.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Piala Malaysia 2011 kini bermula...

Assalamualaikum & salam sukan buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Malam ini 6 September 2011 akan bermulanya perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. Juara tahun lalu (2010) adalah Kelantan dan naib juara Negeri Sembilan.

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT TENTANG PIALA MALAYSIA



JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
BERIKUT merupakan jadual perlawanan Piala Malaysia 2011 Selasa:

Johor lawan Kedah
(Stadium Tan Sri Hassan Yunos, 8.45 malam)

Sabah lawan Perak
(Stadium Likas, 8.15 malam)

Sime Darby lawan Terengganu
(Stadium Selayang, 8.45 malam)

PKNS lawan Negeri Sembilan
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 8.45 malam)

Sarawak lawan Kelantan
(Stadium Sarawak, Kuching, 4.15 petang)
Makluman Sarawak vs Kelantan berlangsung pada Jam 8.15 malam ini dan bukan 4.15 petang ( perubahan saat akhir )
----sumber : Kelantan Fan Club Facebook----

Johor FC lawan Felda United
(Stadium JCORP, Pasir Gudang, 8.45 malam)

T-Team lawan Selangor
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 malam)

PDRM lawan Kuala Lumpur
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 8.45 malam)

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 – D2 vs A1, A1 vs D2
2 – C2 vs B1, B1 vs C2
3 – B2 vs C1, C1 vs B2
4 – A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 – Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 – Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6

KREDIT TO : http://sukakereta.blogspot.com

Marilah kita semua memeriahkan sukan bola sepak negara kita dengan menyokong pasukan kegemaran masing²!!! ('',)

Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Alhamdulillah~ rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang menentang pasukan bola sepak Taiwan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemenangan 2-1 ini adalah bekalan untuk dibawa ke stadium pihak lawan di pusingan kedua pada 3 Julai 2011 nanti.

Saya ke stadium malam tadi bersama CPK @ KAKI BOLA group!!! Memang terbaik rakan² pejabat ini, semua gempak+havoc² belaka!!! InsyaAllah di perlawanan akan datang jika bermain di SNBJ, kami akan turun bagi sokongan lagi...Apa pun, jom kita layan gambar serba sedikit...Gambar disedut dari abam SHUK KEDAH!!!


**MENGABADIKAN KENANGAN DI TANGGA DEPAN LRT SAMBIL TUNGGU KETIBAAN RAKAN LAIN**





**SUASANA DI DALAM STADIUM DARI SUDUT PANDANGAN KAMI**



**SAYA SAMPAI MELOMPAT ATAS KERUSI MERAIKAN JARINGAN PERTAMA PASUKAN MALAYSIA**



**GENG CPK@KAKI BOLA**



MISI ROMBONGAN INI BERJAYA!!!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca setia Bro_Monday's Life('',)

Pagi yang sejuk di pejabat membuatkan saya rasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini, ditambah pula dengan kesungguhan saya untuk membuatkan blog ini bernyawa di celahan kesibukan diri...adess~ intro yang "boleh lah..." koh koh koh

Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini pasukan bola sepak negara kita akan menentang pasukan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini adalah perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.

Geng kita di Sahabat Blogger [SB] pun ramai yang turun ke stadium dan buat gathering di sana!!! Sesiapa yang berminat, sila ke page @ group [SB] di Facebook dan dapatkan maklumat di sana ataupun boleh cari Akmal Hilmi, Kirin Selama Perak II, Kyêrüll L Frêscð, Azrul Hisham, Amal Espraza, Yana Nanako



Saya akan turun ke stadium bersama member² pejabat!!! kami gelarkan kumpulan kami CPK@KAKI BOLA. CPK maknanya Cawangan Pengurusan Kompetensi.


Ini adalah bukti pembayaran yang diterima dari 11 orang yang menyertai.
Pesanan buat pasukan bola sepak Malaysia, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN, KAMI TETAP MENYOKONG!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, June 23, 2011

BOLA SEPAK KELAYAKAN OLIMPIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Malam ini akan berlangsung perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di antara pasukan Malaysia menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sepak mula dijadualkan pada jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung melalui siaran ASTRO ARENA (801).


**gambar ihsan dari group "Cite Bola" di FB**


Semoga skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee memenangi perlawanan pada malam ini setelah berjaya mengikat seri 0-0 semasa bertandang di tempat lawan pada 19 Jun 2011 yang lalu.

p/s : sayang sekali saya tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara live di stadium mahupun di kaca televisyen kerana saya ada mesyuarat kelab di Putrajaya pada malam ini. Apapun saya doakan kita beroleh kejayaan, insyaAllah~MALAYSIA BOLEH!!!

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH TERENGGANU F.A & KELANTAN F.A

Assalamualaikum & Salam Hari Minggu buat semua pembaca serta pengunjung Bro_Monday's Life ('',)

Masih terasa bahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, perlawanan akhir merebut Piala FA 2011 di antara pasukan negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Perlawanan berkesudahan dengan Terengganu menjadi juara manakala Kelantan naib juara.

Perlawanan berkeputusan 2-1 memihak kepada pasukan bimbingan Tuan Haji Irfan Bakti. Pasukan bimbingan Datuk M.Karathu terpaksa pulang hampa setelah tamat perlawanan malam tadi.

Walaubagaimanapun, saya yang turut menyaksikan sendiri secara langsung di stadium sama berasa sedih pasukan kegemaran tumbang tipis. Bagi mereka yang tonton perlawanan ini tidak kira secara langsung di kaca TV mahupun di stadium tentu tahu apa sebenarnya yang terjadi. Namun benda pun sudah jadi, kalah pun dah kalah dah, so kita tidak perlu melatah sangat pasal ini.

TAHNIAH sekali lagi buat pasukan negeri Terengganu menjulang piala yang sangat berprestij ini.









Gambar kenangan saya di stadium malam tadi, sempat juga bertemu dengan sahabat lama Ayie ketika bekerja di pam minyak Petronas Padang Tembak Pengkalan Chepa Kelantan sekitar tahun 2003 (lepas SPM)...Malam tadi kami bertemu setelah 4 tahun tidak berjumpa. Kami bersahabat selama hampir 8 tahun sedar tidak sedar.

p/s : arwah abah orang Terengganu, ma saya orang Kelantan. Jadi kemenangan serta kekalahan malam tadi adalah milik saya...('',)

Wednesday, May 25, 2011

.:. PERADUAN TEKA GOL .:.


Assalamualaikum & salam petang buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Petang² macam ni sambil jalan² di blog kawan² dapat pulak 1 komen di entry saya yang lepas, dari BRO GIANT...beliau mengajak saya join contest anjuran beliau sendiri bersempena FINAL CHAMPION LEAGUE 2011 di antara FC Barcelona & Manchester United pada 28 Mei 2011 nanti...

Beliau ni sebenarnya adalah penyokong fanatik heavy duty punya kat pasukan Manchester United !!! Memandangkan saya ni penyokong tegar pasukan Tottenham Hotspur (Spurs), sudah tentu lah saya akan menyokong pasukan FC Barcelona dalam perlawanan akhir ini...koh koh koh

Inilah banner contest !!!




SYARAT² DAN HADIAH PERADUAN TEKA GOL


DUA (2) TEKAAN DARI SAYA
FC BARCELONA [2] - MANCHESTER UNITED [1]
FC BARCELONA [3] - MANCHESTER UNITED [0]


TARIKH TUTUP: SEPAK MULA FINAL CHAMPION LEAGUE 2011
(28 MEI 2011)

asroL a.k.a ejuLz KAMPUNG KAMEQ, yu peminat setia MU kan???

Jom sama² memeriahkan contest ini!!! koh koh koh

.:. Perlawanan 25 Mei Liga Super 2011 .:.

Assalamualaikum & salam sayang diucapkan kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Di sini saya nak hebahkan perlawanan ke-22 Liga Super 2011 bertarikh
25 Mei 2011 iaitu malam ini. Semua perlawanan sepak mulanya adalah
jam 8.45 malam. Siaran langsung di saluran 801 ASTRO ARENA adalah melibatkan pasukan Selangor menentang Harimau Muda A.
Mari kita sama² saksikan perlawanan ini.
Untuk info perlawanan lain pula, anda boleh rujuk gambar ini.



Walaubagaimanapun, saya tetap akan menyokong pasukan favourite saya!!!
~GOMO KELATE GOMO~


***gambar sumber dari PAKCIK GOGEL***

Peminat & penyokong The Red Warrior semua, anda boleh tengok
LIVE STREAMING
KELANTAN VS T-TEAM 25 MEI 2011|LIGA SUPER 2011


**sumber link dari LAGENDA BUDAK NAKAL**

Tuesday, May 17, 2011

.:. SYUKUR TRW ke FINAL Piala FA 2011 .:.

Assalamualaikum dan salam malam buat semua rakan2 dan pembaca setia Bro_Monday's Life ('',)

Tamat sudah perlawanan Separuh Akhir Pusingan ke-2 di antara The Red Warrior & The Red Giant (Kelantan vs Selangor) di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu...

Kelantan mara ke Pusingan Akhir menentang Terengganu dan akan bersiaran langsung pada 11 Jun 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor!!!

ALHAMDULILLAH...

Ramai sungguh penyokong TRW datang saksikan perlawanan ini...saya pulak menjerit-jerit memberi semangat depan TV...anak saya, Scha ternganga-nganga tengok gelagat saya!!! koh koh koh Beliau pun turut sama melompat-lompat!!! adehhh~

Ni dia statistik 1st half tadi, saya sempat snap!!! terus upload dalam handphone dan tag rakan2...dan berborak dengan CIK BAYU "CERITERA HIDUP SEORANG AKU"...beliau pun penyokong tegar TRW macam saya!!!

Keputusan penuh perlawanan 1-1 dan agregat keseluruhan 6-2...Kelantan layak ke Final!!!

Apapun tak sabar nak tunggu FINAL PIALA FA 2011 nanti...kuasa besar bola sepak tempatan Pantai Timur!!!

KELANTAN vs TERENGGANU..

GOMO KELATE GOMO!!! ('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...