Pages

Tuesday, September 25, 2007

Emergency Leave

Malam Rabu last week, pukul 11.00 mlm, aku tgh tido, maklum la bulan puasa ni aku bangun pukul 4 pg then straight tak tido. Lepas terawih, dah mcm zombie...ngantuk cam ada gam kat mata. Aku dikejutkan dgn bunyi hp ku yg terletak di bwh bantal tp x sempat nak jwb dah stop. Bila check missed call, rupanya Che Wa, biras aku di KB call. Nape ek telefon time2 camni? Tak lama pas tu hp hubby aku lak yg berbunyi. Since hubby ku yg menjawab, aku dok suspen dgr dia asik ckp 'Haa?, Bila? Kat mana?'. Ekspresi muka dia pon semacam. Hati ku dah berdebar2 dah ni, wondering is there anything bad happen back in KB? Is it my father or mother in law? Kedua2 nya ada mcm2 penyakir esp. FIL. Ada gout, kencing manis, darah tinggi and jantung.

Bila hubby hang up phone, dia bgtau that my FIL is in hospital. Adik beradik dia yg mmg duduk kat KB beramai2 hantar FIl gi hospital. Hubby aku pon mula gelabah dan dah stat fikir bukan2. He started making calls to other siblings yg dok luar KB and they also apparently kept trying making calls to us. So sama2 enganged, mana la nak dpt. But finally we managed to get hold abg ipar kat Seremban. Hubby terus buat keputusan nak balik KB malam tu gak since abg dia pon decide nak balik. Adik ipar kat KL pon nak balik gak. However, kakak ipar dr KB bgtau MIL berpesan jgn bgtau adik2 yg tgh belajar, Marina and Mek Nor sbb diorg nak exam, takut nanti kalau dgr berita mcm ni, mengganggu study.

Bila hubby kata nak balik KB mlm tu, aku blank. Sbbnya kami x pernah travel balik KB mlm2 buta camni. Perasaan bercampur aduk antara takut and panik. Nak stat packing pon aku x tau nak mula dr mana. Dah le mlm tu air xde, pinggan dlm sinki byk, baju pon berendam. Tp cepat2 aku buangkan perasaan2 yg x penting tu. Bapak mertua sakit, jgn fikir hal2 lain. Aku cuma takut hubby aku yg gelabah, nanti drive pon x concentrate. X sampai 1/2 jam aku packing, main sumbat mana2 yg perlu. Utk kembar, aku angkut je satu kotak toyogo baju2 diorg. Kul 12 mlm kami bertolak dr Melaka. Nak jemput Mek Ja kat Wangsa Maju n janji nak jumpa abg ipar kat Tol Karak.

Sampai KL dekat2 kul 2 pg, tp on d way kakak ipar dah call bgtau FIL x kritikal tp hanya di masukkan ke wad biasa aje. So diorg nak bgtau x payah la balik tp we all dah on d way pon. Cuma bila dah tau camni xde lah hubby aku nak kalut2 sgt. Tak lama lepas tu we met abg ipar kat Tol Karak, he told us we are not going thru Gua Musang route tp lalu LPT then ikut Terengganu. Route tu jauh compare ngan Gua Musang tp dr segi safety it's better sbb route Gua Musang byk bas n jln bahaya.

Sedang melalui lebuhraya Karak, Nabilah yg sedang sedap tido atas pangkuan aku tetiba menjerit takut. Terkejut sungguh aku. Takkan bulan puasa ni ada gak 'benda2' yg mengacau dia. Tp Nabilah mmg selalu mcm ni. Hubby selalu kata Nabilah agaknya selalu nampak hal2 supernatural. Jenuh la aku peluk dia, sambil tutup mata dia sbb dia asik nak pandang atas, pastu ckp takut. Hish..kalu lalu ikut Gua Musang, lg le suspen aku.

Sepanjang perjalanan, aku asik tersengguk2 tahan ngantuk tp x berani nak tido sbb takut hubby aku tgh2 drive terlelap ke. Dia pon mesti ngantuk gak sbb siang langsung x tido, penat posa lg. Dah le x biasa drive mlm. Dekat2 kul 5 kami berhenti di R&R Gambang utk bersahur. Tp R&R LPT ni x meriah cam R&R PLUS. Tu pon nasib ada satu kedai jual buhun/mee sup. Dapat juga la kami bersahur. Lepas subuh, kami sambung perjalanan. Keluar LPT kami lalu jln Jerangau-Jabor. Masa ni ada lah masa yg sgt2 ngantuk2. Hubby pon x berenti menguap. Risau aku tgk dia. Aku pon dlm dok tahan mata, terlelap gak.

Abg ipar drive laju ke depan, entah berapa kali dia asik kena stop tepi jln tunggu kitorg. Mana nak potong lori lagi, pastu asik ada road block je sepanjang jln kat Terengganu. Rasa nya pasal isu rusuhan bakar bendera tu kot. Akhir setelah dekat 12 jam travel, kul 12.30 tghari baru kami sampai KB. Aduh, penatnya....tp xpe la, demi org tua.

Sampai aje rumah mertua, kami mandi n bersiap ke hospital. Alhamdulliah, FIL dah ok. Rupanya sugar level dia rendah sgt sampai affect memori dia. Yg diorg suma ni panik sbb dia mcm x ingat apa yg berlaku. Cucu yg dtg rumah ari2 pon dia x kenal. Tu yg ckp pun merapu aje. Hari Khamis dia dah discharged.

Hari Sabtu kami pulang semula ke Melaka. One more issue to think consequence to 3 days emergency leaves, plan cuti raya needs to be advised. Huhuhu....jenuh nak negotiate ngan bos ni.

Tuesday, September 4, 2007

Zoo Melaka




Ahad baru ni kami bawa si kembar gi Zoo Melaka. Bukan apa, dah dok lebih 6 bln kat Melaka n ari2 lalu zoo, xkan x pergi2. Lgpon nak tgk perkembangan minda si kembar, samada kenal ke x ngan animal2 live at zoo rather than watch them in books and tv.

So pepagi lg aku dah bangun siapkan bekal sbb x tau kat dalam tu nanti makanan yg dijual ok ke x. Sbb malas nak masak beria2, aku cuma buat nasi goreng, ayam masak kicap n sandwich sardin. Ala, bukan nak berkelah pon. Since umah aku kat Durian Tunggal aje, x payah la aku nak bawa makanan beria2 cam satu ari lak nak dok dlm zoo tu.

Kul 11.30 pg kami sampai kat zoo, nasib baik org xde la ramai sgt. Beli tiket pon senang. Kalau kat Zoo Negara beratur sikit punya panjang nak beli tiket. Si kembar dah awal2 diikat kat stroller. Walaupun dah 2 tahun lebih, still lg senang bawa diorg berjln2 ngan stroller. Kalau x susah nak kontrol.

Mula2 kami tgk spesis2 haiwan mamalia. Nama pon aku x ingat apa. Tp syok jugak la dtg zoo ni sbb ada koleksi binatang dia yg aku x penah tgk lg. Kembar pon excited tgk animals. Cuma dah tgh2 jln rasa lenguh gak berjln so bila nampak ada train berhenti kami sibuk nak naik tp kena halau sbb rupanya kalau nak naik train kena naik dr stesen yg dah ditetapkan shj n perlu beli tiket. Malunya.......

Anyway, it was a good outing sbb kembar appreciate apa yg diorg tgk kat zoo. Kul 3 ptg kami balik tp kepala aku punya la berdenyut n sgt le penat.

Hai...lepas ni kat mana lg nak berjalan?