Assalammualaikum..
Tajuk kemahin novel 200 m/s..ppuuiii hhiii
Harini start keje..kemain lemauuuuuuuuuu..
Seminggu duduk rumah = NIKMAT!!
Tapi takpe, hidup perlu diteruskan, cari rezeki sedaya yg mampu, dah tak mampu kita berhenti aje lah nanti an..an..an..
Nothing to story, just nk share start mahgrib ni dah masuk malam nisfu syaaban kan..banyak kelebihan ni, jgn lupa rebut ye kawan2..
Saya copy paste dr FB..luangkn masa baca ye :)
Kalo yg dpt berpuasa..alhamdulillah..saya tak mampu la sbb masih ON ubat 3x sehari yg wajib diambil..no skip hhhuuuu
InshaaAllah amalan2 lain masih bole dilakukan :)
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BLN SYAABAN
BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai
beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk
memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan
lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan
untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti
bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan
kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai
salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa
pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut
dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai
latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan
Ramadan.
Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk
dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang
bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak
melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia
kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.
Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha
akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu
antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau
maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak
akan mengulanginya.
Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf
daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah
ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang
ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa
orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana
berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada
bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti
memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan
bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan
Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada
Allah Subhanahu Wata’ala.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda
melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain?
Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah
bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal
ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal
ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).
Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis
sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu
Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).
Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa.
Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai
pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam
iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya
Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan
beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca
Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih
bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati
yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang
ke arah kecemerlangan hidup.
Wallahulam..