April 24, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : HomeMade Pancake

Assalamualaikum.

Hari tu aku PUNYALAH CONFIDENT pergi cakap kat Amal, yang aku nak buat pancake haritu jugak memandangkan AKU DAH TERLIUR tengok pancake dekat Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu tu. 

Manalah aku tak cair. Tengok pancake Mat Gebu tu, dengan SIAP ADA BUAH STROWBERI tu haaaa ... dah cukup buat air liur aku tersekat kat tekak dengan TENGOK GAMBAR SAHAJA. Belum makan lagi tu. =_=

Aku kalau bab makan benda yang menggemukkan, aku MEMANG BOLEH JADI CHAMPION! Pancake ke, waffle ke, aiskrim ke, apa sajalah makanan yang menggemokkan KECUALI JUNK FOOD. Itu aku kurang. Aku tak berapa sangat dengan junk food. Boleh kira dengan jari berapa banyak junk food yang aku makan. Yang lain? SEBELAH MATA PUN AKU TAK PANDANG ... =='

Dah teruja pegi gebang dekat wall pesbuk orang nak buat pancake, bila pergi dapur ... tepung pancake ada, telur ada. Bila nak tuang tepung dalam bekas nak ayak, sekali baru teringat, bahan nak buat pancake TAK CUKUP LAGI SATU BENDA iaitu susu. T___T

Kempunan dah aku. Inilah padahnya kalau ada NIAT TAK BAIK dekat IBU MENGANDUNG! Hehehe. Tapi Amal dah tak jadi ibu mengandung lagi dah sebab dia DAH SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY semalam. Alhamdulillah. Bertambah lagi Umat Nabi Muhammad SAW. 

Baiklah.

Kalau korang nak tau, aku buat pancake PAKAI TEPUNG SIAP je. Tepung tu tinggal bancuh letak telur sebiji dengan susu. Jumlah susu tu, ikut nak pancake yang light or heavy. Aku suka pancake heavy. Sebab tu aku pun HEAVY TAHAP GABAN! Hehehe.

Tapi ... dah bahan pun takde kan. Tak jadi lah buat. TERUS KECEWA DAN MALU SENDIRI. Terus pergi depan, terus sambung main pesbuk dengan Twitter balik. =_=

Tup tup ...

Tetiba, si ibu mengandung Amal tu pulak DAH SIAP BUAT APPLE PIE sendirik! Tak terliur pulak kan tengok gambar Apple Pie fresh from oven. Padan muka aku! Tadi belum pape DAH BERLAGAK SANGAT, sekarang?

AKU SENDIRI YANG TELAN AIR LIUR ... =_=

Dah hujung minggu tu, barulah aku dapat beli susu. Dah ada susu, apa lagilah kan. Balik rumah, buat pancake. Siap terus HABISKAN SEMUA SISA TEPUNG SEGERA PANCAKE YANG TINGGAL. Kena ingat kawan-kawan, zaman sekarang ni, ORANG TAMAK SELALU UNTUNG! Hahahaha.

Kali ni, aku rasa syok sikit buat pancake sebab aku dah ada tempat whisk tu. Jadinya, bila bancuh tepung dengan susu dengan telur tu, TEPUNG JADI TAK BERKETUL-KETUL. Kalau sebelum ni, masa takde whisk tu, aku bancuh pakai sudu tapi jenuh sikitlah nak pukul tepung bagi betul-betul elok tak berketul. Huhuhu. =='

Buat punya buat ... disebabkan tepung pun memang tak banyak, dapatlah dalam 5 keping pancake ...




Aku suka makan pancake dengan madu atau sirap Maple. Sedapppppp!

Dah siap buat pancake, terus laju mandi, solat cepat-cepat sebab dah teringat-ingat dengan pancake yang tengah panas buatan sendiri. 

Selalunya orang buat pancake untuk sarapan or minum petang. Yang aku pulak, sebab dah teringin sangat, tibai lepas solat Maghrib! Jadilah. Janji perut kenyang dan aku puas juga tak rasa kempunan dah. Kan?

Masa dah siap buat pancake ni, siap berangan cakap kat laki : " Kalau ada anak, pastu I rajin buat breakfast pancake makan dengan madu macam ni, mesti dorang suka kan? Sebab budak-budak kan. Hehehe. "

Tengok pancake ni, teringat pulak dekat Mak. =='

Masa kecik-kecik dulu, MAK SUKA BUAT LEMPENG tapi pakai tepung gandum ke tepung apa entah. Tapi bukan pakai tepung segera yang memang khas macam aku beli tu. Lepas tu, aku suka MAKAN DENGAN SUSU PEKAT. Cicah susu pekat tu ha. Sodappppp!

Dah kata air tangan Mak kan. Bagi apapun sodappppp! Kekekeke.

Apapun, Alhamdulillah sebab dah dapat makan pancake. Sekarang ni dah rasa MENGIDAM BENDA LAIN PULAK. Memang patutlah aku bum bum macam ni. DOAKAN SEMOGA AKU KURUS bila balik Malaysia waktu Raya nanti! Hahaha.

Kalau tak nanti, sepupu sepapat, bapak-bapak sedara, mak-mak sedara juga teman rapat, bahan aku je sepanjang masa. Kuikuikui.

Sekian. Masalamah.

2 comments:

  1. ilah:- woh... lapo nengok nye.hehe.. sedapnyo,nnt kamu wat pancake pepagi.. kite jog sekali then makan penkek kamu ye.. tunggu keta ye..insyaAllah khamis ni or sabtu ni dapat.. hehehe.. insyaAllah.. ya rabb

    ReplyDelete
  2. Shiela - Dah jogging mana boleh makan pancake! Tak berbaloi jogging kalau macam tu. Hahaha.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...