.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label kuiz. Show all posts
Showing posts with label kuiz. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Perkara Penting Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Bagaimana keadaan jalan raya hari ini semasa anda hendak ke destinasi masing²? Adakah tenang? Adakah padat dengan kenderaan? Bagaimana kita sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal, ataupun pejalan kaki menangani kesesakan jalan raya?

Jawapan dari saya yang mungkin juga lebih kepada pandangan bebas.

PENUNGGANG MOTOSIKAL
- Tunggang motosikal seperti biasa, tidak laju dan tidak perlahan iaitu dengan sederhana laju.
- Peka terhadap persekitaran, membawa maksud fokus dengan apa yam ada di hadapan, tepi kiri kanan.
- Selalu terjadi di laluan/jalan yang sibuk tiba² ada saja kereta yang kurang ajar menukar laluan tanpa lihat cermin sisi ataupun memberi isyarat (signal).
- Apabila menunggang di laluan paling kiri jalan raya, pastikan tidak laju dan lihat ke hadapan jangan lalai atau leka, bahaya jika ada kenderaan yang berhenti.

PEMANDU KERETA
- Pandulah dengan cermat, tidak gopoh dalam segala tindakan.
- Sentiasa berwaspada dengan menjaga halaju dan jarak selamat kenderaan.
- sentiasa beradab sopan, bertimbang rasa terhadap pemandu lain.

PEJALAN KAKI
- Peka dengan keadaan sekeliling.
- Jika melintas jalan, sila lihat kiri, kanan, kiri biarpun jalan tersebut lengang.
- Sentiasa menggunakan laluan pejalan kaki atau jejantas menyeberang jika ada di sediakan.

Mungkin ada lagi yang boleh ditambah, jika ada anda boleh nyatakan di ruangan komen entry ini. Sambil itu, mari kita cuba buat kuiz dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.

KLIK UNTUK KUIZ DBKL-ADAB DI JALAN RAYA


**Result yang saya terima**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...