Followers



Friday, August 5, 2011

Puding Jelly Oren

Salam Ramadhan buat semua umat Islam...moga Ramadhan kali ini memberi beribu-ribu keberkatan buat anda. First day posa (1 Ramadhan), Bakers1171 terigin membuat dessert..mmmm...Dh alang2 cuti kn...Untuk pengetahuan semua, Kedah cuti sempena 1 Ramadhan...
setelah menjengah blog k.Nor (secubit garam), terbekenan plak kt puding ni...so teliti bahan2 & check kt dlm esbok..da oren...weee blh la buat..tp kna salin resipi dlu, takut terkurang @ terlebih...pas Zohor aktiviti membuat puding  ni bermula..senang buat klu btl2 ikut resipinyer..kat cni cek copy & paste semula resipi tersebut..Harap anda pn mencubanyer..



PUDING JELLY OREN
resipi : 
Juwita Fariz
sumber : 
K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
    Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


*Bakers1171 ltk dlm esbok utk bekukn nyer ...tp skejap ajala ya..



0 comments:

Post a Comment