April 28, 2011

Tips Nak Kahwin : Perkara Apa Yang Harus Di Buat


Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta ni, aku tengah mood baik hati nak tolong kawan-kawan yang mintak tips macam mana NAK MERANCANG HARI BAHAGIA. Tips ni untuk dari hal nak bertunang sampailah ke jinjang pelamin.

Baiklah.

Kebanyakan pasangan yang bercinta yang kemudian nak melangkah ke arah mencari keredhaanNya dengan mendirikan masjid, mesti blur, serabut dan pening nak merancang hari bahagia diri sendiri. Selalunya akan rasa, TAK TAHU NAK MULA DARI MANA DAN NAK KENA BUAT APA DULU

Ok. Tips yang aku bagi ni, semua BERDASARKAN PENGALAMAN AKU DAN LAKI AKU SENDIRI. Kira aku share biar at least, korang boleh nampak, nak mula dengan dari mana dan nak buat apa dulu. 

Antaranya ialah :


1. Bincang Berdua Dengan Sebaik Mungkin

Mula-mula sekali yang kena buat, kau kena BINCANG DENGAN PASANGAN MASING-MASING tentang majlis yang kau nak buat tu nanti. Bincang berdua dulu. Time bincang ni, kalau boleh biar masing-masing DALAM KEADAAN YANG TENANG dan DALAM KEADAAN MOOD YANG SANGAT OK.

Kalau dua-dua masa tu tengah serabut dengan kerja, kau tak yah ada hati nak bincang semua ni. Menyakitkan hati memasing je nanti. Baik kau bincang lain kali je. =_=

Terutamanya kalau yang lelaki tu. Kalau boleh, BINCANG MASA GIRLFRIEND KAU BUKAN DALAM MOOD PMS. Sebabnya, kalau mood PMS perempuan ni dah datang, perbincangan yang sepatutnya boleh berjalan lancar, boleh jadi huru-hara gara-gara mood PMS yang buat perempuan jadi cepat sentap sikit. Lagi-lagi kalau kau ada tersalah cakap sikit, pun boleh buat girlfriend kau sentap! Serius.

Sebab tu aku awal-awal dah pesan, BINCANG TIME MOOD DUA-DUA SANGAT OK!

Lepas dah berbincang berdua, barulah masing-masing bagitahu keluarga. Ceritalah apa yang korang nak, sekian sekian sekian. Kena cerita dengan detail. Jangan tinggal apa pun.


2. Buat Senarai Kerja Yang Mesti Di Buat

Masa nak kahwin dulu, laki aku yang paling semangat sampai siap ada SENARAI PERKARA-PERKARA YANG KENA BUAT. Dari sebelum majlis sampailah majlis selamat berlangsung. Aku nasihatkan, buatlah senarai macam ni sebab MEMUDAHKAN LAGI KERJA KORANG. Serius aku tak tipu. ( Ingatttt ... tipu dosa mati seksa tau! Hehehe. )

Sebabnya, bila kau dah ada senarai kerja-kerja, atau apa-apa perkara yang kena buat, once kau dah settle kan kerja tu, kau boleh tandakan atau pangkah kerja tu dan pergi settlekan kerja yang lain. At least, dari senarai tu kau dah boleh nampak, kerja apa dah selesai, kerja apa yang belum.

Dalam senarai ni, termasuklah dari kerja nak tempah kad kahwin ke, booking mak andam, booking dewan atau hotel, urusan dengan jabatan agama, kursus kahwin dan sebagainya.


3. Pilih Tarikh

Pada aku, PILIH TARIKH NI YANG PALING SERABUT. Baik tarikh nak tunang atau tarikh nak kahwin. Kang kau nak tarikh harijadi kau tapi dia pulak nak tarikh hari jadi dia jugak. 

Kang bila dah korang dah pilih, keluarga pulak masalah sebab yang mak perempuan nak lepas raya AidilFitri, belah laki nak lepas raya Haji. Sudahnya, korang jugak yang pening sebab kes nak jaga hati mak bapak memasing. Kan?

Soal pilih tarikh ni memang kena bawak berbincang sungguh-sungguh, kena bawak berbincang betul-betul. Kalau boleh, PILIH TARIKH YANG BOLEH BUAT SEMUA AHLI KELUARGA KAU BERKUMPUL. Tak kiralah belah laki ke belah perempuan.

Mean, kalau pilih tarikh sekian untuk belah perempuan, make sure masa tu, semua ahli keluarga belah laki boleh datang dan macam tu jugak bila pilih tarikh untuk majlis belah laki. Biar semua ahli keluarga belah perempuan dapat datang.

Majlis bahagia macam ni, kalau tak cukup korum, memang tak syok! So, kena alert dengan pemilihan tarikh.

Masa aku nak tunang dengan kahwin dulu, time nak pilih tarikh ni lah buat aku masam mencuka dengan laki berhari sebab bergaduh. Aku nak 080808 tapi laki aku pulak memang takkan dapat cuti sebab masa tu laki aku kerja kat Dubai lagi. Kalau kerja luar ni, memang payah sikit nak amik cuti. Kena ikut turn.

Time tunang, laki aku takde masalah sebab dia jauh. Jadinya segala hal berkaitan majlis tunang, memang aku handle sendiri dan sorang-sorang juga bersama pertolongan keluarga tersayang dan sepupu rapat. 

Aku ingat lagi. Paling sadis, masa hari aku tunang tu ... tunang belah pagi. Dalam pukul 11 pagi dah start, pukul 1 lebih baru habis majlis. Masa tu tunang kat rumah sepupu rapat aku kat KL sebab kalau nak turun Johor untuk majlis tunang semata macam tak berbaloi ja.

Lepas je habis majlis, berdesup aku kena balik Shah Alam balik sampai tak sempat aku nak tukar baju tunang dengan bersihkan make up! Dah la masa tu aku ada test. Test buat kat dewan pulak tu. Bila aku masuk je dewan, semua fokus kat aku. Dah macam aku ni buang tebiat pergi kelas macam baju orang nak kahwin dengan make up bagai. Padahal aku kalau pergi kelas, biasa-biasa je. T____T

Lagi satu, majlis tunang ni, NAK BUAT BOLEH, TAKNAK BUAT PUN TAKPE. Sebab dugaan masa tunang, berat ohhhh! Kalau kau tak kuat, memang hye hye bye bye lah jawabnya! Sebab tu sekarang ni, kebanyakan pasangan lagi suka bernikah terus. Tak perlu nak bertunang-tunang ni. Buat sakit kepala je. =_=


4. Duit Hantaran & Mas Kahwin

Ok. Perkara ni pun kau kena bincang berdua dulu. Kau TETAPKAN DULU BERAPA NAK BAGI IKUT PERSETUJUAN BERSAMA. Nilai hantaran dan mas kahwin tu, ikut kemampuan lah. Yang perempuan, kau jangan over kemain. Kau tengok dulu bakal laki kau tu kerja apa, gaji berapa. Jangan pulak, gaji bakal laki kau tu, kerja gaji sebulan baru RM2000 tapi kau bukan main demand nak hantaran nak sampai 30k. Memang kau saje nak lah kan nak mintak ditinggalkan! T____T

Bila once kau bincang dan dah setuju dengan sekian sekian jumlah yang kau nak bagi atau kau mintak, then baru kau bagitahu Mak Ayah. DUA-DUA PIHAK KENA BAGITAHU MAK AYAH MASING-MASING. Biar senang time merisik. At least, dua-dua pihak keluarga dah tahu berapa jumlah sekian sekian.


5. Bekerjasama, Memahami & Tolak Ansur

Bila 4 perkara kat atas dah selesai, tibalah masa untuk korang BEKERJASAMA SELESAIKAN PERKARA YANG BERKAITAN sampai lah majlis korang tu selesai. Masa ni lah, dua-dua kena saling memahami. Yang laki, kau jangan naik lemak pulak bagi pihak perempuan buat dan settle segala benda! Itu memang nak cari gaduh lah kan. Semua benda KENA BUAT SAMA-SAMA.

Lagi satu, DUA-DUA TAK BOLEH STRESS SANGAT. Sebab bila dah stress, benda kecik pun boleh jadi gaduh dan masam muka. Takpun, silap langkah, boleh tak jadi kahwin terus! Haru je nanti. Tak pasal-pasal, satu keluarga pulak nak kena tanggung malu. =_=

Tiba-tiba rasa nak tepek gambar kahwin buat tatapan korang ...



Akad Nikah : Johor 5 Disember 2008



Bersanding : Johor, 6 Disember 2008



OutDoor PhotoShoot : DangaBay 2008



Majlis Bertandang : Perak, 13 Disember 2008

( Ok. Tetiba rasa kelakar pulak tengok gambar aksi Titanic ni. =_= )

Harap-harap tips aku DAPAT MEMBANTU pada korang yang nak melangkah ke alam perkahwinan. Aku doakan semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang dirancang. Juga semoga cinta kalian bersemi sampai ke Syurga. InshaAllah.

Sekian. Masalamah.

Stay Up Yang 'Berbayar'


Assalamualaikum.

Haritu aku dah bagitau kan yang laki aku DEKAT SEMINGGU STAY UP je memanjang. Semuanya gara-gara sebab NAK CARI DUIT LEBIH. Nak cari duit lebih sebab NAK KENA SARA BINI yang banyak songeh, kuat makan tapi tak sedar diri dah makin gemok juga NAK SARA 'ANAK' yang sekarang makin demand tak tentu hala. Hehehe.

Malam ni, laki aku dah boleh TIDUR DENGAN TENANG SAMBIL SENYUM SAMPAI KE BELAKANG KEPALA sebab segala kerja dah dibayar. Bukan senang nak dapat rezeki macam ni. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Walaupun kadangkala hidup kat sini, ada satu masa tu sampai Tuhan duga dengan membuatkan semuanya, HANYA CUKUP-CUKUP JE SAMPAI HUJUNG BULAN. Nak joli pun tak boleh sangat sebab duit terhad disebabkan beberapa masalah. 

Biasalah kan. HIDUP DI PERANTAUAN NI BUKAN SENANG. Orang je selalu ingat orang kerja luar ni banyak duit. DUIT KEPUK-KEPUK SAMPAI KELUAR POKET. Tapi tak sedar yang duit kepuk-kepuk tu kadangkala TAK LAMA SANGAT BOLEH BERTAHAN sebab hantar balik Malaysia lagi, juga nak sara kehidupan kat sini lagi. Kau ingat senang? 0_o

Kau pergi lah tanya orang yang kerja luar. Memanglah gaji banyak tapiiiii ... NAK SURVIVE KAT TEMPAT ORANG memang bukan suatu perkara yang mudah.

Ini pun dah kira bersyukur sebab kerjaya laki aku membolehkan DIA BUAT KERJA FREELANCE. Dari freelance lah boleh BUAT SIDE INCOME yang masyukkkkkk. Setakat ni, laki aku MEMANG PANTANG orang offer buat freelance sebab kebanyakan kerja freelance yang dia dapat, adalah kerja yang dia suka dan minat especially kalau KENA DESIGN ke apa ke. Haaah, campak je lah kat dia! Sure semangat dia buat. Hehehe.

Tapiii ... kerja tu belum habis siap pun lagi. Kena buat phase by phase. So, duit pun dapat phase by phase jugak. Alhamdulillah. Duit tu boleh simpan. BUAT SAVING DAN BUAT BELANJA BALIK RAYA nanti. Biasalah, kalau balik Raya, memang banyak je benda nak kena pakai duit. Segala guna duit sekarang kan? Memanglah DUIT BUKAN SEGALANYA tapi SEGALANYA MEMERLUKAN DUIT. Kan?

Tapi duit ni kan macam air. Sekelupuk dapat, lepas tu habis macam tu je. Kadang-kadang tak sedar duit tu pergi mana. Tau-tau dah habis. Ye dok?

Apapun, sebagai isteri, aku sentiasa MENDOAKAN SEMOGA REZEKI LAKI SENDIRI SENTIASA MURAH dan murah dan murah sebab kalau rezeki suami murah, isteri pun kena tempias sekali. Hahaha. ( Lantaklah kan kalau kau nak cakap aku kikis duit laki. Ada aku kesah? 0_o )

Dan aku tahu, laki aku buat macam ni semua demi NAK MEMASTIKAN AKU HEPI DAN BAHAGIA kat sini. Wajiblah kan dia nak kena buat semua tu. Kang aku tak hepi, mau aku mintak balik Malaysia. Kang memasing sangap pulak tak tau nak cucuk mana. Kahkahkah.

Tapi kalau dah hidup jadi suri rumah sepenuh masa macam ni dengan rasa senang hati, apa lagi yang aku nak kan? Hehehe.




Ohhhh! Malam ni pun AKU BOLEH TIDUR LENA SENYUM SAMPAI KE TELINGA sambil mimpi indah bersama BEG TANGAN BARU. Mungkinkah? ( Batuk-batuk. Biebieeeee ... I batuk-batuk ni. You paham sendiri sudah. Kahkahkah. )

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Laki aku dah selamat membuta tapi bini masih berjaga sebab layan Transformers.
  • Esok kalau rajin mungkin berjogging. Dah seminggu tak pergi jogging. Lepas jogging, boleh breakfast kat Teeyana tepi Corniche.

April 27, 2011

Berhijab : Kenapa Harus Malu & Takut Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan?


Assalamualaikum.

Lately ni, aku tengok, ada di kalangan kawan-kawan dah mula berhijab. HAPPY KEMAIN AKU! Hehehe. Yelah. Siapa tak suka kan? Orang berubah nak buat benda baik, mestilah suka. Kan? Tambah lagi, ada jugak yang BERTANYA DAN MINTA PENDAPAT dari aku juga tanya pengalaman, macam mana aku boleh berubah dulu.

Aku berubah bukan sekelip mata. Amik masa gak. Tapi boleh kata, aku BERUBAH LEPAS AKU DAH KAHWIN. Hehehe. Aku pun taktau cemana aku boleh berubah cuma bila dah kahwin tu, ada satu malam tu, aku macam terpikir sendiri : " Dah kahwin, dosa pun suami dah tanggung. Takkan nak tambahkan dosa lagi dengan tak pakai tudung semua kan? ". Betul tak?

Tapi ada yang kata, mungkin aku dah dapat seru lah, hidayah lah, Allah dah bagi petunjuk lah, itulah, inilah. Itu semua memanglah kan. Tapi semua tu kalau kau tak cari, TAKKAN DATANG SENDIRI punyalah dekat kau. Memang kau kena cari. Kau tak boleh nak tunggu semua tu datang cari kau tapi KAU KENA CARI. ( Apa ayat aku ni? Pusing-pusing. Aku baca pun pening! Hahaha. )

Aku tengok, ada yang nak berubah nak pakai hijab tu, kekadang ada yang malu. Bukan setakat malu je, ada yang takut. Malu sebab nanti mungkin KAWAN-KAWAN EJEK ke apa ke, pastu takut nanti berubah tak lama. Berubah hangat-hangat tahi ayam. Kang dah elok pakai tudung, lepas setahun, bukak balik. Takpun, dah ada anak, bukak tudung sebab konon nak jadi EMAK YANG GOJES SEKSI di kalangan kawan-kawan. =_=

Kalau kau dalam keadaan macam ni, kau tanya hati kau balik : " Kau takut dan malu dekat kawan-kawan kau atau kau nak takut dan malu dengan Pencipta kau? Mana satu kau nak? Mana satu yang lebih baik? ". Kan? Kau pilih.

Pada aku, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan atau kepada sesuatu yang lebih baik, kita kena BUANG RASA MALU DAN TAKUT kita jauh-jauh. Kita kena sentiasa positif. Pikir benda yang baik. Pikir yang dunia ni sementara je. Hidup kat akhirat tu yang kekal. 

Dulu, masa aku berubah pun, ada je kawan-kawan cakap : " Ala kau ni. Muda lagi. Rilek lah. ". Ada jugak cakap : " Sayangnyaaaaa kau ni. Patutnya kau enjoy lah dulu. ". Ok. KAU JE LAH ENJOY! Aku dah puas enjoy zaman muda-mudi aku. Dah tiba masa aku kena CARI JALAN LURUS aku balik. Ni dah bengkok bebenor dah jalan aku. Hahaha.

Tapi biasanya, kalau nak berubah ni, memang kau TAKKAN DAPAT JALAN YANG SENANG. Hati kau kena kuat. Telinga kau kena macam telinga kuali, takpun telinga kau kena macam badak sebab orang akan sentiasa je BAHANKAN KAU atau akan cuba buat kau rasa macam TAK JADI NAK BERUBAH

Kau kena ada semua tu. Senang cerita, kau kena SIAPKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL. Sebab kalau kau sendiri tak kuat nak hadapi macam tu, itu yang ada kes pakai hijab kejap bukak, kejap pakai, pastu bukak balik, pastu pakai, lepas tu bukak ... sepanjang masa lah macam tu. Memang kesian. T____T

Lagi satu, korang perasan tak, contohnya lah kan ... let say orang yang betul-betul nak berubah tu, orang tu memang hidup dia banyak dosa. Minum arak, tak tutup aurat, tak solat, pergi club. Tetiba bila dia berubah, mesti orang akan cakap : " Kau kenapa? Dah nak mati ke tetiba jadi alim ni? Jadi ustaz/ustazah? Kau sihat tak ni? ". Realitikan? =_=

Hah! Kenapa orang Melayu Islam suka pikir macam tu? Kenapa tak kita bagi motivasi, bagi support kat dorang yang nak berubah ke arah kebaikan ni? Kenapa? 0_o

Semuanya sebab ...

Sesetengah orang Melayu memang berperangai macam tu. Memang PEMIKIRAN, MENTALITI semua macam tu. Benda tu yang kena ubah sebab kalau kau support orang nak buat benda baik, DAPAT PAHALA tau. Silap-silap, kau yang tak berubah lagi pun boleh berubah jugak. Kan dah dapat ke Syurga sebab sesama mencari keredhaanNya. Ye dok?

Benda baik macam nilah kita kena bagi support sepenuhnya. Kau jangan asyik nak bahan atau nak keji orang je bila orang tu nak berubah ke arah kebaikan. Tahu?

Pada yang MASIH DALAM PROSES dan ke arah nak berubah untuk kebaikan ni, terus mencari dan mencari apa yang hilang. Kalau tak mendapat sokongan, solat. Mintak petunjuk dan kekuatan dariNya. Sebab hanya DIA yang bisa menolong kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pada yang masih JAUH PERJALANAN untuk berubah ke arah kebaikan, semoga Allah SWT memberikan hidayah dan menggerakkan hati kalian untuk berubah demi mencari keredhaanNya juga untuk kehidupan hakiki dan abadi. Hanya Dia Maha Mengetahui segalanya.

Semoga kita semua terus dipelihara dan dirahmati supaya ditetapkan iman kita dan terus beribadah kepadaNya hingga ke Syurga. Amin Ya Rabb.

Apapun, aku hepi tengok ramai artis lelaki dah berubah. Paling seronok mestilah tengok Ashraf Muslim tu ha. Memang Alhamdulillah. Semoga dengan penghijrahan sesetengah artis ni buat artis lain pun ikut sama. InshaAllah. Doakan lah yang terbaik untuk mereka semua.

Sekian. Masalamah.

Utusan Malaysia Haram?


Assalamualaikum.

Secara amnya, umat Islam tahu yang minum arak itu hukumnya haram. Memegang atau apa saja berkaitan babi dengan anjing pun, hukumnya haram. Juga kalau kita bersekedudukan dengan adik beradik atau mak ayah sendiri. HAROMMMMMM! Apatah lagi berzina atau bunuh diri. Harommmm juga. Tapiiiiiiiiiiiiii ...





Eyh, baca Utusan Malaysia pun dikira HARAM jugak ke? Pelik pulak aku rasa. Kenapalah suka sangat main buat statement macam tu? =_=

Aku ni nak kata pembaca setia Utusan, idok ler sebab aku baca ArabNews je. Hehehe. Tapi kalau nak kata aku tak pernah beli dan baca Utusan tu, memang TIPULAH kan.

Sebabnya, aku kalau balik rumah Mak Abah aku kat Pasir Gudang, dorang beli je Utusan Malaysia ni. Bukan setakat Utusan Malaysia, Berita Harian pun beli, MyMetro pun beli. Melainkan kalau balik kampung mertuaku. Bapa mertuaku memang PEMBACA SETIA sotkabo Harakah! Jadinya, memang balik kampung, aku layan Harakah. 

Harakah pun Harakah lah nakkkk, janji aku ada sotkabo nak baca kat rumah sebab aku memang dah terbiasa. SETIAP HARI MESTI NAK KENA BACA SOTKABOR. Selain aku nak tengok pasal negara, aku nak kena tahu jugak dunia luar. Ye dok?

Tapi ni, kalau dah sotkabo Utusan diharamkan, memang DAH TAK BOLEH BACA lah ek? Macam tu? Kalau baca? Nanti Tuhan marah eh? Nanti masuk neraka eh? Gitu? 0_o

Politik Malaysia ni tak sudah aku tengok. Tak habis dengan kes VIDEO-LUCAH-ENTAH-SIAPA, tetiba pulak ni kes nak haramkan orang ramai dari baca sotkabor pulak. Dah kenapa? 

Memanglah kan. Aku perasan kekadang, sotkabor Utusan ni memang buyer kerajaan. Sepanjang masa dok nak up je pasal kerajaan. Sama macam RTM lah. Berita paling bosan. Serius bosan! Semuanya sebab orang kata, RTM pun buyer kerajaan jugak. ( Whatever! )

Tapi pada aku, kot iye pun kalau Utusan memang kebanyakan keluarkan cerita dan fakta yang salah, TAK PAYAH KAU NAK BELI ATAU BACA. Biarkan je. Senang. Tapi kenapa sampai nak haramkan pulokkk? Perlu ke sampai nak macam tu? 0_O

Pada aku sebagai rakyat Malaysia( ehemmm, batuk-batuk jap), SOTKABOR tu, IT IS JUST A PAPER YANG PENUH DENGAN DAKWAT BUSUK KALER ITAM DAN BERBAU KURANG ENAK

Tak perlulah sampai nak bertindak sampai macam tu. Like I said, kalau TAK SUKA, TAK PAYAH BELI, TAK PAYAH BACA. Thats it! Kalau kau memang hari-hari pergi beli sotkabor and benci nak nengok, benci nak pandang atau takut terjeling ke kat Utusan Malaysia tu, dahhhhhhhh! Kau tak payah pergi kedai beli sotkabor lagi! Kau suruh orang lain belikan untuk kau. Boleh kan? Tak susah kan? 0_o

Aaaahhhh! Pada aku, ni semua POLITIK PUNYA HAL. Sebab memasing nak memerintah, gila kuasa, rakyat yang jadi huru-hara. Bodoh! 

Berdamailah wahai kerajaan dan pembangkang oiiiii! Janganlah sampai satu hari nanti, rakyat meluat dan menyampah sampailah boleh TERJADINYA PERGOLAKAN REVOLUSI macam kat negara Timur Tengah ni. Masa tu kalau korang baru nak menyesal, memang dah terlambat!

Sekian. Masalamah.

Perlu Ke Nak Letak Muka Sendiri Besar-Besar Dalam Setiap Entry?


Assalamualaikum.

Aku perasan sekarang ni, ramai blogger tak kiralah lelaki ke perempuan ke, suka bebenor lah TEPEK MUKA MEMASING GABAK-GABAK DEKAT SETIAP ENTRY yang dorang post. 

Hobi kau ke? Ke habit? Kalau tak letak, tak boleh eh? Kenapa? Ohhhh ... kalau tak letak, nanti boleh kena demam panas eh? Ke kalau tak letak, nanti kau tak tak boleh tidur malam? Macam tu? =_=

Ada yang aku tengok tu, letak gambar diri sendiri, lepas tu, entry tu sebenarnya TAKDE KAITAN pun dengan gambar diri dia sendiri. Takpun, ada yang aku tengok tu, gambar tu memang dah lah tak berkaitan kan tapi dia nak jugak tuuuuu ... RELATED KAN gambar muka diri sendiri besar-besar dengan entry yang dia post. Dah kenapa kau ni? Cacat ke? 0_o

Tak kisahlahkan kau cantik ke, tak cantik ke, ensem ke, hidung senget ke, muka berjerawat ke tapi janganlah cuba-cuba NAK MENGUNDANG RASA MELUAT perasaan orang dekat kau. Boleh?

Lepas tu nanti, bila orang kondem cakap macam ni kat kau : " Muka dah berjerawat, kulit hitam macam kuali. " ... kau mulalah sentap kemain. Walaupun muka kau tak berjerawat dan kulit hitam sebenarnya. Tapi cara kau tu ha. Memang saja lah kan buat orang nak bagi kau sentap! Tahu?

Ada yang cakap, orang macam tu saje NAK CARI POPULARITI, NAK CEPAT TAMBAH FOLLOWERS. Tak pun nak menunjukkan yang dorang tu comel lah, ensem lah, hidung mancung, mata besor lah. Lepas tu saje je, nak orang puji kau macam ni : " Eh, comelnyewwwww awakkkk! " , " Eeee ... geram lah tengok awak niewww! Comel semacam!. " =_=

Kau suka kan sebenarnya orang puji kau melangit? Lepas tu saja je nak reply cakap : " Eh, kitew manew adew comelll. Awak lagi comelll! " . ( Nak baldi puhlisssssssss! )

Aku lempang nak tak? 0_O

Finelahkan.

Kalau nanti orang cakap aku nak jeles ke apa ke. Memang tak lah kan. Tak kuasa aku nak jeles! Aku annoying adalah. Dah lah blogger tu TAKDE BUTANG NAK UNFOLLOW. Ke ada sesapa tau macam mana nak unfollow blog seseorang? Serius, mata aku dah tak tahan ni dok tengok asyik muka dia segabak je dekat Dashboard aku. 

GILA MENYESAL MAIN FOLLOW je sebab dulu aku rasa macam ok. Bila lelama, aku tengok ... kau ni dah setiap masa nak tepek muka besar-besar, nak teruskan baca pun memang aku tak lalu! T____T

Blogger lain ada je letak muka besar-besar, tepek muka memasing tapi ENTRY BERKAITAN je. Related jugakkan dia letak gambar posing muka camtu tapi kau ni ... alahaiiii ... sedih betul aku tengok. 

Cuba kau tengok blogger lain. Yang memang femes, yang followers pun dah riban, page Facebook dah riban gak. Ada ke setiap entry dorang, dorang nak letak muka gabak masing-masing dekat setiap entry yang dorang post. Ada? Ada tak? Takdekan?

Udah-udah ler tu. Toksah ler camtu. Kau nak post entry berapa banyak sekali pun, takyah ler nak tepek muka kau besar-besar. Buat dosa je sebab bole MENGUNDANG RASA SHAHWAT BUKAN MUHRIM. Lagi-lagi kalau yang berhijab tu. 

Janganlah disebabkan kau sendiri dah tepek muka kau besar-besar, lepas tu gambar kau tu dah memanglah kan akan berlambak dekat internet, bila orang guna, mulalah kau cakap : " Jangan guna gambar saye. Awak takde hak. " .

Kena ingat dik, dunia internet ni, DUNIA TANPA SEMPADAN. Sekali kau dah post gambar kau, memang gambar kau tu dah boleh orang dapat dari internet. Jadinya, janganlah kau nak cakap, orang amik gambar kau tanpa kebenaran sebab kau sendiri dah memberi kebenaran dekat orang ramai nak guna gambar kau.

Sekian. Masalamah.

Carilah Rezeki Dari Sumber Yang Halal


Assalamualaikum.

Petang tadi, lepas aktiviti menggoreng cucur aku terbantut dek kerana kehabisan bekalan gas dapur, disebabkan masa tu pun dah pukul 6 petang, seperti biasa, sebelum MAGHRIB MENJELANG, aku akan lepas semua langsir kat tingkap rumah ni dan tutup tingkap juga sliding door rumah.

Tapiiii ...

Baru je aku nak lepaskan langsir kat bilik ... aku nampak sesuatu yang buat aku rasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Tuhan berikan pada aku. Juga bersyukur dengan segala benda yang aku ada sekarang ni. Serius. T_____T





Lelaki ni gigih gila KOREK SAMPAH. Memula, apa yang aku nampak, dia cuma korek pakai besi yang dia siap-siap dah bawak dan gantung kat basikal. Jap lagi, agaknya mungkin barang yang dia cari tu, tak jumpa, dia siap bangun dari bergerak dari basikal dia dan bercari bersungguh-sungguh dengan korek sampah tu selagi boleh.

Kau tengok gambar ni, kau rasa tak apa yang aku rasa? =_=

Ini bukan pertama kali aku nampak lelaki yang korek-korek sampah macam ni. Sebelum ni, kat rumah lama pun DAH PERNAH NAMPAK SITUASI YANG SAMA cuma bezanya, masa tu, yang korek cari barang dalam tong sampah tu adalah seorang wanita yang bersamanya ada budak kecik dalam stroller. T____T

Aku kalau tengok orang macam ni, memang kesian siottt! Boleh jadi insaf aku dibuatnya. Boleh buat aku mendapat tetiba akan ada KESEDARAN tentang erti bersyukur itu sendiri. 

Tapiii ...

Aku KAGUM sebenarnya dengan orang macam ni. Susah macam mana pun, tetap juga berusaha buat kerja macam ni. Cari segala barang dalam tong sampah yang boleh di jual balik. Tak kisah pun dengan tong sampah tu busuk ke, apa ke. Itu belum kira lagi kalau ada tong sampah yang dah berulat-ulat yang orang ni terpaksa korek dan pegang untuk cari barang yang boleh dijual demi nak menyara diri sendiri atau keluarga. 

Cubalah kan. Kalau kau? Aku ke? Agak-agak, sanggup tak?

Memanglah kau akan cakap : " Isk, gelilah. Dah lah busuk. Itulah. Inilah. " . Itu sebab kau dah ada kehidupan yang lebih baik. Cuba kau kat tempat orang macam ni? Aku rasa, mau kau terjun terus dalam setiap tong sampah besar ni cari barang yang kau boleh jual! Kehkehkeh.

Pada aku lah, banyak-banyak jenis perkerjaan yang paling aku serius respek tinggi tahap menggunung ialah orang yang kerja macam ni. Memanglah HASIL DUIT TU TAK TETAP kan setiap bulan tapi bukan semua orang boleh buat kerja macam ni. Malu ke apa ke, memang kena letak belakang lah. Janji duit yang kau dapat tu nanti, dari usaha kau. DARI SUMBER YANG HALAL.

Sama jugak dengan orang yang KERJA KUTIP SAMPAH naik lori sampah tu. Setengah orang, selalu PANDANG HINA dengan orang yang kerja macam ni. Cakap kerja tu, kotor lah, busuk lah. 

Kekadang tu, siap ada, kalau orang macam ni lalu dekat dengan dorang ke, MESTI BUAT MUKA BUSUK. Pastu cepat-cepat tutup hidung. Betul tak? ( Aku pun sama. Hahaha. Keji gila ok perangai macam tu. Sila jangan buat lagi! =_= )

Korang pernah terpikir tak, memanglah kan kerja-kerja macam ni, setiap masa akan dikelilingi dengan bau busuk, kotor dan segala macam bau lah kan. Tapi kerja ni sebenarnya JAUH LEBIH BAIK dari orang yang kerja jadi pelacur lah, jadi pembunuh upahan lah, pengedar dadah lah, bapak ayam lah dan segala PEKERJAAN YANG MEMANG SANGAT DIKUTUK DALAM AGAMA. Betul tak?

Macam pelacur kan. Tak kira lah gigolo ke, anak ayam ke, anak ikan dan segalanya anak yang adalah. Macam mana dorang boleh cakap, TAKDE PILIHAN LAIN UNTUK BEKERJA? Bidang tu jelah yang ada. Kenapa? Padahal ikutkan, boleh je cari rezeki dari sumber yang  halal dan lebih baik dari tu. Kan?

Sebab nak kaya cepat? Macam tu? Habis tu, kau kata nak kaya cepat kan. Memanglah kau kaya. Lepas tu, kau dah kaya, kau kena HIV. Dah kena HIV, lepas tu, kau terus mampus tanpa kau sempat joli sakan duit yang memang haram tu. =_=

Pada aku lah, kenapa lah orang macam tu macam tak terpikir, dari aku dapat HIV sebab dok beromen-romen dengan orang yang entah mana asal usul, baik aku kerja bawak lori sampah ke, sapu sampah ke, cuci toilet ke. Kan? 

Lagilah senang hati sebab sumber rezeki kau tu halal. Hidup pun tenang je. Tuhan pun berkati je perjalanan hidup kau sebab kau cari rezeki dari sumber yang halal. Ye dok?

Lagi satu, orang kerja pelacur ni atau seangkatan, kalau tak bagi jawapan sebab takde pilihan, jawapan lain, mesti dorang cakap macam ni : " Ini je kerja yang saya pandai buat. Kerja lain tak pandai. Sebab dulu saya belajar tak tinggi. " Jawapan yang sangat cliche. =_=

Fine. Suka hati kau lah! 

Pada aku, Tuhan beri kita AKAL UNTUK KITA BERPIKIR mana yang baik, mana yang buruk. Juga Tuhan bagi kita PEGANGAN AGAMA untuk kita membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Selebihnya, terletak pada kita. Pada diri sendiri.

Semoga orang-orang yang bersumberkan rezeki haram ni, menemui jalan pulang dan juga semoga orang yang susah dan kerja dengan korek sampah atau bawak lori sampah atau segala kerja berkaitan dengan sampah dan seangkatan dengannya, terus tabah mengharungi dugaan hidup mencari rezeki halal.

Hah! Yang kerja dah elok tu, kau jangan nak demand pulak cakap gaji sikitlah apa lah itu lah. Kang Tuhan tarik balik nikmat baru tahu!

Yang kaya raya dan hidup senang pulak, hulurkanlah bantuan. Bantu golongan yang susah macam ni. Kalau kedek sekalipun, bagilah sikit. Tak luak mana pun. Makin lagi menambah rezeki, adalah. Ok?

Sekian. Masalamah.

Malaysia Dekat Di Hati : Cucur Bawang Udang


Assalamualaikum.

Aku ni kalau setiap kali online, kerja wajib aku selain Facebook, Twitter dengan Blogging, aku mesti nak pergi TENGOK BLOG MASAK-MASAK. Takpun, aku suka tengok WEBSITE RESIPI segala masakan yang ada. Semua resipi aku korek. Semua resipi aku tengok. 

Biasalah. Aku kalau tengok makanan, memang aku teruja. Macam jakun tak pernah jumpa makanan. Entah pape aku ni. Huhuhu. =_=

Aku tak ingat sebenarnya aku singgah blog mana yang ada post pasal cucur udang. Tengok gambar cucur udang kat post tu, mulalah aku kan. Over kemain! Terus dan dan tu jugak kalau boleh nak pergi buat. =_=

Tapi cucur udang kan kena ada udang, kena ada daun kuchai bagai. Kat sini kalau udang tu memanglah berlambak tapi daun kuchai manalah ada kan. Celah mana pulak lah aku nak cari kan?

Last-last ...

Disebabkan daun kuchai takde. Aku belasah buat resipi cucur aku sendiri. Itu yang aku letak nama CUCUR BAWANG UDANG! Hahaha. Aku memang suka buat resipi aku sendiri. Sebab kau paham je lah. Nak cari bahan nak buat makanan Malaysia ni, bukan semua bahan ada jual kat sini. Nak taknak, kekadang, terpaksa mengamalkan konsep CUBA DAN TAK JADI! T____T

Semalam laki beli udang. Jadinya, harini baru ada kesempatan nak buat Cucur Bawang Udang ni. Sebenarnya, DAH SEMINGGU kot aku dok cakap-cakap dengan laki aku pasal cucur udang ni. Tapi tak buat-buat jugak. Tak dapat-dapat jugak makan cucur udang ni.

Kalaulah kat sini ada gerai tepi jalan jual kuih muih ke, kan best ... =_=

Hmmm. Pe'el aku macam ni lah. SELAGI TAK DAPAT sesuatu yang aku nak sangat ... selagi tu lah laki aku kena dok NADAH TELINGA mendengar aku mintak benda yang sama banyak kali. Tak kisah lah benda yang aku nak tu sama ada makanan ke, barang ke, ajak pergi memana ke. Selagi tak dapat, selagi tu aku dok tanya hari-hari. Hehehe. ( Penat agaknya laki aku nak layan. Eyh Bie? 0_o )

Cucur bawang udang yang aku buat ni, sebenarnya, lebih kepada cucur bawang biasa tu lah. Nak buat CUCUR UDANG WARNA KUNING, pastu ADA UDANG SEKOR KAT ATAS tu, memang tak dapat lah kan sebab kalau nak buat cucur camtu, kena letak daun kuchai. Kalau tak letak, tak umphhh sangatttt!

Cucur ni pun, aku MAIN CAMPAK-CAMPAK je bahan yang ada dari esbok rumah aku. Aku campak bawang, cili merah, cili padi, pastu letak udang yang aku dah kerat kecik-kecik. Disebabkan aku ni memang suka kelainan, aku pi bubuh daun bawang sekali. 

Ahhhhhhh .. belasah! Dari daun bawang tu tak pakai dan dibiarkan berhari sampai daun yang hijau pun dah nak bertukar ke kuning, baik aku campak je masuk dalam cucur aku ni. Anggaplah sebagai penambah perisa. Hehehe.




Hasil resipi campak-campak. Nasib sodappppp!

Dok tengah sedap menggoreng cucur ni, bila masuk trip kedua nak goreng, tetiba aku tengok MINYAK MACAM DAH TAK BERBUIH-BUIH. Aku ingatkan api aku TAK CUKUP BESAR ke apa kan. Sekali, bila aku tunduk check kat tungku api tu ...

Boleh pulak GAS HABISSSS! Memang mangkok lah kan. Memang saja lah kan nak buat aku maki sorang-sorang kat dapur. Memang potong mood aku betul! Langsung dah tak eksaited sangat dah aku nak goreng cucur aku. =_=

Gas dapur aku ni MEMANG SUKA ANIAYA AKU. Memang suka dengki aku. Gas ni suka bebenor habis time aku memang tengah syok goreng sesuatu yang aku nak sangat. Dulu, macam ni gak aku kena. Eeeee ... tekanan betul!

TRIP PERTAMA goreng cucur tadi pun adalah aku dapat goreng dalam 10 BIJIK. Dalam 10 bijik tu, sementara nak tunggu laki balik, 4 biji dah selamat dah berenang-berenang dalam perut buncit aku ni ha. Yang separuh tadi? 




Aku boleh TINGGALKAN JE DALAM MINYAK YANG DAH SEJUK. Sebabnya, masa gas habis tu, aku call laki aku. Bagitahu lah kan gas dah habis dan nak suruh dia pergi beli. Lepas tu, aku tanya dia :

Aku : " Bie, cucur tu takpe ke dalam kuali? "
Laki : " Takpeeee. Biar je lah. "

Ok. Dah dia cakap macam tu kan. Aku pun biarkan je lah sampai lah dia balik dan tengok cucur tu dok berendam dalam minyak sejuk ...

Laki  : " Ni dah kenapa biarkan dalam kuali? Angkatlah yanggggggggg! Mana boleh tinggal camni. "
Aku : " Alaaa ... kecoh lah dia ni. Tadi orang tanya, dia cakap takpe. Pastu cakap tak boleh. Isk. "

Sambil membebel, sambil angkat cucur yang dah sejuk dalam minyak yang dah sejuk. Terasa diri bangang sekejap. Terasa otak aku ni macam bodoh tahap langit ke tujuh. Kahkahkah.

Sudahnya, lepas Maghrib, barulah laki aku keluar pergi beli gas baru. Nasib baiklah kedai jual gas tu tak jauh dari rumah. 

Hmmm. Kat sini takde delivery tong gas macam kat Malaysia. Tong gas kau kena PERGI BELI SENDIRI kat kedai. Bukan kedai lah. Macam warehouse. Besar. Pastu, berlambak jenis tong gas ada kat situ. Harga gas kat sini lebih kurang Malaysia je. Aku rasa lagi murah kot dari Malaysia? Hehehe. ( Ahhh, barang kat Malaysia, semua dah mahal. Semua nak naik harga. Benci betul! Nama je guna slogan Rakyat DiDahulukan. =_= )

Alhamdulillah laki aku suka Cucur Bawang Udang ni. Siap request aku tambah lagi buat bancuhan yang kedua. Hehehe.

Lepas ni, entah apa pulak makanan Malaysia yang aku nak. Melampau aku ni. Ini belum pregnant lagi. Kalau dah pregnant nanti? 0_o . Huhehuhehuhe. 

Sekian. Masalamah!

April 26, 2011

Jahiliyah Moden - Adakah Kita Salah Seorang Darinya?


Assalamualaikum.

Harini MENDAPAT KESEDARAN DIRI dan TERASA DIRI SENDIRI SANGAT NAIF dan PENUH KEKUFURAN sebab TERLALU LEKA dengan PERIHAL DUNIAWI TANPA SEDAR. Sedihnya. =_=

Terasa diri SANGAT KERDIL dan BERDOSA YANG AMAT pada Pencipta Yang Agung. Juga kepada suami tercinta. Semoga kita semua terus MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK dariNya dan sentiasa sedar tentang KESILAPAN DAN KEKHILAFAN DIRI yang kadangkala kita lakukan setiap hari di luar kesedaran diri kita sendiri. T____T

Tengoklah video ni dan renungkan kembali :





Nampak tak? Dah sedar apa yang telah kamu lakukan wahai kawan-kawan wanita sekalian? Marilah kita semua BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK. Mohonlah keampuan di atas segala kesilapan pada Dia. 

Memang TIADA MANUSIA SEMPURNA di dalam dunia fana ini selain para Nabi dan Rasul tapi kita kena ingat, sebagai umat Islam, kita kena sedar bahawa kehidupan kita di dunia ni hanya sementara je dan kita tidak pernah tahu dan tidak akan dimaklumkan bila ajal kita. Kerna mengingati pada mati itu adalah wajib dan kematian itu ADALAH PASTI.

Mahu kah kita menghadapNya dengan diri penuh khilaf TANPA DAPAT MEMOHON KEAMPUNAN? TANPA BERTAUBATTANPA DAPAT MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN? Mahukah kita? 

Jadi dengan itu, jika ada pihak menegur tentang setiap kelakuan kamu wahai kaum wanita Muslimah, haruslah kita ambil kira, AMBIL SERIUS DENGAN SETIAP TEGURAN. Jangan nak sentap sangat sebab setiap teguran itu, ada baiknya. Kan? Betul tak?

Ya, aku tahu, kadangkala ada yang membangkitkan, kenapa perlu TEGUR DENGAN CARA KASAR, dengan CARA MENGAIBKAN? Kenapa? Bukankah mengaibkan orang juga adalah satu kesalahan? Ya memang betul. Sebab tu, kita kena ada give and take. 

Let say, ada orang tegur kita dengan cara kasar, main sound tepek je, kau bawak mengucap je lah. Jangan nak pertikaikan sebab kena ingat, sekurang-kurangnya, dia MENYEDARKAN KITA SUPAYA KEMBALI KEPADA JALAN YANG LURUS, kepada perkara yang baik. 

Lepas tu, kau sound lah dia balik. Eh, bukan sound tapi kau cakap kat dia. Kalau nak tegur orang, suruh dia cakap elok-elok, jangan cakap kasar sangat. Bolehkan? Janganlah kau pun ikut cara dia. Dah dia aibkan kau, kau aibkan dia. Like BALAS DENDAM lah. Tak buleh, tak buleh. ( Geleng kepala. ) T___T

Kata akhir dari aku, aku mengaku, aku dah TERGOLONG DALAM JAHILIYAH MODEN ni sebab aku suka upload gambar muka besar-besar. Tak mahu upload dah lepas ni. Serius tak mahu. =_=

Buat semua wanita muslimah, AMBIL SERIUS PERKARA MACAM NI. Anda masih belum terlambat untuk memperbetulkan segala kesilapan. Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pengampun. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT, SEMENTARA MASA MASIH ADA.

Sekian. Masalamah.

Dari Jeddah :
  • Kawan-kawan yang pernah upload gambar aku zaman aku tak bertudung dulu, aku mintak jasa baik korang untuk remove gambar tu. Mintak tolong sesangat. Hukum tetap hukum. Harap korang faham. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan. Juga terima kasih pada Shiela sebab kongsi video di atas.

Kahwin Semasa Belajar : Baik Atau Buruk

Assalamualaikum.

Dulu, masa aku MINTAK NAK KAHWIN dekat Mak aku, lagi-lagi masa tu aku memang masih lagi BERSTATUS SEORANG PELAJAR UiTM Shah Alam, Mak aku TOLEH BANYAK KALI tengok kat aku. Hehehe. Mungkin agaknya Mak ingat, anak dia ni cuma main-main dan sekadar bergurau. =_=

Bila aku buat muka serius, baru Mak amik serius. ( Kau ingat senang ke nak mintak kahwin kalau kau tengah belajar? Kena bagi alasan yang kukuh tahu? =_= )

Sebenarnya, aku sendiri pun tak pernah terpikir yang aku akan kahwin dalam usia 23 tahun dan masih belajar. Tapi, orang kata, JODOH DAH SAMPAI kan? Terima je lah. Lagipun, masa tu aku pikir sebab LAKI AKU DAH KERJA dan DAH ADA KEWANGAN YANG STABIL, takde apalah yang nak dirisaukan sangat. Kan? Dah rasa hidup terjamin kat situ.

Dulu, aku kahwin, masa tu aku nak masuk TAHUN AKHIR pengajian ijazah aku. Sepanjang dua semester akhir dengan bergelar pelajar dan seorang isteri pada yang masa, aku rasa, segala perjalanan dipermudahkan olehNya walaupun ada ranjau sikit-sikit. Itu memang tak boleh nak elak lah kan. ( Kena ingat, pasangan baru kahwin ni biasanya akan diuji oleh DIA. )

Yang penting masa tu, tau-tau je lepas dah habis final exam untuk final semester tu, aku bukan setakat dah dapat Degree in Construction Management tapi dalam masa yang sama aku dah ada jugak IJAZAH SEBAGAI SEORANG ISTERI. ( Aku memang the only one student yang kahwin dalam kelas dan juga dalam batch CM2009. Hehehe. )

Bangga? Mestilah aku bangga sebab tak semua orang ada SIJIL HALAL YANG DIIKTIRAF oleh JABATAN AGAMA ISLAM! Hahahaha. Sigh.

Kalau kawan-kawan kelas aku yang lain, lepas je dah abis final exam tu, memasing dah sibuk sana-sini cari kerja, pergi interview dan mestilah jugak ada yang siap cakap : " Dah kerja nanti, nak kumpul duit, nak kahwin! " . Hehehe.

Aku dah boleh rilek-rilek dekat rumah. Tak pikir pasal kahwin dah. Pasal kerja pun takyah pikir sebab laki aku bagi aku duduk rumah. Weeeeeeeeeeeeeeeeee~

Kalau kawan-kawan aku yang masih solo tu, SIAP TARGET KAT TEMPAT KERJA nanti, nak usha-usha lelaki yang boleh dibuat suami. Lagipun, kan orang selalu cakap, nak cari jodoh, lagi elok masa kita dah kerja sebab kita dah tahu lelaki tu mesti dah ada kewangan yang stabil dan lebih bertanggungjawab. Kan? Itu untuk yang perempuan lah.

Yang lelaki? Mungkin nak cari kat tempat kerja jugak sebab perempuan kalau dah bekerjaya ni kan, sifatnya matang dan lebih bertanggungjawab. ( Apa? Kau ingat kaum lelaki ni suka sangat ke dengan perempuan yang asyik dok berperangai kalah budak tadika? Penat tahu nak layan! =_= )

Boleh kata, majoriti pasangan yang bercinta, memang tak berani nak ambil risiko kahwin masa masih berstatus pelajar. Sebab dalam kepala, TAKUT TAK TERKEJAR MASA & DIRI SENDIRI TAK TERURUS. 

Yelah, mana nak layan isteri atau suami, mana nak buat assignment, mana nak pergi kelas, tambah-tambah lagi, kalau masa tu isteri mengandung dan dapat anak. Nak layan karenah anak lagi. Dalam kepala otak mesti dah terpikir : " Serabutnyaaaaaaaaaa hiduppppp!!! " . =_=

Pada aku lah kan, kahwin semasa tengah belajar lagi ni, untuk yang perempuan, memang ok. Tapi kalau boleh, yang perempuan tu, biarlah suami dia tu BUKAN SEORANG PELAJAR jugak sebab orang lelaki, kena ingat, lepas kahwin, tanggungjawab yang kena pikul tu, lagiiiiiiiii besar!!! 

Lagi-lagi SOAL NAFKAH. Yang lelaki, kalau kau kahwin, kau tengah belajar dan tak bekerja, macam mana kau nak tanggung anak bini? Itu belum kira lagi kau kena bagi duit belanja dekat mak ayah kat kampung. Takkan kau nak tanggung semua tu PAKAI DUIT PTPTN kot? Tak pun pakai biasiswa? Macam tu? 0_o

Pihak lelaki, kalau nak kahwin pun, mungkin boleh. Itupun kalau kau ADA KERJA SAMPINGAN ataupun kau ada AMIK JOB LUAR ataupun ADA BISNES SENDIRI dan rasa kewangan kau tu cukup untuk tanggung hidup anak bini. Kena ingat, KEHIDUPAN LEPAS KAHWIN adalah yang PALING MENCABAR.

Sebab sebagai suami, kau kena sediakan tempat tinggal, makan pakai, dan segala kemudahan yang lain. Kalau kau anak orang kaya, takpelah kot sebab mungkin mak ayah kau nak tanggung hidup kau lepas kau dah kahwin. ( Aku pernah jumpa dah orang macam ni. Si lelaki anak orang kaya. Lepas kahwin, setiap bulan mak ayah bagi duit belanja untuk tanggung anak bini sampai lah lelaki tu habis belajar. )

Setakat ni, aku memang BELUM PERNAH JUMPA lagi, pasangan yang sama-sama masih belajar dan berkahwin dan dari golongan orang biasa. Mungkin ada. Atau korang dah pernah jumpa? Maybe ada di kalangan kawan korang? Hmmm. 0_o ( Kalau ada, cuba cerita sikit macam mana dorang survive hidup lepas kahwin tu dengan dua-dua masih lagi berstatus seorang pelajar sahaja dan lelaki tu tak kerja. )

Tapi kannnn ...

Benda ni sebenarnya, jodoh jugak. JODOHKAN KERJA TUHAN. Kalau dah memang si polan dengan si polan ni dah ditakdirkan menikah masa dua-dua masih belajar, siapalah kita kan nak menolak ketentuan yang telah ditetapkan olehNya? Ye dok?

Kalau kes macam ni, kena amik sebagai cabaran dan dugaan dalam hiduplah. Takde pilihan lain. Memanglah kita boleh cakap : " Ahhh taknak kahwin masa belajar. Nanti nak kena kerja part time lah, apelah, itulah, inilah. Penattttt! " . T___T

Tapi kalau JODOH KAU MEMANG DAH TERTULIS DEKAT LOH MAHFUZ yang kau disahkan menikah masa kau tengah belajar, memang kena redha je. Kena persiapkan diri dan segi fizikal dan mental. Yang penting, dua-dua kena SALING MEMAHAMI

Jangan dah kahwin nanti, yang si bini, dah tahu laki kau belajar lagi dan bersusah payah kerja part time nak tanggung kau, cukup bulan kau pegi mintak laki kau BELIKAN HANDBEG 'SIARAN' pulak! Memang nak kena lempang lah kan? Huhuhu. =_=

Untuk sang lelaki yang merancang nak melamar pujaan hati yang sama-sama belajar dengan korang, pikirlah dengan sebaiknya. Andai memang dah jodoh korang, banyakkan memohon keredhaanNya dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan olehNya. 

Juga berdoa semoga kalian berdua tabah dan sabar yang amat dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam rumahtangga ketika masih lagi mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Ok?

Kadangkala, kita kena berpikir positif. Lagipun, KAHWIN ni kan dah dikira KITA BERIBADAH kepadaNya. Kan?

Apa yang boleh aku cakap berdasarkan pengalaman aku kahwin masa aku masih belajar lagi, aku rasa SERONOK, BEST, SYOK GILA dan segala perasaan lain! Lagi satu, sebab kita jadi lain dari yang lain. 

Nak tau kenapa aku macam tu? Sebabnya ...

Kalau orang lain yang bercinta tu, yang perempuan lah. Kalau orang tanya : " Tunggu boifren kau amik eh? " , mesti dah senyum kambing. Tapi aku?

Dengan bangganya aku akan jawab : " Bukanlah. Husband amik! " . Perghhhh! Mau terkesima kan muka orang yang bertanya tu. Lagi-lagi kalau yang bertanya tu adalah seorang lelaki yang dalam proses dan niat nak usha awek dan tanpa sedar rupanya, awek yang diusha itu adalah BINI ORANG! Hahahaha. LOL!

Sekian. Masalamah.

April 25, 2011

Warna Tema Baju Raya 2011

Assalamualaikum.

Harini entah kenapa, tetiba tergerak pulak hati aku NAK PILIH WARNA TEMA yang nak dipakai untuk Hari Raya tahun ni. Kalau tahun lepas, meriah dengan WARNA UNGU DENGAN WARNA PINK sebagai warna tema yang utama. Tahun ni agak-agak, nak pakai warna apa ek? 0_O



Kita punya banyak pilihan warna di dunia.

Masa pergi Doha haritu, aku DAH BELI KAIN PASANG untuk buat baju kurung aku sehelai. Tapi baju kurung tu, coraknya warna-warni sebab coraknya, corak bung-bunga. Aku pun dah tak ingat lagi macam mana ghupanya corak kain tu dahhh ... T___T

Memula tadi, ingatkan nak PILIH WARNA PINK tapi terpaksa cancelkan sebab tahun lepas dah buat warna tu. NAK PILIH OREN, tahun sebelumnya pun dah buat cuma masa tu warna gold. Lebih kurang lah kan dengan warna oren? Ye dok?

Kang aku PILIH WARNA BIRU, laki aku tak berkenan pulok sebab dia ni, memang SANGAT TAK GEMAR dengan warna biru. Segala spesies warna biru lah dia memang tak berkenan. =_=

Tapiiiiii ....

Aku kalau nak pilih warna ni, ikutkan WARNA APA PUN BOLEH sebab laki aku jenis kulit putih tapi takdelah putih sangat. Tapi boleh kata putih lah untuk dia sebagai seorang lelaki. 

Dia tu kalau aku matchingkan dengan warna apapun, masuk je. Tapi aku PALING SUKA TENGOK dia pakai baju warna merah atau pink. Hehehe. Sebab buat dia nampak ... ehemmm ... COMEL! ( Sekali sekala puji laki sendiri. Ni kalau dia baca, mahu dia kembang hidung sorang diri. Hahaha. )

Tadi tanya laki, mintak cadangan, jap lagi dia boleh cakap NAK WARNA PUTIH! Kejadah pulak kan nak warna putih? Kalau nak putih, baik dua-dua pakai baju kahwin jek! Hahahaha.

Bila tanya mak pulak, mak aku cakap mungkin dia nak BUAT WARNA KELABU kot. Huhuhu. Sudah, pening dah nak pilih sebab aku ingatkan kalau boleh NAK WARNA YANG TERANG. Barulah sentiasa NAMPAK MUDA-MUDI. Kuikuikui.

Jauhhhhh sangat dah aku ni. Padahal RAYA LAMBAT LAGI. Orang yang kat Malaysia pun, entah-entah takde nak sibuk buat persiapan raya lagi tapi aku yang kat sini pulak yang over kemain. Huhuhu. 

GANTI PUASA PUN BELUM, lagi ada hati nak pilih warna tema baju raya pulokkkkkk? Pergi ganti puasa dulu lah oiiiii! 

Dahlah. Aku nak tidur. Dah sakit pinggang dah ni dok menaip dari tadi. Nanti-nanti kang aku bagitau warna apa yang aku pilih untuk baju raya aku.

Sekian. Masalamah.

Bila Suami Cari Duit Lebih ...

Assalamualaikum.

Sejak dari hujung minggu baru-baru ni sampai lah ke harini, laki aku memang setiap hari tidur lambat. Pukul 2, 3 pagi, baru dia masuk tidur padahal kalau rutin biasa, pukul 10 malam ke pukul 12 tengah malam ke, dia dah selamat LOMPAT ATAS KATIL BERSAMA-SAMAKU. Hehehe.

Tapi biasalah kan ...

Hidup kat negara orang ni, kenalah PANDAI CARI DUIT LEBIH. Tak boleh nak bergantung sangat dengan gaji tetap yang memang dah ada. Bukannya nak kata gaji tak cukup. LEBIH DARI CUKUP dah sebenarnya. Tapi mungkin untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI kot? Entah. Hehehe.

Tapi kalau orang dah OFFER BUAT FREELANCE, takkan nak tolak kan? Bukannya sikit tapi bolehlah duit tu buat BALIK PULANG MALAYSIA untuk Raya nanti. Boleh belanja adik-adik juga mak-mak, abah-abah di kampung. Ye dok?

Lagipun, family mertua aku bukan orang senang. Benda macam ni lah je yang boleh buat laki aku bagi duit belanja lebih untuk adik-adik tersayang kat kampung tu haaaa ...

Setakat ni, laki aku memang ok je buat 'kerja luar' sebab kekadang tu, dia cakap, kerja kat office, kurang mencabar sikit. Bila buat kerja luar ni baru mencabar sebab kena siapkan dalam beberapa hari je dan memang betul-betul kena kerah cari idea untuk design segala benda.

Tapi kan ... cuba korang tengok ni ...




Setahu aku lah kan, yang dok stay up sampai pagi LAKI AKU SORANG JE tapi ni tadi, masa laki aku tidur kejap lepas lunch, ada ORANG LAIN DOK MENYIBUK jugak nak tidur sesama dengan laki aku atas katil like macamlah DIA PUN STAY UP BERHARI JUGAK buat kerja sesama dengan laki aku! Hahaha.

Mok ni memang over kalau korang nak tahu! Lagi-lagi kalau BAB TIDUR. Memang DIALAH JUARA! Aku dah bagi takhta aku yang kuat tidur ni kat Mok.

Dia niiiiii ... kalau dah nampak kami lakibini start tutup lampu nak tidur setiap malam, dia lah ORANG PERTAMA dah landing atas katil dulu dan get ready nak tidur. Nilah kucing bertuah. Dahlah manja mengada. Overrrrrrrr!!!

Tapi pada aku, dia KUCING YANG BIJAK. Nak tahu kenapa?

Rutin harian aku dengan laki aku sebelum tidur, mesti kami nak basuh muka dulu, gosok gigi, buang apa yang patut. Kang Mok pun samalah! Tapi dia takdelah basuh muka ke apa cuma dia pegi toilet dia jugak buang apa yang patut. Dah kambus toilet dia, baru dia panjat katil and landing nak tidur. Hehehe.

Macam pagi tadi, disebabkan aku tidur lambat dekat pukul 3 pagi kot, bangun Subuh untuk solat pun, aku dah terhuyung-hayang. Solat pun memang dah tak khusyuk mana lah sebab solat dengan mata tertutup. Itu belum kira time nak habiskan solat dua rakaat tu dengan MENGUAP-NGUAP! Ngantuknyaaaa ... Ya Allah sampai aku sendiri bangun dekat pukul 10 pagi.

Yang si Mok, dia tengok aku syok tidur, dia pun TIDURRRRRRRR JUGAK kat sebelah aku. Bila aku dah bangun, dia bangun jugak tapiiiiii ... DIA SAMBUNG TIDUR KAT PORT DIA ATAS SEJADAH tu haaaa! =='

Aku pulak, memang harini tak buat air panas langsung untuk laki pagi tadi. Nasib baik dapat SUAMI YANG MEMAHAMI dan PANDAI BERDIKARI. Bukan dia tak kejut aku tapi aku memang tak larat nak bangun. Tahap ngantuk macam dah dua hari tak tidur. Huhuhu. 

Korang yang dah kawin, janganlah buat perangai macam aku ni. Aku memang BUKAN CONTOH ISTERI YANG BAIK ye. Aku mengaku ni dengan korang sekarang. Hehehe.

Ni malam kang, laki aku mesti tidur awal sebab semalam je, satu hari dia tak tidur. Dia dapat cover up tidur dia pun kejap je dari lepas solat Isyak sampai pukul 12 tengah malam. Lepas tu, laki aku tak tidur dah sebab nak siapkan kerja. Stay up sampai ke Subuh sampailah pergi kerja.

Alhamdulillah, kerja luar dia dah siap dan dah hantar pun dekat klien. Cuma ... tadi masa makan tengahari. Aku cakap kat dia : 

Aku : " Bie, tu ke keja you yang I tolong emailkan tu? "
Laki : " Hahh ... yelah. Kenapa? "
Aku : " Kenapa tak cantik pun? Selalu you buat kan cantik. "

Laki aku terdiam ... muka dah lain sebab first time bini sendiri cakap design dia tak cantik. Kekekeke.

Aku : " Takdelah selalunya kan biebie letak keta ferrarilah, orang berjalanlah kat plan tu. Ni kenapa I tengok takde pun kat MasterPlan tu? "
Laki : " Adalah. You kena zoom in baru nampak. Tengok macam tu memang lah tak nampak. "
Aku : " Yeke? Macam tu eh? " . ( Masa ni dah senyum-senyum dah tengok laki aku ... )

Aku : " Takdelah Bie! I memain je. Cantiklah you punya design tu. Saja sekali sekala nak ngutuk design laki sendiri. "

Hahahaha. Terus gelak tak ingat! Barulah laki aku senyum-senyum. Kahkahkah.

Ok. Dah pukul 6 petang. Nak bawak Mok jalan-jalan. Dia sekarang dah pandai demand. Asal petang je, dah mengiau duduk tepi pintu mintak orang bawak dia keluar main kat roof top rumah aku ni. 




Saje tepek gambar si gemok ni sebab aku tahu korang suka tengok dia. Kan? 0_o

Sekian. Masalamah.

Restoran Yang Mempunyai Sijil Halal Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Assalamualaikum.

Bulan lepas isu ADA GELATIN BABI DALAM KOPI dekat Kluang Railway Stesen memang buat semua orang terkesima kejap. Mana taknya, dah sah-sah, kedai tu MEMANG TERKENAL sebab katanya, roti bakar sedap dan jugak kopinya. Tapiii ... tup tup rupanya dalam kopi tu DISAHKAN POSITIF ada gelatin babi. ( Telan air liur jap. Kembang tekak. ) =_=

Tiba-tiba, aku rasa legaaa dan TAK KEMBANG TEKAK sebab setakat aku dah hidup dekat 25 tahun nak masuk 26 tahun ni, aku BELUM PERNAH LAGI minum atau makan kat situ. Korang yang baca ni, ada yang dah pernah makan ke? Hehehe. 

Kalau dah pernah makan dan minum kat situ, hehehe ... sengih-sengih je lah yang aku dapat bagi kat korang. Kembang tekak tak bila dapat tahu kopi kat situ positif ada gelatin babi? Huhuhu. Tapi tak boleh nak buat apa lah kan, DAH TER'MINUM' DAN TER'MAKAN'. Takkan lah korang NAK SAMAK TEKAK korang pulak kan? Naya je pulokkk jadinya nanti. Redha jelah. BUKAN SENGAJA PUN kan? =='

Lepas tu, semalam, kat Twitter, orang dok sibuk RT pasal isu Starbucks pulak. Aku pun RT lah sekali. Dan dan tu jugak aku terus pegi bukak website JAKIM. Nak tengok betul ke tak. 

Bagi yang tak tahu tu, website JAKIM memang bagus. Kat situ, korang boleh CHECK SENDIRI status SIJIL HALAL YANG DIIKTIRAF oleh JAKIM kat mana-mana restoran, kedai makan atau produk makanan apa sekalipun. Senarai hotel dan resort pun ada. Pihak JAKIM memang selalu akan update status sijil halal yang di mohon oleh mana-mana pihak.

Check punya check, rupanya TAK SEMUA STARBUCKS tu ada status halal. Cawangan tertentu je yang ada SIJIL HALAL YANG SAH. Berdasarkan senarai yang aku tengok, kebanyak Starbucks yang ada sijil Halal yang sah ni adalah yang ada KAT AIRPORT dan SEKITAR KUALA LUMPUR juga JOHOR BAHRU. Yang lain? Hmmm. Pikirlah sendiri. 0_O

Untuk Coffee Bean pun sama jugak. Tak semua cawangan yang ada sijil Halal sah dari JAKIM. Kurang dari 40 premis je yang ada sijil Halal yang sah. So, agak-agak cawangan yang lain dan tak tersenarai tu, halal ke tak untuk kita kunjungi? 0_o

Ada pulak yang cakap, senang cerita, TAK PAYAH DAH nak pergi Starbucks or Coffee Bean sebab standard je semua dorang punya kopi ke makanan ke. Hmmm. Terpulang pada memasing lah kan. 

Cakap memang senang lah kan tapi kalau yang memang KAKI STARBUCKS tu, camne lak kan? Kau ingat senang? Siapa yang dah biasa dengan Starbucks or Coffee Bean, memang ralatlah sikit kalau tak pergi. Ye dok?

Dah lepas aku check Starbucks dengan Coffee Bean, aku check lah restoran-restoran lain macam KFC, McDonalds, Pizza Hut, Kenny Rogers dan lain-lain lagi.

Setakat ni, KFC ada Sijil Halal yang sah. McDonalds pun sama, Pizza pun sama dan juga Kenny Rogers. Nak tau restoran mana yang memang TAK PERNAH LANGSUNG mohon sijil Halal dari JAKIM?

Cer cecuba korang teka sikit ... Teka teka ...  

Baiklah.

Aku senaraikan 5 RESTORAN TOP yang memang TAK PERNAH MOHON dan memang tak ada sijil Halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM. Antara yang masuk senarai :

  • Sushi King
  • Johnny's
  • Chilli's
  • TGI Friday
  • Old Town White Coffee

Haaaaa ... TERKEJUT TAK? TERKEJUT TAK? 0_o

Seeeeeeeeeeeeeee??? Semuanya restoran pemes. Aku pernah je nampak sijil Halal kat setiap restoran tu tapi ghupanya, sijil Halal yang kau letak tu TAK DIIKTIRAF ye? Tahniah lah sebab berjaya mengaburi orang ramai. Dah lah boleh kata memang MAJORITI PELANGGAN KAU TU ORANG ISLAM! Sadis sungguhlah. =_=


Sekarang ni, isu ni sebenarnya kita DAH KENA AMIK SERIUS sebagai UMAT ISLAM. Janganlah sebab NAK IKUT NAFSU TAMAK HALOBA TEKAK SENDIRI, kau tutup mata je pergi jugak makan makanan yang rupanya dah campur aduk dengan najis mugholazoh tu. 

Ingatlah bahawa setiap makanan kita tu, akan jadi SEBATI DENGAN DARAH DAGING kita. Nanti kalau KAU DAH KAHWIN, dah ada anak, anak tu pun nanti, darah dagingnya dah bercampur aduk dengan benda haram. Kan dah tak elok.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

أَيُّمَا لَحْمٍ نَبَتَ مِنَ الْحَرَامِ فَالنَّارُ أَوْلَى لَهُ

Daging mana saja yang tumbuh daripada benda haram maka neraka lebih pantas untuknya!

Tiba-tiba rasa bersyukur sangat sebab duduk dekat Saudi. Kat sini semua halal. Jangankan Arak, daging babi pun takde jual! Alhamdulillah. So, aku still boleh lagi jadi pengunjung setia Starbucks kat sini. Hehehe.

Maklumat terbaru pasal Kluang Railway tu pulak, segalanya MASIH DALAM PROSES TINDAKAN. Sijil Halal HANYA AKAN DIKELUARKAN jika SEMUA PROSEDUR DIPENUHI


Sekian. Masalamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...