CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Reward ujung thn dgn dress dan handbag

Assalammualaikum..

Katanyaaaaaaaa lah ujung thn padahal bulan lepas dah reward dgn handbag jugak, bila outing npk blouse cantik terus beli, npk shawal rembat 1..

Dasarrrrrrrrrr sgt kan!bbbahahahaaaaaaaaaa

Aku ni tak bole npk YES kt online..asyik la membelek mana2 yg berkenan..

Pantang npk beg, pantang npk dress/jubah..oooiiiiiiiii laju je klik!

Berhantu dan bernafsu betul la..

Kelmarin gatal beli cotton dress dekat butik yg biasa beli di sini #muslimahclothingcouture 

Tgk model pakai lahaiiiiiiii cantik beno, bila sendiri pakai, menangisi..beza sgt model dgn kau kan :P


Sapa suruh tiap2 hari update benda baru..saja nk bagi i juling2 mata memilih..korang kalo rajin bole jenguk fb tu..

Jenguk je tau, jgn like atau add kang saka membeli dtg je jgn salahkn hakak pulak..aku dah lama terjebak dgn butik ni hhhuuaaaaaaaaaa

Tp alhamdulillah spjg berurusan dgn butik ni, semuanya ok, takde masalah brg, lambat reply atau lambat pos..

Untuk mereka yg setinggi model dress recommended sbb labuh sampai 57'..org katik cam aku ni biasanya mmg kena alteration kan..tp apa ada hal hhhiiiiii
 
Handbag tu pulak warna maroon/red, mmg mencari warna gini sbb yg lama dah kikis2 kulitnya..padahal bukan penting sgt nk mengganti tp dah namanya nafsu nk membeli jugekkkkkkkkkk 
 
Berkenan kan design Micheal Kors kali ni..eh lupa yg ni bukan original handbag korang, cap ayam tp itu je yg mampu beli..cap ayam beratus jugak duit melayang fffuuuhhhhhh!!
 
Bole jenguk fb handbag ni..jenguk je jgn add/like..hhhaaaaaaaaa

#handbagdahbanyaktpikutnafsunkbeli
#dressbanyakbelumpakaitpgatalmembeli

Ok korang yg ada penyakit mcm aku bole # ye T____________T

Thursday, 11 December 2014

suprise di mlm jumaat

Assalammualaikum..

Saspen tak?saspen tak?

 

Pengubat duka lara di kala isterinya tgh stress + merajuk - moody x letih / mengada2 = 100% senyum sampai ke telinga..

Alhamdulillah..

Bangun subuh terus dpt suprise atas katil...amboooiiiii atas katil jugak nk diletaknya..mujur i tak tendang u..kalo tak pecah berkecai hati i..gituuuuuuuu

Ok..nk nyanyi lagi akim 'mewangi' jap...ehhh tetiba!!!

tq B!
  

Tuesday, 9 December 2014

RENUNGAN

Assalammualaikum..

Sedikit renungan di pagi rabu ni ye..bukan apa teringat satu ketika dulu, ketaatan aku pd suami penah dipersoalkan, seolah2nya aku melebihkan suami, meminggirkan ibu bapa..jgn begitu..SUAMI adalah keutamaan kita sbg ISTERI..segala yg kita lakukan, suami yg menanggung segala dosa..ini hukum!!

Ini tidak..terus menjatuhkan hukum pd kesalahan yg aku sendiri tak tau apa yg aku buat???jgn begitu..

Ada jugak yg mempersoalkan t/jawab suami saya seolah2 tidak penah membantu mak dan abah..jgn begitu..keutamaan memberi nafkah:

1. diri sendiri
2. isteri
3. anak2
4. ibubapa
5. ibubapa mertua
dll

Ini hukum..kalo kemampuan menanggung sampai anak2, aku pun takde HAK nk paksa suami menanggung mak abah..kalo ada lebih tak payah suruh, dia sendiri hulur, takde jgn dipaksa..kita mencari pahala, bukan mengumpul dosa.. 

Sama2 muhasabah diri ye..dah akhir zaman ni sahabat2, mari sama2 kumpul PAHALA ye..syurga Allah itu mahal :)


ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
Source: fbook

Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
 


menyopping lagi..

Assalammualaikum..

Ini ajelah kojo eh..selagi tak bukak sekolah, ada je benda yg tak cukup kena belikan..

Hari minggu aritu ke Aeon...sebenonya groceries day, patut ke mydin dulu tp singgah Aeon sbb nk beli beg sek dan top up mana yg takde..

Nak cari beg yg murah giler tp nak yg tahan lama (at least sethn) mmg tak jumpa la kan..so kalo bole bajet kita cubalah..

 

Mujur la alya tak meroyan2 nk beg Frozen..telan air lior aku menengok harga..kalo sorang takpe la, ni kang awatif tu ingat dia nk menjeling sajo..mmg tak la!

Bajet RM50-60 sebiji utk hadi alya..awatif beli yg murah tp janji ada roda..pun boleh..suka sgt dah tu!
 
Mcmkn banyak beno buku kau nk bawak..sudahnya buat letak baju nurseri je nnt..pppfffttttttttt!!!

Itupun dah siap pakai pun, tak sempat bukak sekolah, esoknya dah bawak ke nursery..kannnnnnnnn i told u..

Then beli segala mak nenek alatulis dan pembalut buku sekolah..kalo ikutkn aku, kau asah la pensil2 yg elok aje kt umah tu ha, kutip pemadam2 yg ada dlm bekas tu ha..kedek giler maknya hhhhhhhhhaaaaaaaaaa

Bukan kedek uols..bebudak ni benda2 tu elok lg, buang merata2, aku jugak yg mengutip..ingat bapak kau keje kilang alatulis ke??

Tu pensil kaler rasanya sethn 2-3 kali jugak membeli..sekelip mata je hilang!

Mujur la bapaknya baik hati, membeli jugak, kalo aku ni berkira sikit la hhhhiiiiiiiii..bukan apa, tak menjaga brg tu yg buat aku naik hangin, w/pun bukan aku yg bayor tp aku la tukang kutip, tukang cari, tukang simpan gggrrrrrr

 

Settle brg sekolah, singgah mydin, beli brg dapur pulak, beratus2 dah kt situ..belanja lagi kan??kdg2 kesian tgk asben..

Bulan ni je, dekat 1k utk brg sekolah, yuran belum settle lagi..

 

Mari kita sama2 doakan semoga suami2 kita dimurahkan Allah pintu rezeki yg luas utk menanggung kita ye :)

Ok..alhamdulillah..semua dah siap, tinggal yuran dan pendaftaran anak2 sekolah..

Keje kt opis pun dah banyak yg settle, audit Biro pun dah selesai..harap2 ujung bulan dah bole bercuti..

Really need some rest sbb darah aku naik gilerrrrrrrrrrr uols bulan ni, strreeessssssssss..mujur tak tahan wad, terpaksa ON ubat dulu..

Alhamdulillah..daily check-up..getting better..

Patut la otak rasa nk jammed, kepala sakit, mata kabur, hati tak selesa..hhhuuuuuuuu

Takpe la..pikir positif..Allah yg bg sakit, Allah yg sembuhkan semula kan?in shaaAllah..dont worry..

T__________T 
 

Friday, 5 December 2014

makan aje la yg kau tau kan..

Assalammualaikum..

Ya Allah tak tau nk ckp betapa merindui blog dan kawan2..nk menulis sepatah pun susah apatah lg nk berkunjung ke blog kawan2..

Sibuknyaaaaaaa bulan ni tak tau nk ckp camna..ni minggu depan nk audit Biro..

Kdg2 bukak blog, tutup..langsung takde idea fffuuuhhhhhhh...

Gambo mknn aje yg byk kt tepon so marilah b'cerita pasal mknn je uolsss bbbaahhhaaaaaaa...ini je yg ku termampu setakat ni..

Meh layannnnnnn...

Pic1: ada masa ini aje yg aku nk makan, setitik kuah pun aku tak sentuh..ini pun sodap :) 

  

Pic 2: sekali sekala layan masak kicap sotong..depa tak brapa suka, kalo masak sambal sotong laju..

Pic 3: Isi ayam potong kecik2 buat masak sambal belada..gaul dgn nasi panas2..sudah!


 Pic 4: bebudak3 suka ayam masak kicap, kalo bole tiap2 mlm suruh buat, tu yg togel takde rencah, sampai habis bahan guna..eh senang keje mak kau..


Pic 5: ikan jelawat masak lemak..bebudak3 suka jugak tp ikannya bertulang banyak pulak..dah 1 hal pulak aku kebek2 time mkn..


Pic 6: singgah pasar malam aritu, npk lemang dgn rendang pulekkkk..tak tahan membeli la sepotong, beso tu singgit tau, rendang 2.50..


Nasib rendang sedap sgt mcm mak aku masak..halal la T__________T

Ok..tu je..

Jumpa minggu depan..kot rajin <________>

Sunday, 30 November 2014

join class





Assalammualaikum..

Alhamdulillah..selamat dah mendaftar utk anak2 program cuti sekolah ni..bermula harini sampai la 18/12/14 nnt..


Lokasi tak jauh mana pun..dekat masjid je..kami anto alya ngan hadi..duduk rumah b'2 pepagi pun buat apa kan..buang masa..

Kekangan masa makbapak pun ye sbb mlm baru dpt mengaji dgn aku semua..siang blajo dgn guru lah ye..lebih afdal..
 
Awatif duduk nursery la..belum waktu nk join benda2 camni..

Begitulah..thn lepas, hanto tusyen dgn adik cikgu sekolah Pasti alya..thn ni advance sikit la..yuran pun up sikit la hhhiiii

Buat masa ni, aktiviti islamik je yg ada kt sini, teringin jugak nk anto kelas yg buat aktiviti baking ke, cooking ke, painting ke..tp kt sini nan ado!so apa yg ada kita hadaplah!

Its ok..yg penting ilmu yg dimanfaatkn..

Ok..in shaaAllah ujung bulan nnt kita gi vacation ye!!!ibu dah isi borang cuti..approve je belum..eh???

Eh..anak korang join aktiviti apa? mesti mcm2 yg best kan?

T__________T
 


Sunday, 16 November 2014

Dah konvo awak..

Assalammualaikum...

'Aku tanya apa khabar..aku tanya apa khabar semua'..tetiba..

Kan dah ckp, minggu ni baru nk update blog..ini pun sbnrnya malassssss sgt, tp sbbkn gambo dah ada dlm draf so paksa2 jugak la jari jemari yg besaq gedabak ni menaip bbbahhaaaaaaaa

Kita mulakan dgn graduation day sekolah alya lah ye..

Rata2 ramai anak2 konvo minggu lepas kan..mostly tadika..sekolah rendah belum lg kot..hadi minggu ni baru dpt result kot..

 

Pagi tu raof yg hanto alya dulu ke dewan..aku ni kemain banyak hal kt umah..baju nk masuk mesin, siap tempat tido, masak sarapan, tunggu 2 org lg anakanda nk bersiap..fffuuuhhh..


Sudahnya 9.30pg baru sampai..mujur giliran 6 thn belum ambik hadiah kecemerlangan lg..

Alhamdulillah alya exam akhir thn kali ni meningkat..dpt tempat ke3..tak sangka jugak sbb aku just berharap dia dpt jwb semua soalan dgn baik..ranking ke berapa tak kisah..


Tak sia2 jugak usaha menjadi singa jadian spjg minggu pekse aritu bbbaaahhaaaaaaa

Begitulah mak2 kan..kalo bole nk terbaik aje utk anak2 kan :)..bapak2????no komen..beli buku haraplah, tp mengajor mmg tak la..eh itu lakiku..laki korang ok kot...

Then, acara diteruskan dgn persembahan pelajar, itupun 2 sekolah je yg buat persembahan..jadilah..


Sekolah alya buat dikir barat kelantan kau hhhaaaaa..ni confirm ustazah depa punya idea ni..eh tp elok kemain telo kelantan nyanyian tukang karut dgn anak2nya mengarut :P

Gambo gegor..harapkn hadi mmg ginilah..asal boleh je..femalas tau!


 Ini alya dgn bff dia..alya batrisya namanya..tempat ke4..ada lg 2-3 org bffnya..pun ranking sederet sama je 5 dan 6..baik pakat sungguh hhhhiiii

Last but not least, baru penyampaian sijil graduate 6 thn di Sekolah Pasti As-Salam..


Akhirnyaaaaaaaaaaaa...

 Alhamdulillah..tak sia2 ibu tukarkn ke sekolah sini..kita bermula dr bawah sgt2 di saat kawan2 semua dah pandai segalanya..

Betul korang..alya dulu masa 5 thn lebih,  langsung tak pandai mengeja w/pun 2 sebutan, eh sebutan kan??ala mcm 'ba ta'..simple kan?pun tak reti..itu baru bacaan, mengaji, mengira pun out compare abgnya dulu..

Alhamdulillah..Allah bg kesedaran kt aku bahawa kita as parents yg bertanggungjawab terhadap anak2 kita..bukan sepenuhnya cikgu..

Rupanya aku terlalai seketika nak bagi perhatian kt dia..terlalu sibuk urusan kerja dan rumahtangga yg tak penah abis...

Sudahnya aku nekad bila ada waktu lapang atau pantang ada waktu terluang, keep on mengajo dia..membaca, mengira, menulis, mengaji..

Semua aku buat sendiri..caranya???usah ditanya..smua mengikut cara aku sendiri, tanpa alat bantuan mengajar yg canggih2 janji dia paham..

Time tu mmg bengkak2 mata la menangis je alya hhhhooooohhooo..bila sebut je 'alya ambik book'..bergenang2 air mata, fobia :P

Raof tak masuk campur time aku mengajo tp dia mcm biasa lah, beli buku & byk b'tanya pendapat kwn2nya yg keje jd guru

Alhamdulillah..dlm masa 2 bulan lebih gitu..Allah menunjukkn KekuasaanNya..syukur!!.

Kawan2..jgnlah salah faham ye, bukan aku memaksa anak utk menjadi pandai, cuma tak nak anak menjadi bodoh saja..sama sprt mak2 yg lain..

Tapi kita kena ingat, anak2 pun manusia biasa, ada kelebihan dan kekurangan..yg penting guna kelebihan dan perbaiki kekurangan kan :)
 
Alahaiiiiii motivasi sgt tulisan harini w/pun bila jadi benda2 camni mmg aku org pertama yg panik mcm org saiko je bbbahahaaaaaaaaa..

 Ok..kakak 2015 dah 7 yrs..nnt ibu buat entry istimewa utkmu ye :)..in syaaAllah..

sobs..sobs..sobs..sobs..makin besar dah anak dara sulung saya ni :(

Sunday, 9 November 2014

#randomphotomakanan

Assalammualaikum..

Dah tak tau nk tulis apa, banyak benda nk citer tp pemalas nk meninggal, blog pun dah suam2 kuku hhhuuu..sikit lg terus tutup blog apa bbahahahaaaa..

Maafkn daku krn terlalu bz uols..maklum la ujung2 thn ni kan..esok ada kursus GST..pergi dlm keadaan tak rela tau..100% tak sokong langsung tp inilah MALAYSIAKU...

Tak npk langsung apa kebaikannya punnnn..dah kena tindas pun tak bole nk pikiaq balik kan???fffuuuhhhh!!!

Lusa..kursus team building 2 hr kt kilang ni je..kali ni banyak main katanya..yeyeyyyyy mesti best!!

Sudahnya minggu depan la baru nk update blog pulak hhheeeeee..

So sblm bercuti lama, meh kita tgk #randomphotomakanan aje la ye..

  
#photo1 : aritu demam selsema, ini je yg mampu nk makan..goreng ayam dan udang kering, letak bawang dan cabai muda..nasi panas letak kicap..lu pikirla sendiri!!

#photo2 : potluck bawak roti sarang lebah..kali ni menjadi, sos buat banyak sikit..


#photo3 : datang kemalasan, buat kurma telur je utk mkn mlm budak3..aku tak nak makan nasi tp bila tgk cili berenang2..uuiihhhh tak tahan..makan jugekkkk..*apapuntakbole


#photo4 : dinner roti pita..separuh tu pun kenyang nk mam&*%

#photo5 : dah lama tak makan udang, beli kt mydin bole tahan beso2 gak..terus buat sambal tumis udang..dah siap masak terus tringat petai, kalo letak mesti lg meleTOP kan..



#photo6 : jarang sgt rajin begini hhhheeeee..ada lebih nasi mlm tu, esoknya terus buat nasi goreng
 sotong utk hadi & alya bawak bekal.. 


#photo7 : pantang viral kt fbook..semua nk try hhheeeee..


Ok..cukup banyak ni dulu la na..minggu depan sambung balik hhhhaaaaaaaaa

Ohhhh..rindunya masa utk diri sendiri T_____________T

Thursday, 6 November 2014

melepaskan tekanan jap

Assalammualaikum..

Sekali sekala perlu humbankan bebudak3 dlm ni hhhaaaaaaaaaaaaa

Kejadian hari minggu tu..saja nk bg reward kt alya dan hadi abih exam..sbbkn sekali sekala so melayang la RM45 bbbahhaaaaaa..RM15/seorg uolsss..

Tp yg bestnya kt situ RM15 whole day..kiranya bole kluar masuk la..kalo parents nk bershopping sementara anak2 main sedang elok hhhiii..

 

Tp make sure anak2 dah bole pikir, kalo kekecik tanpa pengawasan org dewasa apa kejadahnya nk letak kt situ..

Itulah je gambo yg mampu aku tangkap..semuanya mcm ulat taik..menggeletis seronok sgt bbbahahaaaaaaaaaa 


Kitaorg tinggalkn kejap bebudak3 kt situ sbb nk shopping kt Daiso jap..sebelah je kedainya pun..syurga betul memilih tanpa bebudak ni ha hhhaaaaaaaa

Then melepak la kami menunggu..balik makan, masuk dlm tu semula, raop tengokkn kejap sementara aku merayap2 hhhiiiiiiii..

Dr pagi sampai ke petang melepak dlm AEON sambil teman anak3 je..jadilah melepaskn tekanan perasaan memasing T__________T

Balik tu singgah Mydin pulak, baru nak shopping brg2 dapur...bole???

Ok..tu je..

T____________T


Sunday, 2 November 2014

SATE - resepi

Assalammualaikum..

Dah lama beno nk share resepi sate ni ha..

Actually resepi ni pun ambik dr kak Azlita Masam Manis..siapa tak kenal kan?? aku search pun kebanyakan resepi sama je lebih kurang..tinggal tambah tolak je mana yg ada atau takde..

Meh copy paste je resepi dr kak Azlita ni ye..tq kak sudi share :)


SATAY DAGING ATAU AYAM
Resepi Oleh : Mamak Haji
Sumber: Kak Azlita

Resepi ini boleh di gunakan untuk daging, ayam , kambing atau apa-apa daging yang di rasakan sesuai. Sukatan ni untuk keluarga yang sederhana, kalau ramai buatlah lebih-lebih takut tak cukup pulak!

Bahan-Bahan 

1 kg daging lembu atau ayam - saya campur
3 sudu besar madu  atau gula merah - saya letak madu
 2 sudu kecil garam
kayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti

Bahan Kisar

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja
4 cm halia
3 cm kunyit hidup

Bahan Sangai

2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus.
2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus.
3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus.- saya takde so tak letak

2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.

Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.
Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.
Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.
Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.

Minyak untuk disapu pada daging semasa bakar

1 biji buah keras ~ ditumbuk lumat atau di kisar - saya takde
1 sudu besar gula
1 sudu besar air - saya ganti dgn air perapan
1 sudu besar minyak masak
1 batang serai ~ di titik

Satukan semua bahan kecuali serai  dan kisar halus
Serai yang telah di titik perdunya di gunakan sebagai berus untuk merenjis minyak atas daging


Sate ni saya perap 2 hari tau..mmg meresap sgt rasanya..sate ni sedap kalo manis dan lembut kan :)
 
Ok..kuah kacang esok pulak na..kang bebanyak ponin pulak kepala hangpa :P


Selamat mencuba T_____________T
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...