1. Dua hari yang lepas dilaporkan dalam berita tentang kes seorang remaja perempuan membunuh diri dengan terjun bangunan di Kuching, Sarawak.
2. Dilaporkan juga sebelum mangsa membunuh diri, mangsa telah membuat poll di Instagram dengan catatan 'Really important, help me choose D/L'. 69% rakan Instagram mangsa memilih D. Mangsa turut memuat naik status 'WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED' dalam Facebooknya, serta menulis status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.
3. Polis melaporkan bahawa remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.
4. Aku sebenarnya tak nak ulas isu ni memandangkan ia agak sensitif, malah akhbar pun tak melaporkan siapa mangsa tersebut. Namun bila sebuah akhbar mendedahkan identiti mangsa, dan ramai pula yang nak acah-acah jadi hero, aku terpaksa juga menulis sesuatu.