Showing posts with label Serius Troll. Show all posts
Showing posts with label Serius Troll. Show all posts

Saturday, 7 January 2012

Serius Troll - PDRM , PETRONAS dan UITM Bergabung Tenaga Bagi Menangkap Orang Minyak Gombak



Kuala Lumpur - Isnin - Pihak polis hari ini meminta bantuan daripada PETRONAS dan UITM bagi menghasilkan alatan yang boleh digunakan bagi menangkap orang minyak yang kini berkeliaran di Kuala Lumpur. Sejak seminggu lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak. Segala usaha menagkap beliau oleh pihak Polis Diraja Malaysia gagal kerana mereka tidak mempunyai alatan khas menangkap penjenayah licik ini serta tidak pernah menerima latihan menagkap mereka di PULAPOL dulu. Oleh sebab itu PDRM hari ini meminta bantuan PETRONAS dan UITM bagi mencipta alatan yang sesuai untuk digunakan warga PDRM.

Dalam sidang media di ibu pejabat Petronas di Menara Berkembar Petronas pagi tadi, ketua polis negaraTan Sri Ismail Omar, Naib Cancellor UITM Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar serta ketua R&D Teknologi Petrolium PETRONAS Dato Sharil Niza bersetuju bekerjsama bagi memastikan orang minyak yang bermaharajalela ini ditangkap. Dato Sharil Niza dipetik berkata;

"Pihak PETRONAS mempunyai teknologi mengawal tumpahan minyak menggunakan bahan Oleofilik. Kami pasti orang minyak akan dapat ditangkap dengan segera menggunakan bahan oleofilik yang ada dipasaran. Selepas tertangkapnya beliau kami akan bekerjasam dengan UITM bagi mengkaji orang minyak ini bagi dijadikan sumber minyak mentah boleh diperbaharui. Ini pastinya dapat menyelesaikan masalah harga minyak dunia yang kronik sekarang"

Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar pula sempat menambah;

"Hasil ujian kami terhadap orang minyak ini pasti dapat menaikkan nama UITM dimata dunia disamping membuktikan ilmu mistik bumiputera kuno inilah kunci kepada masa depan Malaysia sebagai kuasa besar teknologi dunia!"



Monday, 2 January 2012

Serius Troll - Ibu Bapa Minta Anak Melayu Jangan Diberi Keputusan Semua A1 SPM Ekoran Insiden Amalina Bakri



Kuala Lumpur - Isnin - Ribuan ibu bapa Meleis seluruh Malaysia merayu Kementerian Pelajaran supaya memastikan tidak ada anak berbangsa Melayu Islam mendapat semua A1 dalam keputusan SPM yang akan datang. Mereka membanjiri perkarangan Kementerian Pelajaran di Putrajaya sejak Asar tadi sebagai tanda kerisauan anak mereka akan menjadi blondie babe Edinborough seperti Amalina Bakri. Amalina Bakri ialah pelajar 17 A1 dalam peperiksaan SPM suatu ketika dulu dan sejak belajar di luar negara sudah berubah dari imej muslimah ke imej NIAMAH!

Wakil ibu bapa yang berkumpul apabila ditemu ramah menyuarakan rasa risau anak mereka yang seputij salju, tak pernah kenal pornografi, tak melancap , tak tahu apa itu seks dan berhati kudus sampai naik awam guling macam GoKu akan mudah terpesong jika dihantar keluar negara jika mendapat semua A1. Mereka berharap mulai tahun ini biarkan tiada anak melayu dihantar ke luar negara kerana menjaga tatasusila Melayu bangsa terpileh lindungan NEP lebih penting dari memberi mereka peluang belajar overseas. Encik Kamal Idros Che Selamat, salah seorang bapa yang ditemu ramah berkata;


"Biarklah anak saya yang seorang tu tak muncul dalam surat khabar masa hari raya ucap Selamat Hari Raya dari London. Biarlah dia tak merasa main salji masa winter. Biarlah hasrat saya nak import kereta pakai student AP tak tercapai asalkan gambar anak saya rambut blonde pakai leggings di Facebook tak menjadi topik trending Twitter. Bagilah sahaja dia semua C3. Biar mati masa depan jangan mati adat! Saya takut sangat anak saya jadi topik trending macam si Amalina itu"

Sementara itu Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menimbangkan permintaan ibu bapa yang kerisauan ini. Beliau dipetik menyebut;

"Saya dulu pun belajar Universiti Malaya sahaja. Elok aje jadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi kalau student Melayu tak cukup A1 untuk overseas pun tak apa. Kelak mereka pun boleh jadi menteri macam saya. Ye tak? Biarlah anak bukan melayu sahaja kesana dan rosak akhlaknya"






Friday, 16 December 2011

Serius Troll - 300 Penggiat Seni Punk Acheh Mohon Suaka Politik Di Malaysia



Johor Bahru - Jumaat - Pihak Polis Marin Johor semalam berjaya memintas 10 buat bot dan menahan kesemua anak kapal yang terdiri dari penggiat musik punk yang melarikan diri dari provinsi Acheh. Dalam kejadian dua pagi tadi, seramai 300 orang pelarian muzik ini ditahan lebih kurang 30 batu nautika dari pesisiran pantai Batu Pahat. Selepas ditahan kesemua pendatang tanpa izin ini mengaku berlayar ke Malaysia untuk mendapatkan suaka politik. Mereka mendakwa terpaksa menjadi pelarian kerana tidak mahu ditahan hanya kerana mengamalkan cara hidup punk. Baru-baru ini pihak berkuasa Acheh menahan 60 orang penggiat seni Punk di Acheh kerana merasakan cara hidup mereka tidak sesuai dengan cara hidup Islam. Kesemua yang ditahan dibotakkan kepala mereka dan ditahan selama 10 hari bagi menjalani sesi pengisian rohani.

Komandernya Polis Marin , ACP Zainul Abidin Hassan berkata;

"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi mendapati kesemua 300 orang daripada mereka, 230 lelaki dan70 wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Ketika ditahan flotilla 10 bot mereka mengibarkan bendera "Punk Belum Bisa Mati"

Wartawan Metroll sempat menemuramah salah seorang pelarian muzik dari Acheh yang hanya mahu dikenali sebagai Sidirman Vicious berkata;

"Kami ga ma ditahan pihak berkuasa Adcheh kerna pilihan muzik kami. Kami tahu di Malaysia tiada prejudis terhadap muzik Punk dan pihak kerajaan Malaysia benarkan golongan muda mendengar apa sahaja walaupun muziknya jelek seperti Justin Bieber dan K-Pop. Kami hanya mahu kebebasan pak. Itu aja"



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails