Dengarlah

Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Maaf andai ada yg ternanti-nanti entri drpd akak ( ade ke yg ternanti-nanti ni? ). Entah kenapa akhir-akhir rasa mudah sangat penat. Tu yang menyebabkan akak xde pe yg nk dikongsikan. Klau ada pn, x sempat nk update kt cni..

Kek ni akak buat masa raya ari tu. Resepi akak amik dr Rohaimi Ahmad, tokey kek yg mmg bz ngn tempahan kek online dia. TQ Amy. Klau nk order kek2 drpd Rohaimi Ahmad, bleh la search dia kt fb.


Resepi : Kek Lapis Idola
Sumber : Rohaimi Ahmad 

Bahan2
10 biji telur Gred A
400gm butter - akak guna farmcow tp rasanya terlalu berminyak. 
                         Resepi Amy bnyk menggunakn buttercup yg dlm  

                         tin 
200gm 
80gm kaya
50gm santan serbuk
300gm coklat masakan - cairkan
200gm susu pekat
1/2 cwn milo
150gm gula halus
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Sediakan loyang. Lapik loyang ngn kertas & sapukan butter. Gunakan loyang 8 x 8 yg tinggi @ loyang 9 x 9

2. Pukul butter & gula hingga kembang

3. Masukkn telur 1 per 1. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.

4. Masukkn susu pekat, horlicks, kaya, serbuk santan, tepung gandum & esen vanila. Pukul sebati

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 biarkan dengan kaler ori dia & 1 lagi campurkan dengan coklat yg telah dicairkan & 1/2 cwn milo

6. Masukkn 7 sudu besar adunan kaler ori & bakar selama 5-7 minit guna api atas bawah pada suhu 180'C atau hgga permukaan atas kek jd perang. Suhu oven bergantung kepada oven masing2 ye

7. Apabila lapisan pertama dh masak, keluarkan & tekan2 dengan penekan kek lapis. Pastu tuang plak 7 sudu besar adunan kaler coklat. Ratakan & bakar selama 5 - 7 minit tp kali ni guna api atas sahaja. 

8. Apabila dh permukaan kek dh perang, keluarkan & ulang Langkah 6 tadi. Buat hgga habis. Lapisan terakhir gunakan api atas & bawah tp akak kurangkan suhu kepada 165'C. Bakar selama 15 minit @ hgga masak sepenuhnya..

Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong. Kek2 lapis ni rasanya lebih menyerlah selepas 1 ari.

Sesape yg rajin bleh la try kek lapis ni... sedappp...

Friday, 16 November 2012

Kek Lapis Masam Manis 3 Rasa

 Assalamualaikum & salam sejahtera.. 

Bkn ikan je tau yg ada 3 rasa.. kek pn ada. Resepi kek ni akak amik dr fb Kek Lapis Sarawak. Kek ni hampir menepati citarasa akak.. sedap cuma masih terlalu manis walaupn akak dh kurangkn gula..


Resepi : Kek Lapis Masam Manis 3 Rasa 
Sumber : Kek Lapis Sarawak

Bahan2 - Loyang 8 x 8
Bahan A 
250gm gula pasir halus -akak guna 220gm tp still manis lg
450gm butter - akak guna 400gm je
30gm ovalatte
300gm susu pekat

Bahan B

 10 biji telur Gred A - akak guna 9 biji telur Gred A

Bahan C
270gm tepung Hong Kong - akak guna 80gm tepung biskut marie + 200gm tepung superfine

Bahan D
Pewarna pink + esen strawberi  
Pewarna kuning + esen vanila
Pewarna Hijau + pandan paste

Bahan E 

Hawslices secukupnya

Cara2
1. Pukul Bahan A hgga kembang

2. Masukkn Bahan B satu per satu. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkn sebelum memasukkn telur seterusnya

3. Masukkn tepung Hong Kong dan tepung biskut marie. Pukul sebati guna kelajuan perlahan

4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap 1 bahagian campurkan ngn Bahan D secara berasingan. Kacau sebati

5. Masukkn 8 sudu besar adunan kaler pink ke dlm loyang berukuran 8" x 8" @ 9"x 9". Ratakan & bakar selama 5 minit pd suhu 190'C guna api atas bawah

6. Keluarkan loyang & masukkn lg 8 sudu besar adunan kaler pink. Ratakan & bakar lg selama 5 minit @ hgga permukaannya agak perang. Kali ni guna api atas je. Guna api atas sahaja tuk lapisan seterusnya

7. Keluarkan loyang & susun hawslices di atasnya & tuang 8 adunan kaler pink lg & ratakan. Bakar hgga agak keperangan

8. Ulang Langkah 6 & 7 tuk lapisan seterusnya. Abiskan dahulu adunan kaler pink. Pastu tuang plak adunan kaler kuning & last sekali adunan kaler hijau.

Lapisan terakhir bakar selama 15 minit @ hgga kek masak sepenuhnya guna api atas bawah tp turunkan suhu kepada 160'C 

Kalau nk setiap lapisan dia lg nipis, masukkn 7 sudu besar adunan 
untuk setiap lapisan

  

Friday, 2 November 2012

Kek Lapis Keju Strawberi

Assalamualaikum & salam sejahtera


Kek lapis yg menjadi kegemaran akak & family. Mmg sedap. Yg ni ntah dh kali ke berapa dh buat.

Resepi : Kek Lapis Keju Strawberi
Sumber : Resepi asal amik dr Brother Rozzan tp akak dh ubah cikit ikut citarasa akak

Bahan2
250gm cream cheese - akak guna brand Anchor
250gm butter berkualiti - akak guna brand SCS
1 tbsp ovalatte
70gm gula pasir halus
8 biji telur Gred A 
370gm susu pekat - bleh kurangkn sedikit
170gm tepung superfine 
100gm horlicks
3 tbsp jem strawbery - akak guna brand Lady's Choice
sedikit perisa strawberi & pewarna pink

Cara2
1. Pukul cream cheese, butter & ovalatte hgga kembang & berkrim

2. Masukkn gula sedikit demi sedikit. Pukul hgga kembang

3. Masukkn telur 1 per 1 & pukul sebati setiap kali telur dimasukkn

4. Perlahankan mixer & masukkn susu pekat. Pukul sebentar biar sebati

5. Perlahankn mixer & masukkn tepung & horlicks. Pukul sebati

6. Bahagikan kpd 2 bahagian yg sama bnyk 
    i1 bahagian biar ngn kaler ori dia
    ii) 1 bahagian lg buh perisa strawberi, jem strawberi & pewarna  
         pink. kacau sebati   

Cara Melapis 
Cara melapis bleh ikut kreativiti masing-masing..


1. Amik 7 sudu makan adunan kaler ori & masukkn dlm loyang 8"x8" yg telah dialas ngn kertas & digriskan. Bakar selama 5 - 6 minit pd suhu 190'C guna api atas bawah. Bakar hgga permukaan kek jd perang tp jgn sampai hangit..


2. Keluarkan loyang kek & tekan kek ngn penekan kek @ belakang sudu. Pastu, masukkn plak 7 sudu makan adunan kaler pink & ratakan. Bakar ngn api atas sahaja pd suhu 190'C

3. Ulang Langkah 1 & 2 hgga adunan abis @ bleh ikut kreativiti masing2.  Lapisan terakhir turunkn suhu kepada 160'C & bakar selama 15minit @ hgga kek masak sepenuhnya. Lapisan terakhir guna api atas bawah ye





Biar kek sejuk sedikit sebelum keluarkan drpd loyang. Kek kena btol2 sejuk baru cantik dipotong. Kek ni lbh sedap dimakan selepas 2 ari.. baru terasa nikmatnya.. hehehe....

Thursday, 1 November 2012

Kek Lapis Coklat Cadbury

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kek ni akak buat masa Raya Aidiladha baru lalu. Akak x buat apa2 biskut raya kali ni tp buat 3 biji kek je

Resepi : Kek Lapis Coklat Cadbury
Sumber : Rohaimi Ahmad & DJ
yg coklat kaler terang tu sebenarnya akak buh coklat coating.. 
(Ni kes coklat cadbury x cukup sebenarnya... )
tp x sesuai guna coklat coating tu sbb dia cepat cair.. 

Sorry ye.. masa buat kek lapis ni akak nk cepat & dh ngntuk tu yg x dpt nk sediakan step by step... dan sebab tu gak la lapisan dia tebal2.. nk cepat siap la katakan....

Bahan2
Bahan A
7 biji telur Gred A
100gm gula halus - akak guna gula aising
180gm tepung Hong Kong - akak guna tepung superfine
150gm horlicks
50gm serbuk santan KARA

- Pukul telur hgga kembang
- Masukkn gula & pukul lagi
- Perlahankn mixer & masukkn tepung. Pukul sebati
- Masukkn horlicks & serbuk santan. Pukul sebati & ketepikan jap
 
Bahan B
450gm butter
200gm susu pekat
1 tbsp ovalatte
1 tsp esen vanila
- Satukan semua bahan dlm sebuah mangkuk & pukul hgga bertukar warna. Warna akan lebih pucat
- Masukkn adunan drpd Bahan A ke dalam adunan Bahan B & pukul sebati
- Ambil 2 cawan adunan & warnakan ngn warna pink
- Adunan selebihnya warnakan dgn warna hijau
  
Bahan C
sedikit pewarna pink & hijau  
2 pek coklat cadbury - nk lebih pn bleh

Cara Melapis
1. Ambil 1 cawan adunan kaler pink & tuang dlm loyang 8" x 8" yg telah digris, dilapik kertas & kertas tersebut pn kena gris. Ratakan & bakar pd suhu 180'C - 200'C bergantung pd oven masing-masing. Bakar selama 5 - 6 minit @ hgga permukaan kek jd perang. Guna api atas bawah

2. Apabila dh perang, keluarkn loyang kek & tekan dgn penekan kek @ bleh gak gunakan belakang sudu. Masukkn 10 sudu makan adunan kaler hijau & ratakan pastu susun coklat cadbury di atasnya. Ikut suka la nk letak brapa keping. Yg ni akak buh 16 keping je sbb masa beli ari tu cuma beli 1 pek je. So, x cukup. 

Masukkn dlm oven & bakar selama 5 - 6 minit gak. Tp kali ni guna api atas sahaja. Bakar hgga permukaannya perang ye. Bila dh perang keluarkan loyang kek & ulang Langkah 2 hgga adunan hijau abis.

3. Lapisan terakhir, masukkn adunan kaler pink & bakar  guna api atas bawah pd suhu 170'C selama 10 - 15 minit @ hgga kek masak sepenuhnya...

Apabila dh masak, keluarkan loyang kek & biar kek sejuk sedikit baru lalukan pisau di sekeliling tepi loyang. Keluarkan kek & biar kek sejuk sepenuhnya bru bleh potong..

Kek lagi sedap selepas sehari sbb kek akan lebih moist..      
     
 klau tanya sedap ke tak.. of coz la sedap... tp.. dlm bnyk2 kek lapis yg telah akak try (macam la bnyk sgt yg dh ditry... ) kek yg paling sedap adalah kek Lapis Keju Strawberi..



 


Monday, 17 September 2012

Kek Lapis Choco- Horlicks

Assalamualaikum & salam sejahtera

Resepi : Kek Lapis Choco-Horlicks
Sumber : Hasue @ http://sue-hasue.blogspot.com

Bahan2
250gm butter klau guna pure butter cam SCS lg sedap
80gm gula kastor
5 biji telur Gred A
250gm susu pekat manis
70gm horlicks
50gm coklat masakan - cairkan
1/2 cwn tepung Hong Kong - tepung gandum pn bleh gak
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Pukul mentega & gula hgga kembang & berkrim

2. Masukkn telur 1 per 1. Pukul sebati sebelum telur seterusnya dimasukkan

3. Masukkn esen vanila & pukul sebati. Masukkn susu pekat & pukul sebati

4. Masukkn tepung sedikit demi sedikit & gaul rata

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian, buh horlicks & 1 lg buh coklat masakan yg dh dicairkan. Gaul sebati

6. Kukus selapis demi selapis selama 6 minit. Lapisan terakhir, kukus selama 30 minit. Pastikan kukusan dipanaskn terlebih dahulu & penutup kukusan hendaklah dibalut ngn kain bersih          




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...