Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan

Khamis, November 23, 2017

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!

Assalamualaikum..

Dah lama tak sertai GA kan.. sesekali kita raikan rakan2 yang buat GA

Sila sila kesini yer... http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html



Regards; Mila

Ahad, Jun 18, 2017

Cerita GA lagiii

Assalamualaikum..
Salam akhir Ramadhan..

Semangat jer tengok ramai yang tidur n iktikaf dimasjid. Mungkin agak tidak biasa bagi kita di Malaysia ni, tapi bila ke masjid UIA, amalan tuh seolah jadi biasa. Bukan setakat yang bujang, yang ada anak 3 4 orang pun turut sama, bawa anak duduk di masjid beriktikaf. Dalam hati teringin nak join...

Alkisahnya GA arituh...
Plan asal nak bagi jer telekung readymade, mana yg ada pilih jer satu. Tapi entah camna, terasa nak jahit satu yang baru untuk pemenang GA pertama kali ini, kira jahit dari hati gitu kikikiki
Kebetulan pula, sebenarnya pemenang GA kali ini sebenarnya adalah rakan sekolah menengah. Tapi tak tahu pun selama ini sebab beliau hanya guna ID Ummu Nawal dan tak pernah bertegur sapa pun. Biasalah saya ni, kadang orang request friend pun saya approve kalau tak suspicious sgt, terutama kalau ramai kawan2 kita yg kawan dengan dia kan..

Dan inilah dia... testing design baru
Body putih, renda pink, ropol purple... 3 in1 gitu.. acaner? lawa dak?


Dan inilah dia tuannya... Nawal Maisara, fit elok kat muka Nawal nampaknya
Cuma mungkin dah agak tinggi Nawal ni, ini saiz L, umur 10 tahun, Nampak macam ngam2 jer dah, mungkin tak lama kena upgrade ke saiz dewasa dah kut.

 
Comel orangnya..

Cerita Ramadhan ni banyak yang nak ditulis sebenarnya..
Tapi NAK ajer.. buatnya idok kuakuakua

Sampai jumpa lagi...
Salam 23 Ramadhan

Regards; Mila

Sabtu, Jun 03, 2017

Pemenang GA

Assalamualaikum...
Salam pagi Sabtu
Ramadhan Kareemm

Lama betul kan ambik masa nak update pemenang GA ni...
Tetiba ler plak acik dapat tempahan yang bersusun-susun bila masuk puasa.
Layan je lah kan..

Soooo.. sapakah itew pemenangnya?
Jeng jeng...
Gigih buat random selection manual, udah buhsan guna random.org


Keputusan penuhnya boleh tengok di sini yer https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2/posts/1028307480637095

Fuhh banyak benda nak diceritakan di blog ini, tapi banyak tertunda dan akhirnya lupa. Nasib laaaaa..
Susah nak dapat masa yg betul2 free untuk mengadap blog...

Sampai jumpa lagi kawan2


Regards; milaRimbun

Khamis, Mei 25, 2017

GIVEAWAY TELEKUNG with lots of LOVE

Assalamualaikum....
Sempena Ramadhan tahun ini...


TELEKUNG FREE...
TELEKUNG BARU..
TELEKUNG RAMADHAN...


special ni tau..
pertama kali dalam sejarah 😃😃😃
kami nak bagi telekung FREE

MUDAH JERRR....
LIKE 💖 SHARE 💖COMMENT

LIKE page TelekungSolatKanak2 https://www.facebook.com/TelekungSolatKanak2

SHARE post ini di blog/FB anda (jika di blog, letakkan link ke blogrimbun)

COMMENT saiz/umur anak anda di post giveaway di page kami, (satu saiz sahaja)
Jika anda pernah membeli telekung di page ini or di http://blogrimbun.blogspot.com walaupun 7 tahun yang lepas 😃😃, sila nyatakan yer.. kalau share gambar pun lagi best, ada hadiah misteri untuk anda. 
Jika anda tiada FB account, boleh tinggalkan komen disini dan letakkan link blog anda


HADIAH IKHLAS DARI KAMI💖💖💖💖💖
Sepasang telekung kanak2 mengikut saiz yang anda pilih (di ruangan komen), berserta pouch dengan sulam nama yang simple (jangan sampai nak sulam nama ayah plak yer kikiki 😄😄😄) & kos penghantaran dalam Malaysia shj.


TNC
*Pilihan telekung tertakluk pada stok readymade yang ada dan pilihan ditangan kami
* Anda boleh share banyak kali di hari yang berlainan, tapi mesti tinggalkan komen di sini
* Tarikh tutup 2 Ramadhan 1438, 28 Mei 2017, Ahad
* Seorang pemenang akan di pilih secara rawak dan akan di beritahu di page TelekungSolatKanak2.
* Lain2 TNC tambahan jika perlu 😝



Regards; Mila

Isnin, November 02, 2015

Tempahan Baby Bedding set..... sila sila..

Assalamualaikum..
Dah lama nak tulis pasal ni sebenarnya..
Opsss tajuk tokleh blah... macam nak aktif semula ambik tempahan jer kan.. aikk mana nak letak budak kenit kat rumah tuh kikiki

Pembetulan skit sebenarnya..
Ini cerita lama, yang lama nak tulis, dah lama simpan dalam hati.. hikhik.. amboiii

Just nak bgtau, pada yang berhajat nak tempah baby bedding set, bolehlah ke blog Yan ni yerr http://mylittlestuff27.blogspot.my/ 

Jangan malu jangan segan bertanya, insyaallah tak kecewa huhuhu

Ini gambar Asfa masa umur sebulan.. sekarang dah hampir setahun anak umi kan... today 11 bulan 7 hari dah...
Terima kasih pada Yan kerana hadiahkan Asfa bedding set ni, tilam kekabu empuk dengan bantal peluk dan bantal kepala, siap ada 3 bantal kepala lagi...






Regards;
 

Khamis, Mei 08, 2014

Ucapan terima kasih ini ku tujukan buat....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Kepada siapakah ucapan tu yer?
Kepada yang menghantar fridge magnet ni lerr hihihi

Siapa agaknya tuh?

Actually dah lama dapat notis pos laju ni, tapi tak jugak g ambik, sampailah pihak pos laju bagi amaran kat sms kuikui. Kalau tak ambik, akan dipulangkan semula huhuu.. bergegas ler makcik ke pos laju untuk menuntut barang nih.

Sangat comel si kerang ketam nih kan... begitu juga dengan kebaya biru tuh. Menambah lagi koleksi FM kami, walaupun bukan pengumpul FM tegar tapi dah dekat nak penuh ler jugak fridge tomel ku itew.

Kepada Cik Yatie, di ucapkan terima kasih atas hadiah ini yer..  ada masa buatlah GA lagi yer kikikiki
(tuan rumah nih entah berapa lama dah tak buat GA kan)

Sampai Jumpa lagi yerrr... wassalam

Regards;

Rabu, Mac 05, 2014

"2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Semangat nak menyertai GA plak arini..
Sekian lama tak bagi GA dan jugak tak sertai GA kan..

GA from blog cahayahidupku


Antara blog yang menjadi kunjungan, cari resepilah.. cari tipslah kikiki

Opsss kena tag kawan2 yerr.. saya tag cik azue keraihtanganAzue lah.. sapa lagi erks.. emm cik Suzie jugak.. dannn.. erkssss satu lagi... Zila MamaD lahh
Ikut dan jer pilih nih...

OKlah... selamat ber GA yerr

Wassalam


Regards;

Jumaat, April 12, 2013

Giveaway Winner... kita ganti baru..

Nampaknya terpaksalah saya buat cabutan semula untuk menggantikan seorang pemenang yang takde feedback ni... nak hantar camana kan..

Kali ni saya pick at random jer...

Harap Aleen Avril dapat email saya alamat ok..

Maaflah kepada GA winner yang lain kerana terpaksa menunggu lama, insyaallah Isnin ni saya akan poskan hadiah ok. TQ...


Regards;

Selasa, April 09, 2013

Calling GA winner - Ain Zaini

Special dedication niii.. hihihi

Kepada GA winner saya Ain Zaini, sila email me ur address ok.
Dah try leave message kat Google+ tapi saya sendiri tak taulah ngan Google+ ni camna it work... harapnya reaching the owner. Try cari email address tapi takde kat profile

Harap boleh reply to me by today ok... 
Saya akan draw another winner by tomorrow..

To other winner, sorry sangat sebab belum pos hadiah lagi, plannyer nak pos sekali jalan semua winner...



Regards;
 

Selasa, April 02, 2013

Giveaway Winners

Assalamualaikum semua...

Terlebih dahulu di ucapkan terima kasih pada semua yang sudi menyertai GA saya pada kali ini..
Maaf bebanyak... janji nak umum on 1st April, tapi kan... balik dari cuti ni kerja melambak, jadi terpaksalah tunda dulu. Yang posting semalam tuh semuanya scheduled post hahaha (rahsia terbongkar)

Kita tengok list yang ada..
Opsss ada plak category yang ke3 eks.... yang tuh special gift pada yang share GA saya dia FB or di blog.. hihi

Dan pemenangnya adalahhhhh

Kategori 1 : MamaDaniel
hadiahnya adalah 1/2 yard of US cotton

Kategori 2 :
Ain Zaini
Noen
Ayu@sweetlilcraft
hadiahnya adalah 2 pieces of cloth pantyliners


Dan cabutan bertuah kategori special gift:
Tahniah to Hana... ini hadiah misteri tau...

OK pada pemenang sila email saya address tau...

Tahniah pada pemenang, yang tak menang jangan kecik ati tau... Nanti saya buat GA lagi ok
Wassalam..

Regards;
 

Ahad, Mac 31, 2013

Giveaway.. giveawayyyy

CLOSED ALREADY...

Assalamualaikum
Selamat berhari Jumaat kawan-kawan.. dipenghulu segala hari.

Hari ini saya tengok MamaAlya buat GA kat sini
Tetiba terfikir.. aikk bila last saya buat GA eks?
2 tahun lepas kut! oh mak aiiii..

Sah lah tuan punya blog ni tersangatlah kedekut kan...
Tutorial pun dah lama tak buat, selalu dok ambik tempahan jer.... udah jadi mata duitan gitu.

OKlah hari ini buat wake up call... 
Nak buat giveaway...

Nak bagi apa eks... emmm

Oklah, since kat sini ada 2 kategori pengunjung, so saya buat 2 hadiahlah

Kategori 1: Crafter

1 Fat Quarter of these 2 prints, in total 1/2 yard untuk 1 pemenang

Kategori 2 : Non-crafter

2 pantyliners, combination of 2 gambar dibawah, untuk 3 pemenang (design randomly selected)
+

Syaratnya....

1. Be my follower (kalau belumlah kan)
2. Boleh pilih salah satu kategori ataupun boleh jugak nak kedua2 kategori
3. Untuk setiap kategory sila jawab soalan di bawah:

Kategori 1 : Namakan yummy fabric diatas beserta designernya (hint: Robert Kaufman fabric ni.. kacang je kan hihihi)

Kategori 2 : Namakan fabrik belah atas (top) pantyliner dalam dua gambar di atas (boleh tengok jawapannya dalam entry saya yang lepas)

4. Jawab dengan meninggalkan komen di bawah
5. Extra point bagi yang share GA ini di blog or FB
6. Winners will be selected randomly on 1st April 2013
6. Open to all readers yang beralamat di dalam Malaysia, kalau luar Malaysia, kos pos adalah atas pemenang (so sorry) 

Terima kasih in advance pada yang sudi sertai GA ni...

Regards;
 

Giveawayyyyyyy final call

Assalamualaikum kawan2...
Final call pada sesiapa yang berminat nak sertai my giveaway... Tonite is the closing date, hurry up.... Sila sila yerrrr....

Rabu, Januari 30, 2013

"Kome Nak Tak?" Giveaway

Lama dah tak sertai mana2 GA kan...
Kekadang bila requirement banyak sangat jadi malas, dlm hati nak, tapi take time nak buat, lepas tuh terus lupa...

Hari ni nak jugak menyertai GA cik Azue niiiii... comel sangat plushie yang dia buat tuh.. berbakat sungguh..

Comel kan.....

Anda pun boleh sertai di sini 



Regards;
 

Rabu, September 12, 2012

10Q

I received an envelop yesterday and look at what inside it.....
Horayyyy... its an Aidilfitri wish and 2 beautiful mug rug
Thank you soo much Nomaliza
Visit her blogshop
or personal blog
to see her beautiful creation from her sewing room..
I would say she is a very talented lady in bag making..

Bye..

Regards;
 

Rabu, Ogos 29, 2012

Oh! So Pinky...

A gift for a friend who just received a baby girl. 
Cuba teka... pinwheel ke or hourglass?
Hihi sama je pun mana2 kan. 
Sebenarnya saya buat hourglass block, tapi lupa nak mixed with other print, jadilah nampak macam pinwheel.
Dan bila dah siap cantum blok ni, baru saya tahu, sebenarnya saya lebih suka scrappy look dari two tone camni. at leastlah mix 3 4 colour or fabric print kan.. baru nampak seri.
Yang ini lebih kepada baby blanket, guna batting nipis jer, backing plak saya guna flannel. Terasa lembut jerrr. Flannel ni plak agak tebal, jumpa di Kamdar few months back. 
Ready to go to the owner... dan harapnya penerimanya sukalah yerr

Regards;

Isnin, Mac 26, 2012

Restock and your chance to get this for FREE

Weekend baru-baru ini saya agak bizi dizi..
Pertamanya pada hari Sabtu, pagi2 lagi kami dah bertolak ke Taman Botani Bukit Cahaya Seri Alam (Aiyakkk panjangnyer nama), Shah Alam.

Mini gathering dengan kawan-kawan masa di UIA dulu. Dah 2 tahun kami miss gathering, tahun 2010 kami tak ikut serta sebab kenduri kawin adik. Then tahun 2011, gathering di batalkan atas sebab kurang penyertaan, dan tahun ini Alhamdulillah menjadi jugak, walaupun just a mini gathering, daytrip jer.

Entah kenapa kan... bila dah masuk alam pekerjaan, alam dewasa, bukan lagi pelajar, tidak dinafikan kita jumpa dengan ramai kawan baru.. terlalu ramai. Tapi kawan-kawan yang susah senang masa belajar ni jugaklah yang too dear to my heart. Semua orang dah ada famili sendiri, anak2 pun dah besar, dan kalau berjumpa tuh macam tak hengat dunia bercerita hahaha..
Nasiblah kat Bukit Cerakah ni ada kolam, so anak2 sesama diorg dok berendam dalam pool sampai kecut, kulit pun dah bertukar warna... hahaha

Terima kasihlah kepada Mr&Mrs Organiser kerana dalam kesibukan tugas harian, dapat jugak menganjurkan program ini dengan jayanya... Syukran Jazilan.
Ibu-ibu suka, anak-anak gembira, dan bapa-bapa riang ria.
Tahun depan siapalah yang sudi jadi organiser agaknya....

Comes Sunday... masa untuk bersantai di rumah, masa untuk aktiviti jahit2 walaupun hajatnya nak mengemas rumah, tapi tersangatlah malasnya, agak2 tunggu next week panggil cleaner jer lah... yer yer.. saya memang tersangatlah malasnya nak mengemas rumah.... lebih suka menghadap mesin jahit jer kerjanya.
Apa yerr yang sempat saya jahit hari ahad arituh...
ada 3 helai tudung, siap quilting "Attic Window" baby quilt and currently tinggal handstitch binding jer, Siap jugak restock yang kat bawah niiii..

Ada 21 pieces semuanya..

Berminat untuk dapat cloth pantyliner ini for free?
Silalah berkunjung ke sini
Ada peluang untuk memenangi hadiah lain jugak yerr
http://notamanjaku.blogspot.com/2012/03/mini-giveaway-by-manja-im-limited_20.html
 First time saya sponsoring a GA... selalu buat GA sendiri jer kan.
Harap boleh bertambah kenalan dengan cara ini, plus promoting pemakaian cloth pantyliner.
Its good for your health, better for the environment and saving your pocket too.

Happy Monday..

Regards;
 

Ahad, Februari 19, 2012

Blogger's BOM Quilt Along

Here are my December and January BOMs

Better late than never :p

Tutorial was from Pat Sloan here

Tutorial was from QulitDad, You can find it here

Join us?
Please visit here

I am feeling lucky this month... I won 2 GAs organised by our crafter friends.
One from kelate with love.. TQ Dr Lina
you can visit her blog here
The background is local batik selling by meter, in which rarely found here. Normally batik is selling by piece or in 4 meter cut for baju kurung right.. I also love the lace. TQ soo much Dr Lina.

Another GA won was from Zura Lovemelot
Its's Lola Skirt pattern from Petite Kids Boutique, will find a time to sew one for my lil niece, Qalisha :)...
TQ soo much to Zura and Wong, the pattern designer.

Happy weekend friends



Regards;

Rabu, Januari 04, 2012

2012 Sew Scraps Along

Are you accumulating too much scraps?
and
Dont know what to do with it?
or
Needs an idea?
or
Need an inspiration?
or
Need a tutorial?

Lets join  Sew Scraps Along by Pleasant Home

There are chances to win a giveaway too.. (I run out of scraps and need more scraps to finish my Apple Cores table runner hihihi)

Being me.. I really love scraps.. working with scraps is like a theraphy sewing for me.




Regards;
 

Isnin, Januari 02, 2012

A gift truely from heart...

Entry pembuka bicara 2012...
Rasanya adalah lebih baik saya mulakan dengan sesuatu yang "truely from heart" dan lebih kepada membersihkan hati.. hati yang rasa sesuatu bila dengar someone expecting a new comer in their life. So I made this baby quilt for our special friend

Its bigger than the normal baby quilt that I made before.. its 43 inch x 39 inch. Kat tengah2 tuh saya guna fleece, instead of fiber. Lebih lembut n fluffy and lebih senang nak jahit hehehe.

Patchwork pattern ni dah siap lama dah... tengah tahun lepas agaknya.. nak cari balik entry pasal ni dah malas..

Saya malas nak FMQ, tapi just guna outline quilt jer. Suka dengan outline quilt instead of quilting on the ditch sebab takde overlapping stitch yang menyebabkan kain kat bawah tuh terlipat..

Label yang sungguh malu2 kucing.. almost tak nampak hahaha.. to make you see it.. its "MADE by MILA 2-1-2012"


Simple binding... pillowcase binding

Ready to go.. sooonnn


Dan ini plak pencil case for cikgu Elly, match with her Singing Birdie Bag bag here

Ada divider..


Wokey kawan2...
Happy New Year.
Regards;

Khamis, Disember 08, 2011

Scrap yang buat saya SENYUM sepanjang hari...

Dah lama dapat "love letter" from Pos Malaysia, tapi hari ini baru ada kesempatan nak pergi.

Alkisah kejadiannyer... ada orang yang nak bagi kain buruk scrap "jer" kat saya hehehe..
Dengan tak sabarnya, masuk jer kereta, terus buka, tak dan lah nak balik rumah dulu wakaka.. tetiba eks...

WOWIIIII junior juice
In red color.. and its one of my favourite colour

Cantik sangat2 kan.. pelbagai koleksi corak ada, its from here 

Kat dalam ada card slots, ignore ler gambor IC mokcik yang "chumel" sangat tuh yerr hehehe
Memang sangat muat untuk pelbagai saiz telepon tangan (read : handphone)
Very neat and perfectly sewn.
Seriously, saya rasa kak Jamilah kena buat label lah.. senang orang nak kenal sapa yang buatkan.
Sebenarnya kalau kawan2 berkunjung ke blog SCLover ni, macam2 pattern beg ada, bukan takat wristlet.
I am one of the secret admirer of SCLver Collection ni tau.

Kepada yang ingin memiliki wristlet chomel ni bolehlah berkunjung ke

ha.. yang ni betul2 from scrap... baru siap satu.. my kaleidoscope cushion cover

Happy cuti2 Malaysia, saya cuti2 at home jer nampaknya.

Regards;