Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bekal Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bekal Sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 14, 2014

Food warmer a.k.a Lunch Box review

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

I bought this few months ago..

Apa ke mende nyer nih?
Inilah bekal mokcik ke opis, sebab kawasan opis ni dah kurang choice kedai makan, so bawa bekal sendiri lebih menarik dari beli kat kat kedai. Bekal pun sempoi2 jer, apa jer balance dinner semalam, pack ke ofis, jadilah lunch plak hihihi.
Alkisahnya, kalau makan makanan yang sejuk tekak makcik ni segan skit, nak panaskan dalam microwave makcik tak kenan... maka tercari2lah sesuatu yang boleh memanaskan makanan dan ianya mestilah portable (banyak benor syaratnyer weih!).

Cari punya cari, terjumpa food warmer nih... (ini yang termurah & locally made, lain2 mahal & made in china)
Maka mokcik pun order ler satu..
Nak terus bagi review, rasa macam tak best plak, so dah pakai berbulan2 baru bagi review hihi

Dari luar nampak besor benor bekal nih hihihi.. (Melantak ke apa!)


Tapi sebenarnya kecik jer, sebab bahagian bawah tuh ada warmer, tapi kalau isi nasi sampai penuh memang boleh makan 2 orang jugaklah (dosage mak cik lerr).
 Sebelah tuh ada bekas sup, boleh dikeluarkan dan ada penutup asing.
Dekat2 nak makan jer boleh cucuk kat plug dan ianya akan start panaskan makanan. takes about 10 - 15 minutes jer cukuplah, jangan lama sangat sebab kalau tak nasi tuh akan jadi agak kering.
Nak basuh plak senang jer, tutup jer tempat nak attach wire to plus point tuh, dah boleh basuh, Asalkan jangan rendam dalam air dah ler..
Bekal makcik tengahari ni yerrr...
Ikan kembung masak asam jer (ada org panggil masak pindang kan)
Pastu ada set ulam kacang botol yang takde dalam gambor nih. Sempoi gitu.... (diet ler sangat kan)

Sekian review (erkk cerita je pun) dari mok cik yerr
Kalau sesapa nak tapau satu boleh survey kat sini http://www.lazada.com.my/trio-electric-lunch-box-tlb-891-131278.html 
Tapi korang jangan rely kat sini jer yer.. trylah survey2 kut dapat murah lagi kat Groupon ker kan..

Wassalam

Regards;





Isnin, Januari 13, 2014

Bekal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

Sejak dua menjak ni Izzah dok sibuk nak bawa bekal.. bukan sebab harga makanan mahal... tapi sebab makcik kantin dah tukar baru, favourite food dah takde, kawan2 pun bawa bekal

Maka pagi2 terpaksalah umi memasak bekal.. cari2 resepi bekal kat internet, complicated sgt ler plak... dah tuh kalau nak try stail bento mcm org jepun, sohih ler masuk tong jer sayur2 tuh kikiki.. aishh membazir betul!
So kita ikut selera sipembawa bekal je lah yerrr.. toksah hi-taste sgt nak berbento bagai
Arini senang jer... Roti John sempoi (no sayur, no ayam, no daging NO NO NO)


di gabungkan dengan air teh o
Tapi air sejuk pun bawa jugak kuikui.. banyak benor ingredient bekalnyer hihihi.

Roti john sempoi ni senang sgt weh!
Telur+black pepper+white pepper+garam skit
curahkan kat non-frying pan, letak roti yang dibelah2 dan disapu marjerin skit

Dah masak sapukan mayo+sos cili+sos tomato
tutup dan potong2
simple kan!
(Kalau suka boleh letak sayur mcm grated carrot, salad & bawang)

Kepada semua kawan2 muslimin dan muslimat... Selamat menyambut Maulidurrasul 

Marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda, tanda rasa syukur kita di atas rahmat hidayah yang kita terima selama ini.
Kita mungkin tidak akan bertemu dengan baginda di dunia ini, tapi kita masih ada peluang untuk bertemu Baginda di dunia akan datang selagi mana kita masih bernafas di atas dunia ini untuk terus beramal kearah kebaikan, pilihan di tangan kita.
Moga Allah permudahkan untuk kita terus beriman, beramal dan istiqomah dalam membuat kebaikan sebagai BEKAL untuk hari kemudian. Amiiinn


Fuh macam ayat kopi pes plak.. tapi bukan teh or kopi, sekadar luahan hati, kalau salah ayat tuh paham2 je lah yerr hihi

Wassalam

Regards;