Showing posts with label JUMAA. Show all posts
Showing posts with label JUMAA. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Cuti panjang pergi MANA?


kak lola buat apa tu woi?
mengintai eh! 

Cuti2 panjang ni ...tak pergi bercuti ke Paris ke 
Melaka ke , Johor ke?
Tak
Habis kak lola buat apa?

Buat dek  :))

Mood kak lola | Kadang kadang buat dek lebih baik, dari pada 
buat buat pandai sana sini kan.
Padahal tak pandai mana la sangat. kah!

Oh ada update : sile ke JUMAA, ada design shawl baru. Dapatkan segera ;)

Tuesday, January 10, 2012

Jawab Poppp Quiz dpt Tudung FREE

Hola!

Sudah makan tengahari kah adik adik?
Apa?
Diet?

Diet apa sampai tak makan tengahari dik oiii....
Sile la ambil makanan berkhasiat, bukan berdiet dengan TIDAK makan. Oh tidakkkkk!!! Ini kenyataan dan ajaran sesatttt ya amat.

Oh! Tweet.
Hari ni kak lola tak mo update pasal diet atau pasal SLIM kan lemak di perot.
Hari ni kak  lola nak ...
nak...

*** *** ***

Update @12am 12.1.2012. Stay tune girls....





Click "Share" status untuk info kali ini & 2 fan  { kak lola bermurah hati sikit, 


nak pilih 2 orang...jeng jeng jeng...bertuah akan berpeluang untuk 

mendapatkan TUDUNG CANTEK secara percuma! 

Senang kan? Click "share", 

comment sikit jawapan menarik & kami akan pilih 2 fan secara random. 

Come on girls...tell & "share" your friends about JUMAA's POPPP Quiz! ;)

Kat mana nak SHARE kat mana?

Semestinya 



Good Luck Semua!!!!

K Lola

Monday, January 2, 2012

2.0.1.2


Selamat Tahun Baru 2012 
semua...:))


oren ke purple ke puteh?
Arghhhhhhhhhhh..hahaha

***

Mood | Tengah sibuk carik chair for my business room..kah! Business la sangat :))
 - Lily -


Tuesday, November 22, 2011

Ku gembira tak terkata, kau bersedih berteman air mata



Wah tajuk!
tak penah di buat penulis berkaliber kan..wakakaka

***


Happy lagi hari ni...
Walaupon batuk berdekah dekah tak baik lagi.
Batok pun batok la.
Janji hati ceria gembire.


First.
Kawan aku tibe tibe email gambo R.I dengan mak we dia.
Tengok R.I bagi komen dalam alaaa cite apa ntah aku tak ingat, R.I mohon hak dia sebagai pelakon di hormati dan di hargai juga seperti mana reporter2 Malaya yang demanding good2 dari pelakon2 kan.

I loike statement you...you know.
Aha! korang tonton la Melodi jam tengahari channel TV3 tu haa...sambil2 bagi statement pasal kisah peribadi beliau dengan Tiz sambil pandang2 Tiz tu betol betol buat aku rasa nak tampar2 muka R.I kekiri kanan, ke kanan lagi sebab cute.

Romantik hokey mamat ni. {senyum kepot2 sendiri..apa hal ko Loyah? :))}

Okla, ai layan perasaan je kejap. Perasaan ni bukan boleh di layan sangat. Kang jadi lain kalau layankan sangat. Cecukup la tu yek.
Ramai yang namakan hero kegemaran aku tu sebagai Hero Tamil Malaya Baru
nama manje yang sunggoh horrible di gegendang telinga aku.
Kalau lahhhhhh...dia org tahu yang R.I pun panggil dia org Cengkerik, Tenok ke kan..ntah apa macam perasaan dia org kan. See u in court la agaknya.
Hiks.

Donia donia.

Tapi bagi aku, {sambil senyum kepot2 menyokong R.I ..kesian korang yang cemburukan kejayaan R.I} ko hero tamil pon, ko tetap menjadi pelakon pojaan hatiku Tumijah...eh! tumijah plak..wakakakakaka
R.I..i know u work hard, and i always support u. Auw! jgn mare makwe ..;)

Second,
Dengan berani dan yakinnya.
Tengahari tadi, stock no 5 kami dah mencecah ribuan ringgit untuk pelanggan JUMAA yang kami kasihi.
Caya la accounts department. Berani eh buat pelaburan juta juta. Kih.
Kalau nak maju besar, kena berani amik risiko besar. Itu yang aku belajar dari kelas pelaburan masa di ITM dulu. Eh ye ke? Alaa...janji stock dah amik.Apo dah nak di kato jang.

Bak kata pepatah abang ipar aku, quote yang menarik perhatian " i treat my painting Expensive".
Pendek cerita...
kalau nak hidup dengan gaya expensive, kena la jual painting expensive ...kan.
Kalau nak hidup dengan gaya sederhana, jual painting murah. Confirm la gaya sederhana pun belum tentu dapat.
Silap silap, tatak huntong woo.

Walau apa pon gaya dan konsep yang kite jalankan/ ambil dalam apa jua jenis perniagaan.
Biarla ianya memberi kebaikan kepada kedua dua pihak.
Yang menjual begitu juga yang memiliki.
Namun, dalam policy perjajaan yang aku dan sahabat ambil.
Konsep kami simple dan sederhana....kemampuan, keselesaan dan kualiti.

Harapan kami hanya satu...semoga semua yang muda, tua, sederhana manje jelite...
mampu menikmati keselesaan dan kualiti dari koleksi JUMAA. ;)

Manusia zaman sekarang ni sebenarnya sangat bertuah di berikan pilihan yang sangat banyakkkkkkk dan bersesuaian dengan ke hendak hati. Allahu Akbar.
Malangnya masih ramai juga yang gemar sangat mengeluh dan terus mengeluh , mengadu sukar hidup dalam negara ni.
Aku pon tak paham. Dan tak kuasa nak paham.

Sebab aku tak mahu tergolong dalam golongan yang tak sudah sudah nak komplen jek.
Look at the bright side la der.

Thirdly
Harimau Malaya Menang!!!!!
alaa menang penalti..kata budak sorang tu.
Bisa jek badan aku bile dia langsong tak tunjukkan semangat yang di curahkan semalam.
Apapasal warga negara Malaya tak yakin dengan product sendiri ek.
Sedih betol.

Walaupon aku memang tak berkenan dengan Fakri. Wadahel.:))
Cekodok ikan bilis hangus pon sodap..kahkahkah
Tunggu sama sama nyanyi Negaraku ok malam tadi.

Selamanya harimau malayaaaaaaaaaaa.
Jum beli PALAZZO kat JUMAA

RM 85 /= jer


eh korang...sudi2kan la LIKE page JUMAA hakak tu eh. LIKE eh eh eh.
Thanks.

Saturday, November 19, 2011

Hidup kite ni zigzag


Hidup dalam dunia serba pantas, serba serbi perlu di bayar ini...sekejap kite kat atas, sekejap lagi eh eh kite kat bawah. Kan?

Maka...Memaksa aku berfikiran dan bergerak tak henti2 berusaha memperbaiki cara dan taraf hidup. Ewaah! orang kata apa...
Nak jadi orang kaya la ko ni yea. :)

Haáh, aku bercita cite mahu menjadi manusia yang...
kaya ilmu,
kaya ekonomi dan
kaya budi bahasa serta moral yang tinggi sebelum tamatnya 2011.

wah! panjang kemain eh matlmat tahon 2011 ko nih. Aduss...2011 dah nak sampai ke penghujugnya nih.

Pendek kata,
aku ingin memperkayakan ekonomi diri agar aku mampu membantu mereka yang lebih memerlukan.

Walau pon badan di serang demam seram sejuk.
Tekak di serang virus merah kemain. Kelat semacam jek lidah ni.
Dada di ketuk batuk tak henti2. dah berbotol scott emulsion aku hadamkan.
Badan masih terasa tak sesihat mana.
Bunyi macam terdesak je kan.
Padahal tak.
Aku memang rajin. Wah! Masok bakol terhempas sendiri nampaknya...kahkahkah.

Hari sabtu hujung minggu macam hari ni.
kalau tak menjaja aku rasa rugi pulak.
Al maklom la...Dah biasa setiap hari ada saje jualan yang dapat di jual. Kalau tak ada jualan. Rasa macam tak kena pulak hari tu.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan menikmati rezeki yang di kurniakan dengan jalan ini.

Aku percaya setiap usaha pasti ada hasilnya.
Tak banyak, sikit. Tak kisah la kan. Yang penting ada hasil. Siapa nak bagi kalau bukan usaha diri kite sendiri.
Tak kerja, tak ada usaha tak dapat apa apa. Zero. Ah! sedihnya rasa...masa ku rasakan terbuang begitu sahaja.
Rugi, rugi.

Anak muda bermotor scrambler melintas depan mata.
"Ah anak muda, bisingnya bunyik motor kau itu" kata encik suami memandang penuh jengkel sekumpulan anak muda bermotor scrambler warna hijau muda.

"Biar la mereka bang, kite pun pernah muda. Janji tak hisap dadah sudah " ayat yang pernah aku dengar sewaktu muda muda ku dulu.

Lewat sarapan tengahari tadi..
Aku ke rumah anak buahku menghantar stok hijab yang di idam-idamkan sejak semalam.
Nak warna pink katanya.
Allah! warna jadi kegilaan ramai dah di sambar orang sebelum ni.
Sabar yea anak buah, nanti busu amik stok lagi.
Hari ni di syurga hijab selalu aku terjah ada party hari ulangtahun kelahiran anak tokey.
Segan rasanya pulak nak mencemar majlis.

Kak long dan abang longku pon ada sama tadi di rumah anak buah. Nak ke kenduri kahwin di Segambut katanya.
Tak mahu melengahkan waktu mereka.
Dengan pantas aku jelaskan kepada anak buahku akan jenis jenis hijab jualan yang menjadi pilihanku.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku punya anak anak buah yang sentiasa ingin menyokong dan membantu menjayakan usaha melebarkan sayap perniagaan hijabku ke merata daerah.

Hiks. Terharu.

Kak long sempat mencelah dalam bualan fokusku pada anak buah.
"Ko ajak la sekali kakak dan anak buah ko yang belum berhijab. Sama sama berhijab".
"Ohhhh..ahaaa..InsyaAllah, dah lama lama nanti minat la tu. Tengok si ejan dah berhijab sekarang. Berkat usaha dan doa kite sama sama la tu kan. Biar la dia berhijab atas kesedaran diri dia sendiri kak. Pandai la dia menjaga aurat dan batas maruah dirinya tu." balas aku panjang berjela membuka mukadimah tazkirah bersama kakak sulongku.

Kak long tergelak dan senyum sumbing mendengar celoteh tazkirahku tengahari itu.

selepas berhijab...
Aku percaya hidayah Allah itu buat semua hambaNya yang di sayangi lagi di kasihi.
Namun kesediaan diri manusia itu penentu akan hala tuju dan ketetapan iman terhadapnya.
bagi aku...secara peribadi.
Aku tak mahu mereka berhijab kerana aku yang suruh.
Aku sendiri berhijab atas kerelaan, keikhlasan hati dan kesediaan serta keyakinanku yang menebal terhadap nikmat dah keredhaan Allah. Datang dari sudut keinsafan hati aku sendiri.
Sehingga hari ini. Alhamdulillah. InsyaAllah, aku tidak akan goyah andai ada yang cube memperkotak katikkan keyakinanku.

Aku sebagai adik lebih yakin mendoakan agar Allah membukakan hati kakak dan anak2 buahku yang masih belum terbuka hati berhijab akan terbuka jua satu hari nanti.

"Pakwe dia bukan main warakkan. Takan tak suruh mak we menutup aurat?" usikan kata kata kakak lagi menjengah cuping telinga ku.
Mengimbau kenangan hari raye tempoh hari, kak long memerhati akan si pakwe yang baik budi bahasa dan menjaga solatnya.

" InsyaAllah, kalau dia ikhlas...pasti dia mampu membimbing makwe dia menuju jalan yang di redhai Allah...kan " balasku menyedapkan hati kak long yang dah semakin lanjut usianya.

Abang long masih tegak memandang tv yang entahkan paham entahkan tidak isi kandongannya dalam becok dan riuh suara ku di halaman tetamu rumah anak buahku.

Anak buah hulurkan teh panas.
Sedap betol rasanya memanaskan dada aku yang kering dik batuk x henti2.
Aku rasa demam2 dan sakit badan semula tibe di rumah.

Zigzag di Jumaa jum :)

Mood masih x sihat | Lily.




Friday, November 18, 2011

Hitam Putih Kehidupan


Demam pulak.
Sudah agak lama aku tak demam, sejak aku amalkan pemakanan tambahan dari Catalyst.
Mungkin cuaca mendung dan hujan yang menitik beberapa hari atas kepala aku ni.
Buatkan aku selesema dan batuk2.

Sakit tu kan penghapus dosa dosa kecil.
Dah tibe masanya aku berehant sekejap kut. :)

Walaupon hari ni cuti sakit,
otak aku ni tetap memikirkan tentang dia.

Yeay! dah bule upload gambo semula.

Uhuk! uhuk! duit beribu2 dalam account pun tiada gunanya jugak apa bila
terlantar je kat rumah sakit dada batuk kepala dan hidung.

:((

Mood Demam - Lily -




Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wed | CLEARANCE


tempat lain tak dapat der ...hanya di JUMAA :)


Monday, November 7, 2011

Senyum Lebar sampai ke Perlis


Kak lola style with her 1st Chiffon Shawl



1st of all...hari ni hakak lola happy sangat2 lepas raye haji ni.
Sampai menangis.
Ler....camni ke rupe org nangis?
Hahahaha...layankan je la eh.


Kerana rasa gembire sangat2 hari ni...maka ini lah posing kegembiran untuk di kongsi bersama
kahkahkah.

eh! dia orang kata, shawl lilit2 camni hanya untuk remaje.
Iye ke?
Ahkak lola pakai ni...ok tak?
ok tak?
Gasakkk la eh ...janji bahgia :))

***

Aidil Adha 



Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

Aidil Adha tahun ni..kak lola x snap gambar makanan dah ;)
Syabas beteh...syabas!hahahaha

Kak lola snap gamba-gamba sape plak ni???
Ramainya kekanak dalam hidup kak lola sekarang ni yea?

Qistina, Hana , Inas dann dann dann Nanny Lily.
Cakkk
!
Aha! Alhamdulillah...tahun ni raye aidil adha kak lola dengan cucuku yang comel2 lotey.
Di dukung dek mommy yang comel jugak...Inas Nayli.
Yang tercepit kat celah meja tu...Qistina cousin kepada Inas.
Qistina baru je dapat adik lelaki lagi.
tu pasal dia ikot Mak ngah dia beraye.
Terharu sangat tau raya tahon nie.
Kak lola dah ada banyak cucusssssssss...dah tua rupenya haku.kah!
Oh tuhan, masa berlalu sangat pantas.


Qistina Qaisara...debab dan gigi puteh penoh.
Sebijik rupe mak kau eh...Jawa Banting :))


***

Rumah Idaman



Sebaik baik manusia, adalah manusia yang memberi kebaikan kepada manusia yang lain.

Allahu Akbar.
Kak lola temui sepasang manusia yang baik hati lewat petang tadi.
Selesai solat asar, kak lola mintak encik suami buat appointment.Tengok rumah.
Rumah di cari2 akhirnya di temui.
Rumah cantek,
Kejiranan cantek,
Persekitaran aman damai yang cantek.

"Nah kunci rumah" suara kedengaran.
Aku ternganga menahan kesedihan sebab kegembiraan yang mengunung tinggi.


Walaupon agak jauh lokasi dari office encik suami.
InsyaAllah, semua cabaran dan liku2 perjalanan ke tpt kerja yang pastinya harus di tempuhi sesak setiap hari  berbaloi dengan suasana aman damai persekitaran yang kak lola ingin sangat miliki.

Sampai kat toll, nangis teresak2.
hahahaha
Terima kasih Habang! :))) { smoooochhh..ngeeee }


Terima kasih singgah kedai maya  JUMAA eh. Shawl satin ada lagi tau. Beli la, beli la :)
















Tuesday, October 25, 2011

Di mana nak beli selendang best?

Happy Tuesday yall,

Meh la adik adik yang suke selendang design lovey dovey , polka dot dot dot dari kain satin...meh la

Seledang kegemaran remaja masa kini dan banyak lagi...


semestinya ada di JUMAA

Minggu ni...JUMAA datangkan stok selendang dengan design hanya untuk mude mudi :)
sangat cumil

Pst : designer dah ada kerja tetap...nampaknya uploading task slowing down.
Dugaannnnn 




Tuesday, October 18, 2011

DUA

Dua perkara aku nak buat...musim2 perayaan nanti.

***

Satu
hari tu dah try buat...tak jadik.heee
Maka kena  buat sampai jadik la pulak ye tak?

Abis..ni mana datang ni kasui cantek berselaput kelapa puteh gebu ni?
laaaa laa laaa laa laa...


Kasui ni wujod panjang lebar kisahnya...apa pun kisah nya,
kite makan duluuuuuuu
sedap, manissss....nyamnyam. Aku habiskan sorang sorang petang tadi...kah!


***

Dua.


Sempena kehadiran Aidil Adha tahun ni ...
Aku ingat aku nak buat sesuatu yang istimewa buat customer setia JUMAA.
Tapi aku belum buat keputusan lagi yang mana satu akan di RUNTUHkan secara besar-besaran :)

Sekali sekala nak kena sedekah gak kan.


Stay Tune ;)




Friday, October 14, 2011

Me & My Favourite Shawl


Salam Jumaat semua,

masa aku belum bertudung dulu...aku suke perhatikan orang pakai selendang. Aku rasa mereka tu manusia yang elegen. Percaya pada keayuan diri.

Suke lah.

Kemudian...masa mula mula aku bertudung dulu...aku suke sangat pakai Shawl. Banyak aku beli shawl. Macam macam jenis, macam macam color. Ada studded la, ada kupu2 la, ada yang plain hitam saje.
Macam macam jenis kain, ada jenis cotton, ada jenis cotton guni, ada jenis satin.
Ada jugak yang aku simpan je. Sayang nak pakai.

Dalam banyak banyak jenis...
Aku suke shawl cotton, kain cotton kan sedap di pakai. Selesa di pakai untuk keadaan cuaca negara kite khatulistiwa ni. 
Pakai shawl duduk dalam office yang berair cond pon lagi la selesa.

Kadang kadang tu..

Ada jugak orang yang tak biasa bershawl/selendang  kata kat aku "ëiii panas nya, rimas nya tengok ko belit belit...serabut!"

Tapi, 

bagi aku yang baru bertudung waktu tu...Alhamdulillah, aku tak rasa seperti yang di bayangkan oleh mereka.
Mungkin sebab keyakinan aku terhadap apa yang di perintahkan oleh Allah itu banyak kelebihannya. 
Aku tak berapa nak endah dengan kata kata sebegitu.

Tak pe la, masing masing memang ada cite rasa dan pendapat tersendiri.
Lama lama paham la nanti. :)
kerana minat yang mendalam terhadap shawl dan tudung, aku rasa bahagia sangat kalau dapat share kan minat aku ni bersama mereka yang mempunyai minat yang sama dengan aku.
Sharing is Sedekah jugak kan.

So dari situ, aku mula berjinak jinak dengan mengambil beberapa helai shawl dan tudung untuk aku kongsikan minat aku bersama yang lain. Ada ilmu ada ide sikit2 lebih bermakna kalau dapat di kongsi dan di terima yang lain.
Serius happy bile apa yang kite cadangkan, kongsikan di terima..kan.

Alhamdulillah, yang aku rancangkan di izinkan olehNYA.
Aku kini bahagia kerana aku berjaya berKONGSI apa yang aku minati dengan kamu kamu dan kamu di sanun.
hikhik.
Cantek cantek dah kawan kawan aku.
Terima kasih korang :)

****

The best SHAWL on earth become one of my collection now. 

:)

Dengan harga RM35 sahaje. Dapatkan di JUMAA


Nak pakai pegi Big Bad WOLF kejap lagi.
Korang dah pergi? 

Jum beli buku plak :)





Friday, October 7, 2011

Menjemput Anda Semua

Hari Jumaat 2011
rasa nak tulis kad jempotan tibe tibe...


Assalamualaikum,


Kehadapan pembaca setia blog saya yang saya kasihi,
kepada pembaca baru nak baca blog saya, yang saya hormati,
kepada pembaca blog saya yang baru terserempak seminit tadi yang saya kasihi sekalian, :)
dengan ini...


Saya, suke cite menjemput makcik-makcik, kakak-kakak, adik adik, remaja jelite semua, abang abang, encik encik suami yang mencintai isteri-isteri di rumah bersama anak anak.
Sudila kirenya bang seminit dua, klik SUKE akan page kedai hijab maya kami yang tak seberapanya di JUMAA atau pun JUMAA OH JUMAA di buku muka ( rasa macam nak bagi hadiah KLIK PEMINAT JUMAA OH JUMAA yang bertuah pun ada ni...tibe tibe dapat ilham..ok ke? )
Di harapkan semuga dengan kemunculan JUMAA di persada maya dapat memeriahkan dan menambah seri lagi industri hijab Malaysia.


Syukur Alhamdulilah & Terima kasih tak terhingga,
kepada Allah yang maha ESA kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya serta rakan rakan  berkongsi cita rasa dan minat kami yang sama terhadap dunia fashion muslimah dan style hijab era ini bersama anda semua.
tak lupa jua ...
kepada pelanggan pelanggan setia dan yang baru nak setia dengan JUMAA yang sentiasa percaya dan menyokong kami.


Andai ada komen atau teguran membina. 
Usahla segan silu...sudila kirenya utuskan kepada kami yang terbuku dalam dada di email kami MYJUMAA@Gmail.com


Salam Jumaat & Salam ceria sepanjang hari buat semua. :))







Thursday, October 6, 2011

Wordless Wed | Assumption




Tak pedulik posted jugak hari Khamis hihi...i keep missing Wednesday :))))

Jum visit JUMAA  
Ada syria SARI yang menikam kalbu buat anda.

Wednesday, October 5, 2011

Melangkah Setapak Lagi - SYRIA bermutu tinggi

Gumbirenya dalam hati...kalau beristeri dua..eh tak tak...
hakak senang hati la hari ni walaupon Buku Muka telah di larang sama sekali pengunaanya di office.
Erk! Tidakkkk..kenyataan ini palsu.


Hakak bole lepak bawah pokok taugeh bersama kawan kawan sambil minum teh tarik sampai lebam gelak gelak sampai terkehel rahang.
Erk!! Tidak jugakkkk...kenyataan ini tidak membahagiakan hati kak lola langsung.


Sebenonya...kak lola bahagia campur sengsara . Hok sengsara ni skit je la...tak jejas pun oksigen yang kak lola sedut saban hari..cume tak syiok ar.


Kes 1 : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kes bandwith di kurangkan dari 4MB ke 512 akibat mamat tu tonton U tube tak ingat dunia, tak ingat waktu...kantoi dek pihak berkuasa. Adesss . 
Dah agak agak la awak tu makan gaji, awak boleh belasah salah guna kemudahan tahap gaban sehingga menyusahkan sahabat2 lain. Pedih hati beta.


Haih!


Tapi hakak lola tetap gembire, senang hati hari ni. Bukan sebab kes susu ..bukan.Hakak lola rasa ...doa hakak telah di dengari olehNYA...dia telah menemukan jalan yang kak lola carik...di tunjukkan dengan jalan yang lurus yang di redhai Allah. InsyaAllah.


Kes 2 : Yang di idam sampai jua dalam genggaman petang tadi. 
Bahagia. Sekarang dah tak perlu susah hati fikir pasal stok. Apa yang perlu di kerjakan..hanya la bekerja bekerja dan bekerja. Ibadah tu der ...;)


Misi menuju meramaikan ummah bertudung plus menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat.Weeeeeeeeee...makcik kayooo!!! Kayo kasih sayang der...jangan pikir buruk sahaje yek :))


Semoga semuanya berjalan lancar. Doa doakan hakak lola yea semua. Siapala yang tak mahukan kejayaan ye dok?
Walau apa pun rintangannya...
Jangan toleh toleh toleh toleh belakang dah.Jangan...






Amin.


Jom ke JUMAA...ada special design SYRIA buat anda.:)





Wednesday, September 28, 2011

Telah di ciptakan kamu secantek canteknya


Ahaa...Masih tak percaya?
Akak terkejut lagi sekali petang tadi apa bila akak amik tudung syria ARAB dari tukang bekal..

berbual bual dengan tukang bekal...beliau berkongsi kisah ragam customer ..
ada yang tibe tibe tak kenal tak ada taufan..terus menghembur kata pahit peria pada dia...

" asyik tudung ni je..boring..jual la tudung  lain..." pengomen.
"dia tak pernah pon beli tudung dengan aku Ly..." sedih suara si pembekal yang sarat mengandong 3 bulan.

Ada pulak yang berkisar...

" Muka aku bulat tak cantek pakai Syria...makin bulat, muka aku dahi jendol...huduh pakai syria Arab,
jadi rupe Jawa jendol...muka aku..hidung aku...pipi aku..dagu aku...aku nak cucuk botox la kasi tirus..." pengomen...

"Tak baik cakap macam tu...badan dan wajah kite ni kan Amanah Allah...kena la jaga baru la cantek" balas pembekal tadi..

"Alaaa nak jual tudung tak payah la nak emosi, kalau nak emosi emosi baik tak payah menjual" balas si pengomen.

ERK!

Well...
manusia memang macam macam ragam, 
suke tak suke...memang kena hadap bahawa manusia juga memang...
macam macam cite rasa...macam macam tak puas hati...

bukan jugak hakak lola cube membongkak diri mengatakan diri sempurna berkeyakinan diri tahap tinggi..bukan..

Tapi...

Jauh di lubuk hati akak lola yang dalam...
Akak lola kesian....akak lola simpati...
kerana masih ramai lagi antara kite yang tak yakin,
tak percaya
ntah la...tak tahu nak cakap guna perkataan macam mana...

{ dulu dulu masa kak lola masih belum bertudung ini juga salah satu faktor kak lola tak  mahu bertudung sopan macam sekarang...rasa tak cantek...padahal.... }


MasyaAllah...

Apa bila dah bertudung...ntah tersedar dari leka ke ...hentah di simbah dik hidayah...

bahawa...
kalau kite pakai tudung apa jenis sekali pon,
tudung bulat...muka petak,
tudung bujur,  muka tirus,
tudung leper, muka bulat besar dulang
tudung Arab....muka kemek
tudung kerawang,
telekung...
bentuk wajah kite sebagai manusia memang maintain cantek.
.
Kite di ciptakan dengan sebaik baik dan secantek cantek kejadian
Wajah kite kan wajah ciptaan Allah yang maha penyayang ...
Masih tak mahu percaya kah?

mana mungkin bentuk muka bulat jadi huduh kerana  jenis tudung yang di reka ciptakan oleh manusia juga?
Isk...ada pulak sesetengah tu...dah cantek...tak puas hati jugak
Pegi cucuk cucuk botox pulak kasi bentok tirus.
Adesss
Seram sedih sadis lah hakak mengenangkan sikap manusia abad ini.

Kadang kala kite terlepas kata dalam sedar...ntah tak berapa nak sedar kut ke tak pikir masa berkata kata,

Astarghfirullah banyak banyakdulu adik adik...
kadang kadang kite tak perasaan bahawa kata kata yang keluar dari mulut kite secara tak sedari sebenarnya mengadili ciptaanNYA yang maha esa

Tanpa menghemburkan perkataan maki hamun pon...kite sebenarnya telah ....isk! Ampon kan aku Ya Allah.

Astargfirullahalazim...
kepada yang baru cube cube nak pakai tudung, MYJUMAA ada yang anda cari.
Sekali sarung...simple dan anda masih tetap nampak sweet.
Percaya lah ...Lillahi taala