Rasa CINTA adalah kurniaan Allah.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.Oleh kerana cinta itu adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah, masakan Allah memberi kita rasa cinta?
Sesungguhnya hati, ruh dan akal kita hanya akan tenang apabila cintanya ditumpukan 100% kepada Allah S.W.T.Segala perbuatan,tindakan,percakapan, fikiran semuanya ada tautan dengan cinta kepada Allah.Tidak ada satu pun yang lahir dari hati kita tanpa ada tautan dengan cinta Allah.Maka segalanya akan mendapat kemudahan dan ketenangan dalam kehidupan seharian kita.
Sebab itu kita disarankan berniat dalam setiap tindak tanduk kita agar kita sentiasa dalam lingkungan cinta Allah.Apabila tindak tanduk kita berdasarkan cinta kepada Allah nescaya semua makhluk akan mencintai kita.Bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik,Bukhari dan Muslim.
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba maka Dia memanggil malaikat Jibril a.s. lalu berkata, ‘Sesungguhnya Aku mencintai si fulan dan untuk itu cintailah dia’.Kemudian baginda melanjutkan, lalu Jibril berseru dilangit lalu berkata, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’, lalu penduduk langit mencintainya.Kemudian ditanamkan sifat menyambut baik terhadap hamba itu di bumi.Sebaliknya Apabila Allah membenci seseorang, maka ia memanggil Jibril dan berkata , ‘Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah ia’.Kemudian Nabi melanjutkan, lalu Jibril pun membencinya seraya berseru dikalangan penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah ia’.Lalu ditanamkan sifat benci terhadap hamba tersebut dikalangan penduduk bumi.”
Menurut Imam Muslim, dari Suhail bin Abi Shalih, ia berkata yang bermaksud :
"Ketika kami sedang berada di padang Arafah, Umar bin Abdul Aziz lalu dihadapanku di mana ketika itu dia sedang melakukan manasik haji.Lalu orang ramai berdiri untuk melihatnya.Kemudian aku berkata kepada ayahku, 'Ayah, sungguh aku dapat mengetahui bahawa Allah mencintai Umar bin Abdul Aziz'.Bapaku bertanya.'Mengapa engkau dapat menyimpulkan hal itu?' Aku menjawab : 'Kerana ada perasaan cinta kepadanya di hati banyak orang'."
Begitulah keadaannya kita apabila Allah membenci atau mencintai kita.Sekiranya Allah mencintai kita maka ramai orang akan cintai kita dan begitulah sebaliknya.Jadi, persoalannya adakah kawan2 kita cintakan kita? tanyalah Jibril…. (lawak je).mungkin di situ ada kekeruhan cinta antara kita dengan Allah.Tetapi adakah cukup kita katakan kalu kawan cintakan kita bermakna Allah dan penduduk langit mencintai kita?adakah itu indikatornya? Tidak semua kawan kita yang ikhlas bersahabat dengan kita betul x?hmmmm….kekadang mereka respek kita, kekadang mereka memperkecilkan kita, kekadang mereka mengumpat kita di belakang, penduduk di bumi yang bagaimanakah yang dikatakan mencintai kita apabila Allah mencintai kita? Persoalan yg sangat besar di situ.bersama-samalah kita fikirkan. Adakah kita perlu terus perbaiki diri dan betulkan niat agar apa yg kita lakukan berdasarkan cinta kepada Allah sehinggalah kita dapati semua orang cintakan kita? Sekadar yang mampu aku simpulkan ialah kita perlu melihat kepada sirah Rasulullah.Bagaimana baginda dicintai oleh sahabat2 baginda sehingga sanggup mati kerana baginda.Itulah erti cinta yang sebenar di antara Rasulullah dan sahabat2nya. “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.
Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa hati baginda telah dicuci oleh malaikat ketika baginda kecil.Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa baginda ditidurkan oleh Allah di dalam perjalanan ketika baginda ingin menyertai pesta kaummnya di malam hari.Apa maksudnya? Hati baginda suci.Terhindar dari segala kotoran dosa dan maksiat.terhindar dari segala niat dan sangka buruk terhadap sesama manusia.Maka inilah langkah utama kita untuk mendapatkan cinta Allah dan cinta manusia.Sucikanlah hati kita.Sucikanlah lidah kita.Sucikan lah tindak tanduk kita.Nescaya cinta yang kita harap2kan itu pasti akan hadir.Pasti hadir.Adakah kita yakin dengan langkah utama ini? Didiklah diri kita dan seru orang lain. Mudah-mudahan hidup kita subur dengan cinta sesama manusia dan yang paling penting Allah dan penduduk langit mencintai kita semua.InsyaAllah.