Ni la antara event yg membuatkan kami terharu - kenduri kesyukuran & doa selamat sekaligus memerangkap surprise farewell party utk kami sekeluarga. Dirancang secara rahsia oleh Kak Liza & her family, Liza & Mat serta adik2 junior Rheimers dan kami cuma tau pasal majlis ni waktu ianya mula berlangsung.
Kisahnya, pagi Jumaat itu, sehari sebelum flight kami pulang ke Malaysia, sy nak ke Frankfurt - nak buat last-minute shoppings, beli brg2 yg masih ada dlm list, sedikit sedikit souvenirs. Cik HB pagi2 dah ke Darmstadt menguruskan hal2 terakhir berkaitan pengajiannya. Sikembar, sy minta tolong Liza jagakan. Tapi sebelum sy keluar rumah, kak liza call katanya tuan rumah sy call dia bgtau kami kena settlekan sampah2 yg sy tinggal sbb lori sampah x mo amik sampah kami. Maybe sbb sampah kami x dok dlm tong sampah (sbb tong sampah penuh sgt masa tu) and maybe sbb kami x asingkan sampah seperti sepatutnya.
Again, kak liza la yg menjadi penyelamat, kami sama2 mengerjakan sampah - asing2kan sampah dan letak dlm plastik lebih kecil dan dgn kereta kak liza kami angkut sampah2 ni dan cari tong2 sampah yg kami boleh sampah kami. Bayangkan la tong sampah utk apartments area rumah kak liza & mat siap duduk dlm cage dan berkunci. Hanya penghuni aje yg boleh buang sampah kat tong sampah blok masing2. So sy buang separuh kat blok rumah mat dan lagi separuh kat blok rumah kak liza. Tapi yg sy terharunya, betapa baiknya kak liza menolong sy, sanggup mengangkut sampah-sarap dlm keretanya!
Lepas sampah dah settle, sy ke Frankfurt seorg diri. Memborong souvenirs apa2 yg patut buat sedara mara dan sahabat handai. Penat! Tp padan la ngan muka sendiri, dok 2.5 thn kat sana, last day before balik baru nak beli segala.
Pulang ke Raunheim hampir pukul 5ptg. Liza kata Mat nak belanja dinner kat kebab for the last time. cik HB pon sampai Raunheim lebih kurang waktu yg sama. Tapi yg peliknya dok berlegar2 kat area rumah Kak Liza dan kemudian Liza panggil masuk rumah Kak Liza. Masuk2 ´SURPRISE!!!!´. Junior rheimers penuh didalam dan rumah dihias ala2 party. Ada banner, ada reben2 bagai, terlopong sy tgk!
Makanan pon byk dah disediakan. Ada nasi ulam, kambing panggang, sup kambing, kuih-muih segala. Rupanya pagi kami sibuk menguruskan sampah, kak Liza rupanya sibuk nak berkejar shopping brg2 utk kenduri. Aduhai! Kesian sungguh sy mendengar...sanggup dia bersusah-payah utk kami.
Dgn adanya majlis ini, kami mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih byk2 kepada family kak liza, famili Mat & adik2 Rheimers. They played very important role in our life in Germany dr mula kami sampai disini hingga la ke saat kami balik for good. Sgt terharu bila kak Liza memberikan kata2 ucapan dgn linangan air mata, terasa yg kami sungguh disayangi dan dihargai.
Lepas makan2, Mat mengetuai solat Maghrib dan bacaan Yasin serta doa selamat serta kesyukuran. Ya, kami sgt bersyukur kerana cik HB berjaya habiskan studynya walaupun byk cabaran, sgt bersyukur sbb kehidupan kami disini dipermudahkanNya.
Cemana pon malam tu kami kena pulang awal ke rumah Mat sbb packing tak abis2 lagi. I slept at 2am kot, dok sibuk menyusun beg dan timbang berat the whole luggage sbb takut terlebih berat.