAR sahaja.
Iye la...takan belajar nak jadi doktor dengan mat rempit pulak kan. Tak ke haru hidup jadinya.
Mereka yang dulu pernah kurus dan sekarang BERISI { bahasa halus utk diri sendiri bermaksud DEMOK la kan...of cos senang je nak tahu ilmu kedemokkan seperti diriku saat ini}

Tetapi..tetapi,

Mereka yang dulu pernah DEMOK tapi kini dah sihat slim. {aha! apa rahsia anda? Apa ilmu dalam dada yang berjaya buat diri jadi SLIM kan...tentula kite ni yang dah tak berapa slim tertanya2 kan.Alahaiii siapala yang tak suke nak dapatkan bentuk badan yang ideal kan}

Walaupon fitrah manusia memang di berikan akal yang bijak bistari untuk berfikir bahawa
makan dengan cara sederhana,
bersenam setiap 3 kali seminggu serta
minum air kosong dengan banyaknya adalah cara paling asas untuk SLIM kan.

well,
Manusia kan..biasa ler...tidak dapat tidak di nafikan jugak bahawa, syndrome hangat2 tahi ayam bacin memang sebati dalam jiwa sukar giler nak tepis kan. Sesukar menghilangkan lemak di perot tu ha.

Betol tidak? :)

Maka, sejak menjak dah kahwin setahun hidup bersama yang tersayang nie aa...
encik suami tegur kak lola dah sama size dengan size pintu rumah kauuuuuuu. { bukan size sliding door 3 panel tu tau...melampau kau, pangggg kangggg..hahahaha }

Kak lola tekad berazam...2012 tahun nie
Kak lola nak kembali SLIMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM dengan sihat tanpa rasa sakit2 di lutut dan senak2 perot lemak berlipat di perot. Uwaa...sadisnya pengakuan hebat dan berat ini.

Pukoi 6 petang tadi...after work,
kak lola join sekali la geng2 SLIM yang try amik detox product dari Nattasha ni.
bile dah jumpa kawan kawan macam biasa,
mestila gelak gelak,
usik mengusik,
makan makan crenberries kering,
FUNthon di hari khamis gitu bersama Happy People gitu.
Borak punya borak pasal detox set...
Nattasha junior kak lola masa keje kat company lama muda muda dulu petik kak lola dengan 1 gambar nie.
Adusss panas panas...bikin hatiku panasssss tak keruan di suntik size S depan mata den. Cis!

Tasha ...akak cilok ini gambar yea. 
Dulu lain, sekarang LAINNNNNNNNNNNN sangat .!!!!
kan kan kan...
Tercabar sangat sangattttt

Balik rumahhhh
Terus kak lola membenam muka atas bantal nangis teresak2...hahahaah no no no..x main la sembam2 muka nangis...pondannya.kah!
Kak lola kasi UP gambar kak lola DULU DULU masa zaman SLIM :))
Hamik!!!!


[ Maafkan dgn ketidaksempurnaan pakaian kak lola zaman muda ni yea...kak lola dulu2 rock !}
Berat waktu ini ialah below 65kg.
What?&*^%$)(* kak lola punya berat 65kg lebihhhhhhhhhhhhhh kah sekarang???
Deng!

ok doa doa...
Ya Allah Ya Tuhanku...dengan nama Allah yang tidak memberikan sesuatu yang memudaratkan di bumi dan di langit, kau yang maha mendengar lagi maha mengetahui akan isi hati ku ini 3x
Amin...


Azam 2012 kak lola bermula sekarang! hahaha org mula dah dari 1 Jan..apada dey...:))
1. tak mo lewat solat
2. hidup sehat walafiat,
3. dapatkan berat badan yang berstatus SLIM hrp2 di permudahkan olehNYA.
4. Jom sama sama minum dan SLIM  dengan kak lola jum.
5. Untuk kesihatan dan kebaikan diri sendiri...
wadahel kan :)

Untuk keterangan lanjut product Bio Life SLIM jom la chit chat kak lola terus di Lilyjaafar@yahoo.com
or
Ring ring saje di 012-3979757

Ahaaa..lagi 1 gamba SLIM kasi UP! Hamikkk..tak caya lagi dulu kak lola SLIM?
Dulu laaaa..bukan sekarang....kahkahkah

Kak lola nak ucapkan terima kasih kepada Nattasha { kulit Nattasha pun dah semakin  licin dan berseri...tiada lagi kulit kusam macam dulu eh...niceeee } perkenalkan cepatkurus.com 
Happy Life Project demi masa depan yang kak lola impikan.


Mood | Masam masam rasa oren Bios SLIM ni ..dap dap - Lily -


Saturday, December 31, 2011

Baru

Hari ni adalah hari terakhir 2011.

Esok adalah hari baru, tahun baru 2012.
Tahun baru, biasanya semua manusia atas muka bumi ni buat azam baru.
Aku ada jugak buat azam baru ...aku sebenarnya nak...nakkk ermm..
nakkk...

Tak kire, azam lama dah tercapai atau tidak. 
Aku tetap nak ada azam baru. 
Tapi, mungkin juga sesetengah manusia, tak buat azam. 
Yang spesis ni aku tak tahu laa...bagi aku kalau tak ada azam, macam  kosong je hidup. Tak ada cabaran untuk menjadikan hidup kite ni lebih warna warni...sebab aku antara golongan yang sentiasa ada azam tiap tiap BULAN. :)
Bunyi macam agak poyo...well...hahaha
Ada-ada saje bende yang aku nak..so, untuk mendapatkan apa yang aku nak..kena la berazam kan.

***

Hari ni aku tak mahu imbas or review kejayaan kejayaan 2011 aku... macam YAHOO buat...hahahah..kang kalau dah review, nampak macam riak la pulak.
Apa apa pun keadaan nya...Aku panjat kan ke syukuran ke hadratNYA yang maha berkuasa dengan hidayah di limpahkan buat hambanya aka aku yang tak terhingga selama hayat dikandung badan ni.

Alhamdulillah juga...aku dah ada Business No 1.
Ngee...
walaupon masih merangkak anak, aku yakin tahun hadapan stok baru corak baru wajah baru semua serba baru lah....InsyaAllah.
Jemput ke JUMAA tau untuk dapatkan koleksi-koleksi kesukaan JUMAA.
Kini boleh di dapati di Bandar Seri Putra jugeeeeeeee ;)
Suke..LIKE eh.

***
Dannnnnnnnnnnnnnn
aku juga sedang fokus merancang 2012 dengan perniagaan no 2 aku iaitu.... 
Wah! Gempak nih 2012 Kak lola kite tahun hadapan nie.
Nak tahu apa kak lola rancang untuk 2012?
Meh meh baca selanjutnya...

Kak lola berazam nak kembangkan perniagaan no 2 kak lola.
Jual RIM!
Gempak tidak?
Stok dah sampai banyak tadi...itu diaaaaaaaaaa...mari mari mari. BMW rim pon ada jugeee...
untuk size rim M..eh size tayar 15 murah saje...kalau nak size 17 mahal skit la..hahahaha


Tokey merenung masa depan..bole maju ke weh?


Kalau tak maju sape nak pakai rim ni? Nak buat mangkuk tingkat pon tak bule dah ni..
Oh! nak business kena pikir BOLEH der...kan :))


bayar hutang bole kak lola?
Macam mana la nakmajukan..balik2 Hutang...kalau mahu hutang angkat 5 pcs ke atas la der :))


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 Semua!!!!!!!!

sebenarnya kak lola fokus merancang perniagaan no 2 yang tiada kaitan langsung dengan besi berbatang kat  tayar ni..kahkahkah
tadi kak lola tukar tayar  baru je...esok lusa kan cuti.
Nak pegi shopping dengan tayar baru..cepat skit sampai.
Muahahaha..o______$$

***
Kak lola berharap 2012...

Semoga kite terus menjadi hambaNYA yang lebih tegar iman di dada...
menjadi manusia yang memberi lebih dari menerima atas muka bumi ini sementara badan masih SIHAT.
menjadi manusia yang tidak melewat2kan ibadat dan 
menginsafi bahawa bukan semua pujian dan rezeki di kurniaan Allah swt itu satu NIKMAT tapi ianya 
juga sebahagian dari UJIAN olehNYA....menguji ketetapan iman kite mengingati akan ke besaranNYA yang maha BERKUASA.

[bile kite sihat, kite lupa Allah kan?...bile kite sakit baru terkial2 berazam nak tingkatkan solat laa..nak bersedekah la...tak mo tinggal solat bagai kan kan kan?]

Sama sama la kite menempuh 2012 dengan menjadi manusia dan hambaNYA yang lebih baik dan berjaya
bukan hanya untuk dunia...semestinya Akhirat yea adik adik.
InsyaAllah.

Salam tahun baru buat semua pembaca.
Maafkan kesalahan kata dan usikan kak lola yea.
Ahaaa!
Korang dah detox?
Nanti business no 2 dah UP! jangan lupa..LIKE tau * tungguuu*

Mood | bersemangat dan berseri seri tunggu fire works dari jendela rumah BARUUUU - Lily -




Saturday, December 17, 2011

Lepas kawen gemuk macam Bas

2011 dah nak habis ni.
Detox time!!!!

Perempuan mana la yang tak mo slim lentik cam gini kan.
Stress? Jom shopping di JUMAA

$$$$$$$$$$$$$

News at 8pm semalam.

Peratusan Malaysian GEMOK meningkat.
Terasa tak?
Pergi lari depan cermin...pose kiri, pose kanan. Lemak bertaburan...Krek!cermin pun retak kan.
{ hahahaahhaha ni lawak utk diri sendiri yea...jgn terasa lak wahai pembaca }

of cos!
Aku yang tak berapa nak gemuk macam Bas pun...ada la jugak terasa skit skit...
sebab aku sekarang dah pakai baju , seluar, pants size L ehem..size XL pon dah ada dalam cupboard tu ha.... { berani buat pengakuan satu dunia?..cube tengok! }

Hidup biar la berpijak di bumi yang nyata.

Tak macam zaman dulu dulu masa usia aku 20 an, makan la nasi besar lori minyak SHELL pon...badan aku maintain dengan kebaya size S. Tak payah corset Premium Beautiful. Tak payah!
Aku pun pernah muda dan slim kan.
Semua orang perempuan akan melalui process hidup yang sama.
Usia meningkat...body naik lemak sana sinun.
Kalau ada yang slim kering tu...bonus la kat dia orang. Mungkin jugak satu ujian dari DIA yang maha mengetahui....;)

Apa? adik tak terasa pon kalau orang kata adik GEMOK?
Ehem...
Tak terasa apa apa pun walaupon berat badan ko dah 180kg? Nak tunduk tgk ibu jari kaki pun dah tak nampak.. Emmm..kronikkkkk.
sama ada you memang degil, or
you memang suke orang panggil you GEMOK.
OPS! jgn la maki ai...

Sorry, ayat hakak may be kejam...tapi betol kan? :)
Bukan jugak hakak nak menyokong si KURUS adalah manusia paling cantek dipandang dan di jamin sihat seratus dua peratus yea.

Hakikatnya....
bile dengar news jam 8pm announce...Peratusan Malaysian bersize sederhana dan mengamalkan hidup sihat MENINGKAT dari tahun lepas.
Sedap di dengar bukan?
Aura model slim cantek bergaya iras2 Maya karin terus menyerap dalam jiwa raga kan?
Terasa diri sungguh cantek, keyakinan terus UP dan senyuman menawan hati ramai yang tertawan pastinya.

Mulut orang.

Yang si kurus tu...sound kat telinga akak semalam
 " ko tak payah beli diet pil ka, slimming tea ka, corset  mahal2 ka.....Tak payah.
ko makan je buah & sayuran 10 hari straight..confirm kurus! " ayat si kurus la...ye la sebab ko kurus.
Bole la ko cakap macam tu kan.

Yang si tak berapa nak kurus la pulak sound aku
" ko tu mana tahan tak makan nasi...semua bende ko sebat memang la ko gemok...lepas kawen ni,
lagi la aku tengok ko gemuk ...ko nak jadi macam Maya karin? iras2 pon tak de nyeeeee laaaaa"
Sebab ko bole tahan tak makan nasi selama 2 tahon bole la ko cakap macam tu kan.

Perempuan kalau dah di tuduh gemok, perghhhh...terus terang.
Memang rasa nak PANGGGGG.
Nasib baik nama pun kawan kawan tersayang kan.
Tadahkan saje.
Mungkin lebih elok kata kata tersebut di ambil dari persepktif positif...buat peringatan mengawal makanan sehari hari.
Bagus jugak ada molot yang mengingatkan....tapi kalau kata kata keluar dari molot puaka kawan kawan yang dah memang kite kenal...apa ada hel. Kan.

Namun, kalau hati dan jiwa kite memang tak mahu jadikan kurus dan sihat itu satu matlamat.
Maka tiru la macam kak lola sekarang ni. Hiks!

Makan macam biasa.
Senaman petang2...dah TAK DAK. Muahahahahaha...ayat kat atas tadi, gaya macam hakak dah kurus macam Noor kumalasari je kan.


Hari tu ye ye aku masok kelas senam, kick boxing la, tango dance la bagai..hahaha hangat2 taik kuching je...as usual.
Lepas habis bulan puasa....semua tu ke lautttttt di tinggalkan.
Nak mulakan semula. Macam macam alasan di reka bina. Nanti la..nanti la..aku ini la..aku itu laaa.
Alasan.
Adussss
Lemahnya melawan mental kan.

Yakin dengan senaman.

Aku perempuan yang percaya pada permakanan sihat, makan apa pun dengan dalam quantity sederhana
dan dan dan dannnnnn dalam masa yang sama senaman.
Kurang kan makan nasi,
amalkan minum air kosong dengan jumlah yang sesuai dengan berat dan tinggi kite
dan senaman yang consistent juga amatlah penting.

Perlu di ingat jugak...
Usia dah meningkat lewat nak masok 40 tahun 2 tahun lagi...bukan la usia yang metabolism tinggi macam roket pejuang Amarika yea adik adik.Hari isnin ni senam, keluar peluh setempayan. Idak la bole lagi nak pakai size XS petang Selasa ye adik adik. Isnin ...tahunnnnn bile tu kena tanye. Kannnnnnnnnnn ;)

So,
Process penghadaman dan pembakaran lemak dengan betol perlu di pahami sebagai basic untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
Kalau hari ni telan slimming tea, esok nak kurus kering macam Lisa surihani. Hmmmm...padamkan saje la mimpi2mu dan angan kosong mu itew.

Italy pun tak di  bina dalam satu hari.
Ini kan pulak nak bakar lemak. Ye dok?


Product Melilea masih ada sebotol kat dapur hakak tu ha....seksa nak habiskan.
Sebab warna dan rupe dia sebijik macam muntah budak. Nak detox punya kes. Hakak hadap!
Tapi aku dah berjaya gak la habiskan 1 botol pertama kan.Kagum dengan diri sendiri.
Nak habiskan botol ke dua..seksa dan perit macam terperosok dalam lubang jamban.

Apa agaknya product yang seangkatan dengannya dan mampu membuatkan aku sangat rindu nak
minum pagi pagi ek?
Pastu,
pastinya bole buat hakak kurang kan lemak kat powot ni ha...dan
bole buat akak nampak segar sepanjang tahun , kulit cantek puteh berseri macam awek Korea...dan
tak comot dengan pigmentasi yang dah tak sabar2 nak menonjolkan diri...dan
harga mampu milik...dan
pastinya sedap dan enak di telan setiap hari.

Wah! ko pempuan ...sedor diri ke tak masa menaip ni? Kahkahkah

Happy weekend & reading ladies.
Jum shopping di JUMAA OH JUMAA :))

Mood solo kat rumah - Lily-


Monday, May 30, 2011

Si Sakdiah jatoh tertonggeng



Tengahari tadi aku ikot Lindah hamilton, Cahaya dan Zanariyatonsakdiah ke Kajang, belasah pecel lele lagi.Huhuuuu...Habis sampi ke pipi pipi ikan tu aku tengok si Sakdiah kerjakan. Aku pun ikot sama, gigit2 pipi ikan. Habis liao. Kesian sang kuching, tak de chan nak jilat ikan keli. Hakhakhak...

Nak pegi cuci tangan...

Aku terpandang sekumpulan geng sumi Jelly sedap duduk lepak di meja berdekatan. Muka salah seorang geng sumi Jelly sedap tu ada la jugak yang "ada rupa"..tapi sayang sejuta kali sayang... kemain lembut. Setiap kali mereka bergurau senda, kedengaran suara jeritan manjew mereka tu. Aduiii hampir pengsan hakak di buatnya. Jum balik kawan kawan...:|

Cepat2 habiskan makanan , bayar dan berlalu ke Wong solo pulak sebab kakak senior di office kirim Tauhu bakar sebagai lunch beliau. Dah alang2 ke Wong solo, teringat aku akan sepasang kain yang aku belum amik di Suri Textile tempohari.

Driver parking kereta betol betol depan kedai nasi Ulam, aku plak baru nak tutup pintu kereta, tibe tibe ternampak punggung si Sakdiah . Dengan kerut di dahi... ...apa kes budak ni? Aku nampak abang dalam kedai eh hotel di tempat Sakdiah tertonggeng terhenjut2 gelak. Siap ajak kawan2 dia pandang....aku nampak mulut brother tu muncung menunjuk ke arah Sakdiah.."tu ttu tgk awek tu tertonggeng kat tangga ..." gitu la lebih kurang skrip dia org..wakakakak

[dia org dalam hotel ...aku agak2 je laaa skrip tu..muahahaha.sebab dia org tengah pandang ke arah keluar kau .]


Aku dekati tanye Sakdiah "apa hal ko weh?"
Sakdiah jawab sambil terbahak2 gelak "Saya dah pijak tangga, tapi kaki saya tak sampai nak pijak tangga...terosssssssssssssss...gedebab!"

Lindah hamilton menyampuk, " aku tibe tibe je dengar bunyik..adeih adeih...bile aku toleh tak de plak orang..rupenya dah tergolek dok"

Kami semua bantai gelak sambil berlalu menjauhi tempat kejadian.
Nasib baik tak ada jejaka malaya lalu lalang semasa Sakdiah menonggeng kau.

Phewwwwwwwwwwww..
Bertukar pink warna pipi hakak kau....Wakakak kelako Monday..






Friday, May 27, 2011

Celoteh Jumaat

Hari ke 3 aku menikmati keenakan Melilea GFO berperisa Soya. Ke rancakkan ke bilik air tidak serancak semalam.

Perasaan? Rasa sangat best...badan dah mula rasa sedikit ringan dan cergas dari biasa. Lemah2 dik ketebalan toksik dalam badan agaknya kan...

Hari ni aku lebih banyak buang bahan kumuhan kecil kecilan sahaje. Ehiks. ok ok...sudah terlalu sangat detail. Sile berhentiiiiiiiiiiiiiii....wakakakak




Aku juga sudak register GYM...bersama geng kak Joyah. RM30 untuk yuran sebulan dannnnnnnnnnnn RM 10 untuk mengikuti kelas kelas di sediakan mengikut jadual.

Pagi tadi di beritahu rakan rakan, salah seorang office mate aku di masukkan ke ICU selepas tekanan darah yang tinggi melampau menyerang beliau. Minggu lepas check kolesterol, dah cecah angka 7. Bak kata doktor ..."boleh mati nih..." Bergurau agaknya la..

Tup tup, pagi ni dah dengar khabar masok ICU.

Mari kite hadap jadual yang bakal aku amik demi kesihatan yang gemilang. Zassssssssssssss..{ eh!mana plak aku letak tadi jadual nih....]

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Plan hujung minggu nak jalan jalan ke rumah kakak terchenta di J.B terpaksa di batalkan jugak nampaknya sebab hari Ahad ni Abang Unifi nak datang rumah aku buat kerja kerja installation.

Lagipun cuti sekolah belum bermula, kang kakak akku berjalan2 ronda satu kotaraya J.B, gelak gembire bergossip denganku...anak buah aku terhegeh2 lagi kat sekolah. Leceh.

Tunggu la date baru yek.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Petang tadi balik kerja,

aku melalui lorong yang menjadi laluan biasa aku setiap kali balik kerja. Encik suami kurang gemar melalui jalan yang ku lalui. Anak anak kecil di kejiranan aku suke sangat bertempiaran lari ke sana ke mari bermain di tengah jalan.

Seperti biasa, aku yang spesis amat prihati dengan keselamatan ...aku memperlahankan dan hampir memberhentikan kereta sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb...ada la sorang budak kecik ni bole berdiri betol2 depan kereta aku yang masih bergerak ni dan mendepakan tangan nak tahan macam dia main Galah panjang dgn kawan kawan dia tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....kunun2 nak tahan kereta aku.

Seram sejuk biru aku sekejap. Terkejut. Encik suami yang berada di sisi, secara automatik terkejut juga terus menekan honkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.Dengan harapan budak budak tu ke tepi jalan memberi laluan....

Malangnya....dia bole bergelak ketawa beramai2 mengacah2 kereta aku ni haaaaaaaaaaaaaaa...haduiii

Kalau aku tertekan pedal minyak macam mana?

Aku tak nampak sekilas pon mak atau bapak budak2 berkenaan yang menjenguk melihat keadaan anak anak masing2.

Kalau dah patah kaki di geles dik kete baru nak amik pengajarankah wahai ibu bapa??????????

Takan dah kena langgar, naik kereta ambulan baru nak meraung2 amik pengajaran kot? Mana perginya mak bapak budak2 ni woi?

Ada anak ....sayangi la...didik la mana patut, jangan la di tinggal2kan tengah jalan. Hilang akal apa?

Sadis betol.



Wednesday, May 25, 2011

Nak cantek dengan Organik



Kenapa saya pilih Melilea?
Sebab...
1. Dia organik.
Sejak dari kecik lagi, doktor kata, mak kata, nenek kata, cikgu kata...makan sayur itu bagusssss.
Sayur organik la, bukan sayur dari kebun berbaja kimia tu tau.

2. Dia hijau.
Sejak kecik lagi nenek kata, cikgu kata, buku kata....makanan berwarna itu bagusssssssss.
Berwarna macam sayuran, capsicum, tomato, buah berwarna macam apple, betik, tembikai, papaya.
Bukan Twisties ke, jeruk asam merah menyala lidah tu ok. Itu junk food namanya. Adusss

3. Dia tak memberi effect kepada gastrik yang sedia ada dalam badan hakak ni.
Hakak ada gastrik, tak bole makan makanan sebarangan. Kang weng..x pasal. So kena bykkan makanan organik..bebas kimia.

4. Yakin dia membawa kebaikan pada kesihatan usus dan kebaikan kepada organ dalaman yang lain.
Kalau usus dah bersih berkilau, baru la usus lebih mudah bekerja untuk menyerap makanan2 berkhasiat yang lain bukan.
kemudian baru la kecantekan di luar ni berkilauan halus mulus bak sutera cine kan.
kulit cantek, rambut cantek, gigi cantek. Nak tak nak?
Sendiri buat pilihan ok.

Korang agak2 macam mana la rupa usus korang tanpa detox sejak kecik tu kan?..
hakak memang amalkan detox setahun sekali...macam dah jadi upacara rasmi setiap tahun baru,
tapi bagi tahun 2011 ni...hakak bertindak agak slow skit sebab budget banyak lari ke tempat lain dulu......tetibe dah dengar kes kes kawan kawan di serang kolestrol naik baru tersedar semula...cepat cepat nak detox semula.

ha korang macam mana? Rajin puasa? Bagussssssssssssssssss :))

*********************************

"Nah Ly!" kata si budin pagi pagi sambil serahkan 3 item Melilea kepadaku.
1 botol GFO [ Green Field Organik ]
1 peket Serbuk Soya [ additional flavour ni, ada jugak yang pilih flava oren or apple gitu]
1 botol shaker dengan sukatan oz dan ml untuk dosage yang betol

"Wahhhhhhhhh makanan organik ku dah sampai...tak de paperbeg ke agen?" mintakku selamba.

Dia bagi aku seketol2 product Melilea tanpa beg kau.
Apa pesen meniaga ini macam tokey?aku bagi selaser.


Aku bukak drawer korek korek kalau kalau paper beg lama masih ku simpan. Haaa..ada pon plastik beg ESPRIT lama menjadi mangsa.

******************

Misi makan makanan organik dan sehat bermula...

1. Banyakan minum air kosong [ Bermula]
2. Minum Melilea untuk bersihkan usus usus. Detox detox detox. [ Bermula jam 7pm petang - 1st dose. Pukol 9pm aku dah kejamban....reaksi laju dan pantas eh!]
3. Kuraangkan makan nasi dan lebihkan makan makanan berkhasiat iaitu buah buahan dan sayur sayuran sahaje.[Nak kena pegi Giant nih borong buah buahan dan salad...belom bermula]
4. Registerkan diri di GYM. [ belom bermula...masih lagi bersok sek dengan kak Julia tentang jadual waktu..apakah?]
5. Banyakkan bersenam termasok banyakkan berjalan/brisk walking di dalam MALL ...hihi [ Sudah bermula...lokasi bermula di Midvalley acara menonton Nur kasih hari tu...]
6. Ajak beberapa orang untuk jadi Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea...ada geng baru syiok kan ;) [sudah ada geng, Ah Bob dan Zanatulsakdiah..wakakakak tetibe nama ko bertukau..]

Mula mula aku buat campuran GFO 1 soop dengan soya ni 1 soop jugak, masokkan ke dalam 350 ML air suam dalam shaker...goncang dan teros minum penoh perasaan.

bau dia serius macam bau muntah bayi...muahahahah
Demi nak bersih dan sihatkan usus, aku TEKAD.
korang tahu makna TEKAD?
korang imagine la makan Tau fu Fa keeee....imagine minum soya bean pasar malam ke..bole je telan.

Hahahaha...serius TEKAD kau!!!

Releks releks..selepas 30 min, minum lagi 350 ml air kosong.

Beberapa jam kemudian, panggilan jamban sahut menyahut.
See u later!
wakakakaka

Pesanan : kepada pengamal, makanan organik Melilea, di galakan puasa Organik iaitu
banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran sebagai makanan utama yea adik adik ;)

Selamat berpuasa Organik!

source : MELILEA



Monday, May 16, 2011

Geng Kolesterol Tinggi Kena Minum Melilea


Selamat Hari Cikguuuuuuuuuuuuu :))

ucapan pagi pagi aku memecah kesunyian di office pagi Isnin ni. Aku lihat AlBuds terus mencapai handphone di sisi. Ehiks. SMS cikgu Siti la tu...kihkihkih.

eh! tadi kan...kan,
Aku rasa mengah sangat masa panjat tangga. Berat sangat badan aku ni aku rasa sekarang walaupon usia belom pon menjangkau 90 tahon. Setiap kali panjat tangga, pasti ada keluhan kecil berdetik dalam hati " alahaiii...aduhaiii". Sebijik macam keluhan si nenek tua panjat tangga untuk naik ke tingkat 18 menara KLCC kan.

Padahallllllllll office aku hanya 1 tingkat sajos. Ngade lebih!.
Aku rasa betol betol gagal kau....walaupon hakikatnya, aku berjaya sangat tak makan bende lain selain nasi hari harikan. Kadang kadang tu, pagi tengahari dan malam, aku belasah nasi. Aku sangat mengilai nasi , daging, sotong, ayam, ikan, udang, macam macam aku belasah dalam menu harian aku sejak menjak dah kahwin ni.

Puasa? alahai..sejak dah ada suami nak berpuasa ni semakinnya la liat seliat tanah liat tau.

Kalau dulu kan, masa bujang trang tang tang laa... aku mampu kawal diri makan mee hoon ke, mee hoon tom yam ke, mee hailam ke. Alasan, takut gemok. alasan lain, takut baju kebaya tak muat. Keadaan itu semua tidak terjadi lagi pada aku saat saat aku dah jadi isteri ni. Apa pasal pun aku tak pasti. Walaupon kadang kala, encik suami ada la jugak buat lawak dengan size badan aku yang semakin kembang setaman ni kan...aku macam tak ada sekelumit hama pon nak berkecik, sentap aka meraung dengan lawak encik suami tu. Huhuuuuuuuuuu..batu ke apa aku ni?Huwaaaaaaaa. tu baru masok 5 bulan perkahwinan aku ok. Uhuks.

Tulun.

Aku dah mula naik risau ni weh. Korang kalau tak ada masalah kesihatan , tak pernah miss senam petang petang tak pe woi. Orang orang di sekeliling aku semuanya dah bertebuk jantong, dah telan pil gula lebih, ada yang kolesterol melambung macam charta lagu popular minggu ini pon ada.

Bak kata orang tua tua...makan bio beringat kan.Sekarang ni aku telah berada di tahap mercu, makan tak ingat sapa sapa dah.

Oh noooooooooo!!! tulun woi tulun.

Aku tekad, dapat gaji hujung bulan ni, aku berazam mulai June ini...

1. Banyakan minum air kosong.
2. Minum Melilea untuk bersihkan usus usus. Detox detox detox.
3. Kuraangkan makan nasi dan lebihkan makan makanan berkhasiat iaitu buah buahan dan sayur sayuran sahaje.
4. Registerkan diri di GYM.
5. Banyakkan bersenam termasok banyakkan berjalan/brisk walking di dalam MALL ...hihi
6. Ajak beberapa orang untuk jadi Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea...ada geng baru syiok kan ;)

Yea!kena lakukan nih...tak boleh toleh toleh belakang dah. Chaiyok Lily chaiyok!
Tapiiii..kat mana nak order Melilea weh? Jap aku tanye Tokey serba serbi...

Aku tanye kat Tokey " Din, ko beli Melilea kat mana?"
Tokey balas "Bini aku dah jadi agen sekarang...apa pasal ko nak? Ko nampak Ah Bob dah kurus ke?"

Ah bob adala budak paling tembam dan debab di office aku yang sedang berusaha gigih mengawal kolesterol dalam badan beliau.

Terbeliak bijik mata aku sekejap " aik! ko ni ..kejap agen emas, ni dah jadi agen Melilea pulak...habis semua ko agen kan eh, emas apa jadi?"
"harga emas tengah melambong lambong ni, aku agenkan diri tolong bini aku jual Melilea la pulak" gitu kisahnya si tokey tukar bidang. Macam macam pon ada.

"Berapa harga din?" tanye ku beriye iye.
"Aku amik 5 ringgit duit minyak....RM165" kata tokey terus terang.
"Hamboih! naik motor je la amik stok untuk aku" gurau aku selamba
"Nasib baik aku tak mintak duit tol sekali " tambah si Ah Bud
"Nanti ko suruh bini ko sediakan cara permakanan sekali eh Din." mintak aku dengan gigi je..belom apa apa dah demand kemain kan..hikhik
"Ko kan kalau nak lagi bagos, amik dengan Progene lagi bagos" banyak plak info di bagi si tokey.
"Progene untuk apa pulak?" tanye aku tanpa mencuit ke kolom Google yang sedia menanti aku menghentam perkataan Progene.
"Aku bulan ni cube berhenti makan ubat, aku nak cuba habiskan Melilea dengan Progene untuk kawal blood pressure aku...so far Alhamdulilah" alkisahnyaaa.
"ko tak cube berhenti merokok ke ?"...wakaka sempat lagi aku bagi sedas.

Perbualan tergendala sebentar apabila Ah Bob menghampiri Tokey.
" Betol la din, sejak aku makan Melilea ni, aku dah tak sakit2 kepala la" cerita si Ah Bob pada tokey.
Aku menyampuk " ooooooooooo patut la aku dah tak bau minyak kapak lagi ek.."

Wakakakak sedas jugak buat Ah Bob..wakakakkaka.

Jom join Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea, jom!