Butiran Hikmah
Adab-Adab Bangun Dari Tidur
Petikan dari kitab Bidayatul Hidayah karangan Hujjatul Islam
Imam Al-Ghazali.
“Sebaiknya
bangunlah awal sebelum terbitnya fajar sadiq dengan berzikrullah kepada
Allah.”
Sedar atau tidak, Allah memberi
satu nikmat yang begitu penting sekali iaitu nikmat hidup setelah mati ( tidur
). Satu nikmat yang cukup besar dari segalanya, kerana dengan nikmat hidup
inilah kita merasai nikmat kasih dan sayang, nikmat berkeluarga, nikmat
bersahabat, nikmat berharta dan sebagainya.
Walaupun hamba itu beriman atau
tidak kepada Allah, Allah tetap memberi akan nikmat kehidupan. Dan dengan
nikmat inilah mereka juga turut merasai segala erti kehidupan yang berwarna
–warni.
Begitu besar kasih dan cinta
Allah kepada hambanya, walaupun, kita tidak meminta atau berdoa sebelum tidur
agar diberikan nikmat kehidupan semula pada esok hari.
Oleh itu, menjadi satu kewajipan
dan kemestian untuk kita mengamalkan zikrullah sebagai pengisian yang bermakna
sepanjang kehidupan yang dikurniakan oleh Allah dalam hari-hari yang dilalui. Zikrullah
adalah manifestasi cinta hamba kepada penciptanya.
Mari Mengenal Zikrullah.
Kenalkah
kita akan erti zikrullah?
Tepat kefahaman yang kita
peroleh, maka besarlah konsep zikrullah yang kita fahami.
Zikrullah bukan semata-mata
berzikir di lidah dengan menyebut nama Allah atau bertasbih. Mungkin kefahaman
di dalam Bahasa Melayu agak terbatas dari pengertian sebenarnya.
Zikrullah bererti mengingati
Allah. Jika diamati pengertian ini, ia lebih luas berbanding dari berzikir dan
bertasbih. Mengingati Allah di dalam apa jua keadaan dan tempat sama ada ketika
bersolat, beribadah, bekerja, makan atau minum, bermain, ketika bergaul sesama
manusia dan sebagainya.
Sebenarnya, bagi mereka yang
memahami pengertian zikrullah ini. Secara tidak langsung telah mengaplikasikan
konsep ibadah di dalam kehidupan.
Subhanallah, bukankah begitu
mudah bagi kita untuk mendapatkan pahala ibadah di dalam setiap pekerjaan yang
kita lakukan.
Apabila kita mengingati Allah
pada setiap masa, secara tidak langsung kita telah menjemput Allah di dalam
kehidupan diri kita. Cuba kita bayangkan sekiranya seseorang mampu mengingati
Allah pada setiap keadaan, pastinya kehidupannya lebih baik dan jauh dari dosa
dan maksiat. Ini berpunca apabila sering menjemput Allah di dalam setiap
pekerjaan yang dia dilakukan. Bagaimana jika pemahaman ini mampu diaplikasikan
oleh sesebuah masyarakat setempat. Tentunya, mampu memupuk dan mewujudkan
masyarakat yang berakhlak dan bermoral kesan daripada zikrullah itu.
No comments:
Post a Comment