April 12, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : Tidak Perlu Mengidam Tutti Frutti Lagi!

Assalamualaikum.

Sejak kewujudan Tutti Frutti kat Malaysia, aku memang SAKIT JIWA, SAKIT HATI, SAKIT MATA bila tengok kengkawan semua ASYIK UPLOAD pegi makan kat Tutti Frutti je memanjang! Serius sakit jiwa sebab aku ni, kalau bab benda makanan macam tu, MEMANG AKU SUKA! Tapi dalam masa yang sama, AKU TAK DAPAT NAK RASA. =_=

Aku ni, ASYIK-ASYIK NAK KENA TELAN AIR LIUR SENDIRIASYIK-ASYIK NAK KENA TELAN AIR LIUR SENDIRI, ASYIK-ASYIK NAK KENA TELAN AIR LIUR SENDIRI bila tengok orang upload gambar pergi Tutti Frutti sepanjang masa. ( Tengok? Nampak sangat aku memang kempunan tahu nak menda tu sebab sampai tiga kali aku ulang kat korang. Hehehe. )

Tapi sekarang?

Aku rasa BERSYUKUR sebab TAK PERLU NAK TELAN AIR LIUR LAGI tengok gambar orang pergi makan Tutti Frutti ramai-ramai. Sebabnya ...




The Frozen Yogurt Factory kat Mall of Arabia.

Yeayyyyyyyyyyyyyy! MEREKA ADALAH SAMA! Cuma nama je berlainan. Time nampak kedai ni, ya Allah! Rasa NAK LONCAT bagi bangunan Mall of Arabia tu BERGEGAR menandakan aku memang eksaited gilaaaaaa sebab akhirnya AKU DAPAT JUGAK MAKAN BENDA YOGURT ni! 

Bila dah dapat rasa sudu pertama tu ...

Perghhhhhhhh! ENAK TAK TERKATAAAAAA! Tak kesahlah korang nak cakap AKU JAKUN pung. Aku tak kesah! Yang penting, akhirnya aku dah dapat makan menatang ni. Hehehe.





Masa lalu kat kedai ni kan, aku macam pelik je tengok bebudak ramai gilaaaa. Aku pun jadi heranlah kan dan memandangkan TAHAP KEKEPOHAN aku MEMANG TINGGI, aku pun dok menyebok gak lah pergi usha-usha kedai ni. Aku nak tau jugak lah kan, APA PUNCA JUGA PENYEBAB bebudak semua dok serbu kedai ni.

Sekali je ... tengok-tengok ... eeeeeehhhhhhhhhhhhhhhh ???!!!

" Biebie, ni like Tutti Frutti lah. Nama je tak sama tapi exactly macam Tutti Frutti!!! "

Mata aku dah bersinar-sinar tengok The Frozen Yogurt Factory tu ...

Dengan rasa tak malu, bila laki hulur duit, terus laju je aku serbu kedai tu bersama-sama bebudak lain. Hehehe.  Padahal laki TAKDE CAKAP suruh pergi kedai tu pun beli. Aku je TAK MALU MENONONG amik duit dan terus pergi Frozen Yogurt Factory tu. Kahkahkah.

Aku memang tak pernah masuk Tutti Frutti kat Malaysia lagi. Dah kata tak pernah rasa lagikan. So aku taktau, perisa yogurt kat Malaysia ada perisa apa. Kat Frozen Yogurt Factory ada perisa vanila, coklat, banana, pomegranate and apa entah lagi dua perisa tu. Aku tak ingat.

Memula, aku ingat nak amik yogurt perisa pomegranate tapi disebabkan aku TAKUT TAK SEDAP dan TAK KENA DENGAN TEKAK, aku amik perisa standard je lah iaitu vanila dan coklat. Kat perisa coklat tu, siap ada tulis : "LOW FAT"

Konon tengah diet kan, amik je lah perisa coklat tu. Kahkahkah. Padahal ...

Diet ke pebendanya kalau dah toppingnya aku pergi belasah letak chocolate chip Hersheys, Kinder Bueno lah, Maltese lah. Banyak pulak tu aku letak. Kata JAKUN kan sebab first time pergi. Haruslah segala coklat yang ada kat situ aku nak letak! Kahkahkah. ( Jangan lupa weih, ORANG TAMAK SELALU UNTUNG! Kuikuikui. )

Bila nak timbang tu, ternampak pulak perempuan sebelah aku dalam mangkuk dia tu ada buah Blueberry, Strawberry and segala buah beri yang lain. Dengan rasa tamak dan haloba lagi, aku tak jadi timbang dulu. Terus pergi fruit section and aku amik buah mahal-mahal pulak! Lagipun, buah kan ringan. Kekekeke.

Lepas tu baru aku timbang! Timbang punya timbang, kena 30 riyal. Not bad lah. Sama je costnya if aku makan kat Baskin Robbin or pergi Haagen Dasz sekalipun. Hehehehe.

Lepas ni, kalau aku ajak laki aku pergi Mall of Arabia je, mesti laki aku dah tau TUJUAN UTAMA kenapa aku nak pergi sana. Hehehe. 

Untuk Kak Putri, if I am coming back Malaysia and if you still wanna treat me at Tutti Frutti also, I would still say YESSSSS! Hahahaha. 

Till then guys.

Sekian. Masalamah!


Dari Jeddah :

  • Line internet memang macam HARAM dua tiga hari ni. Setiap kali aku tengah semangat nak update blog, internet mesti takde. Memang nak MAKI je rasa! =_=

4 comments:

  1. gembireeee nyeee... mas banyak kali lalu tutti2 tuh kat times square, tapi pandang pun tak... ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Jangan asyik2 tuti fruti sudah. Tak bagus...

    ReplyDelete
  3. neklah...tutti fruti arab lagi best kot hehee...lebih kurang msia dah..yeay tak jakun...30 riyal tu baper ?? klu kat msia standard timbang melampau leh cecah Rm20 hengget...size medium tau...cecite cecite...excited nengok versi arab ni

    ReplyDelete
  4. Mas - Hahaha. Mestilah gembira! Sebab akak pencinta makanan merepek macam tu. Kekeke.

    Kak Sam - Sekali sekala ja.

    Kak Mimy - Rasanya sini algi murah kot? Sebab Neklah amik saiz large. Baru 30 riyal which is lebih kurang dalam RM25. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...