Showing posts with label al-Sunnah wa al-Bid'ah: al-Qaradhawi. Show all posts
Showing posts with label al-Sunnah wa al-Bid'ah: al-Qaradhawi. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Bibliografi Buku al-Sunnah wa al-Bid'ah (15)

Bibliografi


§
Al-Quran dan Terjemahan.

§ Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Al-Sunnah wa al-Bid’ah, Maktabah Wahbah, Kaherah.

§ Muhammad Nasiruddin al-Albani. Mukhtasar Sahih al-Bukhari. Maktabah al-Ma’arif li al-Nasyr wa al-Tauzi’, Riyadh. Cet: Pertama 1422H/2002M.

§ Al-Imam Muhyuddin Abi Zakaria bin Syaraf al-Nawawi. Syarh Sahih Muslim. Maktabah al-‘Asriah, cet: Pertama, 1422H/2001M

§ Al-Imam al-Hafidz, Abi al-Fadhl ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh al-Yahsobi, Ikmal al-Mu’lim bi Fawa-id al-Muslim. Cet: Pertama, 1419H/1998M, Dar al-Wafa’.

§ al-Sayyid Abu ‘Asim Nabil bin Hashim al-Ghamari. Fath al-Mannan, Syarah dan Tahkik kepada kitab al-Musnad al-Jami’ oleh al-Darimi. Cet: Pertama, 1999M/1419H, Dar al-Basya-ir al-Islamiyah.

§ Muhammad Nasiruddin al-Albani. Al-Thamar al-Mustathob fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab. Cet: Pertama, 1422H. Muassasah Ghiras li al-Nasyr wa al-Tauzi’, Kuwait.

§ Al-Imam al-Hafidz al-Faqih Zain al-Din, Abi al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Syihab al-Din al-Baghdadi al-Dimasyqi. Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam. Cet: Pertama, 1424H/2003. Muassasah Fuad Ba’aino li al-Tajlid, Bairut Lubnan

§ Laman web Rasmi al-Syeikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Jibrin: http://ibn-jebreen.com/

Sebahagian Penyelewengan Penulis Dalam Artikelnya (14)

SEBAHAGIAN PENYELEWENGAN PENULIS DALAM ARTIKELNYA


Di sini dinyatakan sebahagian dari isi artikel yang saya maksudkan yang telah diterbitkan di dalam majalah al-Doha.


Si penulis telah menolak beberapa hadith Nabawi termasuk hadith al-Bukhari dan Muslim. Dia mengingkari hadith:


وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ...


Maksudnya: “Jauhi kamu semua dari perkara-perkara yang diada-adakan, kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah kesesatan…”


Sama sepertimana dia mengingkari hadith:


لَتَتَّبِعَنَّ سُنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتىَّ لَوْ دَخَلُوْا جُحْرَ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمُوْهُ، أَوْ لَتَبَعْتُمُوْهُ...


Maksudnya: “Pasti kamu semua akan mengikut tindak-tanduk umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka memasuki lubang Dhob sekalipun, pasti kamu semua akan memasukinya atau kamu semua menurutinya…”


Penulis ini mendakwa kedua-dua hadith ini menyalahi al-Quran. Bagaimana beliau boleh membuat dakwaan ini? Bagaimana mungkin dua hadith ini dikatakan menyalahi al-Quran?


Sesungguhnya Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah kitab dalam perkara ini yang beliau namakan sebagai Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah Ahl al-Jahim (Kewajipan Mengikut Jalan Yang Lurus dan Menyalahi Jalan Ahli Neraka). Iaitulah Sirat al-Mustaqim (Jalan yang lurus) yang kita pohon kepada Allah sebanyak tujuh belas kali setiap hari, agar Dia menghidayahkan kepada kita jalan yang lurus tersebut, dengan kita membaca al-Fatihah, di dalamnya ada permohonan:


$tRÏ÷d$# xÞºuŽÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ


Maksudnya: “Hidayahkanlah kepada kami jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)


Permohon ini merupakan keputusan untuk berbeza dengan jalan ahli neraka yang dinyatakan di dalam firman Allah:


xÞºuŽÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgøn=tã ÎŽöxî ÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgøn=tæ Ÿwur tûüÏj9!$žÒ9$# ÇÐÈ


Maksudnya: “Iaitulah jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.” (al-Fatihah:7)


Ahli neraka adalah orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat.


Maka umat Islam memiliki jalannya yang satu, bagi orang-orang yang dimurkai mereka ada jalan yang berbagai. Di dalam hadith dinyatakan orang-orang yang dimurkai itu adalah Yahudi dan orang-orang yang sesat itu pula adalah Nasrani. Adapun jalan kita umat Islam, tidak sama dengan jalan-jalan mereka. Al-Quran telah menjadikan jalan yag satu untuk kita, dan bukan seperti jalan-jalan mereka Yahudi dan Nasrani. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang melarang kita mengikut dan mencontohi perbuatan mereka. Salah satunya firman Allah Subhanahu wa Taala:


Ÿwur (#qçRqä3s? tûïÏ%©!$%x. (#qè%§xÿs? (#qàÿn=tF÷z$#ur .`ÏB Ï÷èt/ $tB æLèeuä!%y` àM»oYÉit6ø9$#


Maksudnya: “Dan jangan kamu semua menjadi seperti orang-orang yang berpuak-puak dan berpecah-belah setelah datang kepada mereka penjelasan-penjelasan…” (Ali Imrah: 105)


Selain ini terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang semuanya menunjukkan umat Ini adalah umat yang istimewa pada keperibadiannya. Terdapat hadith yang menyebut:


خَالَفُوْهُمْ


Maksudnya: “Hendaklah kamu semua berbeza dengan mereka (Yahudi dan Nasrani)”


Perkataan ini diulang di banyak tempat (di dalam hadith-hadih Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam).


Keunggulan keperibadian umat Islam adalah dari sini. Keistimewaan mereka berbanding umat yang lain samaada zahir dan batinnya… iaitulah kita tidak mengikut jejak langkah mereka, kita tidak berakhlak seperti akhlak mereka, kita tidak membiasakan diri dengan adat-adat dan tradisi-tradisi mereka, maka inilah manhaj yang terbaik.


Oleh itu semetinya kita memiliki keperibadian kita, umat Islam merupakan umat yang pertengahan, kita merupakan saksi-saksi ke atas umat lainnya. Kita berada pada kedudukan seorang guru pada nisbah umat manusia keseluruhannya. Kita adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan, maka mengapa kita perlu mengikut umat lain? Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mahu kita berbangga dengan keperibadian dan keistimewaan ini, baginda tidak mahu kita menjadi hina dan mengikuti jejak-langkah umat yang lain.


Kerana itu terdapat hadith, sekalipun ia merupakan satu perkhabaran, tetapi perkhabaran yang merupakan ancaman, iaitulah:


لَتَتَّبِعَنَّ سُنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتىَّ لَوْ دَخَلُوْا جُحْرَ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمُوْهُ


Maksudnya: “Pasti kamu akan mengikut tindak-tanduk umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka memasuki lubang Dhob (Biawak) sekalipun, pasti kamu semua akan memasukinya.”


Yang dimaksudkan dengan lubang biawak ialah Fesyen, iaitulah ‘Fesyen Lubang Biawak’, jika mereka (Yahudi dan Kristian) memanjangkan ‘sideburns’, pemuda kita juga memanjangkan sideburn mereka. Jika mereka seperti kupu-kupu, para pemuda kita juga menjadi kupu-kupu seperti mereka. Maka dimanakah kepribadian kita yang istimewa di hadapan budaya ikut-ikutan membuta-tuli ini?


Apakah akan terpisah seseorang dari agama dan keperibadian Islamnya, hanya untuk mengikut orang lain di atas kesesatan?


Bagaimana pula (penulis artikel) itu boleh mengatakan hadith ini menyalahi zahir al-Quran? Ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, siapakah yang dimaksudkan baginda dalam hadith di atas:


مَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ اليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟


Maksudnya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah? Apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi jika bukan mereka?”


Bukankah satu yang patut disesalkan, jika yang menjadi guru-guru kita itu Nasrani dan Yahudi? Benarlah, kita sekarang hanya melaksanakan apa yang dinyatakan di dalam buku Protokol-Protokol Hukama Zionis. Sama ada benar protokol-protokol itu dari mereka ataupun tidak, yang mereka kehendaki ialah kita melakukannya samaada secara sedar ataupun tidak… jadilah kita orang yang patuh kepada mereka.


Penulis artikel yang saya maksudkan, membantah perlunya umat Islam kembali kepada jalan hidup Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda… amat menghairankan?! Apakah mengikut jalan hidup Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda (al-Ittiba) wajar diingkari??? Kita mengambil method kehidupan baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda dalam keunggulan mereka memperaktik dan mengamalkan kandungan agama, berpegang-teguh dengan asas-asas dan hakikatnya, mencontohi perhatian yang mereka berikan terhadap urusan kehidupan dan perkembangannya, inilah yang dimaksudkan dengan al-Ittiba’.


Penulis artikel itu juga berkata:


“Namun, saya dapati hadith-hadith yang mulia ada menyatakan ulama itu adalah pewaris para Nabi. Saya dapat fahami dari hadith-hadith ini bahawa pewaris sesuatu peninggalan, wajib ke atasnya memelihara dan menyuburkan barang peninggalan tersebut. Maka pewaris para Nabi (ulama) bertanggungjawab menguruskan warisan kerohanian yang mereka terima untuk menyuburkannya, sama seperti hak seorang pewaris kedai yang bijak sepatutnya dia berusaha untuk meluas dan menambahkan barangan jualan di dalam kedai tersebut, dan menggantikan barangan yang tidak terjual dan barangan yang telah tiada permintaannya dengan barangan yang memiliki permintaan ramai dengan meraikan keadaan pasaran. Demikianlah ulama, adanya persamaan dengan perkara yang mereka mewarisinya.”


Penulis ini beranggapan ulama boleh menambah agama, meluas dan mereka-cipta… demi Allah… apakah ini yang dinamakan ilmu logika? Adakah perkataan ini boleh diterima dan masuk akal? Membandingkan ajaran-ajaran agama dengan barangan kedai?


Kemudian dia berkata lagi: “Namun kebanyakan ulama Islam tidak melakukan keluasan dan penambahan, mereka tidak lakukan sesuatu melainkan taklid buta dan keengkaran yang batil, dengan menggunakan alasan telah tertutupnya pintu ijtihad kerana keagungan kedudukan Islam di zaman awalnya.”


Maha suci Allah, sesungguhnya menutupkan pintu ijtihad itu sendiri merupakan satu bid’ah, kerana ia merupakan rekaan yang tidak pernah dinyatakan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Ia hanyalah rekaan di zaman-zaman mutakhir. Sebaliknya sesungguhnya tidak ada seorangpun yang berhak menutup pintu ijtihad yang telah dibuka oleh Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya Sallallahu ‘alaihi wasallam


Adapun dalam urusan dunia, mungkin kita boleh tambah dan luaskan. Adapun urusan agama, tidak boleh ada penambahan atau pengurangan di dalamnya. Perkara ini – seperti yang telah saya nyatakan – perbuatan ini merupakan cubaan melakukan penilaian ke atas Allah dan mentohmah agama memiliki kekurangan… dan seumpamanya.


Apakah maksud meluaskan agama? Sedangkan sesuatu yang sempurna tidak memerlukan sebarang penambahan. Firman Allah Subhanahu wa Taala:


3 tPöquø9$# }§Í³tƒ tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. `ÏB öNä3ÏZƒÏŠ Ÿxsù öNèdöqt±øƒrB Èböqt±÷z$#ur 4 tPöquø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ àMôJoÿøCr&ur öNä3øn=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMŠÅÊuur ãNä3s9 zN»n=óM}$# $YYƒÏŠ 4 ÇÌÈ


Maksudnya: “Pada hari itu telah kami sempurnakan kepada kamu semua agama kamu, dan telah kami cukupkan ke atas kamu nikmat kami dan telah kami redha Islam itu menjadi agama kamu.” (al-Maidah: 3).


Tamat.