Memaparkan catatan dengan label Cabaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2024

0 Isteri jaga suami sakit tapi suami kahwin lain

1. Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan, lepas 6 tahun dah sembuh, mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain.

2. Ramai yang terus menerus membuat jenaka, mengejek dan mengecam suami wanita tersebut, hingga akhirnya wanita itu memadam perkongsiannya dan menyatakan yang perpisahan itu bukan salah sesiapa dan mereka berpisah secara baik.


Selasa, 26 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 03 Syawal - Ampun Maaf

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Ampun Maaf
Tarikh: 03 Syawal 1441

Andai kita pernah membuat kesilapan dan menyakiti orang lain, biarpun ia sudah lama namun ia pasti meninggalkan kesan parut yang dalam terhadap orang yang kita sakiti. Maka di Hari Raya ini ambillah kesempatan untuk memohon ampun maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan dan berjanjilah agar kita tidak mengulangi lagi kesalahan itu serta menyesali perbuatan kita itu.


Isnin, 25 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 02 Syawal - Raya Kali Ini

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Raya Kali Ini
Tarikh: 02 Syawal 1441

Raya kali ini, walaupun tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini, namun bukan penghalang untuk kita terus menyambutnya dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan teman-teman walau di mana jua kita berada. Terus rapatkan hubungan silaturrahim dan kukuhkan persaudaraan sesama kita.


Ahad, 24 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 01 Syawal - Indah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Indah
Tarikh: 01 Syawal 1441

Indahnya Hari Raya ini, biarpun jarak memisahkan kita, walaupun tidak dapat bersua muka, namun masih tetap boleh berhubung sesama kita dengan bantuan teknologi tak kira di mana kita berada. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


Sabtu, 23 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 30 Ramadan - Syukur

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Syukur
Tarikh: 30 Ramadan 1441

Walaupun Ramadhan tahun ini kita diuji dengan pelbagai dugaan yang besar, namun panjatkanlah syukur kepada Tuhan, sekurang-kurangnya kita masih dapat menjalani ibadah puasa, masih boleh berhari raya, masih mampu membantu orang, masih berpeluang menerima bantuan, dan masih hidup untuk terus berbuat kebaikan dan mengabdikan diri pada-Nya.


Jumaat, 22 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 29 Ramadan - Tawakkal

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Tawakkal
Tarikh: 29 Ramadan 1441

Tatkala kita sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya, barisan hadapan kita masih bertungkus lumus berusaha mengekang wabak durjana, maka kita juga mainkanlah peranan untuk bersama-sama mencegah wabak ini dengan patuh pada arahan kerajaan. Titipkan doa, lakukan usaha, dan berserahlah pada Allah agar semua malapetaka ini berakhir


Khamis, 21 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 28 Ramadan - Persaudaraan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Persaudaraan
Tarikh: 28 Ramadan 1441

Jarak bukanlah penghalang untuk terus kita terus bersaudara. Biar jauh di mata namun dekat di hati. Jadi sentiasalah berhubungan dengan keluarga dan sahabat anda agar persaudaraan itu kekal utuh selamanya.


Rabu, 20 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 27 Ramadan - Redha

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Redha
Tarikh: 27 Ramadan 1441

Ada kalanya kita perlu berubah dan berkorban, demi untuk mencari redha Allah terutama di bulan yang mulia ini.


Selasa, 19 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 26 Ramadan - Bukti

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bukti
Tarikh: 26 Ramadan 1441

Bukan semua orang yang berpeluang merasai dan diperlihatkan bukti-bukti alam pada malam lailatul qadar, jadi kalau yang dah diberi peluang mendapat petunjuk tu jangan pula disia-siakan.



Isnin, 18 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 25 Ramadan - Seribu Bulan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Seribu Bulan
Tarikh: 25 Ramadan 1441

Beribadah pada malam lailatul qadar, ganjarannya ibarat melakukan ibadah selama 1000 bulan. Cuba kira seribu bulan tu bersamaan berapa tahun?


Ahad, 17 Mei 2020

1 Inkramadan 2020: 24 Ramadan - Mencari Malam

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Mencari Malam
Tarikh: 24 Ramadan 1441

Lailatul qadar merupakan satu malam yang keutamaannya lebih daripada 1000 bulan jika seseorang beribadah pada malam tersebut. Maka umat Islam digalakkan untuk merebut pahala mengejar lailatul qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan.


Sabtu, 16 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 23 Ramadan - Dekat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Dekat
Tarikh: 23 Ramadan 1441

Walaupun sejak PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sudah diberi sedikit kelonggaran, namun jangan pula kita ambil kesempatan untuk bergerak ke sana ke sini tanpa keperluan dan juga pulang ke kampung. Malah kita masih tidak boleh duduk dekat-dekat dan perlu kekalkan jarak sosial bila berada di luar.


Jumaat, 15 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 22 Ramadan - Bangkit

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Bangkit
Tarikh: 22 Ramadan 1441

Setiap kali kau jatuh, bangkitlah. Setiap kali kau gagal, bangkitlah. Setiap kali kau diuji, bangkitlah. Setiap kali kau ditekan, bangkitlah. Setiap kali kau dipijak, bangkitlah. Setiap kali kau dihina, bangkitlah. Jatuh sekali bukanlah jatuh selamanya.


Khamis, 14 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 21 Ramadan - Tenang

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Tenang
Tarikh: 21 Ramadan 1441

Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ketenangan, sebab itu kita sentiasa rasa tenang di bulan Ramadhan. Maka gunakanlah ketenangan yang dikurniakan untuk memperbanyakkan ibadah, dan janganlah terlalu tenang dalam melakukan dosa.


Rabu, 13 Mei 2020

2 Inkramadan 2020: 20 Ramadan - Timbang Rasa

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Timbang Rasa
Tarikh: 20 Ramadan 1441

Siapa yang tak mahu beraya dan pulang ke kampung halaman? Namun tatkala dunia sedang diuji dengan wabak besar ini, tak perlulah pulang ke kampung untuk raya ini. Mungkin kita rasa tidak mengapa dan mengambil ringan hal ini, tapi kalau tanpa sedar anda terbawa virus tersebut pulang kampung sehingga menjangkiti ibu bapa dan atuk nenek yang sudah tua, anda rasa macam mana? Jangan ambil risiko dan bertimbang rasa lah.


Selasa, 12 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 19 Ramadan - Sabar

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Sabar
Tarikh: 19 Ramadan 1441

Ada orang cakap, lelaki lebih sabar dari perempuan. Ada orang cakap pula perempuan lebih sabar dari lelaki. Kita sering membuat persepsi bersandarkan kepada perangai orang terdekat kita seperti ibu, bapa, abang, kakak, adik, suami, isteri, anak dan kawan-kawan. Sedangkan yang sebenarnya kesabaran tiada kaitan dengan jantina, sebaliknya ia bergantung pada individu itu sendiri.


Isnin, 11 Mei 2020

6 Inkramadan 2020: 18 Ramadan - Suasana

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Suasana
Tarikh: 18 Ramadan 1441

Betapa berbezanya suasana bulan Ramadhan tahun ini dengan tahun-tahun sudah. Suasana ketika bersahur, bekerja, berbuka, solat terawih, semuanya berbeza, hari minggu, semuanya berbeza. Malah suasana berbeza ini akan berlarutan sehinggalah Hari Raya nanti.


Ahad, 10 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 17 Ramadan - Dengar & Taat

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Dengar & Taat
Tarikh: 17 Ramadan 1441

Dengar dan taat pada perintah Tuhan, pasti kita akan mendapat ganjaran pahala. Dengar dan taat pada perintah kerajaan, pasti kita tidak akan didenda dan dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, sila dengar dan taat.


Sabtu, 9 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 16 Ramadan - Beduk

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Beduk
Tarikh: 16 Ramadan 1441

Pada zaman dulu, ketika teknologi masih belum maju dan berkembang seperti hari ini, beduk banyak digunakan di surau atau masjid. Selain untuk memberitahu waktu solat sudah masuk, ia juga ada banyak fungsi lain. Sehingga hari ini tradisi mengetuk beduk masih diteruskan terutama di kawasan-kawasan kampung.


Jumaat, 8 Mei 2020

0 Inkramadan 2020: 15 Ramadan - Juadah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Juadah
Tarikh: 15 Ramadan 1441

Bulan Ramadhan memang terkenal dengan kepelbagaian juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa, namun usahlah sampai membazir. Makanlah mengikut keperluan dan kemampuan kita, bukan mengikut hawa nafsu kita.