Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label Scam. Show all posts
Showing posts with label Scam. Show all posts

Mengenali program cari duit internet yang sebenar

Saturday, August 14, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam Ramadhan,

Setiap hari, ada saja email dari orang yang tidak dikenali diterima yang mempromote macam-macam program cari duit internet kononnya.

Jika anda kurang pengetahuan untuk membezakan mana yang betul mana yang scam pasti akan terjebak dengan program yang sebenarnya program piramid yang buat duit sebenarnya dengan mencari kaki (downline).

Contoh perniagaan mereka yang simple:

Anda bayar RM100, setiap referal yang anda bawa, anda akan dapat RM10, lagi RM90 ialah untuk webmaster. Jika anda bawa 10 orang masuk anda akan balik modal.

Jika anda bawa 100 orang masuk, anda akan untung sepuluh kali ganda dan webmaster pun lagilah untung beratus2 kali ganda. Proses ini berterusan sehingga tiada orang join lagi.

Jika anda dapat bawa masuk 2 orang kira ok, dapat balik modal tapi bagaimana jika tiada seorang pun yang nak join?

Sebenarnya program-program begini yang untung hanyalah webmaster web tersebut. Produk yang disertakan misalnya ebook hanya sebagai tutup mata sahaja. Ebook-ebook yang disediakan sebenarnya tidak dibaca pun.

Tahukah anda, kita juga boleh membuat website sebegini dengan begitu mudah dengan hanya sedikit pengetahuan berkenaan aturan di control panel hosting.

Anda boleh beli script begini di Ezeezone. Di eezeezone anda boleh membeli leboh 30 script website MLM, randomizer, matrix dan sebagainya.



Jadi sesiapa pun boleh jadi webmaster program cari duit internet dan yang untung hanyalah webmaster.

Namun begitu tidak semua program adalah scam, ada juga program MLM dsb yang benar-benar program cari duit internet. Silalah semak dahulu.

Saya cadangkan anda join forum wangcyber untuk bertanyakan otai-otai IM di sana berkenaan program-program baru.

Forum wangcyber adalah satu-satunya forum tempat blogger dan Internet Markerter Malaysia berkumpul. Malah ramai dari IM yang terkenal kini lahir di sana spt Jamal, Razif Yusof dsb.

Jadi jika anda belum lagi menjadi ahli forum wangcyber,join lah sekarang kerana pelbagai ilmu manfaat IM ada di sana.

Klik --> join wangcyber

Selamat berforum
~blalang~
Forumer tua hohoho

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Wednesday, November 19, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!


Tulisan Irfan Khari di http://www.irfankhairi.com

Email SCAM ebullion

Thursday, May 15, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Pagi ni, saya dapat email yang kononnya dari ebullion dengan tajuknya Account Locked! Saya yang menggunakan transaski ebullion untuk urusniaga di Marketiva pada mulanya agak panik juga kerana takut kena lock akaun tu.

Tapi seperti biasa, kena buat edisi siasat dahulu.



Cuba lihat alamat email pengirim, pandainyerr dia menyamarkan account@ebullion.cm. Sekali pandang ialah ebullion.com. Confirm scammer!!! So saya mengambil keputusan tidak klik link suruh update tu.

Saya ada terbaca di forum Carigold, ada mamat tu sudah update password apabila mendapat email dari google yang menyuruh update password gmail. Tak pasal-pasal akau email dia kena hack.

So pesanan dari saya, jika mendapat email dari company transaksi spt google,paypal,egold,clickbank,2CO, maybank2u,cimb dan sebagainya kena berhati-hati.

Sebenarnya diaoarang tidak akan meminta password atau suruh update password, yang meminta itu adalah perompak-perompak it yang durjana nak rembat duit kita dengan menggunakan kepakaran it supaya kita buka kunci pintu rumah...