Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dugaan. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2024

0 Isteri jaga suami sakit tapi suami kahwin lain

1. Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan, lepas 6 tahun dah sembuh, mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain.

2. Ramai yang terus menerus membuat jenaka, mengejek dan mengecam suami wanita tersebut, hingga akhirnya wanita itu memadam perkongsiannya dan menyatakan yang perpisahan itu bukan salah sesiapa dan mereka berpisah secara baik.


Isnin, 4 Februari 2019

2 Usah biar dunia mengubah senyuman dan kebaikanmu

Pernahkah anda dimarahi, dikeji, dianiaya, dizalimi, dicaci, dimaki oleh orang lain sehingga anda rasa dunia dan hidup ini sudah tidak lagi bermakna?

Pernahkah anda rasa kesedihan, kesakitan, kesepian, kekecewaan yang teramat dalam sehingga anda tidak mampu lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda?

Pernahkah anda rasa putus asa dengan masyarakat, orang sekeliling dan tidak mahu lagi berbuat kebaikan kerana anda jarang menerima kebaikan dari orang lain?

Pernahkah anda rasa sangat benci pada orang lain hingga anda rasa lebih baik anda hidup mementingkan diri daripada terpaksa menyusahkan diri membantu orang lain?



Khamis, 24 September 2015

9 Besarnya ujian buat umat Islam di musim haji ini

Aidiladha tahun ini umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragedi kren jatuh di Masjid al-Haram, Mekah yang berlaku pada 11 September 2015 yang lalu menyebabkan banyak kematian dan kecederaan para jemaah haji termasuk daripada Malaysia.

Susulan dengan tragedi tersebut, Arab Saudi akan membayar pampasan kepada semua waris mangsa nahas serta menggantung syarikat pembinaan BinLaden Group yang bertanggungjawab terhadap kren tersebut.

Ditambah pula lagi dengan insiden rempuhan di Mina ketika sedang melakukan ibadah wukuf yang telah mengorbankan sejumlah besar jemaah haji.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat juga dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian ini.


Isnin, 24 Mac 2014

24 Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.