skip to main |
skip to sidebar
Serius Tahi!
Tahi biasanya dibuang dan sisa kumbahan di proses semual untuk kegunaan seharian. Di Bristol, Wales lain pula ceritanya kerana tahi manusia dan sisa kumbahan digunakan bagi menjalankan bas. Gas metana yang dihasilkan dari proses pereputan tinja dikumpul dan digunakan sebagai bahan api. Setiap basb erkuasa tahi ini boleh berjalan sejauh 300 kilometer sebelum tangki perlu diisi semula. Selain menggerakkan pengangkutan awam, gas bio-metana ini juga digunakan untuk menjana elektrik penduduk setempat. Ini sememangnya mesra alam. Di New York terdapat projek yang sama. Gas dari najis manusia dan kumbahan digunakan untuk menjana elektrik. Sisa pejal yang tertinggal diproses sekali lagi untuk menjadi baja yang digunakan untuk perladangan. Yes di Amerika Syarikat tahi manusia digunakan sebagai baja semulajadi. When you think about it makes a whollottasense kerana manusia menghasilkan banyak tinja setiap hari. Apa salahnya jika dikitar semula for the good of the earth! Ini mengingatkan kami kepada motosikal berkuasa tahi di Jepun. Jadi mengapa teknologi ini tidak digunakan dengan lebih meluas? Kerana kos untuk menghasilkan bio-metana adalah lebih mahal dari bahan api fossil.
Don't mess with unker!
Unker Chung Kim (76) didapati bersalah oleh mahkamah Texas khamis lalu atas kesalahan membunuh dua orang jiran beliau Febuari tahun lalu. Chung Kim dikatakan hilang sabar dengan perangai jiran beliau Michelle Jackson (31) dan Jamie Stafford (31) yang membiarkan anjing peliharaan mereka untuk membuang najis di balkoni. Selepas itu pasangan ini dengan selamba menyapu tinjaan anjing mereka ke bawah dan mengotori balkoni milik Chung Kim. Michelle dan Jamie dikatakan melakukan tabiat kotor ini selama berbulan lamanya sehingga Chung Kim hilang sabar.
Beliau mengaku hilang pertimbangan dan membunuh jiran beliau. Pakcik tua ini walaubagaimanapun mendakwa beliau tidak ingat langsung apa yang beliau lakukan pada hari tersebut. Mahkamah mendapati beliau bersalah tetapi masih belum menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Hukuman paling berat yang boleh diterima beliau ialah penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapatkan parol.
Jadi ingatkan rakan-rakan janganlah jadi jiran yang perangai macam tinja. Mungkin jiran anda akan hilang kawalan diri seperti Butterfingers dan menembak anda sehingga mampos. On a side note we have a neighbour yang suka campak tuala wanita dan lampin bayi ke bawah. Bangun pagi nampak pad berdarah dan pampers penuh tahi di parking lot. Dirty motherfuckers are everywhere. Nasib baik Malaysia tak ada pistol!
Laporan asal Dallas News
Don't do meth... do Math......
Oh my................
No Nukes!
Di Tuticorin, Tamil Nadu India berlaku demo anti nuklear besar-besaran oleh penduduk Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam. Seramai 10 000 penduduk berdemo kerana tidak mahu stesen janakuasa ini beroperasi. Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam minggu lalu menerima bahan api nuklearnya bagi memulakan operasinya sudah tertangguh sejak Disember lalu kerana tentangan penduduk setempat. Penduduk di Tuticorin risau kejadian seumpama Fukushima akan berlaku dan kehidupan mereka sebagai nelayan akan terjejas. Selain berdemo di tepi pantai, sebanyak 500 bot nelayan cuba cuba menghalang kapal yang membawa bahan api nuklear dari memasuki kawasan stesen janakuasa. Demo mereka gagal kerana kehadiran pengawal pantai.
Stesen Janakuasa Nuklear Koodankulam diberikan kebenaran beroperasi dan diishtiharkan selamat oleh kerajaan pusat. Sungguhpun begitu kegusaran orang ramai kekal kerana pihak pengusaha stesen masih belum memenuhi 14 saranan keselamatan yang diberikan kerajaan bagi memastikan insiden seaakan Fukushima tidak berlaku di sini. Rekaan stesen dari era Soviet juga menambahkan lagi ketakutan penduduk setempat.
Sampai begitu sekali berdemo. Kita bersyukur di Malaysia penduduk tempatan tidak demo macam ini di LYNAS. Semua tunggu tangan tumbuh lapan dan sperma kepala 3 baru mahu demo agaknya.
Baju permata hitam
Anda pasti ada at least seorang teman yang suka menunjuk-nunjuk koleksi baju berjenama mereka. Jenis yang pergi kedai berjenama pun hendak di Instagramkan pun ada. Kedua-dua spesis ini ialah manusia yang kami akan unfriend pada kadar segera keran kami tak suka manusia yang menunjuk-nujuk mereka itu kononnnya stailo mailo. Mereka lupa pakaian berjenama mereka means nothing kalau fitting tak kena dan membuatkan mereka nampak macam mangsa fasyen semata-mata. Baju H&M pun dan bangga macam pakai baju rekaan Debbie Wingham
Siapa Debbie Wingham? Debbie Wingham ialah pereka fesyen yang baru sahaja menghasilkan baju termahal dunia. Ianya bernilai 3.5 Juta Pound (RM 17.3 Juta) dan ianya dihiasa 50 permata hitam sebesar 2 karat. Benang emas dan platinum juga digunakan bagi menghasilkan baju pakaian malam yang extravagan ini. Debbie menghabiskan enam bulan bagi menyiapakan baju seberat 13 kilogram ini. Holy crap!
Berpantang maut sebulan game over...
Di Brazil , Aguinaldo da Silva seorang pemandu lori dari Brazil terselamat dari maut setelah lori yang dipandu beliau hampir terjatuh ke dalam sungai. Kejadian berlaku ketika beliau sedang memandu diatas Jambatan Chavantes. Menurut Aguinaldo, lori yang dipandu beliau tergelincir dari jambatan ketika cuba mengelak dari melanggar sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapannya. Aguinaldo diselamatkan orang ramai yang menghulurkan tali kepada beliau. Nasib baik tak mati.
Rageeee.. Innocence of Commie?
Rusuhan besar-besarna anti Jepun sudah berlangsung lebih dari seminggu di seluruh China gara-gara pembelian Kepulauan Senkaku oleh kerajaan Jepun 11 September yang lalu. Kepulauan yang terdiri dari 5 pulau kecil dan 3 tonjolan batu ini dipercayai kaya dengan gas dan petroleum. China membantah tindakan Jepun ini kerana mereka merasakan kepulauan Senkaku (Kepulauan Diaoyu dalam bahasa cina) adalah milik mereka. Kepulauan Senkaku diambil alih oleh Jepun pada tahun 1895. Sebelum itu ia merupakan kepulauan di bawah Dinasti Ming. Pulau-pulau ini pada awalnya menjadi kilang pemprosesan Ikan. Namun selepas industri ini gagal pulau ini terbiar sehingga 1940an. Selepas perang dunia ke dua ia menjadi milik Amerika Syarikat dan hanya dikembalikan kepada Jepun pada tahun 1972. Survey yang dilakukan oleh jabatan geologi Amerika pada waktu itulah yang menjumpai deposit petroleum dan gas di kepulauan ini. Senkaku kemudian dijual kepada keluarga Kurihara oleh leluhur bekas pemilik kilang pemprosesan ikan yang bankrap.
Kerajaan Jepun kemudian menyewa kepualuan ini pada harga Yen 25 Juta setahun untuk tujuan ketenteraan. Penjualan pulau ini oleh keluarga Kurihara kepada kerajaan Jepun pada harga Yen 2.05 Billion benar-benar membuatkan rakyat China berang kerana dianggap mencabar kedaulatan wilayah kepunyaan mereka.
Akibat dari tindakan Jepun ini, konsulat Jepun di China menjadi mangsa serangan demo patriot China. Di Beijing dan Shanghai premis perniagaan milik syarikat Jepun diserang penunjuk perasaan. Beberapa ruang pameran Honda dan juga pusat membeli belah AEON rosak dibakar. Paling sadis seorang warga China lumpuh setelah dibelasah yang berang melihat beliau memandu sebuah Honda. Paling LOL kedai milik SAMSUNG juga dibakar kerana them Chinese can't differentiate between Japanese and Koreans. Sementara itu jualan kenderaan Jepun di China jatuh sebanyak 90% semenjak 11 September. Nampaknya patriot-patriot China mempunyai kemarahan yang sangat serius.
Exorcist real edition
Banga melayu ialah bangsa yang percaya dengan bomoh sejak berjenerasi. Bila ada penyakit aneh yang tak mampu didiagnos oleh doktor, orang melayu akan mula mencari bomoh. Pernah 10 tahun lebih dahulu berlaku kes bangang dimana seorang remaja kudung kaki kerana bapanya lebih percaya ubat bomot dari ubat konvensional selepas dipatuk ular. Sangat sad!
Kalau ada masalah kerasukan pula di Malaysia kita jumpa bomoh atau berubat dengan Ustaz Harun Din. Bagaimana pula di Colombia? Mari mengenali Brother Hermes Cifuentes yang sudah bekerja sebagai bomoh menghalau kerasukan selama 25 tahun. Sepanjang kareer beliau sudah menjalankan lebih 35000 upacara menghalau kerasukan. Teknik menghalau kerasukan Brother Hermes terdiri dari melumur badan pesakit dengan lumpur sebelum membaringkan mereka didalam bulatan berisi salib. Beliau kemudian membaca mentera dan injil sebelum mencabar makhluk halus yang merasuk pesakit. Dalam kebanyakkan upacara mengubat beliau akan memijak dada pesakit yang menentang proses nyahrasukan.
Kami tertarik dengan penggunaan telur di dalam upacara Brother Hermes kerana kami perasan dalam perubatan tradisional mesti ada telur digunakan. Apa korelasi menggunakan telur ketika menghalau kerasukan, jin, tuju-tuju dan santau? Anyone can help?
Gambar REUTERS/Jaime Saldarriaga
Jangan jadi gemok sangat
Terri Smith (51) dahulunya pemegang rekod wanita paling gemok di dunia apabila berat beliau mencecah 700 pound (317 kilogram) . Wanita yang berasal dari Ohio ini sudah tidak mampu berjalan selama 3 tahun dan hidupnya memerlukan bantuan sepenuhnya dari anak dan suami beliau. Terri Smith sudah mengalami masalah berat badan sejak dari kecil kerana diet yang tidak sihat. Beliau kini mengalami masalah sakit kepala tetapi pihak hospital tidak mampu melakukan pemeriksaan sempurna kerana beliau terlalu besar untuk mesin MRI. Beliau juga mengiap diabetes, darah tinggi dan masalah jantung. Kerana tak mampu bergerak beliau terpaksa memakai lampin dewasan untuk proses nyahtinja harian. Sad!
On a side note kami terkejut seorang manusia boleh menjadi sebesar ini. Lagi terkejut anak dan suami beliau bersaiz normal. Cinta tak mengenal rupa sebenar! Oleh itu kami di Blogserius bertekad untuk mengamalkan diet yang seimbang. Tak mahu kami menjadi Blogger paling gemok di dunia. Ayoh!
Sadnesss!
Selamat Hari Raya Eidulfitri. Di hari penuh keberkatan ini kami di Blogserius ingin meminta maaf jika anda tertroll dan terbutthurt. Marilah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Ramadan sudah tamat, tak perlu puasa sebulan lagi. Malangnya bagi orang papa kedana seluruh dunia kelaparan di waktu hari ini berkekalan sepanjang tahun. Kasihan mereka.
Di India ada golongan yang melakukan kerja membersihkan kolong tersumbat. Mereka ini dikenali sebagai penyelam longkang. Mereka menyelam kedalam longkang yang tersumbat tanpa menggunakan peralatan khas. Meredah sahaja air yang kotor dan menjijikkan semata-mata untuk mendapat bayaran GBP 3.50 (RM 18) sehari bagi menyara hidup. Ia juga pekerjaan yang berbahaya kerana 60 orang sudah meninggal dunia ketika bekerja sejak tahun ini. RIP
Bersyukurlah jika kerja anda tidak sesadis mereka. Your job is not that bad!
NAHAROMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!
Holy shit nasib baik tak balik Parit Buntar tahun ni. Dayyum!
Foto asal @nazrulez
Raaageeee
Di Foshan, Provinsi Guangdong China, pemandu teksi melampiaskan kemarahan mereka keatas 30 teksi sapu yang beroperasi secara haram. Selepas teksi sapu ini dirampas pihak berkuasa, ianya disimpan di sebuah bengkel untuk dilupuskan. Pemandu teksi berlesen yang mengetahui lokasi teksi sapu ini disimpan terus meyerang bengkel tersebut dan melakukan smackdown. Teksi sapu ini habis dihambat oleh pemandu yang geram dengan teksi sapu yang mencuri pelanggan dari mereka. Agaknya di Malaysia kalau pemandu teksi berlesen diberikan peluang untuk melakukan benda yang sama apakah akan terjadi?
Pengorbanan
China mendominasi sukan Olimpik sejak kebelakangan ini. Apakah rahasia kejayaan mereka? Latihan intensif dengan teknik terkini? Penggunaan ginseng Rahib Esa? Sup chivet cat?
Sebenarnya rahsia kejayaan China ialah latihan intensif artis masa hadapan mereka sejak mereka masih lagi berumur 5 tahun. Kanak-kanak yang dirasakan berpotensi dimasukkan kedalam sekolah berasrama penuh dan berlatih menjadi atlit harapan negara sepenuh masa. Inilah pengrobanan yang dilakukan atlit China dari kecil untuk mengharumkan nama negara.
Kami mencadangkan anak kecil Malaysia juga dimasukkan ke dalam kem penyeksaan sebegini bagi memastikan beberapa pingat emas boleh kita miliki. Janji pingat emas harus ditepati, kini masa menyeksa bayi!
Welcome to the Clink!
Penjara San Quentin ialah penjara terbesar di Amerika Syarikat dan terletak di San Quentin California. Ianya mula memenjarakan penjenayah sejak 1852. Penjara San Quentin mempunyai keluasan sebesar 275 ekar. Ianya direka bagi memuatkan 3082 orang banduan pada satu-satu masa tetapi kerana masalah kesesakan yang kronik ianya menanpung 5222 orang banduan. Penjara San Quentin sangatlah besar ia mempunyai poskodnya sendiri bagi memudahkan hal surat menyurat. San Quentin juga merupakan satu-satunya penjara yang masih melakukan hukukan mati di California. Hukuman mati dilakukan menggunakan gas beracun sehingga 1996. Kini hukuman mati dilakukan dengan menggunakan suntikan beracun.
Selain memegang gelaran penjara terbesar Amerika Syarikat, San Quentin juga merupakan penjara yang mempunyai paling ramai banduan yang menanti hukuman mati di Amerika. Sebanyak 637 orang banduan bilik akhir memanti waktu untuk dijatuhi hukuman.
Kos operasi tahunan San Quentin ialah USD 210 juta! Sebanyak 1718 kakitangan digaji bagi memastikan urusan harian penjara ini berjalan lancar.
Antara banduan yang pernah atau sedang menjalani hukuman penjara di San Quentin ialah Danny Trejo, pelakon utama Machete dan Spy Kids. Beliau dipenajrakan disii selama tiga tahun dari 1965-1968. Pembunuh Robert F Kennedy, Sirhan Sirhan juga pernah dipenjarakan disini. Pembunuh bersiri Charles Manson juga pernah dipenjarakan disini sebelum dipindahkan pada tahun 1989.
Keadaan penjara San Quentin mungkin nampak teruk. Tapi jika dibandingkan dengan Penjara San Pedro Sula di Honduras, San Quention nampak macam hotel 5 bintang!
Banyak semayang?
Sekali lagi kita ke China untuk segmen berpantang maut sebelum ajal. Kali ini kita melihat bagaimana Dong Yinan, seorang pemandu lori yang terselamat dari maut walaupun trak yang dipandu beliau hampir jatuh kedalam gaung, Kejadian berlaku di pekan Xuanma , Provinsi Gansu. Dong Yinan sedang memandu trak yang kemudian melanggar tepi sebuah jambatan. Malang bagi Dong Yinan trak mula terbalik dan beliau tercampak keluar. Nasib beliau baik kerana kaki beliau tersepit diantara lori dan jambatan, Sementara menanti diselamtakan beliau berpaut pada badan lori selama 3 jam! Gila sadis. Menurut laporan media China, Dong Yinan kini dirawat di hospital kerana hanya patah kaki. Lucky guy. Mesti banyak semayang punya olang!
FUUUUUUUUUUUUUU!!
Inches........ dan reaksi cool tahap ninja oleh makcik dari Zhejiang dibawah. Ajal belum tiba!
Syukur
Li Hongfang (40) ialah seorang wanita malang yang berasal dari Xi'an China. Selama sedekad beliau mereka kerana mengidap penyakit Chordoma yang mengakibatkan muka beliau membengkak. Pada muka beliau doktor menemui 70 tumor yang membuatkan beliau kelihatan seperti Forever Alone Guy versi dunia sebenar. Li Hongfang menyedari terdapat bonjolan pada muka beliau pada tahun 2001. Pada awalnya beliau mengingatkan ianya hanya gigitan serangga. Namun pada tahun 2005 bonjolan tersebut menjadi semakin besar dan akhirnya kepala beliau membengkak pada kadar tidak normal. Kerana kemiskinan beliau terpaksa menahan sakit dan membiarkan sahaja tumor semakin membesar.
Nasib beliau baik apabila cerita penyakit aneh beliau ini menerima liputan media dunia. Doktor di hospital kerajaan di Xi'an bersetuju melakukan pembedahan pembuangan tumor yang bernilai GBP 60 000 (RM 296 000) keatas beliau secara percuma. Diharap Li Hongfang dapat kembali hidup seperti insan normal. Kasihan!
Bye duit
Sebuah Ferrari 612 Scaglietti kemalangan di Moscow, Russia dan terbelah menjadi dua. Good news keempat-empat penumpang terselamat. Bad news kereta ini mati selama-lamanya.
What?
Selamat datang ke Restoran New Lucky di Ahmedabad India. Ianya sebuah restoran mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan. Restoran ini terkenal dengan teh tarik dan roti nan yang dikatakan tersedap di Ahmedabad. Persoalannya kenapa restoran yang terkenal ini dibina di atas kubur yang diwarnakan hijau?
Kisah bermula 50 tahun dahulu. Seorang lelaki bernama KH Mohammad membuka gerai minuman dan roti nan di luar kawasan perkuburan. Lama kelamaan bisnes beliau semakin membangun dan gerai kecil membesar menjadi restoran. Tetapi di Ahmedabad sukar untuk mencari tapak dan kubur lama dari kurun ke-16 ini dijadikan tapak restoran New Lucky. Sebagai tanda hormat kubur di dalam restoran ini dijaga dengan rapi. Menurut tuan punya restoran ini sekarang Encik Krishnan Kutti Nair beliau merasakan kubur ini membawa tuah kepada beliau. Kubur-kubur ini dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad. Jadi Encik Nair percaya ini bersangkut rapat dengan sebab kenapa restoran beliau laku nak mampos
Siapa di Ahmedabad silalah makan di New Lucky. Boleh enjoice minum teh tarik bersebelahan kubur! Unik! Kalah Ali Maju, Najath, Line Clear, Pelita dan Maulana!
Mahdi!!
Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi mengamuk di perkarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya petang tadi. Mengikut laporan The Star lelaki yang turun ditemani seorang wanita dipercayai isterinya mengamuk menggunakan dua bilah pedang samurai. Terdapat juga laporan mengatakan lelaki ini bertakbir sambil menetak beberapa buah kereta yang diletakkan di sekitar bangunan JPM. Pihak Polis cuba menyuruh mereka menyerah diri tetapi mereka enggan sebelum menyerang pihak Polis. Tiga das tembakan dilepaskan dan kedua-dua suspek cedera pada bahagian tangan, peha dan ari-ari. Kedua-dua suspek kemudiannya digegaskan ke Hospital Putrajaya. Suspek lelaki kemudian meninggal dunia di hospital. Sangat menakutkan! Di Malaysia ada Ninja Muslamik Raygun yang mempunyai waifu Hijabistas Emperor Palpatine. Kami akan update berita ini apabila menerima lebih banyak informasi