Ikut AiTotYati

Showing posts with label washing machine. Show all posts
Showing posts with label washing machine. Show all posts

11.8.10

PANDUAN MEMBELI MESIN BASUH

jeng jeng jeng


memperkenalkan
ahli keluarga harta baru dlm umah kami.
kanankah kirikah?

namanya abang en Sam... mesin basuh SAMSUNG WA91V3

sebelum kita bincangkan harga, macam penjual pula ye. sukacita saya ingin merujuk sebab musabab kami membeli mesin basuh yang baru ini. dan sukacita Ai ingin berkongsi panduan sebelum membeli mesin basuh krn Ai dapati kurangnya blog yang membincangkan hal ini serius la pulak aku ni


sebab yang pertama: mesin basuh lama rosak
sebab yang kedua: komputer board pd mesin basuh lama rosak
sebab ketiga: spare part toshiba ni mahal. anggaran rm300-400. tu baru anggaran sebab tukang repair tu pun tak berani nk kata. yang pasti die kata mmg rm300 ke atas.
sebab keempat: sempena hari raya. boleh terima ke? Ai tak bli langsir baru mahupun perabot baru hehehe


orang kata, habis manis sepah dibuang. tapi mana ade Ai sepah-sepahkan mesin basuh ni. tgk... cuma dipinggirkan je. kehkeh. yg lama harus beri laluan kepada mesin yang baru. sbb paip tu kt situ dan tak boleh ubah-ubah. sama gak lubang utk outlet hose tu dah sedia ade kt situ.

mesin basuh lama adalah model Toshiba muatan atas (top load) 6.5kg. telah dibeli pada  Jun 2005 dan rosak pada Ogos 2010. jangka hayat 5 tahun 2 bulan. sob sob. mesin basuh ni ade sentimentol sentimentel eh sentimental value. apekah nilai itu?


down paymaent a.k.a deposit mesin basuh tu Ai yg bayar dan bulanan Jek yg bayar. kirenye itu adalah harta pertama kami yg dibeli bersama-sama. dengan mesin basuh tu jugaklah Jek selalu suh Ai basuh masa kami bertunang kiranya Cik Toshi Toshi telah memulakan perkhidmatan masa Ai bachelor lagi tau. banyak jasanya. walau dah ade yg baru Ai tetap nk upload foto Cik Toshiba 6.5kg

Cik Toshiba yg baru dipulangkan dari kedai yg anto repair.
tapi kami tak repair pun.

Tub Cik Toshiba ialah plastik.

komputer panel ni le yg rosak. tak boleh tekan lagi dah.
sape yg boleh repairkan?

pandangan depan


mari kita berkenalan dengan abang samseng Encik mesin basuh Samsung pulak ye

memang agak kurang kaler pd mesin basuh Samsung ni. tak meriah macam Cik Toshiba.
now u know why Ai keep calling CIK TOSHI (sbb very kalerful). ENCIK Samsung tak berapa kalerful.

uish ade berlian ke?

tub samsung berbentuk berlian yg membolehkan pakain bersih 120%.
aku tiru ayat cina tu tadi

ni ler dalamnya. stainless steel tub

hensem tak abang Sam kite? (^_^)

meh tengok dekat lagi

haaa nilah dia. muatan 7.0kg model Samsung WA91V3


waranti motor ialah 5tahun.
komputer board 4tahun.
spare part yg lain pun 4tahun

 siap display masa lagi tau. berapa minit yg tinggal.
tadi Ai dah try basuh baju

yeah ini dia

tutup je lid samsung tu, terpapar lagi 42 minit

oh terpapar 41 minit sudah
habis basuh baju je ada lagu panjang giler utk alert kita yg mesin dah tamat membasuh.
tapi lagunye tak cukup kuat.
Cik Toshiba lagi power volumenye.
Cik toshi kan pompuan maka lebih nyaring. 
Cik samsung laki maka lebih cool
cet ayat tak boleh blah

PANDUAN MEMBELI MESIN BASUH

amboi panjangnye intro. ekekekek. mari baca panduan nk bli mesin basuh ye:

panduan 1: tentukan bajet kamu. kebanyakan mesin basuh fully automatic berharga RM500 ke atas. jika bajet kamu RM500 ke bawah boleh beralih kepada mesin basuh semi-automatic ye.


panduan 2: bajet atau duit duit (^_^) tentukan samada nak bli muatan atas (top load) atau front load (muatan depan). jika nak bli front load pastikan ade sekurang-kurangnya RM1700 ke atas. Ai survey tadi elextrolux di Sen Heng yg paling murah. itu pun ade sale harganya RM1799. harga biasa RM2309. oh juga belilah mesin basuh yg punyai tub stainless steel. lebih tahan lama. tapi yg plastik pun lasak gak. Toshiba yg lama tu guna tub plastik je.


panduan 3: tentukan jumlah muatan (load) yg kamu nak. jika kamu berdua macam Ai & Jek sahaja, mesin basuh 6.5kg sudah memadai. tapi Ai bli 7.0 kg sbb Samsung ni ade mode utk blanket. ade 6 mode semuanya. tak perlu anto dobi lagi dah. jika kamu keluarga yg besar bolehlah bli muatan yg lebih besar. dan utk tahan lebih lama boleh bli front load.


panduan 4: tanyakan tentang perkhidmatan selepas jualan (service after sales), spare part mudah ke tak, dan fungsi yg ade pada mesin basuh tu. harga repair dan spare part front load lebih mahal berbanding top load.


panduan 5: fikirkan tentang masa. secara puratanya top load hanya mengambil masa 45 minit-1 jam utk membasuh dan spin berbanding front load yg mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit- 2 jam. bagi mesin basuh top load, walaupun mesin dah berputar kamu masih boleh campak baju dlm top. front load tak boleh, nanti melimpah lorrr airnye. logical thinking heh

panduan 6: dari segi penjimatan air, oleh kerana Ai dah pakai mesin basuh Toshiba automatik tu selama 5 tahun 2 bulan, biasanya bil  air rumah Ai sekitar RM 8-12 shj. purata seminggu 3 kali basuh baju. orang kata mesin basuh front load lebih jimat air, tapi sbb Ai guna top load pun tak cecah RM15 maka Ai bli sahaja top load.



rasanya itulah yg Ai dapat kongsikan. dan jgn lupa mesti carik byk2 info sebelum beli sesuatu brg. mesti tanya dengan org/rakan/jiran/makcik/pakcik. Ai target nk bli mesin basuh electrolux front load sbb ade sahabat baik Ai telah guna selama 9 tahun. betul tak tipu dan tahan hingga kini. tapi bajet Ai tak cukup. hihihi


oh Ai bli mesin basuh tu di Sen Heng. kenapa Sen Heng? sbb dekat dgn umah, dapat less, dan perkhidmatan selepas jualan  (after sale service) yg bagus. kebetulan Jek member maka dapatlah extended warranty bagi lain2. contohnye mcm komputer board yg rosak mcm toshiba tu. (lupa nk bagi tahu yg kedai kami bli mesin basuh toshiba tu dah bankrap dah. tak wujud dah). lagi satu rahsia ialah kami buat Ezi payment guna kad kredit. order tengahari, brg sampai kul 4 pm tadi. efisien tak?

total tadi ialah:

harga mesin basuh (ahli)  ; RM699
extended warranty, service caj jika rosak, amik brg, labour charge, spare part charge: RM105
processing fee sbb guna kad kredit (kami buat 12 bulan) : RM  25
total :RM 829.00

 so setiap bulan kena bayar rm 69.08 sahaja



oklah tu. 
astro setiap bulan pun RM89.95. 
takkan mesin basuh yg long lasting ni tak boleh nk byr RM69?



selamat membeli mesin basuh!!!!
ucapan tu untuk kamu, Ai dah bli (^_^)