Pages

Tuesday, July 19, 2016

"Kedudukan Gagal"

Few days ago we had internal meeting membincangkan isu2 pelajar2 yg mendapat kedudukan bersyarat (KS) dan kedudukan gagal (KG) dalam peperiksaan semester yang lepas.
Sebagai seseorang yg baru dalam academic line, I'm amazed to find out how the faculty takes serious measurement in assessing students under KS and KG conditions. Those under KS akan diberi perhatian yang lebih oleh penasihat akademik (PA) dan timbalan dekan akademik. Maknanya kehadirannya ke kelas, assignments dan tests akan dipantau. I can't really remember zaman saya undergrad dulu, adakah pihak pengurusan akademik fakulti saya dulu pun ada sistem sebegini?
Those under KG pulak, isunya di scrutinized utk find out kenapa students ni KG. Sebab kalau ada sbb yang munasabah, ianya akan dipertimbangkan untuk diberi peluang dalam mesyuarat Senat. I'm not going to elaborate on peraturan universiti and whatnots but just nak berkongsi cerita tentang dua kes KG yg menarik perhatian.
KES 1
Pelajar lelaki, tahun akhir. CGPA 3.3. Punya rekod akademik yang baik sebelum ini. Tapi apa yg menyebabkan GPA dia dia 0.00 2 semester berturut2? PAnya kata, student ni frust cinta tak berbalas dengan rakan sebaya satu kursus. Dah lama minat kat awek ni dari tahun 1 tapi akhirnya di tahun 3 confirm awek ni mmg tak nak kat dia. Kecewa punya pasal dan atas alasan tak nak grad sama2, mamat ni sanggup menggagalkan diri!PAnya kata lagi, dari awal dia found out that this student flopped in his study the first time, dia dah korek cerita dan nasihat habis2an. Tapi budak ni tak makan nasihat. 
Hish!!! kitorg staf2 akdemik yg dengar ni rasa gerammmmmmm sangat! Rasa kalau ada budak ni kat depan mata, nak dilempang2 to knock some sense in his head. Hello! Come on la....x berbaloi tau nak gagalkan diri sbb cinta tak dibalas. Kat luar sana ada ramai lagi perempuan2 yg boleh disunting, kenapa la sbb orang tak nak kat ko, ko sanggup merosakkan masa depan sendiri???? Tak fikir ke tentang mak ayah?
Teringat diri sendiri zaman undergrad dulu. Saya and cik HB dulu mula bercinta dr tahun akhir A-Level, lepas tu sambung pulak masa buat degree. Masa 3rd year, kami banyak gayut kat tepon dan bila banyak berckp, banyak la buang masa dan banyak la gaduhnya. So agak mempengaruhi study kami masa tu. CGPA kami mmg dropped dan akhirnya atas persetujuan bersama2, kami putuskan untuk break buat sementara. Maknanya kami tidak akan berhubung, dating2, cemburu2 macam pasangan bercinta. I was free to do what i want to do, and so did he. We would not question each other's activities. "aku hidup aku, ko hidup ko" kaedahnya. Kalau ada jodoh, lepas grad kita sambung, kalau tak, bawa la haluan masing2.
I'm glad we made that decision. Final year saya, 2 semester berturut2 saya dapat Dean's List. Berjaya la juga mendapat CGPA atas 3.00 (barely passed!)  Ada rasa sesal jugak terlibat dalam percintaan sebelum tu. Kalau tak reti meyelam sambil minum air, baik jangan buat! Hahahaha. Macamana pon ianya pengajaran kehidupan buat diri saya.
Dan soal jodoh, kalau dah mmg itu jodohmu, maka itu la yang kamu dapat. Saya dan cik HB kembali berhubungan right after we graduated, sama2 dapat kerja cepat dan kawen 2 tahun lepas tu. Alhamdulilah.
So adik2 generasi Y, Z dan yang akan datang (termasuk anak2ku sendiri), jangan bazirkan diri/masa mu dengan percintaan yg tak pasti zaman tengah belajar. Beri priority apa yang lebih penting untuk masa depan ok!
KES 2
Pelajar perempuan, tahun 3. Semester 1- 5, result generally agak ok. CGPA/GPA sekitar 2.9 nearly 3.00. Malangnya di tahun ke-3 diuji dengan masalah keluarga. Ayah kahwin lain, mengabaikan si ibu dan anak2. Eventually bercerai. Pelajar ni yang merupakan anak sulung, terpaksa ambil-alih urusan keluarga dek kerana ibu mengalami tekanan perasaan. PAnya cerita students ni angkut adik2nya ke rumah sewanya utk dijaga. Pernah tangguh pengajian kerana nak bekerja dan cuba selesaikan masalah keluarga. Tapi masih belum selesai.
Sedih kan? Kisah2 macam ni la yang kita patut kesian. She's quite a good student, kalau habiskan study, peluang cerah untuk dapat kerja yang bagus. I don't know what the father is thinking. Tak ke dia rasa bersalah dari kesan tindakan dia tu?
Wahai mak ayah, kalau buat sesuatu keputusan (kahwin lain, bercerai), fikirlah masak2 impak dari keputusan itu. Sebab selalunya yang jadi mangsa adalah anak2.
Student ni pon dah buat keputusan untuk berhenti belajar. Jadi fakulti pon x boleh merayu utk dia diberi peluang lagi....huhuhu.

Monday, July 18, 2016

Aidilfitri 2016

Dah 13 Syawal baru nak update blog...hehehe
 
Nak kata sibuk sgt, takde la sbb skrg dah cuti semester, so agak free la sikit walau ada keje2 management nak dibuat dan nak prepare utk mengajar next semester. Tapi tiap2 tahun kena ada entry pasal Raya, so here I am trying to update.
 
Tahun ni raya pertama kami sambut di Tg Malim dulu sbb mmg tahun ni turn TM. Raya hari Rabu, hari Sabtu sebelum tu lagi kami dah balik Tg Malim. Selain saya, ada lagi 2 adik yg jugak balik starting Sabtu. Ada yang balik hari Ahad, Isnin dan ptg Raya. Mak happy tahun ni sbb 8 out 9 anak dia raya kat TM. Yg patut turn tahun ni di rumah mertua pon somehow balik raya TM dulu. Cuma abang no. 2 aje yg stick beraya ikut turn mertua dia.
 
Bila dah ramai2 balik, rumah mak abah pon sempit, kami sewa homestay. Tak paham betul kat FB kenapa ada certain2 org mempertikaikan tindakan ahli keluarga sewa homestay ni. Bukan sbb lupa daratan atau faktor nak selesa sokmo. Tapi dalam kes kami, imagine la kami adik-beradik saja 8 org, campur pasangan dan anak2 lagi. Dah beberapa tahun dah bila Raya, kami akan amik 1 homestay. Saya dan adik2 lain yg balik awal, kami dok rumah mak dulu. Bila dah ramai2 balik, baru kami stay homestay sbb nak bagi laluan adik2 lain merasa dok rumah mak pulak. Rumah mak ada 3 bilik aje, satu tandas dan satu bilik mandi. Tu pon 1 bilik aje yg betul2 boleh occupy, lagi 2 bilik penuh barang mak abah...hehehe. So kalau semua nak berkampung kat rumah mak, mmg sesak jadinya. Dan kalau kata kami amik homestay, lepak2 kat situ x involve dengan persiapan nak raya, lagi la tak betul. Saya ni mmg tukang masak mak, 5 ari kat TM, 5 hari la saya jadi tukang masak, dr juadah buka posa sampai la juadah raya. Kami guna homestay semata2 utk letak beg2 kami, tido malam dan bersiap bagi mengurangkan kesesakan kat rumah mak. Pulak tu homestay tu dekat je ngan rumah mak.
 
Buat yg parents ada rumah besar, boleh la nak tido ramai2 satu rumah. Rumah mak kami tu dah abis extend dah. Kalau ada rezeki lebih, mmg nak cari rumah besar yg boleh muat semua. Tapi apakan daya...belum ada rezeki lagi. Takpe la...masing2  kehidupan tak sama. Yg penting, jangan menilai tindakan orang sesuka hati.
 
Balik pada cerita raya, kita layan gambar2 aje la ye...
 
Mak & Abah di pagi raya. Aren't they sweet? :)))
Ya Allah, rahmatilah kedua ibu-bapaku, sejahterakanlah mereka, ampunilah mereka dan letakkanlah mereka di Syurgamu
 
My kakak sulung n husband. Anak 4 org gagal dikumpul
utk diambil gambar bersama...hehehe
 
Anak no. 2: abang dan family
 
Anak no. 3: kami sekeluarga
 
Anak no. 4: adik lelaki saya n isteri
 
Anak no. 5: adik lelaki saya n famili
 
Anak no. 6: adik perempuan saya n famili
 
Anak no.7: adik perempuan saya n famili
 
Anak no.8: adik perempuan saya n suami. InshaAllah tahun depan raya bertiga :)
 
Anak no. 9 dan bongsu: adik perempuan saya...InshaAllah bakal berkahwin hujung minggu ni.
 
Selfie ramai2...2 siblings missing here
 
Ramai kan?
 
Sebab ramai, terpaksa la amik gambar keluarga luar rumah atas jalan...hehehe
 
 
Meriah kan kami sekeluarga?
 
Pagi raya paling best, adalah makan pagi bersama2, lepas tu bersalam2an dan bergambar. Mmg kecoh la rumah mak. Dan selesai semua tu kami berkonvoi berjalan raya rumah sedara-mara mak dan Abah. Kitorg ikut je mana2 rumah mak n abah nak pergi. Sebab tau tu yg menggembirakan diorg. Jumpa sedara-mara dengan segerombolan anak-cucu dtg bersama2. Seronok mak kenalkan anak2 dia satu persatu kat sedara jauh yg jumpa kat lokasi2 rumah kami beraya.
 
Mak Abah pasti terkenang zaman perit-jerih membesarkan kami dulu. Kami bukan orang senang, abah x berkereta, jadi kalau berjalan raya, mak abah bawak yg kecik2 aje naik motor. Yg besar2 dok rumah, atau jalan raya sendiri dengan kawan2. Sekarang bila dah besar2, dan masing2 ada kenderaan, ni la masa kita ikut mak ayah kita berjalan raya, jumpa sedara-mara.
 
Raya ke-2 kami dah bertolak balik KB. Adik2 lain pon dag gerak ke rumah mertua masing2. Tinggal 1-2 famili gerak lambat sikit. Perjalanan ke KB melalui Simpang Pulai-Gua Musang pon smooth aje. Cuma start Kuala Krai ada la sesak sikit. Tapi sbb kami menuju ke Bachok dulu (kakak cik HB dok Bachok buat makan2), kami bypass kat Machang menuju ke Bachok. Gerak pukul 8.30 am dr TM, pukul 6pm sampai Bachok. Not bad jugak la.
 
Family Jalan Bayam di hari raya pertama. Ramai yang takde dalam gambar ni.
Pertama kali raya tanpa Ayoh :(.
 
Kami stay di KB sampai raya ke-6. Hari2 penuh dengan agenda makan2. Mujur cuti raya dapat dipanjang ke hari Isnin. Asalnya dekan x bagi staff cuti minggu selepas raya sbb ada urusan kerja fakulti tapi selepas ramai yg merayu nak panjangkan cuti at least ke hari Isnin, maka at last dekan benarkan. Mujur la sbb kalau balik hari Ahad tu travel mmg kena redah jem yang dasyat. Adik HB was supposed to travel back to KL hari Ahad tu..gerak dr KB pukul 7.30 am, pukul 10.30 am masih di Kok Lanas. Dia decide patah balik KB dan travel hari Isnin. Gerak pukul 4 am, pukul 12.30 tengahari dah sampai KL! Kami pon gerak hari Isnin tu perjalanan lancar, Alhamdulilah.
 
So itu la cerita raya di kampung kami. Alhamdulilah, raya kita di Malaysia mmg meriah. Gembira tgk gambar2 raya rakan2 di FB. Penuh warna-warni. Penuh nilai kekeluargaan. Tu pasal jalan jem sana-sini....hihihi.
 
Makanya syukur selalu. Allah masih izinkan kita menikmati Aidilfitri, menyambut kemenangan dengan penuh kegembiraan. Pun begitu, tak ku lupa hulurkan doa buat mereka saudara seagama yg ditimpa kesusahan dan kesedihan. Terutama mereka di Syria, Palestine dan Rohingya.
 
Last but not least, gambar raya bersama rakan fakulti. Fakulti kami awal2 dah buat majlis raya....balik dr cuti aje terus ada majlis raya...hehehe