Amacam? Terbelit tak lidah ngan word Deutsch kat atas tu?
Google Translate defines the word as enrollment examination. Bahasa german ni hebat tang mencantumkan dua tiga perkataan menjadi satu perkataan. Contoh yg lain : Kindervorsorgeuntersuchung = children precautionary screening. So kalau anda nak kena buat karangan 100 patah perkataan dlm Deutsch, byk benda anda boleh tulis sebenarnya sbb boleh cantum2 2,3 malah 4 patah perkataan jadi satu perkataan aje!
Menarik????
Hehehe...ok, bukan pasal bahasa german sy nak citer tapi nak share experience sy pegi buat Einschuluntersuchung utk sikembar semalam.
Einschuluntersuchung ini adalah pemeriksaan utk kelayakan masuk ke sekolah rendah (Grundschule) yg sy ceritakan kat entry lepas. Dijalankan oleh jabatan kesihatan dan masyarakat daerah (sama mcm jabatan kebajikan masyarat Malaysia la kot). Sy ngan cik HB risau jugak mulanya kalau kami x dapat nak berkomunikasi dgn staff kat situ sbb selalunya kami ada Kak Liza yg selalunya ikut bersama bila kami ada urusan rasmi mcm ni dan dia selalu jadi tukang jurucakap. Dan sejak kami buat urusan visa dr awal dulu, kami mmg dah expect pihak2 mcm ni takkan layan kalau kita nak ckp English dgn diorg. Tapi skrg dah 2 thn kami kat sini, boleh la ckp & faham deutsch sikit2 so kalau kita x cuba, how to survive kan?
Kami berurusan dgn satu minah ni, muka x berapa friendly and tak byk ckp. Ok jugak tu, kang kalau dia tanya byk2 soalan pon, kitorg jugak melopong! Kami bagi all related documents dan tunggu dia buat apa2 arrangements yg patut.
Then, kami dibawa masuk satu bilik ini dan dia start buat test ngan Nabihah dulu. Test2 itu:
PART 1
1. Dia tunjuk 4 pensel warna - hijau, biru, kuning dan merah. The kid being asked to tell the colours.
-Nabihah agak slow sikit sbb dia mcm x confident. Bila tiba tang Nabilah, amboi makcik tu..kemain lagi lagu sebut....maklum la dah tgk kakak dia buat dulu!
2. Ujian buta warna - kid being asked to show which one round shape dlm satu kad yg ada byk polar warna dan ada shape2 yg lain (ada byk kad!).
- Both lulus dgn cemerlang! Ok, now I know diorg x buta warna :)
3. Another card with 4 pictures in dotted line. Kid to tell what is the pictures.
- Ok, lulus juga sbb senang
4. Another card with polar warna dan ada gambar objects didalamnya. Kid to tell what are the objects.
- Ok, lulus
5. One shining silver card is shown. Tak tau apa jenis card ni but if look carefully, you can see the objects shapes on it. So the kid is to show the objects and name them.
- Nabihah can see all - bintang, bulan, gajah dan kereta.
- Nabilah nampak kereta as anjing....hahaha
* actually i tried peep into it too, but can´t see anything...lagi teruk!!!!
6. Ujian penglihatan - sama mcm kita buat kat kedai cermin mata. The kid to look into the eye test equipment tu and tell whether the object E is up, down, left or right. Lama juga test ni dibuatnya. Tiga kali rest in between!
- kesimpulan: Dua2 masih ada good eyesight...mudah2an tak perlu cermin mata sampai ke besar....jgn jadi mcm mak dia, rabun jauh kronik.....huhuhu. Kena control jgn tgk TV dekat sgt and ngadap laptop lama2 dan kena byk mkn karot ye anak2!
7. Ujian pendengaran - earphone on kid´s ears then bila ada bunyi ´beep´ON, the kid to press the connected button immediately.
- Agak bermasalah mulanya buat test ni ngan Nabihah sbb dia confuse bila dia patut tekan button tu. Dia pi tekan all the time! Kena buat byk kali baru dia faham.
- Nabilah being the 2nd doing the test, siap ckp "ich weiß" even before staff tu abis explain. Ok, dia mmg tahu sbb dia buat seperti yg disuruh.
- kesimpulan: there is no hearing problem
Then kami keluar dr bilik tu and kemudian ke bilik lain tapi still dgn staff yg sama
PART 2:
1. Ukur berat & tinggi
2. Disuruh melompat ke kiri kanan dgn kedua2 belah kaki
- oh, favourite si kembar. Mesti la lulus dgn cemerlang.
3. Lukis semula objek2 yg ditunjuk dlm sekeping kertas
- melukis semula pon mmg favourite.
4. Ulang perkataan yg disebut oleh staff tersebut. Ok, yg ini sy pon x tau apa kah bahasa yg digunakan. Antara yg sy ingat:
SANGA SUKA
MAMI MACA
lebih kurang camtu la...ada lebih kurang 10 ayat camtu kot dia sebut. Sikembar ada yg sebut sama, ada yg diorg sebut tah hapa2...i guess itu suku kata utk test sebutan kanak2.
5. Then dia baca ayat - agak panjang, dan budak disuruh ulang. Sy dgr pon sy rasa tak boleh nak ulang ayat penuh. Tang ini sy rasa mmg memerlukan penguasaan bahasa Deutsch yg baik utk dpt buat test ini dgn cemerlang. And sy sendiri x tau level penguasaan Deutsch sikembar sbb kat rumah diorg x cakap deutsch. Tapi sy pasti tahap Deutsch diorg rendah aje, sbb diorg x attend Deutsch course (sy ada ditanya samada anak2 attend Deutsch course ke tak)....x byk vocab yg diorg tau, ckp pon grammar tunggang terbalik kot. Ada beberapa ayat dibaca, sy rasa ada few words aje yg sikembar mampu ulang dgn betul. Takpe la anak2ku....sbb kamu pon nak balik Malaysia dah x lama lagi.
6. Staff tu sebut word dlm pronunciation yg salah dan budak diminta betulkan sebutannya. Cth: SCHO-OLADE (betul: SCHOKOLADE) , KRO-ODILE (betul: KROKODILE), SPAG-ETI (betul: SPAGHETTI) dan ada few lagi yg sy sendiri pon tak tau bunyi betulnya macamana...kikiki. Again vocab in Deutsch kena tau banyak la part ni. So kembar byk yg tak boleh jawab part ini.
Then keluar bilik tu, masuk bilik lain pulak. And jumpa staff lain. Suka staff ini sbb dia sgt warm dan suka senyum. Yg first tu muka masam dan mcm tensen (rasa mcm dia x suka ausländer (org asing) aje...). Then dia interview kami about few things, kami dtg dr mana, berapa lama di Deutschland dan pasal Deutsch course. Kemudian dia buat few tests ngan si kembar.
PART 3
1. Budak disuruh kira 1-10 in Deutsch.
-ok, lulus
2. Dia buka booklet dan suruh compare gambar2. Show similar object/patterns. Byk pages, about 1o kot.
Then dgn kami dia ckp few things lagi - bila sy tak boleh nak faham sgt sy bgtau sy cuma boleh ckp Deutsch sikit2 aje dan boleh kah dia ckp English. Oh, dia kata dia x boleh ckp English. Dari cara dia ckp dia mcm nak nasihatkan kami supaya hantar anak2 ke Deutsch course and so forth dan kami pon kena belajar Deutsch dgn baik, sy terpaksa la explain yg kami kat sini utk tempoh yg pendek aje dan bulan Mac tahun depan akan balik ke Malaysia for good. So kembar mmg takkan masuk sekolah kat sini (sy explained dlm English)
Dan dia kata " you should have told the school before they make you come here" - eh, boleh pulak ckp english!!!
Now you tell me that! Sy kata sy dah bgtau tapi sy disuruh dtg jugak. So maybe sekretari tu x paham or malas nak kisah, janji dlm rekod dia semua settle. Ntah...sy pon malas nak question coz it will make things complicated.
Dia pon kata, dia faham because of the strict regulation, somehow we just have to follow.
And one thing that I understand the reasons behind all these - waktu sy attend Deutsch course dulu, cikgu sy penah ckp since terlalu ramai äuslander di daerah sy duduk skrg ni (org turki & morocco paling ramai sekali, dan diorg mampu hidup tanpa integrasi dgn bangsa lain sbb komuniti diorg besar) ianya menimbulkan masalah kepada pihak kerajaan. Anak2 äuslander dikatakan bermasalah disekolah sbb tak mampu menguasai Deutsch dgn baik, maka diorg jadi x minat belajar (maafkan sy kalau fakta ini x betul, sy hanya kutip here and there dari cerita org2 yg dah lama duduk sini). Ada parents äuslander pulak, since x pandai ckp Deutsch, x ambil tahu hal anak2 disekolah.
Tapi tak semua la mcm tu...jiran Turki atas rumah sy ni, anak2 dia cemerlang belaka. Yg sulung, lelaki belajar engineering kat TU Darmstadt, sama uni ngan cik HB, the second one, perempuan - belajar medic di university Frankfurt dan the third one, juga perempuan, belajar pharmacy juga di Frankfurt.
Maybe ada la kot statistik dan kajian yg menunjukkan adanya masalah integrasi dan bahasa dikalangan äuslander yg menyebabkan wujudnya regulations yg makin lama makin ketat.
Anyway, the examination ended sampai disitu. Kami x tau pon apakah penilaian yg diberikan kepada si kembar sbb ianya adalah confidential dan akan diberikan kepada pihak sekolah utk further action. Sy rasa kalau kami terpaksa stay disini lebih lama dan anak2 attend sekolah sini, sure Deutsch course is mandatory for us.
Actually bagus examination ni. Ianya x la menjurus kepada akademik sgt tapi lebih kepada pembangunan fizikal dan mental kanak2. Like bila buat eye test, ear test - kita tau lebih awal kalau2 anak kita mmg ada masalah eyesight or hearing.
Kat Malaysia pon dgr cerita skrg ada exam before masuk Darjah Satu kan? Tapi exam yg macamana ye?