Memaparkan catatan dengan label Whatever. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Whatever. Papar semua catatan

Isnin, 8 Februari 2016

28 Reply Terbuka kepada Crazy Ex- Girlfriend


Aku sebenarnya dah malas nak layan sangat exes.
Dah hubungan tak menjadi, sudahlah.
Walaupun apa-apa alasan yang mungkin melibatkan aku dan korang (BACA: exes), kita anggap good breakup dan teruskan lah kehidupan anda.

Tapi, semalam aku dapat emel dari salah seorang ex yang tak dapat menerima hakikat bahawa aku tinggalkan dia atas apa jua alasan dan secara harfiahnya, mencabar aku menjawab persoalan beliau secara terbuka dalam blog.

Well Baby, Challenge accepted!!!


Ahad, 8 November 2015

99 Segmen Semua Komen Pasti Balas

Seperti yang pembaca blog Buasir Otak ini sedia maklum, aku jarang balas komen. Kenapa aku jarang balas komen, boleh baca kat entry ini "Evolusi seorang Blogger", tapi biasanya komen yang berbentuk pertanyaan dan persoalan aku akan cuba reply walaupun mungkin kadang2 aku terlupa atau tak berkesempatan.

Tahun lepas aku pernah buat segmen "Sesi Soal Jawab bersama Buasir Otak" di mana aku akan jawab setiap pertanyaan dan persoalan dari pembaca, namun untuk segmen "Setiap Komen Pasti Balas" kali ini, aku akan balas apa jua komen yang korang tulis kat bawah tu tak kira la komen berbentuk pertanyaan ke, persoalan ke, pandangan ke, idea ke, luahan perasaan ke, kritikan ke, kutukan ke, kemerapuan ke dan sebagainya.

Oleh itu, silalah komen dan aku akan balas komen korang, memandangkan aku pun tengah agak free hari ni.



Ahad, 23 Jun 2013

40 Koleksi gambar awek perhimpunan Black 505

Siang tadi telah berlangsung perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan penyokong mereka sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Nak baca update pasal perhimpunan sila baca blog politik, suratkhabar atau Buletin Utama untuk tau berapa ratus orang yang datang. Aku nak update something yang lain daripada yang lain, iaitu koleksi gambar2 perhimpunan versi awek yang hanya kat sini je ada orang lain takde.