Showing posts with label amalan hamba. Show all posts
Showing posts with label amalan hamba. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Amalan hamba


SUBUHKU

Sungguh masjid-masjid itu merintih dan mengeluh kerana dijauhi oleh kebanyakan umat Islam ketika solat subuh dilaksanakan.Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa makhluk-makhluk yg mati tidak boleh berbicara, sudah tentu manusia akan mendengar suara rintihan dan keluhan masjid itu kpd Allah yg maha agung.Makmum yg hadir  solat subuh majoritinya orang-orang yg telah lanjut usia, itu pun hanya segelintir sahaja.Di manakah kaum muda kita? Kenapa kita mampu menghadiri program-program yg begitu banyak hadirinnya bahkan sangat berdisiplin dari mula hinggalah tamat program, tetapi kita tidak mampu menghadiri jemaah solat subuh di waktu pagi buta itu?

Tidak tahukah kita bahawa Rasulullah telah bersabda : “Solat yg paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat isyak dan subuh.”[hadis riwayat imam Ahmad].

Dalam riwayat yg lain pula : “Solat terberat bagi orang-orang munafik adalah solat isyak dan subuh.Padahal seandainya mereka mengetahui pahala pada kedua solat tersebut, tentu mereka akan mendatanginya walaupun harus merangkak”. 

Diriwayatkan dari Abullah bin Mas’ud, ia berkata : “Kami melaksanakan solat subuh berjemaah bersama Nabi dan tidak ada yg tidak ikut serta melainkan orang yg sudah jelas kemunafikannya.”

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata : “Apabila kami kehilangan seseorang dalam solat subuh dan isyak, kami berprasangka tidak baik padanya.” 

Imam Muslim, Ahmad dan yg lain meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah bersabda : “Dua rakaat solat subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 

Sabda Rasulullah lagi : “Sesiapa yg melaksanakan solat isyak secara berjemaah, maka ia seperti solat separuh malamnya, sesiapa yg solat subuh berjemaah, maka ia seperti solat sepanjang malamnya.” 

Umar Al-Khattab pula berkata : “Sungguh, solat subuh berjemaah itu lebih aku sukai daripada solat sepanjang malam.”

Dilaporkan oleh Imam Bukhari pula : “Sesiapa melaksanakan solat subuh dan asar, ia masuk syurga.”

Tidak tersentuhkah hati-hati kita dengan ayat-ayat di atas? 

Persoalannya, kenapa kita boleh tunaikan solat fardhu yg lain di awal waktu bahkan di masjid,  tetapi kenapa solat subuh tidak begitu? Inilah kayu ukur sebenar samaada kita benar-benar ikhlas dan beriman kpd Allah atau tidak.Aku x nafikan di Jordan ni waktu subuhnya awal berbanding M’sia  dan waktunya juga berubah ikut musim.Persoalannya, apa bezanya? Aku x nafikan musim sejuk memang sangat mencabar dan menguji, tetapi sejauh manakah usaha kita untuk memenuhi segala perintah dan tuntutan dari yg maha agung? Biasa x kita dengar  bahawa raja yg terbaik dan ketua tentera yg terbaik yg pernah menakluk konstantinopel adalah seorang yg x pernah tinggal solat subuh berjemaah dan solat malam sejak dari umur balighnya? Rasulullah da sebut-sebut perkara ni  sebelum raja tersebut lahir lagi. Hebat x die? Sudah pasti. Ke mana hilangnya ruh jihad kita kawan-kawan? Ke mana perginya semangat berkobar-kobar kita ? Jadilah lelaki sejati dihadapan Allah dan Rasulullah.Mahukah kita hanya sekadar solat fardhu di rumah dan kekadang solat di akhir waktu? Tanyalah iman kita kawan2.Semua itu ada nilainya di sisi Allah, dari sekecil-kecil amalan hinggalah ke sebesar-besar amalan.X malukah kita digelar munafik dihadapan Rasulullah kelak? Jangan bagitu kawan. Golongan Munafik kedudukannya lebih teruk daripada org kafir. Jika kita punya iman, walaupun hanya sedikit, sudah pasti kita tidak akan meremehkan segalanya ini. Kerana mati di dunia dan dihidupkan kembali di akhirat merupakan satu persoalan yg sgt besar, malah maha besar! Oleh itu, sudah pasti kita akan mengambil serius persoalan penting ini. Hanya dengan iman sahaja mata hati kita tidak akan menjadi buta. Allah Taala berfirman  [dalam surah Al-Hajj,22:46], maksudnya : “Maka tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi ini agar ada bagi mereka hati yg dapat mereka berfikir dengannya, atau telinga yg dapat mereka mendengar dengannya, maka sesungguhnya tidaklah buta mata mereka itu tetapi yg buta ialah segala hati yg ada di dalam dada!.” Maka iman ialah titik tolak Berjaya atau gagal seseorang itu. Nak berjaya? Jom solat subuh berjemaah di masjid kawan-kawan !

Aku  x nafikan keutamaan solat fardhu yg lain tetapi  Rasulullah sering tekankan tentang solat subuh sehinggakan Rasulullah jamin syurga bagi org yg solat subuh berjemaah di masjid. Ingatlah permulaan yg baik pasti pengakhirannya juga baik, maka mulakanlah pagi kita dgn amalan yg disukai dan dijamin syurga oleh Allah dan Rasulullah dgn solat subuh berjemaah di masjid, InsyaAllah urusan hidup kita akan dipermudahkan oleh Allah sehinggalah ke solat subuh keesokannya. Didik diri dan seru org lain.Pasti penuh jemaah solat subuh di setiap masjid-masjid di alam ini.InsyaAllah!

Ingatlah, Allah hanya mahu melihat kesungguhan kita , tiada jalan mati bagi sesiapa yg mahu.Allah S.W.T. berfirman  [dalam surah Al-Ankabut, 29:69], Maksudnya : “ Dan orang yg bermujahadah (berjuang,berjihad,berusaha,dan bersungguh-sungguh) pada pihak Kami, maka pasti dan pasti Kami (yakni pihak Allah Taala) akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”

Kita berikan apa yg terbaik dalam kemampuan kita , Allah akan sempurnakan apa yg kita x mampu. Allah hanya mahu melihat kesungguhan kita , selebihnya bak kata Nabi Syu’aib a.s. yg tercatat dlm surah Hud ayat 88, maksudnya : “Sesungguhnya aku hanya menginginkan islah setakat mana dayaku, dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan Allah, kepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembalikan (urusan ini).”







»»  read more
 
Copyright @ 2009 bercinta kerana allah: amalan hamba | Original Template: Minima Black | Modifikasi oleh NATALUDIN | Top