Sibuk sikit aje....weekend yg full...ada tetamu, turun Frankfurt pi tgk Harry Potter and shopping (lagi?) then lepak2 sesama kengkawan....bunyi cam org bujang aje kan?
Jumaat: Ada tetamu dr Aachen, Elfi & Najib and baby diorg, Aiman (comeyyy...buat aku rasa nak ada baby gak...hehehe) dtg singgah on the way diorg nak ke Stuggart. Then geng2 Siegen pon dtg on the same day dan tak terkecuali best friends kami, Liza & Mat. Dinner adalah special (special sbb ada ikan steam tau!) yg di supplied oleh cik Mat dan di masak oleh cik Liza. Sedaaaapppp....
Sabtu: It was ladies day outing....tp xde la jadi ladies sumanya. Plan asalnya....aku, Didie dan Liza nak kuar tgk Harry Potter bersama2. Ini adalah first time aku ngan Didie nak tgk wayang kat Deutschland. Didie mmg kena dtg all the way to Frankfurt sbb kat Siegen xde cinema dlm English version (ke ada Didie?). Even kat Frankfurt ni pon, ada satu ni je kot kalau x silap. Manakala kaum bapa/suami dok kat rumah jaga anak2. Didie dah siap2 beli tiket wayang online since seminggu lepas lagi. Tp Liza pulak x sihat, maka dia tak join. Jadinya tiket Liza itu digunakan oleh Zul Conti.
Sampai Hauptwache, punya la ramai org. Rupa2nya ada perarakan....after a while, baru kitorg tau ianya adalah perarakan gay & lesbian...x tau la apa kebenda yg diperjuangkan....tp mcm kelakar la tgk diorg dressed up. Tp yg pasti ia adalah satu perarakan yg tidak sihat, penuh ngan alcohol dan ill manners....and too much flesh exposed. Harap2 budaya ini tidak menular di Malaysia.
Harry Potter-The Half-Blood Prince : Well, aku agak suka jugak though sebelum tu aku dok baca kat FB status ramai yg kata Harry Potter kali ni agak slow dan bosan. Tapi aku x baca pon satu lg buku Harry Potter so no komen about jalan citernya. And then lg satu aku x tgk Harry Potter- Order of Phoenix so aku agak blur sikit la ngan jalan citernya. Tp nasib baik Didie is a Harry-Potter expert, so mana2 yg aku x paham, Didie la ngan bersungguh2 explain.
Abis wayang, walaupun hujan, aku dan Didie went around Hauptwache sbb Didie nak shopping dan aku dgn x sengajanya tertangkap beg H&M rega EUR5 dan sehelai blouse PROMOD rega EUR6.95. Tu la...sapa suruh jual murah sgt...kan aku dah beli!
Kami pulang dlm pukul 8 mlm...dan rupa2nya anak2 dan bapa2 menanti di rumah cik Mat di Russelsheim. So kami dinner di sana aje dan pulang ke Raunheim kul 11 lebih. Sampai rumah, aku mmg harus la pengsan kan...kalau x mau jugak bergossip sampai kepagi.
Ahad: Kaum2 bapa amik turn with boys outing...tapi outing mereka adalah berbadminton sahaja. Lunch adalah nasi daging dan ikan masam manis dan sambung ngan melepak2 sampai ke petang sehingga la semua tetamu pulang.
Ahad: Kaum2 bapa amik turn with boys outing...tapi outing mereka adalah berbadminton sahaja. Lunch adalah nasi daging dan ikan masam manis dan sambung ngan melepak2 sampai ke petang sehingga la semua tetamu pulang.