Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Monday, May 21, 2012

*NEW* Blackberry 10 - Leaked

**Artikel ini telah di ambil dari http://amanz.my untuk di kongsi bersama pembaca.... klik lah link di atas untuk mendapatkan lebih bnyk info terkini dunia IT & computer....

**************************************************************

BlackBerry 10 merupakan platform operasi daripada Research In Motion yang bakal digunakan pada peranti generasi baru keluaran mereka. Lanjutan daripada beberapa fungsi yang dipertontonkan sebelum ini, kini skrin utama dan skrin aplikasi untuk platform tersebut diperlihatkan dengan lebih dekat oleh pihak CNet.



 Berbeza dengan skrin utama yang terdapat pada beberapa platform lain, melalui BlackBerry 10, skrin utamanya memperlihatkan aplikasi yang sedang berjalan berdasarkan kepada aktiviti anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda untuk mengakses aplikasi kegemaran dengan lebih pantas tanpa perlu melalui pelbagai fasa seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, skrin untuk aplikasi turut sama diperlihatkan, yang mana tiada bezanya berbanding dengan apa yang terdapat pada pelbagai platform, mahupun pada BlackBerry 7. Cumanya, ia turut sama membawakan butang akses pantas kepada kamera dan juga butang carian pada bahagian bawah.





 Untuk mengendalikan dari skrin ke aplikasi dan sebagainya, sokongan gesture dijangka akan digunakan, yang mana masih tidak diperlihatkan sepenuhnya buat masa ini.

Friday, February 17, 2012

RIM to release BlackBerry PlayBook OS 2.0 on February 21st?



BlackBerry PlayBook users eager for the long-awaited 2.0 upgrade could get their wishes answered next week.
The new OS is expected to launch February 21, according to blogging site N4BB, relying on intel from its own sources. The confirmation followed previous "rumblings" pointing to that date for the launch.


Read more: http://news.cnet.com/8301-1023_3-57379261-93/blackberry-playbook-os-2.0-could-arrive-next-week/#ixzz1mbcqOwfO





Article from Cnet.com.... click the link for more..

Thursday, August 26, 2010

My New Photo Gallery - DONE!

Semenjak 2 menjak ni aku duk busy dgn projek menyiapkan photo gallery & portfolio... kali ni aku guna wordpress.org dan menggunakan host free dari byethost.com... dan domain juga aku dapatkan domain free daroi http://co.cc. So far aku puas hati dengan host free ni dan takde masalah pun nak guna... so maybe aku akan bertahan dengan host free ni sehingga la ada issue lain yang memaksa aku tukar kepada host berbayar... heheheh kedekut...

So jemput² lah melawat photo gallery aku yang tak seberapa tu... www.orangeshutter.co.cc

Kepada sesiapa yang biasa melawat orangeshutter.blogspot.com tu diharap dapat lah terus melawat ke website baru coz yang blogspot tu aku dah tamatkan perkhidmatannya...

Opss lupa plak, ni adalah post pertama aku dalam bulan Ramadhan rupanya... bleh tak nak ucapkan selamat berpuasa... harap tak terlambat.... salah silap harap di maafkan....

Tuesday, August 3, 2010

busy kah aku?

hmmm aku pun tak tau la nak kategorikn mcmana... busy ke aku yg malas... skang ni mmg mcm bnyk keje skit, keje opis mcm biasa la tak pernah putus, pastu duk buat keje utk majlis Tilawah yg company anjur plak ni, tp takde la bnyk sgt kot.. heehee

gambar2 yang aku amik punya lah bnyk menunggu utk di edit, customer dah tanya bila bleh siap... heheheh biasa la mana la aku bleh nak siapkan gamba tu dlm masa 2 3 hari, nak jugak di edit skit gamba tu, mana yang gelap nak kena terangkan & yg over exposed plak nak kene gelapkan... yang nampak kuning nak kene putihkan... tapi takpe, duit punya pasal esok aku akan hantar hahahaha....

Sebenarnya masalah aku skang ni adalah mengantuk... mlm2 asyik ngantuk jer, ni gara2 world cup la ni, abis jer world cup aku terus jadi mengantuk awal.. dulu ilek jer tido kul 2 3 pagi duk mengadap laptop... haisshhh nak kene btulkan balik time aku ni, susah cenggini nak buat editting n design pun tak dpt... rugi mlm2 kalo tdo awal sgt, bnyk benda yg bleh d buat... Blog utk Orangeshutter pun blum siap lagi ni... nak kene kumpul suma gambar n editkan dulu baru dapat publish, tak rock la kalo publish gambar mentah2... mcm org malas jer...

Directory Miribloggers pun dah lama tak update, aku ingat nak tuka template baru yang boleh memudahkan aku mengupdate ahli baru dengan cepat dan ringkas...(pemalas mmg selalu nak ringkas n cepat)....

Wednesday, May 26, 2010

Y?


y my blog dah lama x update? huhh pemalas... nothing to blog about ka? no lah, a lot of thing that i wanna share but... yes pemalas... my reader pun dah berkurangan now, average 20-30 unique visit/day now... damn... padan muka... sapa suruh malas update blog...

Wanna blog about current issue tp now mcm kurang follow plak crita² dalam news... Anuar Ibrahim?? apa dah jadi? ntah aku pun tak ikut lg dah... if ada org bgtau yg dia dah kene hukuman pancung kepala pun aku percaya... but donno la which kepala... hmm coz lelaki ada 4  kepala...

What happened to Project Alpha?? also donno la....

I'm more to photography now.... now tgh dlm proses pembikinan photography portfolio... last nite found 1 nice template for photoblog, n tonite will select some photo to display in that portfolio.. Skrang gak tgh form 1 photography team called "OrangeShutter Photography"... nanti dah siap baru diterangkan dengan detail bout this k... hmmm thats all for 2day.... chow cin chow....



Wednesday, May 5, 2010

Macam²...



Dah lama tak mengikuti perkembangan politik dan isu semasa dalam negara secara dekat... Skarang ni bila baca paper or tgk berita kat TV, dah macam² benda berlaku dalam negara... Ntah camana la otak PM kita nak fikirkan masalah² ni... aku yg hanya memikirkan perkara² dalam department dan kehidupan sendiri pun dah rasa mcm bnyk benda nak kena handle... apatah lagi sebagai seorg pemimpin negara yang memikirkan bukan hanya cara nak menyatupadukan rakyat saja tapi menjaga ekonomi negara, hubungan luar negara, kebajikan rakyat dan mcm2 lagi...

Antara isu² yang menarik minat aku skarang ni bila baca dalam paper or tgk berita, tak lain tak bukan isu liwat... Isu yang dah berkarat... tapi nak juga aku tertarikkan? Banyak komen yang bersetuju dan tak kurang jugak yg tak dengan tindakan DSAI membuat rayuan agar tuduhan meliwat itu di dibatalkan... bagi aku DSAI sepatutnya meneruskan saja pertuduhan tu dan sediakan bukti untuk membela diri kalau dia ada bukti... Sekarang ni pun penyokong DSAI ramai jugak yang berpaling tadah dan ramai juga yang dah tak pedulikan pasal isu ni... mungkin kepercayaan mereka sudah kabur.. seperti yang aku pernah katakan dulu, kenapa tak disahutkan saja cabaran supaya beliau melakukan sumpah sepertimana yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya tu... Bukannya berdosa kita melafazkan sumpah kalau dengan bersumpah itu boleh membersihkan nama baik sendiri..  Sekarang ni ramai juga yang berpandangan bahawa DSAI takut melakukan sumpah kerana takut di laknat dan termakan sumpah sendiri.. ahhh panjang plak jadinya bebelan aku ni... ok lah stop pasal LIWAT....

Isu kedua melibatkan Al-Sultan negeri tercinta tanah tumpah air ku... Al-Sultan Kelantan yang kita semua sedia maklum sedang gering dan memerlukan rawatan susulan di Singapore tapi pesawat yang d tempah khas untuk membawa baginda tak dibenarkan utk mendarat di airport Kota Bharu... Aku pun tak tau apa sebenarnya berlaku... Harap² kemelut dan isu dalaman Istana Kelantan dapat di selesaikan dengan segera dan secara baik..

Lagi adalah kisah yang baru2 ni keluar kat berita TV dan paper dan hangat gak kat blog²... pasal budak sekolah lelaki yang cuba nak bunuh diri, nak terjum dari tingkat 3 bangunan sekolah... ape ke jadah nye ni? budak² pun dah pandai nak bunuh diri ke?? adoii.... bnyk sangat terpengaruh dengan filem la ni.... Ya lah, budak² sekarang hidupnya lebih mencabar dan lebih banyak pendedahan dengan media² electronic yang hanya dihujung jari jer bleh dapat... kalau sesapa yang mudah terpengaruh dengan anasir2 ciptaan manusia ni nampak gayanya mmg rosak lah....

Tambah plak dengan kejadian seorang remaja kena tembak dengan anggota polis... hmmm ini pun susah nak dipikirkan jugak... kenapa sampai kena tembak?? adakah remaja ni melepaskan tembakan terlebih dahulu? atau mengancam nyawa anggota polis?? walau bagaimanapun perkara ini sedang disiasat dan harapnya perkara sebenar dapat di ketahui umum kelak.

Kisah hiburan plak skang ni org duk sibuk gak dengan Akademi Fantasia yang ke... ntah aku pun tak tau.. huhuhuh.... tp aku tak sibuk pun... tak amik pot langsung... konon macho la tak tengok AF takde nangis² hahahahha.... Drama kegemaran sekarang ni Adamaya yang mmg diminati ramai, kalo tengok dalam GengBlogger tu pun mmg ramai yang buat entry pasal cerita setiap kali satu episode tu abis... hmmmm aku pun tengok jugak hahahhaha.... jalan cerita mmg best la, lagi pun si Adam tu photographer so tu pasal la aku suka.... huhuhu masih jugak nak bagi alasan... hahahha biasa la mesti la nak jaga macho kn... kerana diriku begitu berharga.... hahahahha

Mesti ramai yg tertanya² apa kaitan gambar kat atas tu... jawapan nya... takde maknenye... sesuka hati jer nak letak... gambar Mr. B aka my fulltime model aku yang loyal bila aku takde subject utk d snap... hee :)

Sunday, March 21, 2010

Full-Time Blogger Monthly Income >RM170,000.00... Best giler....

Image of John Chow from FacebookImage of John Chow


Bukan susah nak jadi senang tapi bukan senang juga nak jadi senang.... Seorang blogger dapat menjana income USD40K permonth kalau convert duit RM tu lebih RM170,000.00 sebulan.... wahhhh kalo compare dgn gaji sekarang memang jauh panggang dari kayu api ni....

John Chow, merupakan seorang blogger terkenal dikalangan blogger international... banyak mengajar orang lain cara untuk menjana wang dengan hanya berblogging.... Senangkan, hanya buat blog dah dapat jadi kaya raya mcm tu.... tapi tahu tak yang dia sendiri bertungkus lumus untuk berjaya macam sekarang ni... perah otak habis2an untuk dapat idea2 yang deboom supaya dapat tarik minat orang baca blog dia...

Aku sendiri merupakan pembaca setia beliau pada suatu ketika dahulu dalam tahun 2006-2007... Banyak yang aku belajar dgn dia, tapi masalah nya aku ni kurang berdisiplin untuk berblogging... kadang2 kurang idea untuk tulis blog yang bagus mungkin kerana kurang info dan ilmu kot... heheheh

So kepada sesiapa yang belum pernah baca blog John Chow, maka boleh la lawat sekarang dan dia juga menyediakan free e-book yang sangat berguna, simple dan berbaloi untuk dibaca....

Boleh click link kat bawah untuk baca article dia..
how-i-make-40000-a-month-from-a-blog by JohnChow
Reblog this post [with Zemanta]

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails