Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label trafik. Show all posts
Showing posts with label trafik. Show all posts

Ambil aset orang lain demi traffik

Friday, January 08, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Nama: naquib
Soalan: asslamualaikum....
abg sy nk tnyer pasal pakej lisahilmi..sy baru beli pakej ni...belum mula lagi..sebab ade keraguan pasal hukum haramhalal..pakej nih.....yela...dlm satu pakej tu kite kene upload video..tapi kite tk dpt kebenaran tuan punyer video tu then kite upload tu tk haram kew???
then minta abg bagi penjelasan yg abg tahu pasal pakej lisa nih..dari segi hukum syara'....tq



Jawapan saya,

W'salam naquib,

Saya tidak membeli produk
pakejvideo lisahilmi tersebut tapi saya rasa saya tahu teknik lisa hilmi tu iaitu download video , edit watermark dan upload semula utk tarik trafik rite?

Sebenarnya di dunia internet ini semuanya berkonsepkan perkongsian, owner tidak boleh marah jika originilty video/gambar masing-masing. Sebab itu pentingnya watermark. Dari segi hukum tu saya tak pasti tetapi kalau ambil barang tanpa kebenaran tu memang haram ler kot.

Sebaiknya kita minta kebenaran dahulu, jika boleh bermaksud kalau ada email/borang yang boleh dictc. Cth kalau dlm youtube, kita boleh mesej kepada tuan punya video yang original. Klu tak ada cara utk contact yang owner original rasanya tak haram 'agaknya'.

Tak pun di ruangan mesej kita boelh kredit kepada owner, sekurang-kurangnya pengunjung tahu siapa punya tuan punya video tersebut.

Just pendapat sebab bab hukum ni kena tanya Ustaz Zaharudin :)


Tahniah kepada En Naquib yang sentiasa mementingkan halal haram. Cari duit internet, cari jugakan tetapi mesti cari yang halal.



Salam
~blalang~
Cari duit internet yang halal jer.



Crawl Google

Sunday, December 20, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Agak lama saya tak update blog cari duit internet ni. Maklum la part time jer. Kalau sibuk dengan urusan kerja dan offline, masa untuk online tu terlalu limited digunakan utk benda-benda penting jer.

Kali ni mari kita sama fikirkan soalan dari saudara Zie melalui email.

Assalamualaikum

Nak tanya saudara sikit.. kenapa ya, sudah lama saya buat blog ini, tapi google masih tidah boleh crawl blog saya, biasanya 1 minggu saya buat blog google dah boleh crawl blog saya.. Ada masalah ke dengan blog saya. Saya dah submit ke berpuluh-puluh submit url di internet. boleh tak saudara bagi penerangan kat sy sedikit.


W'salam Zie.

Saya tak mahu kongsikan link anda di sini (mungkin Zie sendiri pun tak mahukan?).

Untuk dicrawl digoogle.Berikut perkara yang saya buat jika untuk blog baru:

1. Submit site ke search engine
2. Submit link ke laman social bookmark seperti digg, twitter,fb, delicious,technorati, mybloglog dan sebagainya.
3. Submit RSS /feed ke laman yang membenarkan RSS. Yang wajib saya submit ialah di My Yahoo dan Igoogle. Tapi banyak lagi ada..
4.Ping, gunakan pingomatic.com. Jangan terlalu kerap , dalam seminggu sekali pun ok.
5. Jangan lupa buat apa yang patut untuk SEO.Tak perlu didetailkan kerana dah banyak kali saya post pasal seo ni.
6.Selain itu ada apa yang penting ialah robot.txt dan membuat sitemap. Kita biasanya tiada masalah untuk blog yang menggunakan blogspot tetapi jika menggunakan worpress ada sedikit konfigurasi yang perlu dibuat.

Saya biasanya menggunakan tool dari google sendiri.

https://www.google.com/webmasters/tools/

Langkah yang perlu dibuat ialah:

1.Login dengan email gmail,

2.Add A site

3. Letak URL web anda

4. Kemudian kita diminta buat verification. Cara yang senang ialah dengan menggunakan meta tag. Google akan memberikan codenya. Jika dengan HTML tiada masalah untuk meletakkan code tersebut di bawah dan sebelum .

Tetapi jika menggunakan WP, anda boleh install plugin dari meta tag manager. Boleh download di http://wordpress.org/extend/plugins/meta-tag-manager/

Step install plugin tidak perlu saya ajarkan di sini ya. Ok selepas anda upload plugin , activate plugin meta tag manager tersebut anda klik di menu setting.

Anda hanya perlu masukkan code dari google tadi diruangan meta name dan meta content. Selepas itu buka page google webmaster tadi dan klik verify. Ok sudah selesai urusan add URL di google webmaster.

Ok harap apa yang saya tuliskan dapat membantu Zie, maaf jika apa yang saya tulis di blog cari duit internet ni telah Zie lakukan. Ini antara yang terfikir secara spontan dari saya. Oh ya semasa menghantar link blog kita tu jangan terlalu banyak dan kerap dalam masa sehari kecuali anda menukar IP. Ini kerana silap-silap blog kita dianggap spam.

Selamat mencuba!

Salam,

~blalang~

Cari duit internet lagi dan lagi...

Trafik vs Google PR

Wednesday, September 09, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: ,

Salam,

Kenaikan mendadak blog hangat aku di rank alexa memang sudah aku jangka kan tetapi tidaklah semendadak ni. Masa post ini dibuat sudah 108,075 . Bulan lepas kalau tidak silap 119,+++.



Memang aku ada buat satu teknik bodo tarik trafik ke situ tapi tidak menjangka hits nya melampau. Syukur Alhamdulillah.

Tiada post hangat yang kontroversi dibuat tetapi kemungkinan kerana bulan puasa. Biasalah bulan puasa mood kerja pun kurang dan kurang juga aktiviti-aktiviti luar jadi lebih baik layan blog hehe.. mungkin la kot.

Hari kedua bulan Sept ni menjadi rekod tertinggi pengunjung blog aku tu.



Bercerita dengan alexa rangking, jumlah pengunjung dan Google Page Rank memang aku memang keliru sikit. Blog hangat aku tu PRnya sekarang dah jadi 0. Mungkin kerana banyak backlink dari blog yang rangking kosong. Takpelah walau pun kena gelak oleh pro blogger sekurang-kurangnya hit nya banyak.

Apa guna google PR 4-5 tapi yang hitnya ciput. Ini kerana memang prinsip aku banyak trafik banyak masyuk hehe.. contohnya kedai offline la mana lagi banyak masyuk yang lengang atau yang ramai pengunjungnya?

Mungkin kalau cari makan dengan buat artikel memang memerlukan Google PR. Tapi confuse juga kenapa penaja lebih sanggup membayar kepada blog yang PR tinggi tapi pengunjung kurang berbanding dengan PR = 0 tapi pengunjung ramai.

Kalau fikir logik iklan di mana lebih berkesan?

Blog aku jadi macam forum wangcyber la agaknya. Hit tinggi tapi PR rendah kerana backlink dari blog-blog yang kosong atau baru.

Apa pun tak kisah lah pr 5 kurang hits ke atau pr 0 ke banyak hit ke janji sama-sama boleh cari duit internetkan?

Komisyen affiliate, nuffnang , ppl pun bertambah apabila ramai pengunjung. Alhamdulillah.

Cerita pasal ppl ni, kisahnya ppl Speed Adsense terpaksa dihentikan kerana ada berlaku kes kerana ramai yang menggunakan teknik ni kena banned akaun Google Adsensenya pasal guna teknik black hat.

Hmm tak berani nak komen pasal dengar cerita jer dan tidak melibatkan diri secara langsung dengan speed adsense ni. Aku pun pernah juga guna teknik black hat iaitu letak iklan adsense di blog Melayu sehingga income masyuk riban-riban tapi malangnya ada seorang makhluk Allah telah komplen dengan GA sehingga aku kena warned. Nasib baik amaran jer ..tu yang serik nak guna teknik topi hitam ni .

Oh ya sebelum mengundur diri cerita lagi pasal ppl. Aku ni biasalah kalau ada cabaran biasanya memang ketinggalan bas kecuali ada orang email direct pada aku. Baru daftar 2 hari , sikit lagi nak jadi top 10 affiliater.

Ppl dah lama tapi topiknya masih hangat , jangan lupa download dan daftar :




Salam Ramadhan
~blalang~
Jom cari duit raya diinternet!