Ikut AiTotYati

Showing posts with label resepi cheesekut. Show all posts
Showing posts with label resepi cheesekut. Show all posts

2.9.15

RUMAH TERBUKA AITOTYATI

alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada ahad 30 Ogos 2015.

menu yang dibuat sendiri ialah cheesekut dan spaghetti bolognese.
potong buah tembikai dan bancuh air sarsi.

menu yang ditempah ialah nasi impit, rendang ayam, kuah kacang untuk 100 orang. satay dan sambal satay tempah 400 batang. tak ketinggalan apam dan seri muka 100 biji.

sekian .

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe


24.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE- gambar dah jadi cheesekut

pagi semalam Ai ada buat entry resepi cheesekut. Ai buat masa isnin malam selasa. resepi cheesekut di sini.
jadi petang semalam masa buka puasa Ai dah potong-potong untuk difaraidkan kepada jiran jiran dan Ai,

taraaaaaaaaaaaaaaaa


cheesekut yang belah kiri tu ialah 1/4 bahagian daripada loyang yang semalam. yang kiri tu nak bagi pada jiran sbb tu wrap dgn plastic. yang kanan tu Ai dah potong kecik2.

close up cheesekut. yummeh!!!

harap readers dapat cuba resepi cheesekut atau no bake cheese cake ni.
Ai rasa lagi senang buat cheesekut berbanding kek batik (alal yg guna biskut meri tu).
selamat mencuba.
rasa cheesekut sekali pasti nak lagi. hihihihi

23.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE

salam readers

cheesekut atau no bake cheese cake adalah resepi yang tengah in skrg ni. 
jadi malam tadi Ai try buat. meh Ai share resipi. senang banget




yeah inilah bahan-bahannya

Bahan-bahan:
1 peket biskut deluxe creamcrackers
½ tin susu pekat manis- (Ai letak 1/3 sahaja)
250g  creamcheese (Ai guna Philadelphia, ni satu blok tu)
sedikit susu full cream
sedikit Nestum


Cara-cara:

1. Pukul creamcheese hingga kembang.
2. Masukkan 1/3 tin susu pekat. Putar sekejap. Then masukkan sedikit susu segar (pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair). Ketepikan.
3. ambil biskut dan celup dalam susu full cream 
(celup untuk bagi air susu serap dalam biskut tapi jangan lembik sangat ye). Then susun dalam loyang. 
4. Bila dah jadi selapis, ratakan creamcheese di atasnya tadi then tabur nestum.
5. Ulang langkah 3 & 4 hingga penuh loyang.
6. tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
7. potong dan sedia untuk dihidang. (nak senang potong guna pisau plastik, ala pisau kek tu).


nah gambar-gambar.


yaaa ini sudah siap pukul cream cheese dan masukkan susu full cream dengan susu pekat
yaaa mari susun dalam loyang begini. saje guna aluminium foil senang nak kuarkan nanti. kalau lihat kiri dan kanan tu memang Ai lebihkan aluminium foil tu.


haaa layer by layer. masa ni dah lapisan ketiga tak silap. lepas dah buah creamcheese buh nestum



tadaaa ni dah siap. so cover sume dengan creamcheese

lepas tu Ai tutup le dengan aluminium foil tu dan buh dalam peti sejuk

ok petang ni kalau dah jadi Ai potong. 
sok Ai update gambar ye

*nota; setiap layer menggunakan 16 keping biskut. tadi Ai dapat 5 lapisan. hanya ada extra 4 keping je daripada 1 bungkus biskut tu.