
Misyar bermaksud, berjalan dan perjalanan.
Perkahwinan misyar adalah perkahwinan di mana pengantin lelaki dan pengantin perempuan tidak tinggal bersama. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal bersama si lelaki. ( al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)
Perkahwinan Misyar ini dibina dengan akad yang sah dan memenuhi semua syarat dan rukunnya nikah diantara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan redha-meredhai tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan. Telah dipersetujui tentang masa dan tempat untuk berjumpa (bersama) pada bila-bila masa atau waktu.