Tuesday, March 9, 2010

HANGAT2 TAHI AYAM!!! : 6 Tips Terbaek Cara Pelagiat Yang Berhemah..

Hangat !!! : 11 Tips Terbaik Tingkatkan Trafik Blog Anda
Hari ni ada sedikit kecoh dalam satu laman community blogger yang popular dikalangan blogger Melayu iaitu "GengBlogger" apabila berlaku kejadian mengplagiat atau mengkopi n pes entry org lain dalam blog... Pastu entry yang plagiat tu pulak menjadi entry paling popular hari ni... ranking no 1st. Dah la aku merupakan orang ke-2 yang memberi komen kat entry plagiat tu dengan pujian segala... hampehh btul..

Nak dijadikan cerita adalah seorang so called blogger ni telah mengposting sebuah entry untuk mengajar orang tentang cara2 nak meningkatkan traffic ke blog. Haih ada hati nak mengajo org jugak... kalo taktau takyah la ajar dulu, belajar la sampai pandai dulu... tp kalo dah rasa nak jugak mengajar orang, buat la dengan cara yang lebih terhormat...

OK.. kat sini aku nak mengajar mamat yang konon rasa dirinya otai dalam bidang traffic dan mengpromote blog tu... Sila follow cara dibawah agar anda tak di maki hamun bila nak mengplagiat bahan org lain:-



  1. Paling senang ialah minta izin tuan punya entry untuk di repost kan ke blog nko tu... tu pun kalo dia kasi... tapi selalunya tuan entry tak kasi la, dia akan suruh ko redirect linkkan posting ko tu ke link entry tersebut.
  2. Copy petikan dari entry tu and paste kat blog ko tapi dengan syarat, taruk la credit nama penulis asal kat bawah tu. Pastu ko ulas la skit pasal quote yang dah di kopi'o tu... takkan la dah dapat satu perenggan ayat pun tak boleh nak luahkan sikit pendapat atau pandangan ko tentang petikan tu, kalo tak boleh maknanya ko belum layak nak masuk arena mengajar orang mahu pun menulis.
  3. Tiru idea utama entry sahaja, tetapi olahan dan ulasan perlulah dengan ayat sendiri, ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakan orang yang menulis mengenai tajuk yang berfakta atau pengetahuan am. Ambil point jer pastu ko karang la ayat sendiri dan tambah la dengan point sampingan yang ada dalam kepala sendiri, ini kadang2 akan menjadi idea yang lebih hebat kerana idea hasil dari 2biji otak yang berlainan, itu pun kalo ko sendiri ada idea yang boleh pakai la.
  4. Kalo dah tak reti jugak step no 3 tu, maybe... maybe ko boleh amik isi utama setiap perenggan dan buat ayat sendiri dan beri sedikit pendapat peribadi atau olahkan dan tokok tambah apa yang boleh diperbaiki dari entry yang asal.
  5. Kalo dah step ke 4 tu pun susah sgt nak buat, aku ada satu lagi cara... iaitu deletekan/removekan blog engkau tu... takde guna nya nak tulis blog kalo dah tak tahu nak menulis.
  6. Tapi kalo rasa dah keras kepala sangat nak tulis gak blog... maka buat lah tajuk2 yang lebih general seperti membuat lawak bodo dan seangkatan dengan nya...
Harap tips2 di atas dapat membantu anda melakukan plagiat dengan cara lebih educated dan tidak di benci orang. Tapi sebelum aku berundur buat malam ni, aku nak berterima kasih dengan mamat yang membuat onar tu kerana telah menyumbangkan idea untuk entry aku malam ni.

4 comments:

SakiraLicious said...

Saya contoh plagiater berhemah. I akan mintak izin tuan post itu dulu sebelum mengambil apa-apa. Kadang-kadang just link back jer, kalau tak termintak izin. Hmmph.
And I akan cuba utarakan pendapat I kalau boleh. Even if its only one or two lines. LOL.

But, at least, I don't go 98% taking entries and putting it on my blog. Lebih baik takde blog camtu. Pfft.

Azrul said...

hehe...memang kecoh kat gengblogger pasal entri plagiat tu...

Ismail Noh said...

"Dah la aku merupakan orang ke-2 yang memberi komen kat entry plagiat tu dengan pujian segala"
Haha~tak ape bro, kau puji entri, bukan puji si copypaste tu..

Jeff Syiru said...

SakiraLicious: 98% tu adalah angka yang melampau untuk meniru.... takbleh terima akal pun..

Azrul: Hahaha mmg kecoh pun, tp dia punya entry dapat hits sampai 600lebih woo... menjadi gak skill mendapatkan traffic dia tu... hauhauhaau

Ismail Noh: Tu yang buat lagi hangin tu, sebab wakenabeb.... tipah tertipu dan segala... hampeh tul....

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails