Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Pelancaran Hot Megasale!

Sunday, November 30, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Salam,

Saya baru siap menyiapkan produk terbaru saya iaitu:



Produk-produk PANAS tahun 2008, saya jualkan kembali dengan HARGA YANG TERENDAH! Iaitu satu produk hanya RM1 sahaja!

Tetapi sempena bulan pelancaran, saya membuat potongan harga iaitu RM45 sahaja!

Pada produk kali ini, saya menawarkan anda untuk menjadi agen affiliate HOT Megasale! ini.

Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate Hot Megasale! DI SINI

Saya juga membuat Cabaran Affiliate Hot Megasale! pada bulan ini iaitu:

Cabaran ini bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 31 Disember 2008 pukul 11.59 pm

Tempat Pertama:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM50+Iklan bernilai RM50 di www.blalang.com

Tempat kedua:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM30+Iklan bernilai RM25 di www.blalang.com

Tempat ketiga:
Komisyen affiliate+Jumlah komisyen+RM15+Iklan bernilai RM25 di www.blalang.com

Syarat pertandingan:

Pemenang pertama mestilah melebihi 10 jualan.

Jangan tunggu lagi, dapatkan Hot Megasale! pada harga promosi :


Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Wednesday, November 19, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)
=========================================================
Oleh: Irfan Khairi

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka
menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama
sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan
sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang
diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih
dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan
bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa
dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet
bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan
kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu
membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama
pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type
nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan
mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas
hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,
ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak
melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau
perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka
menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,
nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa
kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan
CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya
sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak
terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar
industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu
program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam
juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya
dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah
N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan
pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,
sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis
SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi
WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam
memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda
akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan
dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan
kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita
ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan
SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari
pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba
jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum
terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!


Tulisan Irfan Khari di http://www.irfankhairi.com

Cari duit internet dengan membuat review

Saturday, November 15, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Saya mendapat pertanyaan melalui email, apakah cara paling mudah untuk Cari Duit Internet.

Pada pendapat saya memang tiada cara yang mudah untuk cari duit internet. Serius saya katakan mana-mana program yang mengatakan program mereka adalah program sebenar untuk untuk mendapatkan wang cara mudah adalah scam atau palsu semata-mata.

Teringat kisah menaiki lif untuk menaiki gunung Kinabalu dari Lisa Hilmi. Kita mendapat satu tawaran hebat dan murah untuk menaiki lif untuk ke puncak Gunung Kinabalu dengan testimoni-testimoni hebat dan kita pun mendaftar walaupun kalau mengikut akal memang tak logik pun. Bila sampai di kaki gunung, baru kita tersedar kita sebenarnya telah tertipu.

Ini adalah berdasarkan pengamatan saya selama 3 tahun cuba cari duit internet, mungkin saya salah sebab tak jumpa program yang betul. Itu terpulang kepada anda. Mungkin saya belum habis explore, tapi katakan sahaja program apa yang saya belum cuba: baca email dapat duit, klik dapat duit, autosurf, survey dapat duit, buat duit melalui blog,HYIP, forex, MLM online dan sebagainya.

Semua program-program di atas memerlukan kerja berterusan dan fokus untuk mendapatkan wang. Malahan kita juga biasanya diminta membayar sedikit wang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan yang kebiasaannya (tak semua) akan meleburkan wang kita sendiri apabila program tersebut adalah scam huhuhu.

Hampir setiap hari saya mendapat email dari spammer-spammer amatur yang mempelawa saya menyertai program-program mereka. Macam-macam jenis malah benda yang memang dah disahkan scam 2-3 tahun lepas pun ada yang promosi lagi. Kelakar ada, kesian ada malah marah pun ada kerana penat delete dan hantar alamat email tersebut ke folder spam.

Ok berkaitan dengan tajuk post saya kali ini dan menjawab pertanyaan tersebut, saya rasa membuat review adalah cara yang mudah untuk dapat duit online. Apa yang kita perlu ada ialah :

1.Blog kita sendiri yang telah mempunyai sedikit trafik tetapi jangan sedikit sangat nanti kena ban pula. Oleh itu sebagai persediaan create lah satu blog dahulu (jika anda belum ada blog)

2. Blog berbahasa Inggeris

3. Boleh menulis dalam BI

4. Kalau lemah BI macam saya :) , boleh gunakan kamus online yang ada di internet seperti www.citcat.com , http://kamus.lamanmini.com dan banyak kamus online yang menggunkan Bahasa Indonesia - English. Kemudian kita boleh semak grammar menggunakan Microsoft Word.

Antara program pay per review yang terkenal ialah :



Link sponsor review boleh klik di sini:-

www.blalang.com/sponsorreview

dan



Web pay perpost boleh klik di sini:-

PAY PER POST

Anda boleh mendaftar di sana tetapi jangan cepat sangat regsiter blog anda, pastikan blog anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan!

Selamat mencuba!

~blalang~
Cari duit internet jom...

Produk $97 secara percuma

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,

Saya ingin berkongsi link untuk membenarkan kita mendapat produk bernilai $97 secara percuma!

Dapatkan link tersebut di ruangan----> Ebook Percuma

Semoga bermanafaat


~blalang~
CARI DUIT INTERNET

Kini Anda Boleh Menyediakan Kedai Online Dalam Masa 5 Minit!

Sunday, November 09, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang telah saya katakan dalam post saya yang lepas bahawa Team FlareBiz telah menjalankan kajian berkenaan dengan Sistem Kedai Online dan didapati 78% menanggap masalah utama untuk memulakan perniagaan Internet adalah proses membina kedai online! Dan seperti yang telah katakan dalam email saya yang lalu, mereka pasti mampu membantu anda menyediakan Sebuah Kedai Online dengan mudah setelah menghabiskan kajian mereka.

Jadi, apa yang saya katakan 100% Benar!

Pada hari ini, Team FlareBiz telah melancarkan projek khas mereka yang mampu membantu anda menyediakan Kedai Online anda dengan mudah dan pantas serta menjimatkan wang anda hanya
dalam masa kurang 24 jam!

Mereka telah membangunkan sebuah pakej kedai online yang amat mudah untuk digunakan oleh para usahawan internet tidak kiralah newbie mahupun seorang otai. Selain itu, sistem ini didatangkan bersama theme yang professional dan mesra SEO.

Nak bercerita panjang pun tidak berguna kerana anda boleh merasai kehebatan sistem ini sendiri di laman web demo mereka di: http://demokit.net

Selain itu, saya ingin menawarkan sesuatu yang hebat untuk anda semua. Ya {!name}, ianya khas dan istimewa untuk anda.

TAWARAN SAYA IALAH:

Jika anda membeli dari link yang saya beri ini, saya akan memberikan bonus yang bernilai khas untuk anda. Jika anda membeli dari link affiliate saya , anda akan mendapat:

Panduan Photoshop

Adsense DiBlog Melayu
Template Google Adsense

Koleksi Grafik Web2.0


Auto Content Pro

Secret Of Sales Machine


Twitter Report


Buat duit tanpa produk

Semua bonus bernilai lebih dari RM100!!

Jadi jangan berlengah lagi, dapatkan segera Sistem Niaga Kit dari Team FlareBiz untuk membantu anda membina Kedai Online yang Profesional dengan mudah, pantas dan menjimatkan wang anda disamping menerima bonus yang tidak ternilai daripada saya di:

http://www.niagakit.com/index.php

Percayalah Anda Pasti Tidak Akan Menyesal! Anda juga perlu ingat bahawa harga RM500 hanyalah untuk 50 unit pertama sahaja dan selepas itu harga akan dinaikkan kepada RM640!

Sekian dahulu dari saya,
~Blalang~
Meh Cari duit internet

p/s 1: berindaklah segera sebelum terlambat dan saya memberikan jaminan peribadi bahawa sistem ini akan membantu anda.

p/s 2: Jika dicampur bonus dari saya anda telah berjimat lebih dari RM100!!!

Backlink dengan memberi komen

Thursday, November 06, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,

Salam,

Apa itu backlink?

Backlink ialah link semula dari blog lain ke blog anda.

Apa kelebihan backlink?

- Lagi banyak backlink adalah teknik SEO agar dapat membantu menaikkan ranking blog anda di Search Engine.

- Menaikkan rangking PR Google.

- Menarik trafik secara percuma.

Teknik mudah backlink

Teknik mudah nak buat backlink ialah memberi komen di blog-blog yang popular dan tinggi PR googlenya.

Cara yang berhemah :
- Di ruangan nama anda masukkan URL blog anda dan beri komen.

Tak tau nak komen apa:
Syed Ikwan ada ajar teknik kelakar tetapi berkesan iaitu dengan hanya membuat smiley senyum shj. Iaitu dengan code HTML hyperlink, contohnya



Di mana nak buat komen?

Sepatutnya memberi komen di blog yang mempunyai niche yang sama dengan anda atau post yang berkaitan di blog anda

Macamana nak cari?
- Guna search engine
- Atau guna tool yang boleh didownload secara percuma. Di sini saya nak berkongsi dengan anda satu tool komen yang "power ranger" iaitu Comment Kahuna.

Boleh download di SINI

Harap memberi anda info.

~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET


*P/s: Jika anda tak mahu ketinggalan tip-tip percuma CARI DUIT INTERNET, bolehlah melanggan melalui email di ruangan yang disediakan sebelah kanan :)

Lihat Sendiri Sistem NiagaKit!

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apabila saya terpandang alvatar dari viewer MBL Labanon yang melawat blog ini, baru saya teringat mengenai produk terbaru beliau dan Team Flarebiz iaitu NiagaKit.

Baiklah pada kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang produk NiagaKit yang akan dilancarkan oleh Team FlareBiz. Ingin saya tegaskan di sini bahawa produk mereka pada kali ini bukanlah sistem buat duit di mana anda laburkan wang untuk membeli dan duduk diam dapat duit.

NiagaKit sebenarnya adalah sistem ecommerce ataupun dengan kata mudah ialah sistem kedai online. Seperti yang sedia maklum ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi tidak pandai bagaimana ingin membina laman web. Ini membuatkan semangat mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan Internet terbantut. Jadi dengan NiagaKit semua itu dapat diselesaikan dalam sekelip mata.

Anda boleh lihat demo NiagaKit di sini: http://demokit.net

Dan dikesempatan ini saya ingin tunjukkan kepada anda beberapa site yang telah menggunakan NiagaKit. Antaranya ialah:

[+] http://muslimahdolls.com/
[+] http://tenagabatin.com/
[+] http://optimalherbal.com/

Ramai yang menyangka harga bagi sistem NiagaKit adalah bernilai ribuan ringgit dan mempunyai caj yang tersembunyi. {!name}, harga sebenar bagi sistem ini hanyalah RM500! RM500 ini termasuk kos pemasangan, kos domain dan hosting, support dan sebagainya. Hakitkatnya , harga ini bukan lagi berpatutan tetapi MURAH.

Bayangkan dahulu saya habiskan ribuan ringgit untuk buat web seperti www.galeribatik.com tetapi kini dengan RM500 anda boleh dapat lebih daripada itu. Selepas anda membayar wang RM500, kami akan pasangkan untuk anda dan apa yang perlu lakukan kelak hanyalah memasukkan gambar produk.

Jika anda sudah mempunyai produk untuk dijual maka NiagaKit ini akan menjadikan anda sebagai seorang usahawan Internet.

Sekian,

p/s: Nampaknya sudah ramai yang booking sistem NiagaKit dan amaran harga RM500 ini hanyalah untuk 50 orang yang pertama sahaja. Kemudian harga akan dinaikkan kepada RM640 untuk 150 orang lagi. Selepas itu order ditutup untuk satu tempoh jangka masa yang tertentu.

Farflex forex SCAM!!

Wednesday, November 05, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Semalam saya berborak dengan pengawal keselamatan di tempat saya bekerja yang bernama Yunus. Saya memang selalu juga lepak-lepak dengan brader ni masa lunch hour kerana sesekali pow rokok gudang garamnya huhuhu.

Brader ni bercerita dengan saya, beliau telah melabur Forex melalui satu broker Forex di Larkin Perdana, JB. Kesian saya mendengarnya apabila duit beliau yang beliau laburkan di Farflex tidak boleh dikeluarkan. Dia membuat pinjaman bank sebanyak RM50,000 untuk melabur kerana terpedaya dengan kata-kata manis tokeynya yang dipanggil Cik Mat dan kuncu-kuncunya.

Bayangkan beliau terpaksa membayar balik pinjaman tersebut sebanyak RM1800 sebulan, melebihi dari gaji dia sendiri!

Saya tak berapa tahu bagaimana company ni beroperasi tetapi walau pun saya dah berkecimpung hampir 2 tahun dengan dunia forex (sekarang berehat kerana terkena spike huhu sedih) tak pula pernah mendengar company farflex sebagai platform forex. Sah platform farflex ni hanya sebagai virtual sahaja, entah-entah beroperasi hanya di Malaysia sahaja.

Dari andaian saya, Cik Mat ni memang handal bermain forex dan melabur dari wang pelabur forex di lain-lain company forex yang sudah terkenal. Forex ni biasalah senang dapat duit dan senang loss juga walaupun sehandal mana pun ilmu forex. Apabila ada news secara tiba-tiba trend forex boleh swing secara mendadak. Cik Mat ni pula membina sistem dia sendiri yang dinamakan farflex bertujuan mengambil caj dari trade pelaburnya. Saya dengar 12 pip. Peh tinggi gila tu Cik Mat!

Apabila sudah rugi dan tak boleh pusing balik bermacam-macam alasan diberi kepada pelabur yang telah terpedaya. Setahu saya jika company forex yang besar-besar yang lain duit boleh di withdraw dengan money transfer, egold, ebullion dll dengan mudah saja (paling lama sebulan) yang company farflex ini pula kononnya difreeze pembayarannya atas arahan BNM. Secara logiknya takkan BNM mempunyai kuasa yang sebegitu cepat untuk memberi arahan pembekuan pembayaran oleh syarikat yang beroperasi di US.

Saya tengok design website farflex ni nampak sangat tak pro. Navigasi menunya begitu statik sekali, tiada forum, tiada support online , tiada kabinet akaun di website semuanya kena download dari platformnya.



Kesian Brader Yunos dan kawan-kawannya yang kurang pengetahuan IT dan forex dimainkan gitu-gitu ajer oleh orang lama forex. Ada yang bercerai berai malah sekali gus membawa risiko forex akan diharamkan di Malaysia. Ramailah pemorex-pemorex yang akan meraung!

Bagaimana untuk cari duit dengan ebook

www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , ,

Bagaimana e-book bleh membantu cari duit. Boleh terangkn x..saya ni kurang ilmu pasal IT...

cumi_yan

Soalan cumi_yan ini agak umum sebenarnya. Jika di book store kita boleh dapatkan buku yang boleh disentuh, diselak,dicium (hehe biasanya buku baru baunya sedap) iaitu produk fizikal, ebook pula ialah buku digital yang kebiasaanya ialah berbentuk fail PDF atau stand alone program yang berformat exe dsb.

Siapa yang hendak membeli ebook? Mereka yang berkehendakkan info/ilmu dari ebook tersebut.

Bagaimana untuk cari duit melalui ebook?

1. Menulis ebook sendiri dengan menggunakan Microsoft Word dan di convert ke PDF kemudian dijual. Apa yang hendak ditulis? Apa-apa kemahiran kita yang mungkin orang lain tak tahu dan sanggup beli untuk mendapatkan ilmu tersebut. Contohnya "Panduan Menjaga Kucing" dll. Pastikan anda memang mahir atau kalau kurang mahir pastikan anda membuat research berkenaan apa yang hendak anda tuliskan seperti membuat tesis atau projek di IPT.

Ebook juga boleh mencakupi program-program tertentu, link-link, grafik,video dan sebagainya.

Tujuan membeli ebook ialah secara jalan pintas kepada pembeli dari mencari maklumat di internet yang terlalu besar maklumatnya. Boleh lihat di post saya yang terdahulu di Cari duit internet. Yang menjadi pokok utamanya ialah siapa yang akan membeli ebook tersebut dan apakah kandungan ebook anda menepati kehendak pembeli.

Trend di Malaysia, ebook seperti ini sebenarnya masih belum menggalakkan lagi. Ebook yang laris di Malaysia ialah ebook yang berbetuk teknikal serta ramai orang ingin tahu seperti ebook Kuasa Forex oleh Nasir, pakej kitblogger Smartzul, panduan adsense oleh Sham. Penulis ebook yang susunan ayat yang menarik ialah adik Labanon walaupun dia baru lepas SPM.

Ebook saya pula ialah Tak Perlu Photoshop, Laporan Adsense di Blog Melayu, Adsense Segera dan Graphic web2.0

2. Jika anda tidak punya kemahiran menulis panduan, kita juga boleh cari duit melalui sistem affiliate. Iaitu menjadi ejen jualan kepada ebook tersebut. Apabila kita mendaftar affiliate, kita akan mendapat link atau web replika kepada website jualan yang asal dan jika ada orang membeli ebook tersebut, kita akan mendapat komisyen dari jualan. Harga komisyen adalah bergantung kepada tawaran penjual ebook tersebut. Kita boleh membuat promosi melalui email, blog,forum, website pengiklanan dan sebagainya.

Kita perlu memikirkan cara pembayaran ebook tersebut samada melalui bank tempatan, paypal,clickbank dan sebagainya.

Untuk peringkat antarabangsa pula, web affiliate ebook yang terkenal ialah clickbank dimana mereka memberi komisyen yang tinggi kepada agen affiliate. Ada yang sehingga 80% dari harga ebook yang sebenar dan mudah untuk konfigurasi link affiliate yang mereka panggil hoplink.

3. Cari duit melalui ebook MRR (Master Resell Right), PLR (private Label Right) dan giveaway. MRR dan PLR ialah lesen hakcipta daripada penulis ebook tersebut. Ebook yang bertaraf MRR membenarkan kita menjual kembali ebook tersebut dengan harga kita sendiri. Ada juga MRR yang membenarkan kita menjual dengan harga yang mereka tetapkan sahaja. Ebook MRR tidak membenarkan kita mengubah apa-apa kandungan ebook tersebut.

Ebook MRR saya yang saya beli dengan harga RM20 telah menjana wang kepada saya lebih dari 500% apabila telah dijual kepada lebih kurang 50 orang. Kini saya telah turunkan harga kepada RM7.50 dan masih ada yang membelinya. Itu yang success storylah ada juga ebook MRR yang langsung takde orang yang hendak membelinya. Ada juga otai yang membuat karnival jualan iaitu jualan besar-besaran ebook MRR yang dipanggil Firesale.

PLR pula membenarkan kita menukar kandungan dan kita boleh menukar nama penulis ebook tersebut kepada nama kita dan link-link di dalamnya dan dijual semula . Biasanya Ebook PLR disertakan sekali dengan format Microsoft Word.

Ebook berstatus giveaway pula biasanya ebook yang lama-lama dan kurang orang hendak membelinya, penulis ebook tersebut akan memberii ebook tersebut secara percuma sahaja tetapi dengan syarat menjadi list viral mereka. Anda akan diminta mengisi email anda untuk menjadi list dan mereka akan menghantar email kepada anda untuk promosi ebook mereka atau affiliate mereka yang lain pula di masa akan datang. Ebook giveaway ini juga kita boleh cari duit melaluinya dengan menjualnya semula.

Penutup.

Pada pendapat saya CARI DUIT INTERNET melalui ebook ada peluangnya yang tersendiri walaupun sebenarnya pakar-pakar IM di dunia boleh mendapatkan sesebuah ebook tersebut dengan secara percuma sahaja melalui website torrent dan sebagainya dan ini adalah mimpi ngeri tetapi kenyataan yang perlu dihadapi oleh penulis ebook. Ini kerana produk digital mudah sahaja untuk dikongsikan.

Semoga membantu,
~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET

Ebook percuma !

Monday, November 03, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under:

Salam,
Ingin mengumumkan satu lagi produk download percuma di ruangan ebook percuma.

Niche Video Creator







Semoga bermanafaat!

~blalang~
JOM CARI DUIT INTERNET!!

Hantar URL ke search engine

www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam sahabat IM,

Saya ingin berkongsi link dengan anda, iaitu link untuk menghantar URL blog anda supaya cepat diindexkan oleh search engine dan juga cepat untuk mendapatkan backlink ke blog kita

http://ruhuu.com/submit

Saya juga ingin memberitahu satu link dalam Malaysia yang agak menarik . Walau bagaimana pun oleh kerana web tersebut belum dilancarkan lagi dan diminta dirahsiakan dahulu oleh pemiliknya cukuplah saya katakan kehebatannya sudah terasa kerana mereka menyediakan satu sistem yang hebat bagaimana untuk setup satu web e-commerce dalam masa hanya 5 minit!

Jaminan kepada anda yang menggunakan sistem ini ialah:

[+] Anda akan menjadi usahawan Internet kelak.
[+] Anda akan menjana wang di Internet kelak dan jumlahnya bergantung terhadap usaha pemasaran anda.
[+] Sistem ini akan membuat anda tersenyum lebar kerana banyak masa anda dapat dijimatkan.

Dan banyak lagi.

Itulah realitinya produk yang baru akan lancarkan kelak. Soal harga saya rasa anda sememangnya perlu bekorban sedikit kerana untuk membuat sistem ini menelan kos yang agak besar dan saya percaya sistem ini akan mampu mengubah hidup anda!


Salam,
~blalang~
MEH CARI DUIT INTERNET