Memaparkan catatan dengan label Kata Katakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Katakan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Februari 2013

Sang Puteri, Pulang...

Menyingkap takbir mimpi
dibalik jendela tanpa penghuni
memandang jelas sang puteri
melebarkan sayap...
yang dahulunya milik hati

Hanya kerana
ombak menampar bahtera
lautan tenang menjadi gelora
aku dimamah hingga gila
bulan disangka dia
Sehelai, sehelai helaian mimpi
diselak agar mengeluarkan haruman wangi
namun semakin dihidu
semakin sesak nafasku
memori datang bertalu
tidak tahu dimana tuju
semua bagaikan buih
meletup-letup mendidih

Katakan, katakan padaku
gunung tidak akan berganjak disitu
Katakan, katakan padaku
sang puteri bahagia disisiMu

"Sinar hilang kembali terang
lautan garang kembali pulang
kasih sayang tak akan hilang
jika kau aku dirantai keliling pinggang"

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tika Ruang Meledak...

Tika ruang meledak tawa
Alunan merdu suara menyapa
Menyemburkan bekas luka
Roboh rindu di bina
Patah jua sayap cinta
Akhirnya tinggal tiada

Seluruh jiwa merayu
Bertanya-tanya tentang ketemu
Airmata mengalir memujuk rindu
Kembalikan kasih sayang dahulu
Timbulkanlah ruang baru

Saat ini menunggu
Di mana tersimpannya rindu
Katakanlah walau dihujung terdampar layu
Saat ini menunggu
Masih adakah ruang waktu
Katakanlah walaupun jalan teroka berliku

Tika ruang meledak hiba
Menangkap saki baki sisa cinta
Jauh merantau kelihatan ada
Apabila dekat dipandang tiada
Tetap hatiku milikmu selama

Sabtu, 12 November 2011

Kata-katakan...

Jauh tadi melangkah
hampir parah
luka-luka mengeluarkan darah
sakit bikin semakin gundah
resah, bernanah

Kata-katakan pada aku
masihkah tertanam rindu
Kata-katakan pada aku
Aku terus menunggu

Sunyi sepi
hanya kedengaran ombak di pantai
Namun, langkah tidak terhenti
terus-terus mencari
Sehinggalah di sini

Khamis, 25 Ogos 2011

Airmata Malam...

Pulang kembali
Di daerah sunyi
Tinggal satu noktah beraja kini

Serabut di minda
Mengukir cerita
Dibawa tetaplah tiada

Katakan aku
Punya masa menunggu
Menunaikan janji-janji berbatu
Mengikut segala kemahuanmu
Tetaplah aku begitu

Kata, katakan padaku
Andai jalanku hanya liku
Luka parah berganti, setiap satu
Punya waktu, buntu

Kata, katakan padaku
Andai jalanku hanya liku
Noktah-noktah hitam diterangi, sayu
Airmata malam kaku

Berselirat dikepala
Melakar pujangga
Dan akhirnya tetaplah noktah sama

Jumaat, 15 Julai 2011

Katakan, Masihkah Ada Rindu...

Ruang hatiku sepi
Hadirlah mentari
Sucikan, bawakan rindu hati

Seluruh jiwa merayu
Kembalikan rindu
Jangan biarkan aku buntu
Mengapai bayang-bayang cintamu

Sudah aku ketemu
Namun masih kaku
Ditolak ke jurang
kosong-kosong, beku

Kau kata, katakan padaku
Masihkah ada ruang dihatimu
Kau kata, katakan padaku
Masihkah ada rindumu untukku

Kata, katakan padaku
Jangan biarkan aku kaku
Tanpa bicara rindu

Selasa, 12 Julai 2011

Hati Masih Ada Dia.....

ruang hati sepi
tanpa rembulan menerangi
bermacam jalan diredahi
namun itulah, tetap begini
kata, katakan lagi

aku bermimpi
madah yang hilang kini
aku teroka mencari
hampa dihinggap, barah berapi
kata, berdusta lagi

kata, katakan kepadaku
dimana letaknya bahagia
kata, katakan kepadaku
disini atau disana

kata, katakan kepadaku
hati masih ada dia
kata, katakan kepadaku
tidak hilang dibawa tiada

jalan diredahi
madah hilang kini
teroka mencari hampa, katakan lagi
akan tiba cahaya, terang menerangi

kata, katakan kepadaku
hati masih ada dia
kata, katakan kepadaku
tidak hilang dibawa tiada

kata, katakan kepadaku
dimana letaknya bahagia
kata, katakan kepadaku
disini atau disana

Khamis, 23 Jun 2011

Belayar Mencari Penawar 36... (Kata, Katakanlah)

Pejamkan mata
Bawakan aku ke sana
Bersama rindu cinta dibina
Bayang-bayang diteroka
Melihat tidak bercahaya
Inginku redah semula

Siapkan arahnya
Bawakan aku ke sana
Biar dihalang badai gelora
Upaya aku tiada
Geraklah bahtera
Belayar mencari penawarnya

Kata, katakan kepadaku
Di sana ada bayangmu
Biar dihalang badai gelora
Akanku cekal tidak meronta

Kata, katakan kepadaku
Di sini adalah wajahmu
Biar ditutup jangan dibuka
Biar meronta, terlafaz maka buta

Bawakan aku
Pada kamar-kamar tiada
Biar dihalang badai gelora
Siapkan arahnya
Geraklah bahtera
Cekal jangan sekali meronta

Selasa, 21 Jun 2011

Infiniti Rintik Hujan...

malam gelita
penuh lintang pukang cerita
tika itu aku masih buntu
kaku meneroka infiniti rintik hujan
berderai jatuhlah ke mata

aku mengapai
satu persatu bukan dua
sekali terlepas ikatan
jatuhlah ke mata
buntu menghampiri
lintang putang aku berlari

kata, katakan pada aku
ke mana arah-arah tuju
di sana digapai gelita
di sini digapai tiada

kata, katakan pada aku
di mana terletaknya cerita
di sana penuh gelita
di sini penuh tiada

aku mengapai
infiniti rintik hujan
setiap satunya punya cerita
maka diteroka
jatuhlah ke mata
lintang pukang akulah tiada

Isnin, 20 Jun 2011

Rasakan Cintanya...

Kehidupanku kosong
Tanpa ada sepalit rasa
Banyak kali terlafaz rindu
Namun langkah kaku
Tidak bergeraklah aku
Andai tiada, jika tiada

Katakanlah
Hidup sepi itu bahagia
Penuh dengan memori rindu
Namun berjujuran airmataku
Beri peluang rasa cintanya

Kata, katakan kepada aku
Hidup sunyi itu bahagia
Penuh Memori dengan rindu
Namun berjujuran airmataku

Kata, katakan kepadaku
Kosong tiada itu bahagia
Biar roboh jantung hatiku
Aku tetapkan merasakan

Hidupku sepi
Penuh dengan memori
Berjujuran airmataku
Berilah peluang
Rasakan cintanya
Rasakan ertinya cinta

Kosong dan hilang...

Kosong dan hilang
Tanpa ada setitik air
Tika itu kaku dan melayang
Buntu meraba-raba
Di pekat malam gelita
Dan akhirnya kosong tiada

Katakan aku
Andai kini berada
Diruang hitam penuh gelita
Seluruh tiada
Kosong dan hilang
Maka lihat akankah ada

kata, katakan kepada aku
Di mana letaknya cinta
Jalan teroka berliku
Penuh gelita dan cerita

Kata, katakan kepada aku
Di mana letaknya bahagia
Jika terpantul di cermin kaca
Kau itu aku

Kosong dan hilang
Kaku meraba-raba
Diruang hitam penuh gelita
Seluruh tiada
Dan akhirnya
Kosong tiada akankah ada

Ahad, 19 Jun 2011

Hitam Itu Menjelma...

Gelap gelita
Sunyi tanpa suara
Dimana-mana tetap kosong
Sepi tanpa bunyi
Dan tiada segala
Akhirnya hilanglah tiada

Maka dicari
Diselongkar malam gelita
Hitam, hitam itu menjelma
Pelbagai rupa
Pilihlah mana suka
Namun itu semua tiada

Kata, katakan pada aku
Gelap hitam itu ada rupa
kata, katakan pada aku
Rupa itu sebenarnya tiada

Kata, katakan pada aku
Hitam, hitam itu menjelma
Kata, katakan pada aku
Segala itu benar tiada

Terpadam hilang
Digantikan terang
Masih selongkar malam gelita
Hitam, hitam itu menjelma
Pelbagai rupa
Maka pilih mana kau suka

Kata, katakan pada aku
Gelap hitam itu ada rupa
kata, katakan pada aku
Rupa itu sebenarnya tiada

Kata, katakan pada aku
Hitam, hitam itu menjelma
Kata, katakan pada aku
Segala itu benar tiada

Sabtu, 18 Jun 2011

Di Sudut Kaku...

Ruang hati celaru
Sepi berteman buntu
Maafkanlah segala aku
Terlontar lagi jauh berbatu
Di sudut, di sudut kaku

Dilorong penuh liku
Aku hanya menunggu
Tiba akan segala waktu
Hatiku akan kekal menyintaimu
Di sudut, di sudut kaku

Kata, katakan pada aku
Gelap gelita ada bayangmu
Kata, katakan pada aku
Dalam terang ada wajahmu

Di sudut kaku
Terlontarlah aku
Mana jauh berbatu
Andai terpantul dibingkai kaca itu
Kau adalah aku

Kata, katakan pada aku
Gelap gelita ada bayangmu
Kata, katakan pada aku
Dalam terang ada wajahmu

Kata, katakan pada aku...