CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, 8 September 2015

just my 2 cents

Assalammualaikum...

Hujan rahmat pulak pepagi ni uols..rasa nk tarik selimut je lagi tp awatif dah memekak..'ibu cepat la siap, cepat siap'..padahal aku dah mandi siap, tinggal nk pakai tudung je..

Aduyaiiii

Terpanggil utk berkongsi pengalaman slps baca entry blogger namee roslan ttg kerjaya suri rumah..

Mmg betul sgt la kalo ada org persoalkan 'awak buat apa kt umah?' 'umah bersepah je ni' 'tak masak ke duk umah?'apa ingat surirumah goyang bontot je..in fact melambak2 keje nk hadap..tambah bila ada anak kecik..

So harini sekadar nk berkongsi pendapat iols..no offense..

Mmg faham sgt situasi tu sbb penah melaluinya selama setaun..masa tu hadi kecik, aku plak takde keje so jaga anak aje la..

Mmg penat walaupun anak sorang sbb hadi ni jenis melekap jugak kt aku..satu yg baiknya bila dah melekap, bila main pun tak jauh dr aku la..kalo aku tertido pun dia still elok je kt tepi..

Tapi kalo nk 'menghajat' ke, mandi ke pintu mmg kena bukak uols..kalo tak menangis2 mencari..mujur la dia kecik lg tak sampai sethn kan so halal je la hhhuuuu 

Then lepas hadi sethn aku start keje..bertambah2 penatnya..faham2 aje la kan..dgn nk memerah susu/mknn buat stok, kain baju, kemas umah etc..

Then alya lahir, pun sama bertambah2 lg la kejenya..masa tu hadi 4 thn..dah faham byk benda, dah boleh di suruh..tp keje rumah mcm biasa..

Alhamdulillah alya ok je..tak byk ragam, time mkn dia mkn, time tido dia tido..senang nk jaga..

Tapi bila 2 anak kecik kt umah, dgn bergaduhnya, berebut brg..dgn sepah sana sini..sama je..

Tiga thn pastu awatif lahir..yg ni menguji kesabaran sikit since dr pantang sampai la 3 thn camtu..awatif ni jenis tak meragam tp lasak dan aktif ya amat..makanya tido kurang..

Melasak sgt sampai jari kaki kena operate la haritu kena botol kicap..aduyaiii

Anak 3, bila kita keje, keje rumah makin bertambah la, rumah bersiap sejam dua, tak sampai seminit dah bersepah..baju kain tripple work la kan..

Mmg letih ya amat..

Tapi itu semua masa depa kecik..dah besor skang tetap penat tp keje ada yg membantu so syukur alhamdulillah..

Tp dlm kes namee, kalo kita tak bekerja atau work at home mom, ditambah anak still kecik mmg penat melampau..faham sgt tu..dgn anak memerap, dgn urusan rumah..

Tp kalo kita tak bekerja, anak dah membesor, sekolah pulak tu, penat tu tetap penat cuma kelam kabut urusan keje tu kureng sikit..

Ini situasi aku..

Cth kalo aku ambik cuti..bangun pagi mcm biasa, siapkn anak3 ke sek, hantar sek, balik rumah dlm pukul 8 terus kemas rumah, settle kain baju dan terus masak..dlm pukul 11 dah settle semua keje..

Then dah bole rehat tgk TV..pukul 1.30tgh ambik anak sek, awatif duduk nursery senang..settle pegi sek agama, balik rehat kejap, lipat kain..then ptg baru ambik anak..

Penatnya bila ulang alik ambik anak, tp tetap banyak waktu rehat..

Malam tak banyak keje nk buat sgt selain basuh baju dan masak..budak3 ni pukul 9 dah tido..lepas anak tido baru waktu rehat aku ngan suami la..

Tp kalo keje..dgn penat keje, ulang alik ambik anak, balik keje double keje la sbb urusan rumah yg dr pagi tadi terpaksa bawak sampai ke malam kan..betoi tak???

Kdg2 mampu masak je, tak mampu beli je..basuh baju, sapu sampah esok pagi baru buat kan??takpun langsung tak buat..bertangguh sampai ujung minggu kan??
Itu bila anak dah besor, dah sekolah semua..

Anak2 masa kecik mmg meletihkn sikit..nak tak nak kena bersabar sikit la..tp kenikmatan duduk rumah tu tak dpt nk di cakapkan..bak kata omputih home sweet home..

Mak aku surirumah (abah tak bg keje), jaga anak 7 org..aku faham sgt letihnya dia, faham sgt..

Ingat lg, mak basuh baju guna tangan je, memasak hari2 sampai skang..jaranggggggggg sgt mkn kedai..

Tp tak penah merungut pun hhhuuuuu..jgn aku, anak baru 3 tp merungut mcm anak 30 hhhhaaaaa

Mak selalu pesan, 'bersaborlah anak tgh kecik, dah besor nnt inshaaAllah senang'

Sayang mak lillahhitaA'lla..

Friends..that's my 2 kupang..no offense ye..lain org , lain la caranya..bertabahlah kita wahai wanita ye :)


Monday, 1 June 2015

perasaan itu..

Assalammualaikum..

Tajuk kemahin novel 200 m/s..ppuuiii hhiii

Harini start keje..kemain lemauuuuuuuuuu..

Seminggu duduk rumah = NIKMAT!!

Tapi takpe, hidup perlu diteruskan, cari rezeki sedaya yg mampu, dah tak mampu kita berhenti aje lah nanti an..an..an..

 

Nothing to story, just nk share start mahgrib ni dah masuk malam nisfu syaaban kan..banyak kelebihan ni, jgn lupa rebut ye kawan2..

Saya copy paste dr FB..luangkn masa baca ye :)

Kalo yg dpt berpuasa..alhamdulillah..saya tak mampu la sbb masih ON ubat 3x sehari yg wajib diambil..no skip hhhuuuu

InshaaAllah amalan2 lain masih bole dilakukan :)


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BLN SYAABAN 

BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sumber: Pelita Brunei

Wallahulam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...