Memaparkan catatan dengan label Bunga Merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Merah. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

Bunga Merah 7...

aku jumpa bunga indah
harum mewangikan taman
Bunga Merah warna suci
kelopak jernih penuh mata air

aku jejak, kelopak satu persatu
aku belai, hingga keluar rindu
aku usap lembut, jantung aku kaku
aku cium, mengalirlah rupamu

kekalkan cinta
katakan berita bicara
kau ada, ada aku
ada, ada rindu
pasti ada kerna ada kau
jika tiada,
pasti, pasti tiada rindu

aku jejak, urat-urat nadimu
aku belai, hingga bergetar nafaz bunyi
aku usap lembut, mencanak-canak tidak berhenti
aku cium, mengalirlah air suci

Ahad, 29 Mei 2011

Bunga Merah 6...

indah bunga merah
tidak pula dipegang parah
luka...
mustahil andai tiada duri
penuh pula warna warni
cinta tulus suci

indah bunga merah
sentiasa memberi tunjuk arah
binasa...
mustahil andai tiada diracuni
penuh pula cerita indah murni
rindu semerbak harum kasturi

wahai bunga merah
tanamkan indah cinta murni
jangan bahasa-bahasakan
cintakan layu, pilu
katakan...
pasti bahagia walau berkata pergi

Isnin, 23 Mei 2011

Bunga Merah 5...

Bunga Merah semakin ditunggu
Semakin bergelodak ragu
Buntu...
Usah dikabarkan berita
Kecewa...
Usah diserabutkan minda

Bunga Merah semakin rindu
Semakin menghempit kalbu
Kaku...
Usah dimainkan derita
Duka...
Usah dilontarkan bahagia

Bunga Merah
Senyum itu tidak akan parah
Kabarkan apabila gelisah
Mencengkam nadi-nadi resah
Beritahu tentang darah merah
Rindu cinta tunjukkan arah

Bunga Merah semakin berlagu
Semakin mengukir rindu
Layu...
Usah dibiarkan cinta
Gembira...
Usah dikatakan merana

Ahad, 22 Mei 2011

Bunga Merah 4...

aku sakit luka parah
keluarkanlah penawar bunga merah
indah...
jangan berkata layu tiada
pastikan aku merana

aku sakit luka parah
keluarkanlah penawar bunga merah
sudah...
telah dibilang berkata-kata
pastikan ada bahagia

aku sakit menahan luka
keluarkanlah penawar bahagia
mencari bunga merah entah dimana
andai terlihat pasti hilang tiada
merana jangan dikabarkan berita
bersuaralah walau dimana
bahagia...

bunga merah
aku sakit luka parah
menanah...
jangan biarkan merana
pasti lama menunggu cinta

Bunga Merah 3...

bunga merah layu akhirnya
tiadalah dapat kembali jua
merana...
jangan dikabar-kabarkan berita
senyum dan katalah bahagia
itu pasti kau Bunga Merah cinta

bunga merah kusam warna
tiadalah mekar kembali semula
hampa...
jangan dicerita-ceritakan dusta
katalah akhirnya pasti gembira
itu pasti kau Bunga Merah setia

bunga merah
bukankah engkau pernah berkata
bila pulang senyuman dibina
rindu sekian lama ada
terbalas bertemu jumpa
ada cinta tidak akan merana

Jumaat, 20 Mei 2011

Bunga Merah 2...

bunga merah kembalilah menawan rupa

indah mewarna bagai dulu tiada

hampa...

tiadalah kata berbunga

menyunting hanya melangkaui masa


kala gelap mematikan cahaya

bahagia cinta berbunga merah suria

hiba..

tiadalah suara menjelma

mencoretkan madah pujangga


bunga merah dengar luah rasa

bicarakan kabarkan erti cinta

seksa...

tiadalah andai bahagia

lukiskan senyuman padamkan airmata


bunga merah

bukankah engkau tidak pernah gelisah

apalagi menahan luka parah

andai ada, tentu hilang arah


jadilah bunga merah yang dulu

sama-sama merindu

sama-sama melangkaui masa, tiada

Bunga Merah...

hilang kata madah pujangga
hendak diukir menjadi cinta
hampa...
hilang tidak dicapai-capainya
entah ke mana usulnya
bunga merah hilang jua

hilang kata madah pujangga
mencoret rindu kenangan cinta
seksa...
hilang ditelan badai luka
entah apa gerangan dibawa
bunga merah menjadi tiada

hilang kata madah pujangga
melukis rapat mengikat pena
merana...
hilang tidak tahu ke mana
entah ada entah tiada
bunga merah layu akhirnya

Khamis, 14 April 2011

Bagai Bunga Merah...

bagai bunga merah
bagai merah darah
bagai berdarah parah
bagai parah yang bersalah
bagai...
salah namun bukan mengalah

biarpun lautan taufan berombak duka
Membenamkan rinting ke tepi muara
tidak sekali mengukir kesal di jiwa
kerana kau sentiasa ada

biarpun sinar merajuk hampa
di celahan rinting berdarah luka
dan akan datang esok, masa
kau aku akan bersama
satu bukan dua

bagai bunga merah
bagai merah merekah
bagai merekahnya mengeluarkan buah
buah jiwa yang mempunyai tuah